MELISSA memberhentikan keretanya di bawah pokok di tepi tasik. Dari dalam kereta, dia mencari kelibat seseorang. Perlahan dia menapak keluar dari perut kereta, berjalan menghampiri sebuah bangku. Seorang perempuan yang bertopi besar sedang menunggunya di situ.
Ni arahan untuk kau. Ingat! Jangan sampai dia tahu! Sampul surat dan segenggam kunci diletakkan atas bangku di tepi tasik dan terus berlalu pergi.
Melissa mencapai sampul surat dan kunci di atas bangku. Dia hanya memerhati perempuan yang bertopi besar dan berkaca mata hitam berlalu pergi.
Hmm.nasiblah kau Felisha. Nampaknya kau mempunyai musuh dalam selimut. Lagi senang kerja aku! Siapa suruh mess up with me! Melissa ketawa.
Dia melangkah ke keretanya semula. Sebelum sempat dia masuk ke dalam kereta, seseorang telah menegurnya dari belakang.
Hanim
Kau masih kenal aku Hanim berkata sinis.
Kau..kau buat apa kat sini Melissa tergagap-gagap. Mana tahu Hanim melihat kejadian tadi.
Aku jogging kat tasik ni. Kau buat apa kat sini Hanim pandang Melissa atas bawah. Masih seperti dulu. Seksi dan bergaya.
Itu bukan urusan kau. Melissa mencebik.
Hai..tak cukup lelaki kat kampus dulu kau sapu, sekarang ni kau nak goda Fariz pulak. Fariz tu cintakan kau ke Saja Hanim melontar soalan seperti itu.
Of course! He is my lover! And who are you to ask this Melissa senyum sinis.
Saja nak tahuapa yang aku tahu Fariz tu sukakan Felisha. Balas Hanim tersenyum manis. Saja nak sakitkan hati Melissa.
Huh! Perempuan tak tahu malu tu Berangan je lebih! Cebik Melissa. Rambutnya dikemaskan bila ditiup angin.
Aku rasa kau lagi berangan! Aku tengok kau je yang terhegeh-hegeh kat Fariz tu tapi Fariz buat dek je kat kau. Kali ini Hanim ketawa. Kelakar bila Melissa sudah seperti syok sendiri. Semalam dia bertembung dengan Melissa yang merayu-rayu Fariz. Kalau akuaku tak akan merayu cinta lelaki. Dah orang tolak, buat apa nak mengendeng bagai!
By the way, Fariz sendiri mengaku yang dia sukakan aku. So, tak timbul soal aku terhegeh-hegeh kat dia. Melissa senyum lagi.
Hanim hanya jeling. Huh! Perasan minah gedik ni!
Ya Bukan dulu kau suka berkepit dengan Ben ke Hanim teringat Melissa yang selalu mengendeng dengan seorang pelajar lelaki jurusan perubatan, Benjamin. Dia tahu pun sebab dia selalu curi pandang pada Aqif yang sentiasa bersama Benjamin.
Dia tu spare part aku je. Lelaki macam dia tu tak boleh dibuat laki! Kasanova! Sekali lagi Melissa berkata bangga.
Hanim senyum sinis. Kau pun dua kali lima la cik Melissa oi!
Hmm..aku dengar kau ada hati dengan Aqif. FYI, Aqif tu pernah tidur dengan perempuan mat saleh, sama macam Ben! Melissa ketawa sinis.
Kau jangan nak buat cerita mengarut! Setahu aku, Aqif tak pernah keluar dengan mana-mana perempuan. Lainlah kau tu..entah-entah kau pun sama. Hanim juga tak mahu mengalah.
Terpulang! Aku berkata yang benar. Kalau tak percaya, kau tanya Ben! Melissa terus meninggalkan Hanim menuju ke keretanya. Dia memecut laju meninggalkan tasik.
Hanim hanya memerhati kereta Melissa sehingga lenyap dari pandangan matanya. Aqif pernah tidur dengan minah saleh
Hanim!!
Hanim berpaling. Felisha sudah berlari ke arahnya.
Merata aku cari kau! Kat sini rupanya kau! Felisha menahan mengah.
Kau tu berak batu! Buat apa lama sangat dalam tandas tu Hanim sengih.
Aku sakit perut la beb. Entah apa aku makan tengahari tadi. Memulas semacam je. Eh, kau ni kenapa Felisha pandang muka Hanim yang sudah berkerut seribu.
Tadiaku terserempak dengan Melissa. Beb..betul ke Aqif tu macam Ben Hanim mula tak sedap hati.
Ben Siapa Ben Felisha tak faham.
Tu la kau! Kalau dah jadi minah skema tu, buku je yang kau tahu. Orang sekeliling kau tak pernah nak kenal. Ben tu kawan baik Aqif la. Hanim luku kepala Felisha. Geram!
Hehehemaaf la. Dah aku macam tu dulu. Apa nak buat beb! Eh, kenapa dengan Ben Felisha kembali ke topik asal.
Ben tu lelaki kasanova. Kalau boleh semua student perempuan dia nak goda masa kat kampus dulu. Dia tu aku dengar, tidur dengan perempuan ni perkara biasa. Mentang-mentanglah dia tu kacak, kaya. Hanim menjelaskan duduk perkara.
Oh..macam tu.. Felisha angguk-angguk. Memang dulu dia tak pernah ambil kisah pelajar lelaki ni. Apa lagi kisah sensasi macam tu. Buang masa je!
Hmm..jadi apa kena pulak dengan Aqif Felisha garu kepala.
Tadi Melissa kata, Aqif tu kasanova macam Ben, pernah tidur dengan minah saleh masa di Sheffield dulu. Aku tak sedap hati la beb Hanim melabuhkan punggungnya di atas rumput. Kaki dilunjurkan ke arah tebing tasik.
Melissa Felisha mencerlung. Dia turut duduk sebelah Hanim.
Hanim angguk.
Maknanya..kau kenal la Melissa masa di kampus dulu Felisha pula keliru. Kenapa selama ni aku tak perasan Melissa ni
Siapa tak kenal Melissa! Semua lelaki dia nak sapu! Kau tahu, dia selalu keluar dengan Ben ke kelab malam. Aku tak heran kalau dia pun berperangai macam Ben. Kalau Ben tu kasanova, dia tu penggoda! Hanim sudah geram.
Jadi dia pun pernah goda abang aku jugak ke Felisha menelan liur.
Pernah..tapi abang kau tak layan. Kan abang kau tu dah ada Nadia masa tu. Hanim jeling Felisha yang masih keliru. Bingung.
Fariz Felisha pandang Hanim tak berkelip.
Kan aku dah cakap tadi, semua dia nak goda. Tentulah Fariz tu termasuk sekali. Eh, kau kenal ke Fariz masa tu Hanim sengih. Dah tanya pasal Fariz ni, tentu ada hati la ni.
Err..aku tak kenal pun. Aku tak pernah nak kenal siapa kawan abang aku tu. Ujar Felisha.
Habis tu, macam mana kau tahu Fariz tu kawan abang kau Hanim pula rasa keliru.
Abang aku yang kenalkan masa kami makan di restoran Selera Kampung dulu. Tak sangka dia kawan baik abang aku rupanya. Felisha menjawab malas.
Hanim angguk-angguk.
Bebaku rasa tak sedap hati la. Kalau betul Aqif tu pernah tidur dengan minah saleh tu, aku rasa.aku undur diri je la. Aku tak nak ada penyakit siflis! Ya la, Aqif tu kan kawan baik Ben, mestilah perangai Ben tu dah tempias kena kat Aqif jugak. Hanim sudah sugul.
Hish! Kau ni! Belum apa-apa kau dah buat kesimpulan! Siasat dulu! Ni dah tuduh sampai ada siflis bagai! Apa la kau ni! Felisha sudah marah.
Ya la! Kalau dah tidur dengan ramai perempuan, macam-macam bangsa pulak tu, mestilah penyakit tu datang! Hanim mencebik.
Sudahlah! Kita sama-sama siasat nanti. Kau ni percaya sangat kata-kata minah seksi tu. Dia kata macam tu sebab nak kau sakit hati je. Ujar Felisha. Kawan baiknya dipandang sekilas. Ada riak sugul.
Tapi aku heran la beb. Siapa lelaki yang dia selalu berkepit tu Err..maksud aku..lelaki yang sama study group dengan dia. Aku tengok macam selekeh je. Takkan lelaki selekeh macam tu pun dia nak sapu Hanim berkerut kening.
Lelaki selekeh Siapa Felisha pula penasaran.
Alahengineering student yang sama-sama belajar dengan abang kau tu la! Hanim geleng. Mudah lupa betul la minah bunga ni.
Aku mana ingat semua tu. Hidup aku masa di kampus dulu, belajar, makan, jumpa abang aku, tidur. Kalau pasal lelaki ni, aku tak reti la. Di matanya mula berputar kehidupan di kampus dulu. Memang dia tak hiraukan semua tu. Tak ambil tahu!
Memang patut la kau macam tu. Kau tu, pakai pun tak vogue langsung! Pelajar lain sibuk bergaya. Kau Macam minah skema aku tengok. Aku rasa kalau kau pakai macam Melissa tu..berduyun lelaki nak dekat dengan kau! Hanim gelak.
Hmm..jadi aku selamat la! Rimas aku dengan lelaki ni! Cintan cintun bagai! Felisha senyum. Teringat pesan abang yang inginkan aku tumpukan pada pelajaran saja. Sengaja mama dan papa suruh kami berdua belajar di universiti yang sama. Senang untuk abang tengok-tengok aku.
Eleh! Rimas konon! Habis Mr. Baseball Cap kau tu Hanim jeling Felisha yang sudah berubah rona wajahnya.
Itu lainaku suka dalam diam je. Mana pernah aku tegur atau keluar dengan mamat tu. Felisha membela diri.
Eh, aku kenal tak mamat tu Yang mana satu eik Tanya Hanim ingin mengorek rahsia Felisha yang sejak dulu masih belum dibongkarkan.
Tak payah la kenal. Kalau aku dan dia dah couple lain la. Ni, macam syok sendiri. Buat malu aku je. Felisha sedikit mengeluh. Dari tahun satu sampailah habis belajar, belum pernah dia tegur atau cuba bercakap dengan Mr. Baseball Cap tu. Tak berani.
Kau ni..rahsia sangat! Tapi pelik jugak kan..aku tengok Fariz tu macam benci tapi suka kat kau. Sengih Hanim semakin lebar.
Felisha jeling tajam ke arah Hanim yang sudah tersengih-sengih di sebelahnya.
Eiiyer! Meluat aku dengar. Jom balik. Dah nak maghrib ni! Felisha bingkas bangun.
Hanim turut bangun dan mereka berjalan beriringan ke tempat letak kereta.
Sha! Jangan lupa tau! Kau tolong aku siasat hal tadi! Laung Hanim dari dalam kereta.
Aku ingatlah! Felisha turut laung.
Mereka berdua mula meninggalkan tasik menjuju ke destinasi masing-masing.
SAMPAI di rumah, Felisha berehat di ruang tamu sekejap. Badan masih berpeluh. Dia jeling jam di dinding. 6.30 petang.
Sha! Keluar jogging ke Fakrul menapak turun dari tangga ke ruang tamu.
Haah bang. Felisha mendongak sambil tersenyum.
Joging dengan siapa Fakrul melabuhkan punggung sebelah Felisha.
Hanimkawan serumah Sha dulu. Felisha lap peluh di leher dengan tuala Good Morning.
Hanim Bukan ke dia tu..sama kelas dengan Sha kan dulu Fakrul berkerut kening.
Felisha angguk.
Dia buat apa sekarang
Jadi akauntan kat sebuah bank di Kajang. Kenapa Felisha pandang muka Fakrul yang sudah berkerut.
Oh..tak ada. Dia dah nikah Sekali lagi Fakrul bertanya.
Felisha jeling tajam ke arah Fakrul. Abang aku nidah nak menggatal ke Bini dah memboyot kat rumah, ada hati nak pasang lagi satu!
Kenapa tengok abang macam tu
Abang ni, tak cukup ke dengan kak Arini Felisha cubit paha Fakrul.
Aduh! Sakit tahu tak! Takkan tanya pasal nikah, Sha dah buat kesimpulan macam tu Abang tanya tu sebab ada orang dah lama suka kat Hanim tu. Fakrul menggosok-gosok pahanya yang terasa pedih.
Siapa Felisha sudah teruja.
Ha! Dah mula la tu! Tak nak cakap! Fakrul buat muka merajuk.
Alah! Beritahu la cepat! Siapa Bahu Fakrul digoncang kuat.
Tak nak cakap! Fakrul sengih.
Okey, okey. Sha tarik balik kata-kata tadi. Felisha mengangkat tangan lagak bersumpah.
Fakrul senyum.
Cakaplah cepat! Aqif kan Mata Felisha sudah membulat. Senyum sudah sampai ke telinga.
Mana Sha tahu Fakrul pula tercengang.
Alah..Sha dah tahu la. Hanim pun dah tahu! Bahkan Aqif tu dah melamar pun Hanim! Suara Felisha sudah ceria.
Ya Bila
Minggu lepas. Lama Hanim cari Aqif tu. Akhirnya dia jumpa dan beranikan diri bertanya pada Aqif sendiri. Tak sangka, Aqif pun suka kat Hanim selama ni. Cinta mereka bersemi dan bersatu bila dah masing-masing balik Malaysia. Felisha senyum lebar. Turut gembira dengan berita itu.
Hmm..macam mana Hanim jumpa Aqif Fakrul masih tak faham.
Alah..Sha yang beritahu Hanim kat mana Aqif bertugas.
Mana Sha tahu Sekali lagi Fakrul bertanya.
Sha jumpa Aqif kat PPUM, kebetulan Sha pergi melawat Fariz dulu kat hospital tu. Selamba Felisha menutur tanpa disedari Fakrul telah membuntang mendengar cerita Felisha.
Fariz kat hospital Jadi..Sha dan Fariz dah lama kenal la Fakrul semakin penasaran.
Aduh! Dah terkantoi kau Felisha!! Felisha tepuk dahi.
Err..masa tu kebetulan Sha nak jumpa kawan, lepas tu terserempak dengan Alia, adik Fariz kat hospital tu. Dia yang ajak Sha tengok Fariz tu.. Felisha pandang ke arah lain. Dia luku kepala sendiri.
Ya ke Abang rasa korang ni sorokkan sesuatu dari abang. Entah-entah korang berdua ni bercinta tak Usik Fakrul.
Oh ya bang! Sha nak tanya sikit ni. Betul ke Aqif tu pernah tidur dengan perempuan mat saleh Felisha teringat kata-kata Hanim tadi. Mula ubah topik perbualan.
Mana Sha tahu Fakrul jeling Felisha. Dah mula ubah topik la tu.
Jadi betul la cerita tu Tanya Felisha tidak sabar menanti jawapan Fakrul.
Mana Sha dengar ni
Melissa yang cakap!
Jadi Sha percaya kata-kata Melissa Fakrul pulangkan semula soalan.
Dia kan pernah berkepit dengan Ben, kawan Aqif tu. Mestilah dia tahu kisah Aqif tu.
Memang la Ben tu kawan Aqif tapi Aqif tak seperti Ben. Abang pun tak berapa kenal sangat Aqif ni. Abang kenal Ben pun sebab Melissa.
Sengaja abang berkawan dengan Ben dan Aqif walaupun kami berlainan bidang. Abang nak tahu sejauh mana Melissa dan Ben tu berkawan.
Setahu abang, Aqif tu ulat buku. Dia keluar minum dengan Ben pun masa rehat je atau hujung minggu. Fakrul putar semula kenangan di kampus dulu.
Minum Felisha terkejut.
Bukan minum arak la! Maksud abang keluar minum..happy time together kat restoran. Tak tahu la pulak kalau si Ben tu! Kalau tubuh perempuan pun dia mudah dapat, apa lagi togok arak ni! Fakrul jeling Felisha yang mudah meneka.
Habis tu, macam mana Melissa tu cakap Aqif pernah tidur dengan perempuan Felisha sudah pening.
Agaknya Melissa salah sangka tu. Pernah Aqif mengadu kat abang dulu. Dia ikut Ben ke pub. Dia minum jus tapi Ben campur dengan arak dalam jus dia tu. Apa lagi, mamat tu mabuk tak ingat la! Bila dia sedar, dia dah berada sebelah perempuan mat saleh di atas katil di salah sebuah rumah yang bercampur lelaki dan perempuan. Fakrul berterus terang.
Jadi..maknanya..Aqif tu dah betul-betul tidur dengan minah saleh tu la Felisha menelan liur. Aduh! Kecoh kalau benda ni betul-betul berlaku!
Entah la! Dah mabuk macam tu, apa-apa pun boleh jadi! Tapi Aqif cakap, dia masih teruna. Bangun pagi tu, dia masih berseluar lengkap.
Fakrul sengih.
Felisha mengetap bibir. Macamlah luak teruna tu! Tak macam perempuan, habis maruah! Kosong!! Inilah padahnya kalau tak kuat iman.
Tambah lagi tinggal di negara orang kafir yang sememangnya tidak ada hukum halal haram. Tiada siapa yang larang. Teringat sepotong ayat yang pernah dibaca di satu majalah dulu mengenai bahaya arak. Kenapa Islam melarang minum arak.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..." (Ayat 219, surah al-Baqarah.)
Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak : Pembuat, pengedar, peminum, pembawa, pengirim, penuang, penjual, pemakan wang hasilnya, pembayar dan juga pemesan. (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi).
Teringat satu kisah seorang abid yang riak yang cukup taat pada perintah Allah akhirnya tertewas dengan godaan syaitan, hanya dengan arak. Bermula dengan arak, kemudian berzina dan akhirnya membunuh. Benarlaharak adalah ibu daripada segala kejahatan dan itu adalah kejahatan yang cukup memalukan.
Kenapa beria tanya ni Fakrul pula melontar soalan setelah melihat Felisha diam dari tadi.
Hanimdia dah kecewa bila dengar hal tu dari mulut Melissa. Dia dah patah hati. Nak undur diri. Felisha berkata lemah.
Sha..kita jangan tuduh orang tanpa bukti. Macam abang kata tadi, hanya Aqif yang tahu apa yang sebenarnya berlaku. Elok rasanya Hanim tanya sendiri dengan Aqif. Abang percaya kata-kata Aqif. Dan kalau benar sekalipun, dia hanya menjadi mangsa keadaan. Ujar Fakrul mempertahankan Aqif.
Felisha terdiam. Itu sebaiknya dilakukan oleh Hanim. Dapatkan kepastian dari mulut Aqif sendiri.
Sha tahu kenapa abang suruh Sha pakai macam tu dulu masa di kampus Fakrul pandang mata Felisha yang sudah menala ke kaca tv.
Felisha beralih melihat Fakrul di sebelah. Dia jongket bahu.
Sebab Ben nak Sha jadi girlfriend dia. Ben sendiri beritahu abang. Dia terpikat dengan Sha masa Sha mula-mula jejak kaki di universiti dulu. Masa tahun satu. Fakrul menjelaskan perkara sebenar.
Felisha masih keliru.
Masa tu, Sha pakai cantik. Skirt labuh dan blaus ketat. Rambut Sha dilepas bebas. Ben tu kan pantang tengok perempuan cantik. Ben selalu tanya abang, siapa Sha sebenarnya. Disebabkan itulah, mulai saat itu, abang nak Sha tukar penampilan. Pakai cermin mata besar dan pakai tudung sekali! Kan selamat Fakrul senyum. Itu rancangannya agar Ben tidak lagi kacau Felisha.
Asyik bersembangArini keluar dari ruang dapur bersama Puan Bainun.
Sembang adik beradik memang macam ni.. Fakrul senyum. Mata melirik pada Felisha.
Oh ya, esok Sha nak ke rumah sewa lama sekejap boleh tak Sha nak ambil bunga dahlia. Najwa cakap, bunga tu dah berkembang elok. Rugi la kalau tak petik. Felisha minta izin.
Sha nak pergi dengan siapa Puan Bainun melabuhkan punggung sebelah Felisha.
Sorang je la..dengan siapa lagi.. Suara Felisha perlahan.
Hati-hati! Abang tak nak perkara dulu berlaku lagi. Fakrul mengingatkan Felisha.
Baiklah bang. Sha nak mandi dulu. Nanti nak berjemaah kan Papa mana Felisha bingkas bangun.
Ada kat bilik..tengah bersiap la tu. Puan Bainun mencelah.
Felisha mengangguk-angguk. Dia menapak ke biliknya.