ANIS cepat-cepat mengemas. Jam di pergelangan tangan dah enam suku pagi. Niatnya ingin pulang ke rumah sewanya dulu sebelum ke tempat kerja. Usai solat subuh, Anis mula mengemas katil. Dia segera menuju ke dapur menyediakan sarapan untuk keluarga Izara. Dapur dijenguk dari muka pintu. Tiada seorang pun lagi di situ. Mungkin masih di bilik masing-masing. Anis mula menyediakan roti bakar, sandwich dan spagetti goreng. Sosej dan telur scramble juga turut disediakan. Semua diletakkan atas meja dan ditutup dengan saji.
Eh! Awalnya Anis bangun Kak Leha mula jenguk ke dapur.
Anis senyum. Dia betulkan semula lengan baju kurung yang disingsing hingga ke paras siku tadi.
Eh! Dah siap sarapan Pukul berapa Anis bangun Kak Leha buka tudung saji. Terkejut melihat makanan sudah tersedia di situ.
Kak, saya pergi dulu. Dah lambat ni! Nanti kak buatlah air ya! Anis cium tangan Kak Leha dan mula minta diri.
Anis tak nak makan dulu ke Laung kak Leha setelah melihat Anis tergesa-gesa keluar.
Anis menoleh. Dia menggeleng. Terkocoh-kocoh dia melangkah ke jalan besar menuju ke tempat menunggu bas.
IMRAN melangkah keluar dari biliknya. Sempat dia menjenguk bilik itu melalui daun pintu yang sedikit terbuka. Teragak-agak dia menjenguk. Tiada sesiapa. Katil pula sudah dikemas rapi. Hmmmana pula minah somtam ni pergi.
Dia segera ke dapur. Jarum jam tangan sudah hampir tujuh setengah pagi. Izara dan Puan Zaharah masih belum nampak batang hidung.
Kak Leha, sedapnya spagetti goreng ni. Selalunya roti bakar dan telur je. Mimpi apa kak Leha goreng spagetti ni Imran menikmati sarapan dengan penuh selera.
Bukan kak Leha yang masak, cik Anis yang masak pagi tadi. Lepas tu dia tergesa-gesa keluar. Bila kak Leha masuk dapur tadi, semuanya sudah siap. Kak Leha buat air je. Kak Leha sengih. Suka melihat Imran begitu berselera sekali.
Imran terdiam. Patutlah dia tak ada kat bilik. Dah blah rupanya minah somtam tu!
Boleh kak Leha tanya sikit
Imran mendongak ke arah pembantu rumahnya. Bolehbanyak pun tak apa..apa dia
Err..abang suka ke kat cik Anis
Tersembur spagetti goreng di dalam mulutnya. Bersepai atas meja makan. Air kosong yang dihulur oleh Kak Leha segera diminum sampai habis. Tersedak-sedak. Imran mula mengurut dadanya yang terasa senak.
Ni air lagi.. Kak Leha hulur lagi segelas air kosong.
Kenapa kak Leha tanya Imran mula bertanya setelah kembali reda sedikit.
Tak adakak Leha tengok cik Anis tu cukup dari segala segi. Pandai masak, sopan, cantik, putih, hormat orang tua. Pada kak Leha, lengkaplah sebagai ciri-ciri seorang calon isteri yang baik.
Imran diam. Nampaknya pembantu rumahnya juga tidak tahu yang dia sudah bertunang dengan minah somtam tu. Dia menghabiskan spagetti goreng yang masih bersisa di dalam pinggan. Air kopi panas diteguk perlahan. Namun di ruang fikirannya masih memikirkan kata-kata Kak Leha tadi. Padanya semua itu belum cukup menjamin kebahagiaan rumah tangga kalau tidak disertakan dengan persefahaman dan toleransi selain dari saling mengasihi. Bukti sudah jelas seperti apa yang terjadi pada dirinya. Natasha begitu tega meninggalkannya hanya kerana lelaki itu lebih segala-galanya dari dia. Dia masih fobia!
Saya pergi dulu kak. Hari ni banyak kerja. Saya balik lambat sikit. Imran meminta diri untuk ke pejabat.
Mama! Abang pergi dulu! Imran mencium pula tangan Puan Zaharah yang muncul di muka pintu sebelum beredar.
Anis mana Puan Zaharah bertanya bila melihat Izara turun seorang diri dari dalam biliknya.
Cik Anis dah keluar puan! Sempat dia sediakan sarapan ni. Kak Leha mencelah memberitahu hal yang sebenarnya.
Izara dan Puan Zaharah tercengang. Saling berpandangan.
TIBA di pejabat, Imran segera ke bilik. Meja Anis masih kosong. Dia jeling jam tangan. Baru lapan suku pagi. Beg kerja diletakkan di atas meja. Tirai di dinding cermin dibuka sedikit. Sengaja dia berbuat begitu. Lama dia berdiri di tepi meja sambil berpeluk tubuh. Mata tepat memandang pada meja Anis.
Anis mula menapak ke tempatnya. Tergesa-gesa dia meletakkan beg tangan di dalam laci. Komputer segera dibuka. Fail dan surat penting yang diambil dari bahagian kaunter penyambut tetamu di bawah tadi diletakkan di atas rak.
Eh, surat apa pula ni Anis mengamati sekeping surat yang tertera namanya di situ. Dia segera membuka sampul surat itu.
Tidak sabar mengetahui isi kandungannya.
Perlahan surat itu dibaca. Satu persatu. Diulangbaca lagi.
Alhamdulillah! Anis mengucup surat itu berkali-kali tanpa menyedari gelagatnya diperhatikan Imran dari dalam bilik.
Dia menatap pula skrin komputer. Semua e-mel diperiksa satu persatu. Seperti biasa, surat-surat dari atas rak dibelek seketika.
Dia capai pula nota kecil. Dari sudut kiri meja. Nota yang selalu digunakan untuk mencatat jadual kerja Imran. Sebaik menoleh ke belakang, Imran sudah berdiri di situ. Erk! Anis berundur sedikit. Tubuhnya hampir melanggar tubuh tinggi lampai itu.
Kenapa awak datang kerja hari ni
Saya
Bukankah doktor sudah bagi mc pada awak Nanti orang ingat saya mendera pekerja saya sendiri. Sakit pun kena datang kerja. Awak faham maksud saya Imran bercekak pinggang.
Ya saya tahu tapi saya..
Saya apa Tu! Dahi tu! Ada benjol lagi! Imran menuding ke arah dahi Anis yang agak terselindung di bawah tudung tapi masih jelas kelihatan bengkaknya.
Sikit saja tuan. Ni ada surat dan hari ni tuan kena menghadiri mesyuarat dengan pengarah dari Setia Sakti Sdn Bhd. Petang pula ada janjitemu dengan Encik Alias dari syarikat percetakan. Anis baca jadual Imran. Kata-kata Imran tadi tidak dihiraukan. Lancar saja dia membaca jadual harian Imran.
Terpulang! Kalau awak pengsan lagi, saya tak nak ambil tahu! Imran ambil surat yang dihulur Anis. Jadual yang dibaca Anis sebentar tadi langsung tidak dikisahkan.
Anis masih kaku di situ. Terkejut dengan sikap pelik Imran pagi itu. Huh! Pagi-pagi lagi dah marah aku! Suka hati akulah nak datang kerja ke tak!
Anywaysedap spagetti goreng awak! Tolong buatkan saya kopi O pekat. And..please dont make mistake again.
Imran sempat berpaling ke arah Anis sebelum masuk ke bilik.
Anis tersentap dengan kata-kata Imran. Macamlah aku ni gelojoh sangat! Eiii!!!
PULANG dari kerja, Anis singgah di pasar membeli betik muda. Pagi tadi dia tidak dapat membekalkan somtam pada makcik Senah dan kedai lain. Tentu mereka tertunggu-tunggu somtam darinya. Laju kakinya melangkah ke rumah setelah semua bahan untuk dibuat somtam dibeli tadi.
Hai cik adik manis!
Anis tergamam. Tiga lelaki asing mula mengusiknya. Dia tidak hiraukan usikan mereka. Kakinya semakin laju melangkah.
Langkahnya terhenti bila dihalang oleh salah seorang lelaki tadi. Dalam hatinya sudah disematkan, jika mereka masih menghalang laluannya, dia akan gunakan ilmu silat yang dipelajarinya.
Cik adik manis nak ke mana Boleh kami tolong Seorang lagi lelaki terus mengambil beg plastik yang dipegang oleh Anis.
Anis menggenggam kuat beg plastik bila lelaki itu cuba merampas dari tangannya. Matanya liar memerhati gerak geri ketiga lelaki itu. Mereka mula mengelilinginya. Suara ketawa jelas menerjah telinganya. Sekiranya mereka cuba buat sesuatu, dia sudah bersedia membuka langkah silat.
Anis mula menepis tangan lelaki yang bermisai tebal yang cuba memeluknya.
Jangan dekat! Anis mula beri amaran.
Ketiga lelaki itu hanya ketawa mendengar amaran dari Anis.
Kalau kami dekat, awak nak buat apa Nak jerit Ketawa mereka semakin galak.
Anis terus tumbuk pipi lelaki yang ketawa tadi. Kakinya laju saja menendang bahagian sulit ke tiga-tiga lelaki itu.
Salah seorang lelaki itu mula berang. Anis dipeluk dari belakang. Kedua tangan Anis pula ditarik ke belakang.
Hoi!!!
Anis yang meronta terus memandang ke arah suara itu. Motosikal Aprilia Caponord warna hitam berhenti tepat di tempatnya.
Seorang lelaki lengkap dengan suit jaket hitam dan masih bertopi keledar itu mula turun dari motosikalnya.
Lepaskan perempuan tu!
Sekali lagi Anis menendang kaki lelaki yang memegang kedua tangannya dari belakang. Buah betik yang dibeli terjatuh ke tanah. Beg tangannya pula tercampak ke dalam longkang di tepi pokok.
Aku kata lepaskan perempuan tu!! Sekali lagi lelaki yang memakai topi keledar itu menjerit kuat. Satu tumbukan padu hinggap di muka lelaki bermisai tebal itu. Lelaki itu mengaduh kesakitan. Dia cuba membalas tumbukan lelaki bertopi keledar itu tapi sempat ditepis. Anis mula menarik tangan lelaki itu dan dihayun ke belakang. Lelaki itu jatuh terjelepok di atas tanah. Sekali lagi Anis hentak kepala lelaki itu dengan buah betik.
Padan muka!
Anis senyum melihat lelaki itu lari lintang pukang. Dia berpaling pula ke arah lelaki bertopi keledar tadi.
Err..terima kasih encik.
Tak apa..cik tak apa-apa
Saya okey. Anis cepat-cepat betulkan tudung dan baju kurungnya. Mana tahu ada yang koyak.
Cik berani ke balik seorang ni Saya boleh hantarkan!
Err..tak apa. Saya okey.
Betul ni
Anis angguk. Dia cuba mencari wajah lelaki di sebalik topi keledar hitam.
Macam nilah. Saya temankan cik.
Anis mula serba salah. Dia juga tidak kenal siapa lelaki itu. Lelaki tu segera ke tempat letak motosikalnya dan diletakkan di bawah pokok. Dia kembali ke tempat Anis semula. Topi keledar dibuka.
Awak
Jay senyum. Jangan salah faham pula. Saya bukan ikut awak. Kebetulan saya lalu di sini tadi.
Ya Allah, malunya aku. Anis melarikan wajahnya ke arah lain. Gaya silatnya tadi sudah hilang sifat ketimuran seorang gadis. Jay dipandang sekilas. Masih segak walaupun berjambang dan berkacamata hitam. Bermakna dia masih tidak dapat melihat mata milik lelaki kacukan itu. Sepanjang berjalan ke rumahnya, hanya Jay yang banyak bertanya itu ini.
Terima kasih kerana tolong saya tadi. Saya rasa cukuplah sampai di sini saja. Rumah saya pun dekat je dari sini. Anis sengaja berhenti di simpang jalan menuju ke rumahnya. Dia tidak mahu Sarah tahu dia ditemani lelaki asing balik ke rumah. Kecoh nanti.
Betul ni
Anis angguk. Terima kasih sekali lagi. Menyusahkan awak saja.
Oh tak apa..kalau macam tu saya pergi dulu.
Anis hanya memerhati Jay mula melangkah ke tempat motosikalnya semula. Kalaulah Imran sebaik Jay
SOMTAM yang telah siap dibungkus, disimpan dalam peti sejuk. Esok dia perlu hantar awal pagi sebelum pergi ke tempat kerja.
Betik yang dibeli di pasar petang tadi hanya sebiji yang boleh digunakan. Sebaik Jay pergi, dia kembali semula ke pasar untuk membeli betik muda dan mangga.
Usai solat isyak, Anis menonton drama kegemarannya sebentar. Saluran astro oasis dibuka. Sudah banyak episod dari drama itu tidak diikuti semenjak dia bekerja.
Anis! Kau ke mana semalam
Anis menoleh ke arah pintu. Sarah sudah sengih di situ. Kalau ya pun tak reti nak bagi salam
Sarah sengih lagi. Pintu ditutup perlahan. Dia mula duduk di sebelah Anis yang asyik menonton drama. Hmm..asyik drama ni je.
Apahal ni sengih-sengih dari tadi
Hari ni aku rasa akulah insan paling bahagia sekali! Sarah sudah senyum lebar. Agaknya sudah sampai langit.
Hmm...lain macam je bunyinya.. Anis berpaling ke arah Sarah. Kemudian kembali menatap kaca tv.
Zafrandia telah melamar aku. Minggu depan aku rasmi menjadi tunang dia!
Anis menoleh semula. Bertunang Cepatnya!
Err..betul ke ni..atau kau main-main
Betul la! Mana boleh main-main dalam hal ni. Senyum Sarah semakin lebar.
Anis pandang Sarah dengan riak tidak percaya. Rasanya baru saja Sarah dan Zafran bercinta.
Aku tahu kau tak percaya. Kau juga yang cakap..tak elok bercinta lama-lama. Keluar berdua. And nowaku dah kotakan janji aku. Nyata Zafran cukup sporting. Dia puji kau sebab berani tegur aku. Alhamdulillah, dia sendiri ingin jadikan hubungan ini dengan cara halal.
Anis diam. Dalam hatinya terbit rasa cemburu. Bukan cemburu kerana Zafran memilih Sarah tetapi cemburu kerana Zafran begitu menyayangi Sarah dan faham dengan batas pergaulan. Kalaulah Imran juga seperti itu.
Tahniah Sarah! Aku juga tumpang gembira. Bila nak nikah Anis cuba menyembunyikan rasa sebak. Terharu mendengar berita gembira seperti itu.
InsyaAllah bulan depan.
Alhamdulillah Anis meraup muka.
Err..kau bila lagi Imran macam mana Sarah pula teruja ingin mengetahui kisah cinta terpendam Anis.
Kau niImran tu tak pandang pun aku. Biarlah. Janji aku bahagia. Dan untuk pengetahuan kau, aku dah sambung belajar dalam bidang kulinari di UiTM. Anis senyum. Biarlah Sarah tidak tahu kedudukan sebenar.
Akhirnya tercapai juga cita-cita kau. Tahniah! Sarah terus memeluk Anis dengan erat.
Terima kasih.
Habis tu..macam mana dengan kerja kau
Aku nak berhenti.. Anis menatap kembali surat keramat itu.
Oheh, terlupa pula. Kau ke mana semalam Sekali lagi Sarah bertanya.
Aku tidur di rumah Zara
Rumah Zara Mereka jemput makan malam lagi ke
Tak lah..pasal ni.. Anis tunjuk dahinya yang bengkak.
Apasal dahi kau ni
Aku terhantuk. Masa kat klinik, Zara cakap aku pengsan. Terus dia bawa balik ke rumahnya. Anisberkata tanpa nada perasaan. Malas nak ungkit semula kejadian itu.
Jadidapatlah kau jumpa Imran! Sempat Sarah mengusik.
Anis diam. Malas nak menjawab. Matanya beralih pada kaca tv.
Sarah mula minta diri untuk ke bilik setelah melihat Anis senyap. Dia tahu ketika ini Anis berperang dengan perasaannya sendiri. Biarlah Anis melayan perasaannya sendiri.
Anis menutup tv dan mula menapak ke bilik.
MALAM ini matanya masih belum mengantuk walaupun jam sudah hampir sebelas malam. Wajah Imran dan Jay menerjah ruang fikirannya silih berganti. Pertanyaan Jay petang tadi cukup membuatnya terkesima. Apakah Jay juga menaruh hati padanya sedangkan dia tidak merasa apa-apa terhadap jejaka kacukan itu. Bukan memilih tetapi hati dan perasaannya sukar ditembusi. Arghh! Wajah Imran melekat kuat di hatinya.
Hmm..nak chat ke tak nak Anis merenung skrin komputer. Laman facebook itu ditatap seketika.
JS > Assalamualaikum..
Anis tersenyum. Jay terlebih dahulu menegurnya.
Mawar Putih > Waalaikumussalam
JS > Awak sihat
Mawar Putih > Alhamdulillah..
JS >Pasal petang tadi..maafkan saya
Mawar Putih > Saya yang patut minta maaf. Awak telah banyak membantu saya.
JS >Bukan itu maksud saya..
Anis garu kepala.
JS > Tentang soalan saya tadi..maaf, soalan saya tu terlepas pasal hal peribadi.
Mawar Putih > Yang mana satu
JS > Pasal tunang awakmaksud saya abang kawan awak tu
Anis termenung sebentar. Mungkin Imran yang dimaksudkan Jay.
Mawar Putih > Kenapa
JS > Saya dapat rasakan yang awak simpan sesuatu di hati awak. Awak sukakan dia dan awak sengaja sorokkan rasa itu dalam diri awak.
Mawar Putih > Maaf..saya rasa ia tak ada kena mengena dengan awak..Lagipun minggu depan kami dah nak bernikah.Saya redha atas apa yang telah ditakdirkan untuk saya.
JS > Cinta tak mengenal erti kaya atau rupa.
Mawar Putih > Saya sedar siapa diri saya.
JS >Walaupun saya tak kenal siapa abang kawan awak tapi saya dapat agak tentu sikapnya lebih kurang dengan kawan awak tu, betul tak
Anis sengih. Pandai-pandai je mamat ni teka.
Mawar Putih > Maksud awak
JS > Yalah..tentu dia mempunyai wajah kacukan seperti kawan awak juga, ramah, suka berterus terang dan berani.Saya pasti dia kacak.
Mawar Putih > Hmm..mungkin.
JS > Dan saya dapat rasa, dia juga sebenarnya ada hati pada awak tapi disebabkan egonya terlalu tinggi, dia acuh tak acuh saja dengan awak.
Anis termenung lagi. Tergamam dengan kata-kata Jay. Jay seperti tahu siapa Imran.
Mawar Putih > Awak kenal ke abang kawan saya tu
JS > Tak..saya hanya meneka saja.
Mawar Putih > Maaf..saya tak selesa bercerita soal dia.
JS > Kenapa
Mawar Putih > Entah..mungkin kerana saya rasa tiada kebahagiaan..
JS > Tak bahagia
Mawar Putih > Ya..saya mengaku saya sukakan dia tapi kalau hanya bertepuk sebelah tangan, macam mana nak berbunyi. Saya terpaksa berkorban rasa dan menelan semuanya. Semuanya terasa menyiksakan jiwa.
JS > Tapi kenapa awak terima dia
Mawar Putih > Saya tersepit antara kehendak hati dan kehendak keluarganya.
JS > Maksud awak
Mawar Putih > Cinta saya tak berbalas tapi saya terpaksa terima dia juga atas dasar ingin menjaga hati keluarga.
JS > Jadi..are you really in love with him
Mawar Putih > Boleh tak kita cerita hal lain
JS > Ok. Saya terkesima.
Mawar Putih > Terkesima
JS > Awak seorang yang cantik. Kulit putih kemerahan dan yang penting sekali..awak pandai dalam bab agama dan bersilat! Saya suka tengok silat awak tu
Mawar Putih > Saya biasa je. Kalau awak rasa saya cantik, ramai lagi perempuan di luar sana yang lebih cantik. Tak perlu bangga dan riak dengan semua itu. Kalau kita rasa kita kaya, ada lagi yang lebih kaya dari kita dan kalau kita rasa kita ni susah, ingatlah ada lagi yang lebih susah dari kita. Bersyukurlah dengan apa yang ada.
JS > Saya sentiasa menantikan kata-kata macam ni dari awak. Nota awak pun saya dah pulangkan. Saya masih ingat salah satu catatan. Rasululullah S.A.W bersabda : Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati. Hati yang tenang, lapang, merasa cukup dengan apa yang dimiliki dan bersyukur dengan apa yang ada serta sabar dengan apa yang tiada adalah kaya hati yang sebenar. Oleh itu perlu dibersihkan dan dipulihara kesihatannya agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, redha dan pemaaf.
Anis senyum. Jay mengingati semua catatan notanya. Alhamdulillah.
Mawar Putih > Alhamdulillah..semoga ilmu itu bermanafaat pada awak dan saya juga. Awak pula macam mana Asyik cerita hal saya je.
JS > Saya tak sehebat awak. Tak ada kelebihan apa-apa pun. Banyak kelemahan saya.
Mawar Putih > Banyak kelebihan awak. Pertama kali jumpa hari tu, saya lihat awak seorang yang tenang dan juga dalam kategori kacak.
JS > Awak jangan pula sindir saya..kalau saya kacak, dah ramai perempuan yang sukakan saya tapi ni tidaksatu pun tak ada termasuk awak..
Anis terdiam. Jay terlalu merendah diri.
Mawar Putih > Mana awak tahu saya tak suka awak
JS > Jadi..awak suka lah ya
Mawar Putih > Suka..sebagai seorang kawan.
JS > Oh
Anis sekali lagi terdiam. Tidak tahu apa yang patut dibalas kerana sebenarnya hati dan perasaannya telah lama disimpan untuk Imran.
JS > Awak rasa dia sukakan awak Cintakan awak
Mawar Putih > Saya sendiri tak pasti. Dia dah jadi tunang saya. Walau dia benci saya sekalipun, saya terpaksa terima juga. Allah dah tetapkan jodoh saya dengan dia.
JS >Awak sanggup hidup menderita dengan dia
Anis senyum. Malam ini Jay lebih banyak mengorek rahsia hatinya.
Mawar Putih > Begitulah..anyway, tak perlu bersedih pasal tu. Cinta Allah lebih utama. Hati akan tenang dengan mengingatiNya.Cinta itu hakikatnya suci dan indah. Manusialah yang mengotorinya dengan calitan nafsu dan syahwat. Cinta bertambah indah dan suci bila Islam memagarinya dengan batas dan syariat.
JS > Betul tu
Mawar Putih > So, awak ada berapa orang adik-beradik
JS > Hmmperlukah saya beritahu
Mawar Putih > Terpulang! Saya bukan tanya fasal girlfriend awak..:)
JS > Cukuplah awak kenal saya seorang.
Anis mula merasa Jay begitu perahsia orangnya. Banyak benda peribadi seboleh mungkin tidak dijawab.
Mawar Putih > Tak apalah kalau awak tak nak bagi tahu. Saya pun tak kisah.
JS > Awak marah
Mawar Putih > Tak..itu hak awak.
JS > Hmmjanganlah pula merajuk. Saya tak pandai nak pujuk
Mawar Putih > Eh..tak! Saya bukan orang yang suka korek rahsia peribadi orang.
JS > Awak sindir saya ke
Mawar Putih > Tak..awak jangan pula salah faham. Jika orang itu tidak mahu bercerita, buat apa kita nak desak. Itu sudah memaksa namanya dan boleh jadi cerita fitnah.
JS > Hmm..kalau macam tu ok!
Mawar Putih > Saya minta diri dulu. Dah nak tengah malam ni. Esok saya kerja. Lambat nanti, bos saya marah pula.
JS > Semua bos akan marah kalau datang kerja lambat kecuali kalau ada alasan yang kukuh. Tak gitu wahai Humaira
Anis terkedu. Humaira Setahunya itu panggilan Rasulullah s.a.w pada isteri baginda Aisyah r.ha. Jay sudah mula memujinya terang-terangan.
Mawar Putih >Saya tak secantik Aisyah r.ha. Gelaran tu tak layak untuk saya.
JS > Apa salahnya saya puji awak. Awak memang mempunyai pipi putih kemerahan apasuka saya tengok. Lembut dan manis.
Mawar Putih > Semua tu anugerah Allah. Oklah. Selamat malam. Assalamualaikum.
JS >Waalaikumussalam
Anis masih menatap skrin. Terasa bersalah pada Imran. Kata-kata Jay sering mengusik jiwa.
Aku tak sepatutnya melayan Jay terlebih macam ni. Aku dah jadi tunang Imran dan minggu depan aku jadi isteri dia. Berdosa aku buat macam ni. Anis mengeluh. Dia tersepit antara statusnya sendiri dan perjanjian gila Imran. Biarlah dia berkorban. Tak sanggup menggadai agama kerana sebuah perjanjian. Jika benar Imran ingin bernikah lagi, dia rela. Dan sekiranya Imran ingin melepaskannya, dia juga redha. Terdetik di hatinya ingin menyiasat siapa Jay sebenarnya. Tak apa! Spy aku kan ada! Anis senyum. Wajah Izara mula muncul di ruang mata.