Abstrak Cinta Aku & Dia - 39
BAB 39

AVANI Sepang Goldcoast Resort

WAKTU senja. Jingga matahari hampir tenggelam sepenuhnya nun di arah barat. Angin laut bertiup agak kuat tapi tenang. Ombak tak jemu menghempas pantai. Panorama indah ciptaan yang maha Esa. Senja memang selalunya digambarkan lebih dramatik dari biasa.

Tambahan pula, apabila senja di tepian pantai.

Aturcara majlis masih berjalan rancak.

Zack berjalan perlahan melewati kawasan majlis. Telah ketinggalan acara memotong kek oleh pengantin. Ini kerana 15 minit sebelumnya, secara senyap-senyap dia menyusup sebentar ke surau untuk menunaikan solat maghrib.

Bertemakan warna putih yang melambangkan Suci, dekorasi dan hiasan di tepian pantai ini sudah tentunya berwarna putih. Adalah juga diselang-seli dengan warna perak dan hiasan bunga-bungaan merah dan kuning sebagai penyeri suasana.

Tetamu yang dijemput hadir juga perlu berpakaian mengikut tema yang ditetapkan. Separa kasual tetapi perlu ada warna putih pada pakaian tak kiralah seluar, baju atau skirt. Demi menghormati permintaan pengantin, Zack juga hadir dengan berpakaian mengikut tema. Kemeja putih lengan panjang dipadankan dengan jeans biru. Ringkas. Yang penting, ikut tema. Mujur saja temanya tidak mengarut maka dia patuh tanpa banyak soal.

Majlis perkahwinan sudah terlalu biasa dalam hidupnya. Di Hotel Mayang Sari, dalam sebulan, sekurang-kurangnya ada tiga majlis perkahwinan pelbagai tema. Tapi untuk julung kalinya, dia menghadiri majlis perkahwinan di tepian pantai. Memang menarik sehingga aura romantik itu terasa dalam hati.

Romantik Sejak bila jiwangnya bertambah, tak tahulah.

Menurut Kate, memang impian Audrey sejak dulu lagi mahukan majlis perkahwinan di tepi pantai hingga sanggup berhabisan. Kini, impian tersebut terlaksana.

Bagaimana Audrey bertemu Andy Menurut Kate lagi, kisah cinta mereka biasa-biasa saja. Berkenalan secara tak sengaja di MPH Midvalley. Pertemuan demi pertemuan membuahkan cinta. Demi memikat si pujaan hati, Andy sanggup berpura-pura sakit dan ke hospital hampir setiap hari hanya untuk bertemu Audrey. Biasa saja bukan Namun bagi pasangan bercinta, yang biasa-biasa itulah menjadi memori indah untuk seumur hidup.

Zack membuang pandang memerhatikan Audrey dan Andy melayan para tetamu. Jemputan tidak ramai, mungkin dalam lingkungan 200 orang sahaja yang terdiri daripada keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat. Audrey dan Andy kelihatan sungguh ceria dan bahagia sekali. Maklumlah, pengantin baru.

Sebenarnya, dia pun tak sangka yang dia turut dijemput. Dia dan Audrey tidaklah terlalu rapat. Tapi mungkin kerana dia rapat dengan Kate maka dia dijemput sekali. Tidak ramai tetamu yang dia kenali, boleh dibilang dengan sebelah jari tangan. Maka saat ini, dia memilih untuk memencilkan diri di batuan berhadapan dengan pantai, tidak jauh dari kawasan majlis.

Zack memaku mata pada Kate. Tersenyum dan ketawa sepanjang masa, meraikan hari bahagia sahabat sejati. Dalam diam dia akui, Kate kelihatan jauh lebih ceria dan segar dari dulu. Matanya yang malap kini ada sinar cahaya. Sepertinya aura mendung yang melanda diri gadis itu sebelum ini telah hilang. Seolah-olah rantai yang membelenggu diri Kate sudah tiada. Perbezaan itu terlalu ketara. Dan kerana itu, dia berterusan memerhatikan Kate agak lama. Sangat lama.

Secara tiba-tiba Kate menoleh. Mata Kate merejam matanya. Tatapan terkunci beberapa saat sebelum dia mengalih pandang ke laut lepas. Rasa segan memanjat hati. Itu belum dikira lagi dengan jantungnya yang tiba-tiba berdegup lebih laju dari biasa.

Heeisshhh, apahal pulak ni Zack menghela nafas, cuba meredakan sedikit gangguan perasaan.

Beberapa saat kemudian, Zack memandang semula ke arah Kate. Nampaknya, mata Kate masih tidak berganjak dari tadi. Tetap pada terarah padanya. Gadis itu menghadiahkan senyum simpul lantas menggeleng.

Zack turut tertawa sendiri dalam segan.

Muzik berirama perlahan mengambil alih ruang. Acara seterusnya, berdansa. Bergema lagu Thousand Years dendangan Christina Peri. Agaknya, lagu runut bunyi filem pontianak kacak ini telah menjadi tren terkini di majlis perkahwinan. Wajib ada.

Seorang lelaki Cina menyapa Kate. Tak silap Zack, itu adalah rakan merangkap pengapit Andy. Terus perhatian Kate dicuri. Mereka berbalas-balas senyuman sambil berbual. Dia tetap memerhati. Lelaki Cina itu menghulurkan tangan, sepertinya mahu mengajak Kate menari.

Zack terus berpura-pura melihat jam tangan. Hatinya melompat tak tentu arah kerana kurang senang dan dia kurang mengerti kenapa ketika ini dia berperasaan begini.

Zack kemudiannya termenung memerhatikan panorama laut di waktu senja sambil cuba membuang imej Kate dan lelaki Cina tadi dari mindanya.

Hey Zack

Zack menoleh. Kate sudah berada di sebelah sambil tersenyum manis. Di tangannya terdapat sepiring kek coklat.

Perlahan-lahan Kate duduk di sebelah Zack.

KekPelawa Kate.

Zack geleng sambil senyum. Kek bukan dalam senarai makanan kegemarannya.

Sedap tauKate masih tak putus asa. Cubalah

Zack angkat kening dan masih menggeleng.

I tak tipu. Sedap.Kate berusaha mempengaruhi. Buka mulut

Aaaa Zack terpinga-pinga.

Buka mulut.Ulang Kate lalu menyua cebisan kecil kek dengan sudu.

Ehtak payahlah. I boleh makan sendiri... Zack menolak.

CepatlahKate mendesak.

Teragak-agak tetapi Zack turuti juga lalu membiarkan saja Kate menyuap kek ke mulutnya.

SedapkanKate berkata.

Zack angguk, mengiyakan.

Sambil senyum, Kate menyuap pula kek ke mulutnya sendiri.

What are you doing here, alone Soal Kate.

Jawapannya ada - segan nak bertegur-sapa dengan tetamu yang lain cuma dia malas hendak memberi jawapan itu. Lalu apa yang dia buat hanyalah senyum dan angkat bahu.

Bukan you dance dengan that guy ke tadi Zack mencuba sedaya upaya untuk mengawal suaranya agar tidak terlalu menampakkan yang dia sengaja mahu menyibuk hal Kate.

Nope. Im not good in dancingBalas Kate.

ReallySoal Zack, nada menyindir.

Kate ketawa.

Maksud I, I tak ada mood nak dance dengan that guy

Ooo.Zack terangguk-angguk. Then, you nak dance dengan siapa

Adalah.Kate pamer senyum teka-teki. But I know that guy wont ask, so I dont even bother to think about it

Kening Zack terangkat sambil merenung Kate.

Kate hanya membuat muka selamba sambil senyum nipis.

Nak lagiSoal Kate sambil menyua kek.

Zack mengangguk dan membiarkan Kate menyuap kek ke mulut sekali lagi. Rasa seronok pula kena suap kek dengan awek. Tambah lagi di tepi pantai pada waktu begini. Romantik semacam.Ceh! Dah kenapa dengan aku ni Bila masa pulak si Kate jadi awek

Kate menghabiskan baki kek lalu meletakkan piring di tepi. Matanya memandang Zack dan senyum lagi.

You nampak lain sekarang ni Zack bersuara.

Lain Meaning

Lainlah.Zack memberi jawapan pendek, tidak menjelaskan lebih lanjut.

I rasa lain. And it feels good.

Good for you then

You suka I macam nike

Yeah Kate. I like the same old new you. Not sure if Im making any sense here by saying that Jawab Zack.

Kate ketawa. Zack senyum.

Cantik.Ayat terakhir, Zack ucap seperlahan mungkin tanpa memandang Kate.

Indah laut ketika waktu senja dipandang tanpa ucapan antara mereka. Lama. Melalui ekor mata, Zack memandang Kate secara curi-curi. Terbuai-buai rambut perang Kate di tiup bayu. Keunikan wajah Kate itulah yang menyebabkan dia sering mencuri pandang sejak dulu.

I jumpa Kevin lagi, semalam. Kate memecah sunyi.

OhI ingat, you tak nak jumpa dia lagi.

Mula-mula, I tak nak. But on second thought, I think I deserve explanation from him, so I agreed.

Zack angkat kening. Lepas tu

Kami berbincang.

Zack terangguk-angguk.

Dia minta maaf pada I.

Apa sebenarnya yang jadi pada Kevin Kenapa dia tak contact you selama ni

Sebab...in Singapore, Kevin sudah ada orang lain.Kate menjawab tenang walaupun terdapat sedikit getaran dalam suaranya.

Somehow, the relationship did not last long. Kevin cakap, after a whilehe cannot get along with that girl. Nama perempuan tu, Felicia.

Sebab tu dia balik sini Dia nak balik dengan you

Kevin balik sebab kontrak dia dengan syarikat tempat dia kerja sudah tamat. Dia tak nak sambung lagi.

Zack diam, menanti sambungan cerita.

And yes, dia juga nak continue our relationship..Sambung Kate.

Dia ajak I kahwin

Bulat mata Zack mendengar ayat itu. You terima dia Pantas Zack menyoal.

Kate geleng. Tak. Dan tak mungkin I akan terima dia lagi. Its too late.

Zack menarik nafas lega, dalam diam.

Sebenarnya, sebelum Kevin pergi Singapore, kami bergaduh...Kate membuka cerita.

Zack tetap setia mendengar.

Not the first time anyway. Kami gaduh sebab yang sama

Sebab apa

He did ask me to move in with him few times tapi I tak mahu.

Zack tidak memberi sebarang komen.

Because of that, Kevin accused me for not being committed to our relationship.

Sorry if I ask this but, why you dont want toerrryou knowmove in with him Dia kan boyfriend you

WellIm a bit conservative when it comes to relationship.

Conservative Zack angkat kening.

Kate senyum. Ramai orang tak percaya bila I cakap macam tu tapi yes I am.

Zack senyum sumbing.

My mumGod. I miss her so much. Kate tarik nafas. Anyway, my mumshe is a good Christian woman and loyal to herI would sayAsian native. Walaupun dia kahwin dengan daddy I who is a Mat Salleh

Zack tergelak saat Kate menyebut Mat salleh.

She still has a conservative mind when it comes to man and woman matters. She always told my sister and Ithings likedo not get too close with boys or you will get pregnant. Kate memimik cara ibunya bercakap dan tergelak sendiri. The similar things she told my elder brother. Thats how I was raised up and I still have that thought until now

Zack diam dan angguk.

So, I told Kevin. The only way he can makes me move in with him is to marry me. We argue repeatedly on the same issues. He said I am too conservative but for me, he should respect my decision and myself. Though we argue a lot, our relationship is still going strong

Or so I thoughtSambung Kate sambil mencebik bibir.

Sebelum Kevin ke Singapore, dia janji untuk kahwin dengan I. However, things changed when he met Felicia who can reaaalllyyy committedDua jari telunjuk Kate terangkat. to the relationships.

Kenapa dia putus dengan Felicia Soal Zack.

Tak tahu. I tak tanya. I rasa, I tak perlu tahu sebabnya.

Zack angguk beberapa kali.

Kate...you deserve someone better than Kevin.

Is it Someone like you, maybe

Zack terbatuk-batuk.

Kate ketawa. Its a joke, idiot.

Joke Yeah... Balas Zack.

Kate tersenyum.

You dengan Reen macam manaSoal Kate setelah berjeda seketika.

Zack senyum sumbing. Biasa aje. Nothing serious I guess

Kate geleng. Stop being a loser, Zack. Just tell her straight that you like her

I ada bagi hint. Tapi, tak sure dia faham atau tidak.Zack tarik nafas. Tapi, untuk I luahkan perasaan I pada Zareen. Zack tarik nafas lagi. Tak naklah. Kepala tergeleng beberapa kali.

Apa yang you takut sangatKate melontar soalan lagi.

Rejection.Zack menjawab jujur. And a photo of my silly face pinned on the wall of shame

Kate ketawa besar. OkeyTerangguk-angguk.

From my observation, I think...she likes you too

Iya keZack mengangkat kening. Macam mana you boleh positif sangat pasal ni

Cara dia pandang you, bercakap dengan you. Not to forget her reaction when she saw you and I so close. I can say that Im eighty percent sure.

Eighty percent aje What about another twenty percent

ThatMr. ZackKate senyum sinis. Is for you to find out yourself

Zack geleng dan ketawa.

Maybe, I am that guyKate.

Means what

A loser, macam you cakap tadi.Sambung Zack, senyum sumbing.

No. Zackyou bukan loser.Tegas Kate. Maybe, you think too much. Perhaps, you should just follow your instinct once in a while.

InstinctZack sengih. I dont know if I have one

Kate ketawa dan Zack tersenyum saja melihat Kate.

Setelah ketawa Kate reda, dia memandang lama ke arah laut. Senyap tanpa suara.

Zack turut sama mendiamkan diri. Melayan rasa yang sukar untuk dia tafsirkan ketika ini. Wajah Kate direnung dalam diam buat sekian kali.

Zack Panggil Kate, perlahan.

Yeah

I dah buat keputusan

Yes Zack menanti kata-kata seterusnya.

Ive decidedKate menghentikan kata-kata. Dia tunduk dan bermain dengan jari.

Decide apa

IKate menarik nafas dan memandang ke arah lautan.

Kate Zack menjadi kurang sabar. Decide apa

Ive decided to go back to Birminghamfor good.

Zack terus terdiam. Memandang tepat ke arah Kate yang berterusan memandang laut.

What Audrey said is true.I tak boleh tinggal di sini lagi. Kate menelan air liur. I tak boleh tinggal seorang diri. Macam mana kalau I tiba-tiba jatuh sakit I need somebody to take care of me. I tak boleh susahkan Audrey lagi. Kate menyambung kata.

Tapi.Kate.Zack mati kata. Tapi apa Apa yang nak dikata Jangan bagi Kate pergi Kalau Kate tak balik Birmingham, siapa nak jaga Kate kat sini Aku

Tapiapa Soal Kate pula.

Nothing. I cuma terkejut sebab tiba-tiba you cakap nak balik Birmingham.

I..." Kate mengeluh. "I feel that this is a right decision. I have to go

Zack diam. Dan terus terdiam. Lama.

Zack

Iya

Please....say something

Zack tarik nafas panjang. Rambutnya ditolak ke atas. Fikirannya menjadi tak menentu secara tiba-tiba. Perasaannya, apatah lagi.

Zack

Bila you nak pergi Zack bertanya perlahan.

Ive bought my ticket already.

Bila

Next week.

Zack menghembus nafas kasar. Kenapa cepat sangat

Kate senyum tawar.

LEBIH kurang pukul sepuluh malam, majlis tamat. Namun, masih ada lagi saki-baki tetamu yang bersantai di pantai.

Zack berjalan beriringan dengan Kate untuk menghantar Kate kembali ke bilik yang disewa di AVANI. Manakala Zack pula, akan memandu terus pulang ke rumah sewanya.

Zack melangkah perlahan, seolah-olah memanjangkan masa untuk berada lebih lama dengan Kate.

Dah sampai.Kate bersuara setelah berada di hadapan pintu bilik lantas berpaling berhadapan dengan Zack.

Zack angguk beberapa kali. Wajah Kate direnung sehingga tampak ianya berubah kemerahan.

I've told you not to do thatKate berkata lagi.

Do what

Staring at me like Im a monkey in the zoo

You are not a monkey.

Then, what am I

I dont know. But you are too beautiful to be a monkey

That is...unexpected but thanks.Kate senyum.

Zack diam lagi. Masih tidak mengalihkan mata dari Kate.

Zackapa yang tak kena" Kate bertanya.

I cuma ada masa seminggu aje lagi nak tengok youAyat itu keluar dari mulut Zack tanpa sedar. Matanya tetap merenung Kate.

ZackIKate tarik nafas. Rentak jantungnya sudah mula tak seimbang. Anak mata dilarikan. I masuk dulu. Akhirnya, Kate meminta diri.

Yup. I pun rasa, I patut balik sekarang.Balas Zack.

Drive carefully Pesan Kate.

Zack angguk.

Good night.Zack.

Good nightKate.

Kate membuka pintu. Masuk. Bertatapan dengan Zack tiga saat dan senyum hambar. Pintu ditutup.

Seminit berlalu. Zack masih tak berganjak dari situ. Tak tahu apa yang ditunggu. Tunggu Kate buka pintu Perlahan-lahan kemudiannya, dia berpaling dan pergi dari situ dengan langkah berat, seberat hatinyakala ini.