KAMU SANG PENCULIK - 39
Mmencari Shauqi di seluruh kawasan AMA, adik mana Soalku setelah gagal

rumah. Dalam bilik pun dia tiada. Aku sangkakan dia lari balik ke rumah.

Adik tak bagitahu ke yang dia keluar jumpa kawan Katanya ada hal. Jawapan mama betul-betul mengecewakan aku. Tadi, kan elok aje kata nak jumpa adik dekat bendang. Gaduh ke anak mama dua orang ni Mama sudah merenungku semacam.

Adik nak cepat kut, ma. Ada apa-apa yang kakak boleh tolong Aku alihkan topik perbualan.

Mama hulurkan donut yang sudah siap dibentuk. Tinggal untuk digoreng sahaja. Aku terus mengambilnya. Dalam hati cukup lega kerana mama tidak menyoal lebih lanjut. MAMA, adik dah balik Skripku yang hampir sama berulang pada lewat petangnya. Terasa lambat masa berlalu.

Bila Shauqi hendak balik Tadi pun aku minum petang bertiga sahaja dengan mama dan abah. Alamatnya aku akan ulang skrip yang sama sampailah Shauqi balik.

Belum kakak. Mungkin adik balik lambat sikit. Dia ada telefon mama tadi. Kakak gelisah semacam ni kenapa Biasanya kalau adik keluar tak adalah kakak tak senang duduk macam ni. Mama masih ragu dengan sikapku yang aneh dari pagi tadi.

Adik kan tak makan donut lagi. Jawapanku yang sangat spontan membuatkan mama tergelak. Gelakan yang berjaya mengelakkan mama terus menyoal sikapku yang pelik.

H

ARI kedua perang dinginku dan Shauqi berterusan. Seawal pagi aku sudah menjengah ke halaman. Kereta Proton Waja abah sudah ada di garaj kereta dan itu bererti Shauqi sudah pulang ke rumah. Aku terus berjalan ke biliknya. Namun belum sempat kuketuk, ia sudah ditarik dari dalam. Wajah Shauqi menyapa mata. Penampilannya nampak kemas, seakan hendak keluar.

Shauqi memandangku kosong sebelum berlalu pergi. Jujur aku sungguh kecewa. Sampai bila Shauqi hendak bersikap dingin denganku

Sungguh aku buntu sekarang. Aku mahukan adikku yang ceria semula, yang selalu mengambil berat tentangku. Tak akan hanya kerana satu tamparan, Shauqi terus ingin menyisihkan aku Sempit sangatkah ruang maaf untuk kakaknya ini.

Ketukan di pintu mengejutkanku. Cepat-cepat aku sapu air mata yang masih bersisa di pipi. Sempat aku melihat wajahku di cermin meja solek. Agak sembap, tapi boleh lagi disorok kesan menangis. Lagipun, awal pagi logik juga muka sembap.

Pintu bilik kubuka. Mama rupa-rupanya. Aku hadiahkan senyuman semanis mungkin untuk mama.

Kakak siap-siap. Abah ajak kita sarapan dekat luar pagi ni. Kawan abah yang duduk dekat Pasir Puteh tu baru buka restoran. Alang-alang kakak ada dekat rumah ni bolehlah mama dengan abah bawa kakak pergi sana. Mama terus nyatakan hasratnya. Perkara pertama yang hinggap di mindaku ialah Shauqi.

Adik tak ikut, ma Terus aku menyoal.

Adik ke Tanah Merah. Jenguk kawan dia di hospital.

Kenapa dengan kawan adik Soalku lagi dengan mata yang sedikit bulat.

Kemalangan semalam. Tapi, Alhamdulillah keadaan dah stabil dan dah sedar. Kenyataan mama mengundang legaku.

Oh, kakak siap kejap ya, ma... Senyuman nipis kupamer dengan kepala yang dianggukkan.

K

ERTAS A4 di atas meja solek kutenung bagai hendak tembus. Mindaku ligat memikirkan ayat yang paling sesuai dan terkesan ke hati Shauqi. Biarlah orang kata cara ini kuno, aku tak kisah. Janji hasrat hati dan maafku mampu sampai pada Shauqi.

Sudah tiada cara lain. Hendak telefon, memang sah-sah Shauqi tak akan angkat. Hendak SMS atau WhatsApp nanti terlalu panjang di telefon. Bimbang Shauqi tak baca hingga habis kerana malas hendak scroll. Tulis surat paling senang kerana semuanya akan terluah di satu muka surat sahaja. Lebih mudah untuk Shauqi baca sampai habis.

Buat adikku yang satu,

Maafkan kakak sebab tertampar Shauqi semalam. Sungguh kakak tak ada niat walau sebesar zarah pun. Semua tu tindakan di luar kawalan. Kakak menyesal sangat dah naikkan tangan ke pipi Shauqi. Kakak tahu Shauqi sedih dan kecewa sangat, tapi berilah kakak peluang untuk tebus kesilapan tangan kakak semalam. Kakak cuma ada seorang aje adik. Adik yang tak boleh ditukar ganti dan kakak tak mampu kehilangan satu-satunya adik yang paling kakak sayangi.

Kakak faham kalau Shauqi perlukan lebih masa untuk lupakan hal semalam. Cuma satu yang kakak nak bagitahu, kakak sayang Shauqi sangat! Esok pagi kakak dah nak terbang balik. Andai kata kakak dah tak punya kesempatan lain, mungkin jua kakak pergi dulu kakak nak minta maaf seikhlas hati kakak. Halalkan semua yang terkurang dari kakak. Jaga diri Shauqi baik-baik dan jaga mama serta abah bagi pihak kakak.

Salam sayang,

Kakakmu

Selesai coretan hatiku, kertas A4 terus kulipat tiga. Perlahan-lahan aku keluar dari bilik dan terus menuju ke bilik Shauqi. Surat tersebut aku selitkan ke bawah pintu. Moga-moga dia akan nampak surat ini pagi esok. Sekurang-kurangnya aku mahu hubungan kami kembali jernih sebelum aku kembali ke Kajang.

Sekembali ke bilik, Galaxy A terus kucapai. Aku betulkan suaraku dengan berdehem dua tiga kali. Setelah berpuas hati, dengan yakinnya aku mula menyanyi lagu kegemaranku sejak dari Shauqi kecil lagi. Taktik yang sering aku gunakan untuk memujuknya. Sekali pun taktik ini tak pernah gagal. Cuma, sudah lebih sepuluh tahun aku tak nyanyikan lagu ini untuk Shauqi. Kali terakhir rasanya ketika Shauqi berada darjah enam.

Adik kakak comel makan gula-gula. Gula-gula beli dekat kedai Pak Kassim, kakak sayang adik sampai bila-bila. Jangan merajuk nanti kakak beli aiskrim.

Lagu Anak Itik Tokwi yang kuubah lirik itu aku rekodkan. Kemudian aku hantarkan pada Shauqi. Moga surat dan lagu ini mampu menyejukkan hati adikku. Dalam keadaan yang separa lega, aku mula menarik selimut hingga ke paras dada. Bersedia untuk tidur.

Namun, tidurku terbantut apabila pintu diketuk. Mata kubuka semula. Mungkin mama yang mengetuk pintu. Aku bangun dari duduk. Kemudian tangan mencapai getah rambut di atas meja sisi katil. Rambut kuikat sambil berjalan ke arah pintu.

Mama Suaraku ceria memanggil sambil pintu kukuak. Namun, sangkaanku meleset apabila yang ada di depan pintu ialah Shauqi.

Kakak panggil Shauqi. Tangannya dihulurkan padaku. Dengan mata yang masih membulat, aku sambut juga hulurannya. Tanganku terus dikucupnya.

Shauqi nak minta maaf dengan kakak. Tak patut Shauqi marah kakak sampai macam ni. Ampunkan Shauqi. Ada getar dalam nada suaranya.

Aku jadi sebak serta-merta. Walau semarah mana pun Shauqi padaku, namun rasa hormatnya tak pernah pudar.

Kakak yang salah, adik tak salah. Suaraku juga bergetar. Diiringi permata jernih yang mula bertakung. Kepala Shauqi kuusap perlahan. Hatiku jadi lega seleganya kerana aku yakin kasih sayang adikku berjaya kuraih kembali.

ASSALAMUALAIKUM. Salam kedua dariku. Jika salam ketiga masih belum berjawab,

alamatnya aku harus pulang ke rumah sahaja. Itulah adab bertandang ke rumah orang. Beri salam 3 kali dan jika tak berjawab, kita harus balik.

Baru sahaja aku ingin buka mulut, kedengaran jeriji ditarik. Pandanganku terus terarah ke situ. Aku menanti Mak Cik Ruqayyah keluar. Namun, berkerut dahiku pabila orang tak dijangka yang keluar. Tersenyum lebar dia saat melihat aku di luar pagar.

Waalaikumussalam. Sorry, lama dah Liya tunggu Tak berapa dengar Liya bagi salam tadi, bebel Niel sambil membuka pagar. Mungkin disebabkan bunyi motorsikal yang kuat tadi menenggelamkan suaraku.

Tak apa. Baru sampai. Akhirnya senyuman nipis kupamer.

Jom masuk. Niel buat isyarat kepala.

Senyumanku terus mati. Kepalaku disengetkan sedikit untuk melihat ke dalam rumah. Fikiran nakal mula menari-nari.

Ish, jangan risaulah. Ummi dengan Kak Inayah ada dekat dalam. Tak kanlah saya nak kenakan Liya. Tapi, bagus juga, mana tahu cepat boleh kahwin... Niel ketawa nakal.

Aku apa lagi, terus tupperware berisi puding jagung kuangkat tinggi dengan niat untuk mengetuk bahu Niel. Namun belum sempat serangan mendarat ke bahunya, tupperware sempat ditahan lantas ditarik dari tanganku.

Erm, puding jagung. Macam tahu-tahu aje saya ada dekat sini. Niel senyum makin lebar.

Kak Aliya... la, kenapa tak masuk Lamanya dekat luar. Nasib baik Inayah keluar tengok. Fitri kenapa tak jemput Kak Sha masuk Soalan Inayah mengundang tawa kecilku. Tidak sedar entah bila dia keluar.

Sempat aku kerling Niel. Dia hanya senyum sambil angkat bahu. Tak mahu jujur barangkali takut Inayah akan ketawakan aku. Yalah aku beria-ia ada firasat nakal pada adiknya.

Aku terus mengikut Inayah masuk. Niel berjalan di belakang kami. Mak Cik Ruqayyah ada di ruang tamu rupa-rupanya. Dia bangun dan terus mendekat padaku.

Wah, cantiknya. Mak cik buat sendiri Soalku setelah dipelawa duduk.

Baru nak cuba-cuba Aliya. Alhamdulillah tak sangka pula ada kawan yang nak tempah untuk cenderahati masa hari keluarga dia nanti. Mak Cik Ruqayyah membalas sambil tersenyum manis.

Inayah sudah berlalu ke dapur. Untuk bancuh air barangkali. Aku sempat mencapai kerongsang yang sudah cantik terhias.

Apa namanya ni mak cik Aliya pernah tengok tapi tak tahu pun apa namanya. Aku ketawa kecil.

Ini namanya felt craft sayang. Kain felt yang pelbagai warna dan tekstur ni kita boleh potong dan bentukkan untuk jadi bermacam-macam jenis hasil tangan. Untuk yang ini ummi buat kerongsang, klip kertas, keychain dan penanda buku. Tapi, sebenarnya macam-macam lagi yang boleh dibuat. Bantal kecil pun boleh, jelas Mak Cik Ruqayyah.

Terangguk-angguk aku mendengarnya. Mataku ralit melihat berpuluh-puluh felt craft yang sudah siap dan ada yang masih belum siap di atas meja kopi.

Aliya ni datang ganggu mak cik aje. Maaf Aliya tak sempat nak bagitahu mak cik. Ada kursus dari Rabu sampai Jumaat. Itu yang Sabtu ni terus datang sini. Niat nak hantar keropok dan ada sikit ole-ole lain dari Kelantan. Aku hulurkan beg kertas yang kubawa bersama.

Buat susah-susah aje Aliya ni. Terima kasih banyak-banyak. Kedatangan Aliya ni tak ganggu ummi pun. Ummi suka sangat dan memang ummi tunggu Aliya datang. Tanganku dicapai dan diusap perlahan.

Kami berbalas senyuman seketika. Pandanganku tanpa sengaja teralih pada Niel. Kelihatan dia sedang tersenyum bahagia melihat ikatanku dan Mak Cik Ruqayyah yang kian utuh.

Ummi, Fitri ke dapur kejap tengok Kak Inayah. Dengan nak letakkan puding jagung yang Liya bawa ni. Niel angkat sedikit tupperware. Baru aku perasan ia masih di tangan Niel. Dia berlalu ke dapur dan aku sambung perbualanku dengan Mak Cik Ruqayyah.

Amboi seronoknya berbual. Jom kita minum dulu. Inayah muncul bersama sepiring kek dan sepiring puding jagung yang kubawa.

Kami kemudiannya minum sambil berbual. Lebih kurang setengah jam selepas itu, Saifullah sampai untuk menjemput Inayah. Petang ini mereka perlu ke rumah keluarga Saifullah pula. Jadi tinggallah aku, Mak Cik Ruqayyah dan Niel.

Aliya, ummi tanya boleh Soalan Mak Cik Ruqayyah sedikit mendebarkan bagiku.

Aku balas dengan anggukkan sahaja.

Macam mana dengan penerimaan keluarga Aliya Hampir tersedak air liur aku tatkala soalan itu diajukan. Memang Mak Cik Ruqayyah sudah sedia maklum tentang hasrat Datuk Darius ini. Semuanya sudah dijelaskan padanya selepas tamat majlis kahwin Inayah.

Aku pandang Niel dahulu dan dia mengangguk sebagai isyarat.

Mama dan abah okey dan menunggu kedatangan keluarga Niel. Pendek sahaja jawapanku. Tentang Shauqi akan kufikirkan kemudian.

Alhamdulillah. Moga semuanya berjalan lancar. Mak Cik Ruqayyah tersenyum lebar.

Nanti bolehlah Niel bagitahu Datuk dengan Tasha. Sebenarnya Aliya tak sempat bagitahu Niel lagi pasal ni. Kata-kata ini aku tujukan buat Niel, tapi renunganku terarah pada Mak Cik Ruqayyah.

Ummi tahu. Sebab itulah ummi tanya. Senang Aliya boleh terus terangkan pada Fitri sekali. Lagipun ummi tahu kamu berdua bukannya jenis yang kerap jumpa. Kata-kata Mak Cik Ruqayyah kubalas dengan anggukkan.

Deringan telefon merencatkan sedikit perbualan serius kami. Mak Cik Ruqayyah meminta diri untuk mengambil telefonnya di atas meja makan utama. Secara praktikalnya aku dan Niel terkontang-kanting berdua di ruang tamu.

Boleh saya minta tolong Iz Entah kenapa tiba-tiba mulutku nakal menyoal. Peluang hanya ada beberapa saat sahaja rasanya.

Aku pandang wajah Niel dan dia mengangguk.

Tolong pikat hati adik saya. Cepat-cepat aku luahkan dan mata bundar Niel terus membulat.

M

ATA kupejam rapat dan nafas panjang kutarik. Dalam hati berdoa agar kehadiranku ke banglo mewah ini akan berjalan lancar seperti dirancang. Ketukan di cermin Iriz serta-merta mencuri perhatianku. Senyum kuukir buat Daniel Izdihar yang sedang tersenyum di luar. Entah sudah berapa lama dia menungguku.

Sebenarnya hadirku pagi ini atas tiket pelawaan Datuk Darius dan Natasha. Tak kusangka Niel menelefonku semalam dan terus sampaikan hasrat keluarganya itu. Aku pula hanya perlukan 10 minit masa untuk berfikir sebelum terus bersetuju. Sudahlah baru petang semalam bertemu dengan Niel.

Jom kita masuk, ajakan Niel kubalas dengan anggukkan.

Perlahan-lahan aku mengekorinya ke pintu besar banglo bercat kelabu. Dari luar sahaja sudah terserlah keindahan banglo tiga tingkat ini. Baru sahaja kami sampai di hadapan pintu, wajah Datuk Darius dan Natasha sudah menyapa pandangan.

Aku tersenyum manis lantas bersalaman dengan Natasha. Kemudian tubuhku dipeluknya lama. Ikhlas benar senyumannya tika menyambut aku.

Hampir setengah jam kami berbual sebelum Natasha meminta diri untuk ke dapur. Katanya ada menu istimewa yang akan dimasaknya sempena kali pertama aku ke mari.

Aku pula berdegil untuk membantunya di dapur. Maklumlah segan pula tinggal dengan Niel dan Datuk Darius sahaja di ruang tamu.

Tasha, pinggan nak ambil dekat mana ya Soalku setelah siap menyusun hidangan di atas meja di dapur.

Ada dalam kabinet. Ish, tetamu pula yang banyak buat kerja. Segan saya, jawab Natasha sambil ketawa pendek. Aku hanya balas dengan senyuman.

Tanganku mula mencapai tombol kabinet, tapi tersalah pula. Tangan beralih ke pintu lain pula dan saat ia terbuka, mataku terus membulat. Dadaku terasa berombak kencang. Tangan kiri menutup mulut dan spontan kakiku mengundur ke belakang.

Tanpa sengaja aku terlanggar kerusi. Bunyi kerusi yang jatuh benar-benar kuat. Dalam keadaan badan yang sedikit menggeletar aku menoleh ke arah Natasha. Dia bagaikan terkejut dan apa yang pasti matanya juga membulat sepertiku.