SERI termenung di balkoni rumah. Tak sangka, akhirnya Jai bertunang juga dengan Salina. Memang dah jelas, Jai tak pernah cintakan aku. Aku je yang terhegeh-hegeh selama ni. Mungkin ini balasan Tuhan pada aku. Aku abaikan tunang sendiri semata-mata kerana lelaki lain. Aku harus buang perasaan tu jauh-jauh. Aku harus buang! Buat apa dikenang lagi. Jai dah separuh jadi milik Salina. Masih terbayang wajah Jai yang sentiasa tersenyum masa majlis pertunangan tu. Salina manis dan cantik dengan baju kurung putih mutiara bersimpuh di ruang tamu di rumah abangnya di Kelana Jaya menunggu cincin disarung oleh mak Jai. Aku hanya mampu tunduk. Sebak. Memang aku perasan, Jai dan Koci saling berpandangan. Aku menangis di majlis pertunangan Jai!!
Ucu..buat apa kat sini
Seri menoleh. Acik dah senyum di belakangnya. Dia cepat-cepat sapu air mata di pipi.
Err..tak ada apa. Abang dari mana Seri cuba melemparkan senyuman.
Dari rumah bujang abang la.Acik berdiri di sebelah Seri. Bahu Seri dirangkul lembut. Pandangannya menala ke laman rumah dan kolam renang yang luas di sebelah kiri.
Dah la tu..Jai pun dah selamat bertunang dengan Salina. Itu la..dari dulu abang dah cakap. Sekarang ni
terimalah dengan hati terbuka. Jodoh di tangan tuhan. Perancangan Allah lebih baik. Acik berkata perlahan. Dia jeling Seri di sebelah yang masih tunduk. Ada titis jernih di pipi gebu Seri.
Abangmaafkan Ucu.. Seri masih tunduk.
Kalau Ucu boleh terima Koci, abang lega. Acik usap rambut Seri. Lama wajah Seri ditatap. Terkadang ada rasa getar di hatinya. Perasaan apa yang aku rasa ni
Abang macam mana Seri menoleh. Abang aku ni kenapa Pandang aku tak berkelip. Macam nak tembus mata aku. Buang tabiat ke apa
Macam mana apa
Ojie!
Acik diam. Sejak kejadian hari tu, Ojie sudah tak macam dulu. Banyak diam. Ah..kalau fikir pasal perempuan ni, sampai bila pun tak habis!
Macam tulah.. Suara Acik lemah.
Dia banyak diam sekarang ni. Masa majlis pertunangan kat rumah Salina tu, Ojie macam nak jauhkan diri dari abang je. Seri menoleh. Tepat pandang Acik yang dah tunduk.
Dia salah faham. Ingat tak masa kita semua berjumpa di restoran mamak tu, semua dah blah. Tinggal abang dan Salina je. Kami sempat berborak. Ojie tiba-tiba muncul dan merajuk. Tuduh abang ada hubungan dengan Salina. Acik cerita hal sebenar.
Ya Allah..Ucu lupa la! Seri tepuk dahi.
Acik mendongak. Lupa apa
Ucu ajak dia sekali masa tu tapi dia kata dia datang lambat sikit. Tak sangka dia datang masa abang dan Salina tinggal berdua je! Sekali lagi Seri tepuk dahi.
Sudahlah..sekarang ni pun Salina dah bertunang dengan Jai. Dia tak ada alasan lagi nak merajuk ke apa kelainlah kalau dia pun ada orang lain.. Acik tunduk semula.
Seri jeling Acik. Aik! Pandai jugak abang aku ni merajuk!
Sekarang niUcu ingatnak berbaik dengan Koci. Seri menutur perlahan. Malu pada Acik. Dulu bukan main lagi buat dingin dengan tunang sendiri.
Baguslah macam tu. Kawan baik-baik! Acik sengih.
Seri mencebik. Ingat ni zaman budak sekolah ke Main kawan-kawan! Bahu Acik ditumbuk kuat.
Sakitlah! Acik gosok bahunya.
Abang tu la! Ucu tahu la yang Ucu ni dah buat salah. Tak payah la perli macam tu! Sekali lagi bahu Acik kena tumbuk.
Acik senyum. Lega bila melihat Seri dah kembali seperti dulu. Ingatkan bila Jai dah bertunang dengan Salina, Seri makin parah.
Kenapa abang senyum
Tak ada apalega bila tengok Ucu dah berubah. Belajar la sukakan Koci tu. Koci pun..abang tengok okey jugak. Cuma dia macam tak tahu apa yang ada dalam hati dia sebenarnya. Macam Ucu la jugak, masih sangsi pada Koci tu. Acik pandang laman yang luas. Tenang melihat pokok yang menghijau.
Ucu akan cuba walaupun perasaan Ucu masih tebal untuk Jai.. Seri tunduk.
Acik menoleh. Dia sapu air mata di pipi Seri.
Mari sini.. Acik peluk Seri. Rambut Seri diusap perlahan.
DATIN RUBIHA mula gelisah. Dari kolam ikan, jelas dia nampak kemesraan Acik dan Seri.
Ya Allah..aku tak ada kekuatan nak beritahu perkara sebenar. Janganlah apa-apa yang tak elok berlaku nanti..
Awak ni kenapa
Datin Rubiha berpaling. Tak ada apa bang..
Kalau tak ada apa, mengapa macam resah je ni Datuk Kamaruddin peluk isterinya.
Abang..sampai bila kita nak rahsiakan hal ni
Muka Datuk Kamaruddin dah berkerut. Rahsia apa
Seri dan Acik..
Kenapa
Saya tak nak mereka hidup dalam dosa. Tengoklah tu! Datin Rubiha tuding ke arah Seri dan Acik yang dah saling berpelukan.
Datin Kamaruddin angguk-angguk.
Alah..tak payah bimbang la. Mereka tahu batas.
Tapi..kita juga turut berdosa kalau biarkan mereka tu. Datin Rubiha resah.
Baiklahkita akan beritahu mereka bila tiba masa yang sesuai.. Datuk Kamaruddin pujuk isterinya.
Mereka berdua beriringan menuju ke kolam renang. Menikmati suasana petang bersama.
Ma! Pa! Acik laung dari balkoni.
Datin Rubiha dan Datuk Kamaruddin mendongak sambil tersenyum.
Acik anak yang baik. Datin Rubiha pandang pula suaminya.
Datuk Kamaruddin angguk setuju.
Ma!
Eh! Cepatnya! Tadi ada kat atas
Seri sengih. Papa dan mama senyum meleret. Dia jeling Acik yang turut sama duduk di sebelah papa.
Dah lama kita tak berborak macam ni.. Seri peluk mama.
Papa rasa..elok Ucu nikah cepat. Setahun tu lama sangat la. Papa meneguk kopi panas. Dia jeling isterinya di sebelah.
Kenapa tiba-tiba keluar topik nikah pulak ni Seri dah muncung. Aku datang nak sembang mesra hal lain.
Acik senyum. Muka Seri dah ketat. Hehehe
Pa tak nak benda tak elok jadi nanti. Jadi sekarang ni Ucu dah dua bulan lebih bertunang. Pa bagi masa dua bulan je lagi, lepas tu nikah.Papa kunyah pula kuih kasui.
Tapi pa..
Tak ada tapi-tapi! Cepat Acik mencelah.
Seri cubit lengan Acik.
Dah, dah! Mama dah jeling. Risau lihat kemesraan Acik dan Seri yang dah terlebih.
Ma dan pa buat semua ni ada sebabnya. Mama hulur cawan kopi kepada Acik dan Seri.
Sebab apa ma Acik pula tanya.
Mama diam.
Acik dan Seri saling berpandangan. Ada rahsia apa-apa ke
Errpa dengar kawan Acik sorang lagi tu, dah bertunang. Betul ke Papa pandang Acik yang beria mengunyah kasui.
Acik angguk.
Seri dah berubah riak. Hati mudah terusik bila sebut soal Jai. Aku dah la nak lupakan mamat tu, papa pulak sibuk tanya.
Acik bila lagi Mama pula menyampuk.
Tersembur kuih kasui dari mulut Acik. Dia sapu mulutnya yang comot.
Seri sengih. Padan muka! Tadi usik aku!
Err..Acik mana ada calon pa. Acik teguk pula kopi.
Haih..muka handsome macam Acik ni pun tak ada calon Mama mengusik.
Maperempuan zaman sekarang ni lebih pandang harta dari rupa. Rupa kacak macam Mario Maurer sekalipun, kalau poket kosong, perempuan pandang sipi je. Acik sengih.
Mario Maurer Mama tercengang.
Alah..pelakon kacak dari Thailand tu la ma.. Seri tolong jawab. Dia jeling Acik yang dah sengih-sengih. Perasan abang aku ni!!
Mama terdiam. Dia pandang papa. Fobia bila sebut Thailand.
Salah tu. Perempuan sekarang ni dah pandai menilai. Kalau rupa kacak sekalipun macam..siapa tu..Mario..tapi kalau perangai macam setan nak buat apa! Kita sebagai lelaki ni kenalah ada ilmu terutama ilmu akhirat. Bernikah ni bukan untuk sehari dua, bukan untuk suka-suka. Ada tanggungjawab. Tanggungjawab suami untuk membawa isteri dan anak ke jalan yang diredhai Allah. Bernikah ni satu kurniaan Allah untuk hamba Nya merasa tenang. Saling melengkapi. Bila kita berada dalam keadaan halal, hati akan sentiasa tenang. Jadi sebelum bernikah, pa nak Acik siapkan diri mental dan fizikal. Acik yang akan menjadi nakhoda nanti. Kalau nakhoda pun tak reti nak kawal kapal, habis tenggelam anak kapal nanti.
Acik menelan liur. Pertama kali mendengar papa bersyarah panjang lebar macam ni.
Err..Acik akan cuba.. Acik jeling Seri yang dah tersengih macam sengih kambing. Harapkan tak ada janggut je lagi. Sindir aku la tu!
Siapa pun calon isteri Acik, pa dan ma terima. Macam Ucu ni, pa perasan, Ucu macam dingin je dengan Farid tu. Masa Farid datang rumah, Ucu buat tak acuh je kat dia. Kenapa Ada masalah ke Papa pandang pula ke arah Seri.
Seri terkedu. Papa ni..mata helang ke apa Nampak je semuanya.
Err..tak ada apalah pa. Seri tunduk.
Kalau sebelum nikah pun dah macam ni, macam mana nanti lepas nikah. Sorang ke hulu, sorang ke hilir. Papa tak nak anak papa derhaka pada suami. Ucu pun kena ambik tahu hal nikah kahwin ni. Bekalkan diri dengan ilmu. Bukan nak seronok je nikah ni. Kadangkala, isterilah yang menyebabkan suami diheret ke neraka. Suami akan ditanya di sana kelak. Suami akan terima dosa isteri. Papa jeling Seri yang dah semakin tunduk.
Assalamualaikum!
Empat kepala mendongak. Koci dah tersengih di tepi kolam.
Tu..bakal suami dah datang. Acik usik Seri.
Seri tunduk semula. Masa ni la Koci nak datang bagai! Huh!!
Waalaikumussalam!Papa senyum.
Pakcik, makcik! Farid bersalam dengan Datuk Kamaruddin. Dia duduk sebelah Acik. Sempat jeling Seri yang tunduk dari tadi. Muka dah masam macam belimbing buluh! Memang sah tak suka aku datang la tu!
Farid dari mana Papa senyum.
Dari rumah pakcik..
Ha..kebetulan Farid ada ni, pakcik nak bagi tahu sikit, pakcik nak cepatkan pernikahan ni. Lepas raya nanti, pakcik ingat nak langsungkan majlis nikah.
Koci menelan liur. Aduih..haru ni. Dulu kata setahun nak bertunang..Seri nak ke
Errkenapa tiba-tiba nak cepat pakcik Koci jeling pula Acik. Acik hanya senyum dari tadi.
Tak baik bertunang lama-lama sangat. Lagipun pakcik tengok Farid ni macam dah bersedia lama dah.
Acik menahan ketawa. Memang dari dulu dia faham sangat dengan Koci. Macam Jai cakap, dah jatuh hukum wajib.
Ha..err..oh Koci tak terkata. Dia senyum kelat. Seri pulak hanya diam dari tadi. Setuju ke dia
Err..saya tak kisah pakcik tapi tak tahulah pulak Seri ni.. Koci jeling Seri. Muka Seri dah ketat. Sentap ke apa minah ni
Pakcik dah beritahu dia. Dia ikut je. Papa senyum. Seolah faham jelingan Koci pada Seri.
Seri dongak. Eh, bila masa pulak aku cakap ya..papa pun satu. Matanya menala ke arah Koci yang dah gabra. Apa hal pulak dia macam gelisah Dulu bukan main lagi nak cepat nikah. Entah-entah dia suka Salina tu!
Kalau nikah cepat, Acik ni bolehlah menyusul. Pa tak nak korang ni ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang sah. Pa tengok tak ada sebab nak tangguh pernikahan. Papa pandang Seri dan Acik silih berganti.
Borak saja ni, tuanglah air untuk Farid tu. Diam pulak dia. Mama pandang Seri yang dari tadi tidak berkata sepatah pun.
Seri dongak lagi. Koci di sebelah Acik direnung tajam. Tak kuasa nak layan. Tuanglah sendiri!
Koci senyum. Seri memang keras kepala. Haih..macam mana aku nak hidup dengan dia ni Layan aku pun macam nak tak nak je.
Mama beri isyarat pada Seri. Nak tak nak Seri terpaksa tuang kopi dan hulur kepada Koci. Papa pula hanya memerhati tingkah anak gadisnya. Dia geleng.
Ni yang pa tak suka. Korang berdua ni dah bertunang, lepas raya nanti nak menikah. Pa tengok macam tak ada kasih sayang. Tolong beritahu pa, apa sebenarnya terjadi
Koci menelan liur. Dia jeling Seri dan Acik yang dah tunduk. Bakal pak mertua aku ni tahu ke Kalau dia tahu apa yang telah berlaku..agaknya apa tindakannya nanti Patutkah aku putus tunang dengan Seri
Err..pakcik..boleh saya cakap dengan Seri sekejap..personal. Koci minta izin Datuk Kamaruddin.
Belum sempat Datuk Kamaruddin menjawab, Seri dah menyampuk.
Cakap kat sini je la..tak ada apa yang rahsia pun. Seri mencebik.
Hish! Apa cakap macam tu dengan tunang sendiri Dah..ma benarkan, kan abang Mama jeling papa yang dah senyum.
Seri jeling Koci dan Acik. Muka Acik dah sengih karat. Koci pulak dah tunduk..malu ke apa
Seri bangun malas. Koci turut bangun dan berjalan ke kolam ikan koi di tepi taman pokok orkid. Seri menoleh ke arah Acik yang sempat kenyit mata tadi.
Koci berdiri di tepi kolam. Dia pandang Seri yang duduk di hujung kolam. Huh! Nak cakap macam mana kalau duduk sebatu dari aku
Awak suka saya tak
Seri dongak. Soalan pertama Koci begitu mencabar mindanya. Jawab final exam pun tak susah macam ni.
Awak suka saya ke tak Koci dah ketap bibir. Dah la nak keluar berdua pun susah, ni dah dapat kebenaran bercakap di tempat macam ni pun susah! Apa la nasib aku ni..
Ke..kenapa Seri tergagap-gagap.
Kalau rasa terpaksa, tak payah awak nak menipu diri sendiri. Saya faham kalau awak tak suka saya. Koci masih terpacak di situ. Kedua tangannya menyeluk poket.
Seri diam. Rasa bersalah bila mendengar kata-kata Koci. Memang selama ini dia tidak pernah sukakan Koci. Puas dia cuba pupuk perasaan tu pada Koci.
Kenapa diam Koci berjalan perlahan ke arah Seri yang dah tunduk membisu.
Saya..saya tak nak lukakan hati awak. Seri sebak.
Alasan awak tu dah lapuk. Kalau awak tak nak lukakan hati saya, kenapa awak masih dingin dengan saya Kalau awak dah ada pilihan lain, awak berterus terang saja. Kita boleh putus. Habis cerita! Koci jeling Seri yang masih tunduk. Dia senyum. Sengaja dia cakap bengis macam tu. Biar Seri tahu, aku pun bukan terhegeh sangat dengan dia.
Seri dongak. Membuntang.
Awak pun ada orang lain kan Sebab tu awak nak sangat putus! Seri dah geram. Ingat dia je ke yang naik angin! Angin aku lagi kuat tahu tak!!
Awak jangan nak tuduh sembarangan. Macam mana saya nak hidup dengan awak, kalau hati awak untuk orang lain Saya tak nak peluk batang kayu! Koci pandang tepat ke mata Seri.
Seri ketap bibir. Siapa nak peluk kau Tak hingin!!
Saya mengaku. Salah saya sebab terima pinangan awak dulu. Kalau awak rasa tak selesa dengan saya, saya terima apa saja keputusan awak. Seri tunduk. Ikan koi yang berenang di dalam kolam direnung seketika. Seronok kau ikan..tak payah fikir soal hati. Tak payah susahkan diri cari pasangan. Kau tetap membiak jugak.
Jadi awak nak putus Koci mula duduk di sebelah Seri.
Seri jarakkan diri dari Koci.
Saya di pihak perempuan. Awak lelaki. Tanya lagi! Seri merengus.
Baiklah. Kalau macam ni keputusan awak, saya akan beri apa yang awak inginkan selama ni. Koci bingkas bangun. Dia menapak ke tempat orang tua Seri semula.
Seri menelan liur. Alamak! Dia serius ke Laju Seri mengejar Koci yang sudah melangkah ke arah papa dan mama. Aku kena halang dia!
Maaaakkkk!!!
Erghh!! Aduh!!
Seri dan Koci dah tergolek di atas rumput. Jatuh macam nangka busuk.
Koci pandang Seri yang dah menghempap tubuhnya. Sempat dia peluk Seri dari tergolek jatuh atas batu kerikil. Masing-masing terkedu.
Seri pandang Koci yang memandangnya tidak berkelip. Aduh..apa hal dengan aku ni Selalu kalut tak ingat!! Kerana nak kejar Koci tadi, dia tersepak akar pokok menjalar di tepi taman. Tak pasal-pasal dah menghempap tubuh sasa Koci. Siap berpelukan! Percuma je!
Koci senyum. Memang Seri kalut!
Err..awak..saya dah sesak nafas ni. Awak ni berat macam tong dram tahu tak Koci terbatuk-batuk.
Erk! Err.. Seri cepat-cepat bangun. Ni kali kedua aku peluk mamat ni. Dulu masa kat tapak pembinaan. Sekarang ni pulak..di laman rumah aku sendiri! Tu la..tadi bukan main tak nak peluk bagai. Sekarang ni rasalah! Malunya!! Seri jeling Acik, papa dan mama. Acik dah terbahak-bahak ketawakannya. Papa dan mama pula hanya senyum. Tak lucu la!
Koci mula bangun. Dia sapu rumput yang melekat di rambut dan pakaiannya.
Lain kali..kalau nak kejar tu, tengok dulu jalan tu! Saya tak kisah kalau awak suka buat macam tadi. Lagi saya suka! Koci kenyit mata sebelum beredar.
Seri ketap bibir. Gatal! Dia membuntuti Koci.
Wah! Syoknya tengok filem Hindustan ni! Tergolek atas rumput! Acik masih ketawa.
Seri mencebik.
Koci selamba duduk semula di sebelah Acik. Dia pandang Seri yang tercegat berdiri di sebelah Acik. Muka Seri dah kemerahan.
Apa yang korang bincang tadi sampai tergolek jatuh macam tu Acik menahan ketawa. Nak je aku gelak tergolek kat sini!
Tak ada..aku dah buat keputusan.. Koci jeling Seri. Dia menoleh pula pada Datuk Kamaruddin dan Datin Rubiah.
Err..pa, ma, kami dah buat keputusan. Kami ikut je keputusan pa dan ma nak suruh kami nikah lepas raya nanti. Seri cepat-cepat mencelah.
Koci mendongak. Apa kena minah ni Tadi bukan main lagi nak putus! Apa dah masuk racun arsenik ke dalam otak dia ni Atau dah tercemar dengan bakteria Klebsiella pneumonia Itu yang Jai selalu cakap kat akubakteria yang merata dalam udara ni.
Hmm..baguslah! Kan bagus berbincang macam tu. Papa senyum. Matanya melirik ke arah mama.
Koci diam. Dia pandang Seri. Tak apa..kalau esok-esok kau tak layan aku, siap kau Seri!!
Err..pakcik, makcik, saya minta diri dulu. Koci bingkas bangun dan bersalam dengan Datuk Kamaruddin dan Acik. Sempat dia jeling Seri yang tunduk. Tahu pun malu.