Arissa Daniel - 39
BAB 39

DANIEL sembam mukanya ke bantal. Pulang dari rumah Ustaz Hakimi tadi dia terus ke rumahnya di Bangsar. Fikirannya bercelaru. Kusut.

Dia bingkas bangun. Jam di dinding sudah menunjukkan sudah lama masuk waktu Asar. Dia segera ke bilik air mengambil wudhuk. Lama dia berdiri di atas tikar sejadah. Masih mencari diri sendiri.

Ya Allah...tabahkan hati aku..tabahkan hati aku..Muka diraup perlahan.

Segera dia menunaikan solat Asar walaupun masih bertatih belajar. Berteleku di sejadah memikirkan liku kehidupannya yang nyata terlalu jauh hanyut dibawa arus dosa. Dosa yang tak mungkin terampunkan. Masih terngiang di cuping telinga, kata-kata dan nasihat Ustaz Hakimi. Allah Maha Penyayang dan Maha pengampun. Dosa seorang muslim diampunkan Allah sekiranya benar-benar bertaubat sehingga dianggap sebagai seorang bayi yang baru dilahirkan, bebas dari sebarang dosa. Inikan pula dosa seorang bukan muslim yang akan dihapuskan bila memilih Islam sebagai cara hidup. Masih terngiang tazkirah dari Ustaz Hakimi,

Firman Allah s.w.t dari surah A-Zumar ayat 53 juga turut menerangkan :

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Daniel mengesat air mata yang mula menitis. Sudah banyak kali dia menumpahkan air mata. Pertama kali dulu semasa mendiang ayah meninggal dan kini menangis atas segala kekesalan dan dosa yang dilakukan.

Matanya melirik pada foto Arissa di atas meja yang dibingkai cantik. Perlahan Daniel bangun menghampiri meja. Foto Arissa dicapai dan ditatap lama.

Arissa..salahkah aku mencintaimu Salahkah Daniel peluk erat foto Arissa, gadis yang menyedarkannya erti sebuah perhubungan suci. Perhubungan halal.

Telefonnya berdering kuat. Daniel menapak ke atas katil.

Hello.. Lemah suara Daniel.

Bos..Zaki ni. Bos okey ke

Jelas kedengaran suara cemas Zaki di hujung talian.

Im fine.. Daniel masih sebak.

Nanti saya datang rumah..

Talian putus.

Daniel bersandar di kepala katil. Dari suara Zaki tadi, jelas Zaki cemas. Mungkin Zaki ingat dia telah kecewa dan cuba melakukan perkara buruk. Matanya dipejam rapat. Satu persatu kejadian yang berlaku dalam hidupnya berputar kembali. Segala perbuatan keji yang pernah dilakukan dulu, minum dan kaki perempuan. Sudah berapa ramai perempuan yang menjadi teman tidurnya. Dan yang terakhir..Arissa walaupun gadis itu tidak disentuhnya. Bukan salah Arissa. Arissa bukan seperti gadis lain yang datang menyerah diri.

Dia yang perdaya gadis itu dan paksa! Kerana dendam kesumatnya pada Tan Sri Johari Nasir, Arissa jadi mangsa dendam!

Oh my...ya Allah..please forgive me.. Daniel sekali menekup muka.

Satu persatu apa yang sudah dilakukan pada gadis itu mula bermain di ruang mata dan masih terbayang bagaimana dia melanggar gadis itu yang terhoyong -hayang semasa gadis itu ingin melintas jalan.

Arissa!!! Daniel menjerit sekuat hati.

ENTAH bila dia tertidur. Bila tersedar sudah hampir maghrib. Daniel capai tuala dan mula membersihkan diri di bilik air. Usai solat maghrib, dia mula buka halaman al Quran terjemahan yang diberi Zaki dulu. Dari satu halaman ke satu halaman dia menghayati setiap maksud ayat. Setakat hari ini, dia masih belum lancar membaca dalam bahasa Arab. Hanya bacaan dalam solat sahaja dipelajari dahulu.

Telefon berdering lagi.

Ya Zaki Okey.. Daniel mula bangun. Kain pelekat dikemaskan. Dia menapak keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Kelihatan Zaki sudah tersenyum di situ.

Bos..okey ke Jelas di wajah Zaki ada riak cemas.

No worries..Im okay.. Daniel melabuhkan punggung di sofa.

Zaki turut sama duduk di situ.

Ada apa Zaki

Err..bos, saya minta maaf bagi pihak Arissa, omma.. Zaki pandang Daniel yang segak dengan baju Melayu dan berkain pelekat.

Its okay.. Jawab Daniel tanpa nada perasaan.

Saya akan cuba pujuk Arissa bos.. Zaki mula rasa tidak sedap hati. Jelas di wajah Daniel ada riak kecewa.

No need. She never likes me.

Zaki tunduk. Daniel dilihat sudah mula putus asa.

Bos..sebenarnya tadi..cincin tu... Zaki teragak-agak. Kata-kata Daniel tadi sudah jelas yang bos mudanya sudah putus asa dan kecewa.

Daniel hanya diam. Matanya menala pada kaca tv. Kenapa dengan cincin

Zaki pandang Daniel yang masih memandang ke arah kaca tv. Sekejap dia tukar siaran. Entah apa yang ingin ditonton tapi yang jelas nada suara Daniel tadi sudah hambar.

Arissa..dia...dia.. Zaki serba salah. Riak Daniel masih sama. Tiada rasa teruja.

Kenapa dengan dia Daniel berpaling.

Arissa terima cincin tu.. Zaki mula senyum.

Daniel masih pandang Zaki. Diam seketika.

Dia terima cincin tu tak semestinya dia terima saya. Cincin tu memang saya hadiahkan untuk dia. Setelah apa yang kami bincang tadi, saya sudah anggap cincin itu hanya hadiah semata-mata. Daniel tunduk.

Zaki turut tunduk. Tidak tahu lagi apa yang harus dikatakan. Dia sendiri juga tidak berapa pasti. Adakah cincin itu diterima kerana terima lamaran Daniel atau hanya memenuhi pemberian Daniel Entahlah..

Oh ya bos...hari tu bos ada nak cakap sesuatu tentang ibu saya. Boleh saya tahu apa dia Zaki mula teringat kata-kata Daniel yang terhenti tiba-tiba.

Hmm.. Daniel masih berfikir. Maklumat itu mungkin Zaki tidak boleh terima.

Sebenarnya..ibu awak tu adalah adik ipar Tan Sri Johari. Ayah awak adalah adik Tan Sri Johari yang telah dikhianati. Semua harta pusaka ayah awak diambil secara paksa. Ayah awak hidup melarat bersama arwah ibu awak. Sebab itulah ibu awak benarkan awak dibawa pergi oleh makcik Fatimah ke Korea. Daniel mula menjelaskan maklumat yang diperolehi Robin dan Gagak dulu.

Oh..jadi mana ayah saya sekarangZaki tunduk sambil menekup muka.

Dengar cerita dia hidup melarat..entah..Daniel mula rasa bersalah melihat riak Zaki yang sudah bersedih. Siapa yang tidak sedih bila ayah kandung diperlakukan sebegitu rupa. Sama juga dengan kesnya dulu tapi kes Zaki ini lebih parah. Tan Sri Johari begitu tega mengkhianati darah daging sendiri. Apatah lagi orang luar yang tidak ada kena mengena.

Oh.. Sekali lagi Zaki menekup muka.

Daniel mendekati Zaki yang sudah tunduk memandang lantai.

Zaki..calm down. Jangan bimbang, saya akan tolong cari ayah awak. Daniel sentuh bahu Zaki yang sudah tunduk menekup muka.

Zaki mula mendongak. Saya masih tak percaya..apakah betul semua yang bos cerita tadi

Daniel angguk.

Oh..

Saya ada bukti. Nampaknya nasib kita sama. Mendiang ayah saya juga dikhianati Tan Sri. Daniel buka rahsia.

Zaki pandang Daniel tidak berkelip. Dia menelan liur.

Mendiang ayah saya meninggal kerana tidak tahan disindir di majlis keraian kejayaan projek yang sepatutnya ayah saya juga turut memiliki saham itu. Rancangan rapi yang diatur Tan Sri memang cukup licik. Daniel mengesat air mata yang mula menitis.

Jadi..Datuk JB meninggal kerana kecewa dengan projek tu Zaki menelan liur lagi.

Daniel angguk.

Saya tak pernah jumpa manusia macam Tan Sri yang begitu tega melakukan semua itu demi kepentingan dan tamakkan harta kekayaan.Daniel tunduk. Mengenangkan kisah pahit itu membuka kembali dendam di hati. Dendam yang membawanya kenal Arissa.

Dan saya ada satu lagi berita yang saya kira lagi teruk.. Daniel pandang wajah Zaki yang sudah mula merah. Ada riak kemarahan.

Apa dia Zaki tenung mata Daniel.

Arissa...

Kenapa dengan dia Zaki semakin penasaran.

Nantilah saya cerita..setelah saya lunaskan segala rancangan saya, masa itulah saya akan ceritakan semuanya. Daniel bingkas bangun. Waktu Isyak sudah masuk sepuluh minit yang lalu.

Malam itu Daniel dan Zaki solat berjemaah dengan diimamkan oleh Zaki. Zaki bermalam di rumah Daniel. Dia sudah beritahu makcik Fatimah sebelum bertolak dari rumah Ustaz Hakimi tadi. Makcik Fatimah pula tinggal dengan Arissa.

ZAKI masih berfikir tentang kata-kata Daniel tadi. Niat untuk mencari ibu kandung tidak kesampaian. Ibu terlebih dahulu dijemput Ilahi. Ayah pula entah ke mana menghilang.

Patutlah omma yang jaga aku. Rupanya ibu dan omma kawan baik.. Zaki termenung di katil. Kedua tangannya diletak di belakang kepala. Mata menala ke siling.

Siapa Tan Sri Johari ni Daniel pun dendam pada dia. Zaki masih berfikir. Sarat dengan persoalan yang sememangnya payah untuk dirungkaikan dengan mudah.

Arissa..kenapa bos cakap macam tu tadi Kenapa dengan Arissa Zaki garu kepala. Persoalan demi persoalan yang masih belum terjawab bermain di benak.

Malam itu tidurnya tidak lena. Sekejap mengiring ke kanan. Sekejap mengiring ke kiri. Dia jeling jam. Hampir tiga pagi. Zaki bingkas bangun dan mengambil wudhuk.

Al Quran dari dalam beg dicapai dan dibaca perlahan. Terasa tenang. Tambah di waktu sunyi begitu.

Arissa!!!

Zaki tersentak. Bunyi suara kuat Daniel memanggil nama Arissa di bilik sebelah jelas di telinganya. Bergegas dia berlari ke bilik Daniel.

Pintu tidak berkunci. Zaki tolak daun pintu. Daniel dilihat seperti mengigau.

Bos! Bos! Pipi Daniel ditepuk beberapa kali.

Err...sa..saya kat mana Daniel buka mata. Dia pandang sekeliling. Terkebil-kebil.

Bos kat bilik bos ni. Atas katil. Zaki pandang wajah bos mudanya yang sudah pucat lesi. Mimpi ke apa

Daniel betulkan baju tidurnya. Kain selimut dilurut ke bawah. Dia menekup muka.

Bos..bos okey ke Zaki masih duduk di sebelah Daniel yang sudah berpeluh. Mungkin bermimpi buruk.

Saya bermimpi.. Daniel tunduk. Kata-katanya terhenti.

Tadi saya dengar bos menjerit panggil nama Arissa.Zaki menjelaskan perkara sebenar.

Oh.. Sekali lagi Daniel menekup muka.

Bos kenapa ni Pucat muka.. Zaki sentuh bahu Daniel.

Daniel bangun dan menapak ke bilik air. Dia membasuh muka dan menapak semula ke set sofa. Tubuhnya dihenyak di sofa.

Zaki turut membuntuti Daniel dan duduk berhadapan dengan Daniel. Lama dia melihat Daniel diam di situ.

Zaki..tadi saya bermimpi lagi. Saya rasa bersalah pada Arissa.. Daniel mula buka cerita.

Bersalah Pasal hal tadi ke Zaki masih bingung.

Daniel tunduk. Kedua tangannya memegang kepala. Rambut dicengkam kuat. Dia kemudian mendongak.

Zaki..actually, Ive done something bad to her. Something really bad! Daniel sandar di sofa.

Maksud bos

Saya simpan dendam pada Tan Sri yang bertanggungjawab atas kematian ayah saya. Saya mengatur rancangan untuk balas dendam. Saya perdaya anak perempuan Tan Sri tapi.. Kata-kata Daniel terhenti seketika. Dia meraup muka. Terbayang kembali kejadian malam itu.

Zaki masih setia mendengar.

Rupanya perempuan yang saya perangkap tu adalah Arissa. Masa tu saya tak kenal siapa anak perempuan Tan Sri. Saya hanya ada maklumat tentang dia sahaja tapi saya tak ada foto perempuan tu. Saya telah salah sangka terhadap Arissa masa tu. Daniel mula berterus terang.

Maksud bos, bos ingat Arissa tu anak Tan Sri Johari Zaki pandang Daniel tak berkelip.

Daniel angguk.

Sebelum kejadian tu, saya hanya kenal Arissa sebagai Nely Badlina yang dikenalkan oleh kawannya. Masa tu saya sudah mula suka pada Arissa. Tapi kerana salah faham dan dendam, malam saya bawa dia ke hotel tu..saya..saya.. Daniel malu nak meneruskan kata-kata.

Zaki masih diam. Daniel dipandang lama. Masih menanti kata-kata seterusnya dari mulut bos mudanya.

Malam tu saya ragut kesucian Arissa. Kerana dendam pada Tan Sri, saya tak hiraukan rayuan Arissa supaya tidak diapa-apakan. Dendam saya melebihi segalanya. Daniel beranikan diri membuka rahsia yang selama ini disimpan kukuh. Dia terpaksa berbohong dengan Zaki. Selagi Arissa belum sah menjadi isterinya, Zaki tidak perlu tahu hal sebenar pada malam di hotel itu. Simpati dari Zaki adalah penting untuknya memiliki gadis itu dan sudah tentu Zaki akan memujuk Arissa untuk menikahinya. Mungkin kedengaran jahat rancangannya tetapi dia terpaksa!

Zaki terdiam. Patutlah semasa di Pulau Nami dulu, dia pernah mendengar Arissa berkata yang dia telah rosak. Marah benar Arissa pada Daniel masa itu sehingga Daniel terima sebiji penampar dari gadis itu.

Zaki..maafkan saya. Saya telah rosakkan adik awak..please forgive me.. Daniel menekup muka sekali lagi.

Zaki masih diam. Tidak tahu apa yang harus dikatakan. Daniel adalah bosnya. Arissa pula adalah adik dari ibu susuan. Ah! Pening!

Bukan itu saja..saya juga jadi pembunuh. Daniel mendongak semula.

Pembunuh Zaki terbeliak. Tidak faham.

Arissa..dia hamil selepas kejadian tu dan saya tak sengaja telah melanggarnya masa saya on the way ke rumah. Doktor telah sahkan kandungan Arissa tidak dapat diselamatkan. Saya jadi pembunuh anak saya sendiri! Daniel mengesat air mata. Lagi sekali dia terpaksa berbohong demi mendapatkan gadis itu.

Zaki tergamam. Tak terkata. Dia menelan liur berkali-kali.

Jadi saya faham kalau dia tolak lamaran saya siang tadi tapi percayalah saya sudah lama cintakan Arissa. Sebelum kejadian itu lagi. Saya nak bertanggungjawab. Daniel masih sugul.

Err..Arissa tahu ke siapa yang langgar dia malam tu Zaki mula bertanya.

Daniel geleng. Tidak sanggup dia menambah kebencian Arissa terhadapnya. Cukuplah Arissa membencinya kerana kejadian rogol itu.

Oh.. Zaki bersandar di sofa.

Zaki...tolong saya. Tolong saya dapatkan semula kepercayaan Arissa. Saya ingin Arissa menjadi isteri saya yang sah. Sejak kejadian malam tu, setiap kali saya nak sentuh perempuan lain, saya teringatkan Arissa. Dan sejak malam itu juga, Arissa adalah perempuan terakhir yang saya sentuh.. Daniel merayu.

Zaki mengeluh panjang. Memang dia tahu Daniel adalah seorang kasanova tetapi tidak sangka Arissa juga menjadi mangsa Daniel.

Bos...saya hanya boleh tolong tapi semua keputusan di tangan Arissa. Zaki tenteramkan Daniel.

Daniel tunduk.

Satu lagi, tolong jangan beritahu makcik Fatimah pasal ni. Saya malu. Daniel pegang tangan Zaki, mohon sangat-sangat.

Zaki tepuk-tepuk bahu Daniel. Dia mengangguk tanda faham.

Dah nak subuh ni.. Zaki jeling jam di atas meja kerja Daniel. Hampir 4.30 pagi.

Hmm..elok rasanya kita solat sunat. Bermunajat pada Allah dan memohon ampun pada Allah supaya kita sentiasa di jalan yang benar.. Zaki mengajak Daniel menunaikan solat tahajjud.

Err.solat sunat Daniel berkerut keining.

Ya..selain solat wajib, kita juga digalakkan menunaikan solat sunat untuk menampung solat wajib kita. Zaki senyum.

Tak apa..nanti saya ajar bos.. Zaki senyum lebar. Daniel dilihat sudah keliru.

Mereka berdua mula mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat dan sambung kepada solat subuh.

DANIEL rasa tenang. Tidak pernah dia rasa setenang itu. Usai solat subuh tadi, Zaki rajin ke dapur menyediakan sarapan. Mereka berdua menikmati sarapan bersama.

Zaki, awak dah banyak tolong saya mengenali Islam dan belajar agama. Terima kasih.. Daniel sandar di kerusi. Sedikit madu dituang ke atas pancake.

Sepatutnya saya yang kena berterima kasih pada bos. Bos telah banyak menolong saya selama ini. Tempat tinggal di Seoul, kerja dan sekarang ni pula bos tolong saya carikan maklumat arwah ibu saya dan ayah saya. Semua tu sukar untuk saya balas. Hanya dengan cara inilah saja saya boleh balas segala budi bos. Dan..tentang Arissa, bos jangan bimbang, hati perempuan tak akan selamanya macam tu. Zaki senyum.

Hmm..saya faham jodoh tu di tangan Allah. Dan saya faham mengapa dia begitu bencikan saya. Kalau saya di tempat dia pun, saya akan rasa macam tu. Tapi percayalah..jiwa dan hati saya selalu inginkan Arissa jadi isteri saya. Saya tak akan cari perempuan lain.. Daniel habiskan pancake dalam pinggan. Air kopi o panas diteguk seketika.

Sabarlah bos..berdoa dan terus berdoa. Saya dan omma akan sentiasa pujuk Arissa.. Zaki beri semangat pada Daniel.

Pagi minggu itu selesai sahaja bersarapan, Daniel dan Zaki sama-sama menuju ke Tasik Titiwangsa untuk beriadhah.