MY SWEET ARISSA - 39
KIMI ikut Puan balik Shah Alam ke tanya Mak Cik Ruhaya apabila dia melihat

Hakimi berada di dalam kereta yang akan menghantar Puan Hanim ke lapangan terbang sebentar tadi.

Aah. Arissa memandang Mak Cik Ruhaya.

Ingatkan dia tak mahu ikut. Lega hatinya apabila mendapat tahu Puan Hanim akan pulang ke Shah Alam. Dia ada mendengar rancangan itu dari Badrul, tapi sukar hendak percaya. Tetapi hari ini, ia benar-benar berlaku.

Saya suruh dia ikut Umi dia. Kesian pula saya tengok Puan Hanim itu sendirian. Macam orang tak ada anak pula, keluh Arissa.

Tiba-tiba dia merasa sedih melihat lambaian Hakimi tadi. Tiga malam itu dia akan sendirian tanpa Hakimi. Esok dah nak ke Langkawi bersama Encik Razali dan yang lain. Kakitangan Sweet Arena Management khabarnya akan ke sana tengah hari nanti. Ahad malam baru Hakimi pulang.

Mak Cik Ruhaya senyum dengan jawapan Arissa.

Bahu gadis itu ditepuk lembut.

Bukan apa Mak Cik... tengah ada ibu ni. Esok lusa bila dah tak ada mesti dia rasa ralat kan, jelas Arissa.

Lagipun dia tidak mahu Hakimi menjadi anak yang melupakan ibunya apabila sudah berkahwin. Seorang anak lelaki tetap bertanggungjawab terhadap kedua orang tuanya meskipun sudah berkahwin.

Betul tu.

Esok lepas solat, kami nak ke Langkawi. Arissa memberitahu.

Bulat mata Mak Cik Ruhaya. Ya

Aah... kami balik makan tengah hari kat rumah dulu. Arissa sengih. Boleh Mak Cik tolong masak

Ya Allah... mestilah boleh. Mak Cik dah tahu diet tuan. Jangan risau, kata Mak Cik Ruhaya dengan gembira.

Diet tu juga dipratik untuk emak saudaranya yang juga seorang pesakit jantung dan telah menjalani pembedahan pintasan jantung beberapa minggu yang lalu. Memang dia berterima kasih kepada Arissa yang banyak berkongsi apa juga untuk kebaikan.

Terima kasih Mak Cik.

Bad pergi

Mestilah... tapi ramai orang dari KL ke sana, jelas Arissa.

Mak Cik Ruhaya mengangguk-angguk. Berapa lama Isnin ada ke

Ada. Kami balik petang ahad tu sebab Hakimi balik Ahad malam tu, jelas Arissa.

Sekali lagi Mak Cik Ruhaya mengangguk.

Saya ada masak nasi goreng. Saya simpan untuk

Mak Cik dalam bekas bawah tudung saji atas kabinet.

Ya, terima kasih. Begitulah Arissa. Bila memasak pasti gadis itu akan simpan untuknya sedikit. Mana nak cari orang macam ni Dah kahwin dengan orang kaya pun tetap merendah diri dan tak pernah lupa diri, hatinya berbisik sendiri.

Sama-sama.

Arissa! Walid dah sudah siap ni nak. Jom kita pergi... jerit Encik Razali dari ruang makan.

Ya, sekejap, sahut Arissa. Okeylah Mak Cik. Saya pergi dulu. Seperti biasa Arissa menyalami tangan, mencium tangannya. Dan kemudian memeluk.

Yalah. Dan seperti biasa Mak Cik Ruhaya akan mengusap kepala Arissa yang bertudung. Terasa perbuatan Arissa itu seperti anaknya.

Arissa melangkah mendapatkan Encik Razali. Beberapa ketika mereka mula keluar menuju ke ruang tamu. Tak berhenti mulut Encik Razali mengingatkan jadualnya hari itu.

Kalau Walid tak larat, rehatlah kat Penthouse tu... nanti saya minta Encik Amrin hantar seorang security untuk teman Walid. Arissa berhenti melangkah dan memandang lelaki itu yang memandangnya.

Tak boleh, tak boleh...

Arissa senyum sambil membuka pintu kereta dan seketika mereka sudah berada di dalam kenderaan pacuan empat roda Hakimi.

Kimi ada cakap pasal apartment Arissa tu soalnya memandang menantunya sejenak.

Ada. Arissa tidak memandang Encik Razali. Tangannya sibuk memusing stereng sambil matanya asyik memandang cermin pandang belakang dan cermin pandang sisi untuk mengundurkan kenderaan yang sedang dipandunya.

Macam mana

Arissa memandang Encik Razali. Kemudian sengih. Susah untuk dia beritahu perkara yang terlalu peribadi. Malu!

Encik Razali juga sengih melihat sengih menantunya.

Boleh... nanti Kimi balik baru Ris dan Kimi nak bersihkan apa-apa yang patut. Malu dia hendak menyebut tentang katil itu.

Yalah... dia orang repot duty pun hari Khamis depan. Sempat kan

Sempat. Dia sendiri tidak pasti. Apa pun harapharap semuanya berjalan dengan lancar dan baik.

Tadi... Uncle Zizan mesej. Nak makan malam di rumah kita. Dia, Naim dan Dato Ilyas. Walid kata nanti tanya mem rumah ni, sebab tuan rumah balik Shah Alam... Encik Razali ketawa dengan kata-katanya.

Sengaja hendak mengusik menantunya.

Dia orang tak ke Langkawi ke terkejut Arissa.

Esok, tapi tak pasti pagi atau petang, yang lain pergi naik feri pukul 2.00 petang ni, jelas Encik Razali.

Arissa mengangguk-angguk dan terus memberi tumpuan kepada jalan yang mulai sesak.

Macam mana mem Boleh ke tetamu kita datang makan malam di rumah mem ni seloroh Encik Razali mengusik menantunya.

Arissa ketawa.

Boleh.

Sebenarnya Walid dah jawab dah tadi, saja nak tanya Arissa. Sekali lagi Encik Razali ketawa.

Sabar jelah orang tua ni. Begitu pun dia hanya senyum sambil terus memandu menuju ke Hotel Sweet Arena yang terletak hanya 15 minit perjalanan dari rumah Hakimi jika tidak berlaku kesesakan.

SEBAIK tiba di hadapan lobi, Arissa memberhentikan kenderaan pacuan empat roda untuk menurunkan Encik Razali dahulu sebelum dia memarkirkan kenderaan itu di tempat yang sudah dikhaskan oleh pihak pengurusan hotel.

Walid naik dulu. Ris parkir kereta ya.

Yalah. Hati-hati ya Arissa. Sempat lelaki itu berpesan.

Selepas Encik Razali menutup pintu dan melangkah naik ke lobi, Arissa terus memandu menuju ke tempat parkir yang biasa di parkirkan kenderaannya.

Hai!

Terkejut Arissa sebaik menutup pintu Toyota Harrie milik suaminya, Encik Naim buat apa di sini! Memang dia terkejut sangat-sangat.

Tak sangka dia akan bertemu dengan Naim. Atau lelaki itu memang sedang menunggunya Tiba-tiba dia merasa cemas. Ini yang tak best ni, sungutnya sendiri.

Jangan panggil saya Encik, kita kan sepupu. Hakimi sepupu saya. Panggil Naim je.

Naim sengih. Dia dapat tahu yang Hakimi sudah pulang ke Shah Alam bersama Puan Hanim dan inilah peluang dia untuk cuba mendekati Arissa.

Arissa senyap. Tak kuasa dia hendak membalas.

Saya nak ajak awak sarapan.

Minta maaf, saya dah bersarapan di rumah tadi. Saya minta diri dulu.

Arissa mula melangkah mahu meninggalkan lelaki itu. Takut hendak menoleh ke belakang namun dia mendengar derapan kasut. Ya Allah, dia ikut aku ke

Kalau macam tu teman saya je.

Arissa menoleh. Naim masih mengekorinya. Naim ni nak apa dengan aku Hati Arissa mula memberontak sendiri walaupun ada rasa takut. Teringat gelaran yang pernah disebut oleh Hakimi dahulu, buaya daripada segala tembaga. Tiba-tiba dia merasa gerun.

Minta maaf Encik Naim, saya ni isteri sepupu Encik. Suami saya tak ada sekarang. Jadi lain kali ya. Tunggu Hakimi balik.

Laju Arissa melangkah meniti tangga ke ruang legar. Rasa seperti tidak cukup lantai untuk melangkah. Kalau boleh terbang memang dia akan terbang.

Alah... masakan temankan saya nak bersarapan pun Hakimi nak marah

Ya Allah, dia masih ikut aku. Dadanya sudah berdebar-debar. Rasa cemas dan takut membuat jantungnya bagai hilang rentak.

Ya, dia akan marah kalau saya keluar tanpa izin dia apatah lagi dengan lelaki yang bukan mahram saya, tegas Arissa.

Tapi, kalau awak tak bagitahu, dia tak akan tahu.

Allah tahu!

Terkedu Naim mendengarnya.

Saya pergi dulu. Arissa kembali melangkah ke lif dan terpandang Puan Laila keluar dari reception counter. Cepat-cepat dia menarik tangan wanita itu.

Terkejut wanita itu. Kemudian senyum.

Apa halnya ni. Macam kena kerja hantu je.

Encik Naim ada di belakang saya kan soal Arissa ingin tahu tanpa membalas soalan Puan Laila.

Puan Laila menoleh dan pura-pura membetulkan tudung Arissa di bahagian belakang.

Aah. Kenapa

Teman saya sampai tingkat lima. Dia asyik ikut saya dari tadi. Takut! Erat Arissa memeluk tangan Puan Laila.

Ya-ya. Puan Laila menepuk lengan Arissa. Faham sangat dengan ketakutan Arissa.

SELEPAS berbalas-balas mesej dengan Hakimi, Arissa segera menghubungi Shima pula. Dia sudah tidak tahan dengan apa yang terjadi. Dia kena bercerita dengan seseorang, tetapi bukan Hakimi mahupun Encik Razali. Karang lain pula jadinya.

Ya, Puan Arissa usik Shima di sebelah sana.

Tidur rumah aku malam ni boleh tak

Arissa bangun dan melangkah ke dinding cermin yang telus pandang keluar. Encik Razali sedang berbincang sesuatu dengan Encik Johan di meja mereka. Meja mereka disusun seperti meja muridmurid sekolah tadika. Ini semua idea Encik Razalilah. Katanya senang bila nak bercakap. Jadi tak perlu nak menjerit dan panggil ke mejanya. Betul juga apa kata lelaki itu. Hendak berbincang pun senang.

Eh, kenapa tiba-tiba ajak aku tidur rumah kau ni Encik Kimi mana Korang bergaduh Shima seperti terkejut di sebelah sana dengan soalan bertalu-talu.

Hakimi dah balik Shah Alam, teman Umi dia.

Tinggal aku dengan bapa mentua aku.

Berapa hari

Banyak pula soalan Shima ni, sungutnya sendiri.

Ahad malam baliklah. Shima senyap.

Boleh ke

Minta maaflah... aku segan. Kalau dekat apartment kau tu okey. Sebab kau sorang.

Arissa sudah mengagak dengan jawapan Shima.

Kenapa tiba-tiba ni serius suara Shima seperti orang cemas.

Orang-orang pengurusan KL datang ke sini. Termasuklah sepupu Hakimi. Tadi dia ajak aku teman dia sarapan. Arissa mula bercerita.

Laa... teman sarapan je. Tak salahkan

Salahlah! Aku dah kahwin mana boleh keluar dengan lelaki lain! keras suara Arissa.

Shima ketawa. Dia berkenan dengan kau kut

Tolonglah... takut aku dengar tau! Geram pula dia dengan usikan Shima.

Biarpun ia sekadar gurauan namun mengingatkan Naim membuat dia rasa cemas sahaja. Tidak tahu mengapa, Kalau macam tu, teman aku pergi Langkawi esok

Haa

Lepas solat Jumaat esok... aku nak ke Langkawi dengan bapa mentua aku dan team pengurusan dari KL. Tengok-tengok kawasan projek dan nak buat survey sikit untuk projek aku. Sepupu Hakimi tu ikut sekali, dahlah aku sorang je perempuan, cerita Arissa.

Shima senyap.

Shima... jomlah. Hotel jangan risau kau memang akan sebilik dengan aku. Apa aku makan kau akan makan, katanya lagi sebagai memujuk Shima.

Okey. Aku ikut. Tapi, minta maaf aku tak dapat teman kau tidur kat rumah Encik Kimi, malam ni.

Tak apa... janji esok kau ikut aku. Lega sedikit hatinya apabila Shima menerima pelawaannya esok.

Eh... dia orang tak kisah ke kau bawa aku ni soal Shima.

Tak apa. Walaupun ada rasa tak pasti tetapi dia tetap akan seret Shima esok.

Pak mentua kau tak kisah ke

Tak. Mata Arissa beralih kepada Encik Johan yang tiba-tiba ketawa begitu juga dengan Encik Razali.

Entah apalah yang lucu sangat.

Seganlah.

Gatallah kau ni! geram pula dia dengan alasan Shima.

Shima ketawa.

Mengada-ada. Sekali lagi dia mengutuk temannya.

Berapa hari emak mentua kau balik Shah Alam Shima bertanya.

Entahlah. Dia sendiri tidak tahu tetapi yang dia pasti, Puan Hanim akan kembali ke rumah Hakimi juga nanti. Tambahan pula Encik Razali akan menetap di Langkawi apabila siap sepenuhnya Sweet Arena Langkawi Resort kelak.

Legalah kau. Tapi, mesti sunyikan. Shima ketawa.

Betul kata Shima. Suasana rumah Hakimi mula terasa sunyi.

Malam ni ada orang-orang dari KL datang makan-makan kat rumah aku, beritahu Arissa dengan rancangan Dato Azizan. Dia sudah pun menelefon Mak Cik Ruhaya untuk menolongnya memasak makan malam untuk seramai lapan orang pada malam ini. Padanya biar lebih jangan kurang.

Ya Ramai tetamunya. Ada Dato-Dato lagi Shima sudah ketawa di sebelah sana.

Arissa senyum.

Ada dua orang. Tapi Dato dah tualah. Seorang tu bapa saudara Hakimi, bapak sepupu Hakimi yang ajak aku sarapan pagi tadilah, jelas Arissa.

Kau hati-hati jelah. Tambah Encik Kimi tak ada. Macam dia nak ambil kesempatan aje bila Encik Kimi tak ada, kan

Arissa senyap. Barulah dia perasan dengan situasi itu. Sebelum ini Naim tidak berani hendak menunggunya di tempat parkir. Adakah lelaki itu sedang memerhatinya. Tiba-tiba dadanya berdebardebar. Cemas!

Okeylah, aku ada kerja. Nanti aku call kau malam ni, janji Shima.

Okey.

Hati-hati tau! pesan Shima sebelum memutuskan taliannya.

Arissa melempar pandang keluar. Harap-harap semuanya okeylah malam ni, hatinya berbisik sendiri.