EPILOG KITA - 39
TERCENGANG-cengang Ryan saat melihat Hani yang sudah melangkah ke depan dengan senyuman kecil. Belakang isterinya dipandang dengan penuh debaran.

Abang, cepatlah. Hani melaung seraya berpusing. Entah apa kena dengan suaminya. Tiba-tiba jalan macam kura-kura.

Ye sayang... rasa payah untuk membalas laungan isterinya, tapi sedaya upaya dia membalas. Kakinya terus dilajukan ke arah isteri yang berhenti menunggu. Mahu melangkah seiringan dengan dirinya.

Hani nak bawa abang pergi mana ni soal Ryan juga akhirnya saat hatinya penuh dengan teka-teki. Penuh debaran. Kalau benar apa yang dia fikirkan saat ini, sungguh dia tak tahu nak cakap apa. Yang dia tahu, jikalau apa yang berada dibenaknya adalah kenyataan, sesungguhnya Allah itu Maha berkuasa dan Allah itu adalah sebaik-baik perancang.

Ikut ajelah. Jom. Tangan si suami ditarik hingga kaki Ryan terheret bersama dirinya.

Ryan hanya mengikut. Semakin dekat kaki Hani melangkah ke satu arah, semakin berdebar hatinya.

Dah sampai. kaki Hani berhenti.

Tepat seperti apa yang ada dalam benaknya saat ini. Ryan terpanar. Tubuh si isteri dipandang penuh kasih.

Ingat tak, Hani pernah cakap pasal arwah Zara. Adik Hani Mata Hani terdampar pada pusara sepi yang mula dikunjungi rerumput halus.

Ryan tak terkata melihat pusara di depannya. Lidahnya terkelu. Pertanyaannya selama ini sudah terjawab. Dia memandang pusara lain yang tidak jauh daripada pusara Zara sebelum memandang isterinya yang mula bercangkung. Membersihkan pusara arwah adiknya sendiri.

Kenapa dengan abang ni Tak sihat ke Dari tadi diam je. Hani bingkas bangun bila Ryan nampak diam tak berkutik. Mata bening milik si suami direnung. Mencari jika ada yang tak kena disebalik mata itu.

Ryan hanya menggeleng sebagai tanda balasan. Dulu saat acap kali dia mengunjungi pusara arwah Riana, pasti dia terjumpa gadis bertudung yang sayu mengalunkan surah Yasin. Dan setiap kali ayat suci itu masuk ke dalam cuping telinganya, hatinya rasa tenteram. Kadangkadang dia sering tertanya, siapa gadis itu Namun wajah si gadis tak pernah dilihat melainkan suara yang cukup menenangkan itu.

Tapi, hari ini gadis itu berada di depannya. Tersenyum memandangnya hingga hatinya yang selalu resah berasa tenang. Gadis yang pernah menenangkan dirinya dengan alunan yang begitu syahdu, kini gadis yang sama sebenarnya yang menenangkan hidupnya yang pernah kucar-kacir dahulu. Gadis itu tidak lain tidak bukan ialah isterinya sendiri!

Hani adalah perempuan yang menimbulkan tanda tanya di hatinya sejak enam tahun lalu. Hakikatnya Allah sudah menemukan dia dengan gadis itu dahulu. Tiada apa yang mampu dia ungkapkan kecuali rasa syukurnya pada Ilahi di dalam sekeping hatinya.

Abang... meleret-leret panggilannya bila Ryan seakan tenggelam dalam dunianya sendiri. Sayang...

Hani terkejut. Fikirnya, Ryan tak mendengar seruannya, tapi telinga suaminya masih berfungsi lagi rupanya.

Abang ni kenapa Abang okey ke tak ni semakin aneh jiwanya melihat wajah Ryan disambar riak wajah pilu.

Hani tahu tak bila pertama kali kita bertemu.

Berkerut dahi Hani bila tiba-tiba si suami menyoal begitu. Pertama kali Mana la dia ingat.

Entahlah, bang. Abang dengan Hani, kan memang bawah satu syarikat selama ni. Hani tak ingat bila Hani jumpa dengan abang, tapi rasanya dalam syarikat abang itulah. jawab Hani meskipun dia tetap aneh dengan soalan Ryan.

Bukan itu maksud abang. Maksud abang, pertama kali abang tahu kewujudan Hani. Ryan masih tetap bermain teka-teki.

Kalau yang tu, mungkin masa pertama kali abang panggil Hani sebab kontrak sepuluh juta abang yang hilang tu la. Masa abang pecat Hani dan masa abang terdengar Didi kata Hani ni anak tak sah taraf. Masa abang mula merancang nak jadikan Hani rakan sepasukan abang tu... ujar Hani setelah berfikir. Namun dalam kata-katanya, terselit juga sindiran. Amboi, sindir abanglah tu. Hani ketawa kecil.

Mana ada. Hani cuma terfikir pasal sepuluh juta tu. Kalau tak kerana sepuluh juta tu, abang tak kan sedar yang perempuan bernama Hani ni wujud dalam syarikat tu. Kiranya, kalau tak ada sepuluh juta tu, Hani tak kan jadi isteri abang kan

Yelah tu. Mungkin sebab sepuluh juta tu, tapi semua tu jodoh sayang. Kalau tak sebab sepuluh juta tu, abang yakin Hani tetap akan jadi isteri abang. Rahsia jodoh dan pertemuan tu kan di tangan Allah. Kalau Allah tetapkan Hani sebagai jodoh abang, maknanya Hani pergi mana pun, akhirnya Hani mesti kembali pada abang.

Tersenyum Hani dengan kata-kata penuh kepercayaan dari bibir suaminya. Setelah semua ni terjadi, dia nampak bagaimana Ryan mula percayai janji-janji Allah. Bagaimana Ryan terima semua takdir dengan hati terbuka. Dia nampak bagaimana Ryan mula berubah dari dirinya dahulu dan menjadi manusia yang redha dengan ketentuan dari Ilahi.

Kiranya sepuluh juta tu macam simbol pertemuan kita gitu, balas Hani dan Ryan hanya mengangguk mengiakan.

Tapi, kan sayang... abang tak rasa pertemuan pertama abang dengan Hani dekat syarikat tu. Ryan sembunyi senyum.

Hah Biar betul abang ni Kalau bukan dekat syarikat, mana lagi Mimpi Hani tersenyum lucu.

Ryan tak menjawab sebaliknya tersenyum. Perlahan-lahan dia membawa kakinya si sebuah pusara yang tidak jauh dari pusara milik adik Hani. Berdiri dia di situ sambil merenung pusara yang nampak bersih. Mesti papa atau mama Riana yang datang ke situ.

Aku datang Riana. Kali ni bukan dengan perasaan dendam pada mereka yang membuat kau kehilangan hidup kau. Aku datang dengan hati yang reda dengan pemergian kau dan aku harap kau tenang di sana. Riana... Aku tak tahu sama ada semua ini satu kebetulan atau ianya memang takdir untuk aku. Aku dah jumpa dengan dia, Riana. Dia yang menenangkan aku dan dia yang membuat aku mampu melepaskan semua dendam aku. Ya! Dia adalah perempuan yang sama yang pernah kau jumpa di saat hembusan nafas terakhir kau. Dia juga perempuan yang sering menenangkan aku setiap kali aku mendengar alunan suaranya di sini. Pertemuan aku dengannya, Allah yang aturkan. Tapi, aku merasa seakan kau menjadi penyebab pertemuan antara aku dan dia. Kau pergi membawa diri aku yang lama, tapi dia hadir mengembalikan diri aku yang hilang. Tenanglah kau di sana. Aku akan sentiasa doakan kebahagian kau di sana. Dan aku... aku akan terus menjalani hidup aku dengan dirinya sehingga nyawaku di dunia sementara ini diambil oleh yang berhak, desis hati Ryan penuh rasa rendah diri.

Nafas dihembus perlahan. Siapa dia jika dibandingkan dengan Maha Pencipta yang berkuasa atas segala-galanya.

Abang... Hani menghampiri suaminya. Pelik melihat suaminya merenung sayu pada pusara asing di hadapannya. Lantas matanya dibawa ke arah batu nisan yang bertanda nama itu.

Riana binti Abdullah! Hani tersentak.

Pusara Riana, ujar Ryan yang yakin Hani sudah tahu milik siapa pusara di depannya. Melihat wajah terpinga-pinga Hani yang terhala pada batu nisan itu, buat dia yakin. Hani tahu!

Di sini kita berjumpa pertama kali. Abang di sini dan Hani di sana, beritahu Ryan dengan terhala pada pusara Riana sebelum menunjuk pada pusara Zara. Sungguh bibir Hani terasa bagai digam.

Sejak enam tahun lalu bila abang melawat pusara Riana, abang selalu nampak seorang gadis yang duduk di situ. Mengalunkan surahsurah suci. Setiap kali mendengar, hati abang ni rasa tenang dan kadang-kadang abang tertanyatanya, siapa dia. Abang tak pernah melihat wajah dia. Tapi... Ryan berjeda. Renungan lembutnya dihadiahkan pada mata Hani yang nampak seakan berkaca-kaca.

Abang tak sangka gadis yang selalu buat abang tertanya-tanya itu sebenarnya isteri abang sendiri sekarang ini. Abang tak pernah sangka gadis itu adalah Hani, sambung Ryan, melengkapkan kata-katanya.

Dalam terkejutnya, ada rasa terharu bergayut di hujung hatinya. Birai matanya terasa pedih dengan genangan air mata. Air mata yang hampir menitis bila melihat wajah penuh bersyukur yang terlakar pada wajah suaminya.

Terima kasih sayang sebab hadir dalam hidup abang. Kalau Hani tak bawa abang datang sini, sampai bila-bila abang tak tahu gamaknya. Ryan alihkan wajah terharu pada senyuman manis.

Hani ketap bibir. Dia tak tahu apa nak cakap saat ini melainkan keinginannya yang menggebu untuk memeluk lelaki di hadapannya. Tapi, bila sedar di mana mereka berada, dia buang keinginannya itu. Ternyata Allah telah pertemukan mereka sejak dari awal cuma mereka saja tak pernah perasan. Ya! Dia pun pernah perasankan lelaki yang selalu duduk di sebuah pusara, cuma dia tak pernah ada rasa ingin tahu. Kini, lelaki itulah pelindung yang Allah kirimkan untuk dirinya. Andai mereka mengenali antara satu sama lain dari dulu, bagaimana agaknya cerita mereka

Hani tak tahu nak cakap apa. Hani...Hani...

Tak perlu kata apa-apa cuma... Hani cakap Hani sayang abang hari-hari pun dah cukup. giat Ryan dengan sengihan nakal.

Bluekkk! Hani jelirkan lidah bila Ryan mula membuka gurauan. Namun hanya sesaat sebelum mereka saling berpandangan. Tanpa kata mereka tersenyum penuh makna dengan takdir dan kebetulan yang Allah wujudkan untuk mereka berdua.

Hani terlupa sesuatulah, bang, jerit Hani tiba-tiba dengan mata terbelalak.

Apa pula dah Dahi Ryan berkerut. Hampir dia tergeleng dengan jeritan Hani. Mana bini dia dapat suara kuat macam tu hah Sempat la jantungnya bergegar sebentar dengan jeritan tu.

Adik Fatin, bang.

Adik Fatin jelas muka tak tahu apa-apa terlukis pada riak Ryan.

Adik Fatinlah. Ingat tak budak yang abang biayai kos pembedahan tu Hani cuba mengembalikan ingatan Ryan. Kalau Ryan tak ingat, memang sah Ryan ni pengidap penyakit Alzheimer! Tapi, selalunya kalua pasal duit, mana pernah Ryan tak ingat.

Budak tu. Macam mana dia Ryan tersenyum sedikit hingga Hani rasa sedikit aneh.

Sihat. Dah balik ke rumah An-Nur pun. Pembedahan dia berlangsung masa Hani keluar dari rumah abang hari tu. Yelah ada orang tu halau kita masa tu giat Hani nakal. Saja menyakat Ryan.

Hani ingat Ryan akan terasa hati, tapi suaminya tetap dengan senyuman. Cuma bibir tu mula tercebik.

Eleh siapa yang beria-ria nak keluar dari rumah tu Salahkan abang pula. Tapi, Alhamdulillah budak tu dah sihat. Rasanya banyak juga abang kumpul pahala, kan Kalau tak sebab abang...

Jangan nak mulakan ya Perasan tak habishabis. Budak tu sembuh atas kuasa Allah. Lagi satu, budak tu ada namalah Encik-Abang-Sayang! Nama dia Fatin. Hani mencelah bila Ryan mula nak riak.

Ryan memanglah dah berubah dari dulu, tapi ada juga sikap yang masih kekal. Contohnya, sikap suka duit dan juga sikap riak tu. Memang sebati dalam diri lelaki tu.

Ryan tarik muka dalam diam. Membebel pula isterinya. Dia pun satu, masa ni juga nak perasan. Macamlah tak tahu isteri dia tu pantang orang riak ni. Tapi, betul juga kata Hani. Kuasa untuk menyembuhkan semuanya ditangan Allah Yang Maha Penyembuh.

Yelah. Sekarang ni kita nak pergi mana Nak balik atau Hani ada nak pergi mana-mana Hari ni abang akan jadi pemandu Hani untuk satu hari.

Nak pergi mana, cakap je.

Hani pandang muka Ryan yang memang bertekad nak jadi pemandunya untuk satu hari. Tapi, nak pergi mana ya Hmm, kalau cakap nak pergi Marikh, agaknya Ryan akan sewa roket tak

Hani ingat nak ke rumah An-Nur. Lama tak jumpa bonda dengan adik-adik. Nak juga tengok perkembangan adik Fatin dan...

Dan... hujung ayat Hani, Ryan ulang. Dan apakah

Hani nak tunjuk dekat abang, tempat yang banyak bagi kenangan pada Hani sebelum Hani pindah rumah mama dulu. Abang tahu, setiap kali ke sana, rasa dekat sini bahagia sangat. Hani lekapkan tangannya ke dada.

Suka sungguh Ryan tengok wajah Hani yang bahagia. Bahagia Hani, bahagia juga dirinya.

Tapi, sekarang ni tempat yang paling buat Hani bahagia ada dekat sini, kan Giat Ryan dengan tangan berulang kali menepuk dadanya.

Perasan! terjongket sebelah bibir Hani. Kan dah cakap, Ryan dengan sikap perasan memang tak boleh dipisahkan.

Ketawa Ryan dengan mimik muka Hani. Tahu sangat isterinya alah dengan sikapnya yang satu ni. Mendengar tawa Ryan, akhirnya Hani ikut ketawa. Mungkin sikap Ryan tu sedikit memualkan, tapi itulah Ryan, suami yang dihadirkan untuknya.