Sinis sekali kedengarannya kata-kata Hasya yang tiba-tiba muncul di depan Bahrain saat lelaki itu mahu membuka pintu keretanya.
I know what you are thinking you obviously saw my sister, Bahrain menafikan yang perempuan tua itu teman wanitanya. Tenang saja dia seperti biasa.
Hasya tidak percaya. Menurutnya dia tidak dilahirkan semalam untuk ditipu hidup-hidup oleh lelaki berhidung belang seperti Bahrain! Keadaan menjadi tegang apabila Hasya menyatakan penyesalannya atas insiden di dalam jip yang telah berlaku di antara mereka sebelum ini, which should not have happened, keluhnya di depan Bahrain.
Memang seharusnya ia tidak berlaku, detik hati Bahrain. Itu yang menjadi penyebabnya dia nekad menjauhkan diri dari Hasya dengan tidak menghubunginya lagi selepas insiden itu.
Im done with you, tambah Hasya lagi dengan jelingan tajam menikam.
Secara rasionalnya Bahrain membela diri dengan mengatakan bahawa Hasya dengan kecemburuannya yang keterlaluan itu, mungkin akan mengaitkannya dengan mana-mana perempuan sekalipun yang ditemui berjalan dengannya; meskipun sekadar kakaknya sendiri! Namun tetap dengan nada tenang dia melontar kata, Good that you should be done with me.
Dan sambil memegang lembut bahu Hasya, You will feel better Im sure you will attract and meet the right person with no problem.
Kata-kata Bahrain itu tidak sama sekali meredakan api yang membara di dada Hasya sebagaimana mungkin yang difikirkan Bahrain, malah menaikkan lagi amarahnya. Entah mengapa kecemburuannya meluapmeluap terhadap mana-mana wanita yang mendampingi Bahrain; tua atau muda bukan soalnya! Merujuk kepada wanita Cina berambut ala topi keledar, kurus melengkung ditambah pula dengan jalan mengengkangnya yang dilihat bermain squash dengan Bahrain, dengan mimik wajah penuh meluat, Hasya mencemuh, I couldnt believe myself that your taste in women is extremely bad! Your skinny cow girlfriend is unbelievably ugly she should be hit by a lorry!
Memang wajar pun si tua yang saling tak tumpah seperti lembu kurus itu dirempuh lori! Geram sungguh Hasya melihat aksi si tua itu yang terkinja-kinja setelah berjaya memberi pukulan smash pada Bahrain di gelanggang squash tadi, tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling! Puas hatinya sebaik melontarkan katakata itu. Meski ianya berbau hinaan tetapi hanya dengan luahan perasaan secara terang-terangan begitulah, yang
mampu mengikis segala sesak di dadanya. Bahrain memandangnya dengan penuh pengertian. Mahu saja dia tertawa mendengar lontaran ketidakpuasan hati Hasya itu tetapi sedaya upaya ditahannya agar Hasya tidak berasa dipersenda.
You better tell your girlfriend to change her hair style she looks like a walking helmet!
Bahrain menghela nafas. Dia sedar walau apa pun alasan yang diberi, ia tetap tidak akan mengubah pendirian Hasya yang memberi tuduhan tanpa merit terhadap dirinya yang kini terpalit dengan jolokan lothario atau mata keranjang hanya kerana bermain squash dengan seorang wanita! Namun jauh di sudut hatinya terselit rasa bangga dalam usia 60an, masih ada lagi wanita muda jelita yang menyayanginya; suatu yang tidak pernah terfikir olehnya selama ini. Dalam usianya meniti tempoh persaraan, soal cinta bukan lagi keutamaan. Hanya ketenangan hati dan berpeluang mengisi hari-hari mendatang dengan aktiviti yang digemari sudah cukup memadai. Im not encouraging, begitu pengakuan Bahrain agar Hasya mampu selami isi hatinya yang merasakan diri tidak cukup layak didampingi gadis sepertinya yang punya masa depan yang masih panjang.
and now you are saying: you are not encouraging
Soalan yang sengaja dilontar Hasya dengan niat menimbulkan rasa bersalah pada diri lelaki itu.
How dare you, Bahrain Why would you mention that only after you got into my pants Why didnt you think about that so called not encouraging before getting into my pants!!!
Amarah Hasya sudah tidak terbendung lagi; menjerit tatkala melontarkan ketidakpuasan hatinya yang sudah terlalu lama terbuku. Mujur tiada sesiapa yang lalu-lalang pada waktu itu dan tidak dipedulinya juga sekali pun ada yang tercuri dengar di situ!
Muka Bahrain merah menahan marah. Ikutkan hatinya, mahu saja dipatah-riukkan hidung gadis bermulut celupar yang terus sahaja mencetus provokasi terhadap dirinya itu sekali pun sikap endah tak endah; sedaya upaya dipamernya.
Nafas Hasya turun naik. Direnungnya Bahrain dalamdalam. Unless you found me at a whore house, you cant simply get into my pants and leave just like that, Bahrain!
because thats what you are! You are not worth it.
Hasya terbungkam. Bahrain tiada pilihan selain terpaksa melafazkan kata-kata itu. Apa lagi yang harus dilakukan; penghinaan apa yang harus dilontarkan bagi mendorong Hasya melupakannya
Agak lama juga Hasya terdiam; airmatanya mula bergenang.
You said Im not worth it but you are not worthy of me either because you dont know who I really am, Bahrain that I am more than a sex object.
Bahrain tahu akan hakikat itu; betapa gadis ini sangat berharga, namun apa dayanya
Dengan wajah yang semakin memerah akibat menahan tangis, Hasya melontar kata, I know perfectly well that you see me as nothing but a corruption of a minor.
Sungguh dia tidak mengerti apa perlunya lagi Bahrain memanipulasi cintanya yang suci Mungkin benar Bahrain hanya menganggapnya tidak lebih daripada sekadar barang mainan; anak kecil yang rosak pemikiran kecil berbanding kematangan dan pengalaman Bahrain andai dibuat perbandingan.
Youll be haunted by me by what you did to me for the rest of your life, Bahrain. Remember that.
Itulah sumpahan Hasya ke atas Bahrain; sumpahan buat seorang laki-laki yang amat dicintainya sepenuh hati, disanjung tinggi yang tidak pernah terduga olehnya sanggup mempermainkan hati dan perasaannya yang kini telah berderai umpama kaca yang retak seribu. Sumpahan berupa: Tidak akan tenteram jiwa Bahrain selagi bernyawa kerana menyiksa hati dan perasaannya sehingga merana merana kerana cinta terhadap lelaki yang tidak tahu menghargai kasih sayangnya.
You put me high upon the pedestal before pushing me down the drain. Now Im totally damaged a wounded animal.
Setelah dipuja, pujuk dan dirayu setelah berjaya dimiliki hatinya; ditempatkan di takhta teratas, genggaman akhirnya dilepaskan tanpa secebis pun rasa belas Titisan airmata akhirnya gugur jua di pipi Hasya sebaik melafazkan kata-kata itu. Berakhir sudah hubungannya dengan Bahrain. Dia kini umpama burung yang terluka sayapnya akibat ditembak seorang pemburu yang tidak berhati perut.