MY DARLING ANGEL - 39
PUAN RAHAYU tahu sangat perangai anak bongsunya. Dia sanggup beralah dan tidak akan menyebut lagi soal perkahwinan Elzaara asalkan Elzaara tidak pergi jauh daripadanya. Cukuplah dulu arwah Elfira sudah meninggalkan mereka sekeluarga dan dia tak mahu anak bongsunya pula meninggalkannya gara-gara merajuk.

Kenapa El El nak cakap apa El nak pergi mana Soal Puan Rahayu tidak sabar.

Soalan daripada Puan Rahayu membuatkan Elzaara terpinga-pinga seketika, Pergi mana Bu

El takkan pergi ke mana-mana, kan sayang El takkan lari macam dulu lagi, kan

Taklah ibu, sebenarnya El nak cakap yang El dah bersetuju untuk bertunang dan kahwin dengan anak kawan ayah tu. El takkan bantah dan ikut je cakap ibu dan ayah. Lancar, tetapi nadanya agak perlahan.

Alhamdulillah! Bang, El dah bersetuju. Alhamdulillah!

Puan Rahayu keriangan mendengar keputusan yang dibuat oleh anak bongsunya itu. Dia menadahkan tangan mengucapkan syukur akhirnya Elzaara mahu membuka pintu hatinya menerima pinangan Bunyamin.

Kenapa tiba-tiba je El bersetuju Sebab ayah ugut El semalam ke Nada Encik Yusuf kedengaran tegas menyoal Elzaara.

Tak ayah, El buat keputusan bukan sebab ayah ugut pasal Haziq tu. Tapi El dah fikir masak-masak, El pun dah buat solat istikharah minta petunjuk. El yakin ayah dan ibu tau apa yang terbaik untuk El. El akan cuba buka pintu hati El tapi El harap ibu dan ayah dapat bagi El masa untuk terima keadaan baru ni. El tak nak jadi seorang keras hati, tak nak tengok ibu dan ayah susah hati asyik fikirkan El sepanjang masa. Mungkin dengan cara ni juga El dapat lupakan apa yang berlaku pada arwah Kak Fira dulu. Dah tiba masa untuk El bahagiakan ibu dan ayah. El dah banyak susahkan ayah dan ibu, dah banyak buat ayah dan ibu sedih sebab El.

Elzaara cuba menyimpang memberikan jawapan. Dia masih lagi tidak menceritakan soal surat yang baru dia temui dalam diari Kakaknya malam tadi. Biarlah surat itu menjadi rahsia peribadinya seorang. Dia tidak mahu menambahkan kesedihan di hati ibu bapanya. Walaupun Encik Yusuf dan Puan Rahayu hanya berlagak biasa tetapi dalam hati mereka dia tahu masih terselit cebisan rasa sedih.

Alhamdulillah! Baguslah kalau El fikir macam tu. Ayah dengan ibu bukan apa, kami cuma nakkan yang terbaik untuk El. Soal arwah Elfira tu dah lama berlalu. Sepatutnya El kena lepaskan dia, reda, dah tiba masa dia. Ayah betul-betul rindukan anak bongsu ayah yang riang, aktif, ceria, yang suka mengusik. Dah lama dia hilang tak tau pergi mana. Bunyinya macam ayah dah hilang dua-dua anak ayah tetapi hakikatnya anak bongsu ayah masih lagi wujud. Insya-Allah Bunyamin adalah calon suami yang terbaik untuk El.

Betul tu El, budak Bunyamin tu memang baik, bersopan santun, kuat agama. Yang penting dia hormat orang tua. El jangan risau ya sayang Insya-Allah ibu dan ayah yakin yang Bunyamin boleh jaga El dengan Haziq dengan baik lepas ni, tokok Puan Rahayu. Hm, Insya-Allah ibu, ayah.

Ha, kalau macam tu kejap lagi bolehlah El ikut ibu dengan Mak Ngah pergi butik untuk tempah baju, buat persiapan semua ya ibu dah janji dengan Mak Ngah kejap lagi. Kalau tak silap ibu, emaknya si Bunyamin tu pun ada sekali.

Ibu, hm, macam ni jelah. Ibu jelah yang uruskan semua tu. El ada kerja sikit lepas ni. Boleh ya ibu

Eh, yang nak bertunangnya kan El, kenapa ibu pula yang kena buat semua, tapi El tak ada Please ibu... rayu Elzaara.

Hm, yelah. Ikut kamulah El. Jangan masa majlis bertunang nanti kamu tak ada sudah. Malu besar keluarga kita nanti.

Ye ibu. Hm, ibu, ayah, El nak minta satu lagi permintaan boleh tak

Hah, ada apa lagi Ada jelah alasan kamu nak mengelak, kan Elzaara. Bebel Puan Rahayu terhadap Elzaara.

Elzaara hanya tersengih.

El tak nak tau siapa pun yang jadi tunang El tu. El tak nak tau apa-apa pasal dia sampailah masa nikah nanti. Masa tunang pun El tak nak jumpa dia. Biarlah semuanya dirahsiakan dulu. El takut nanti El akan berubah fikiran pula kalau tau. Boleh ya ibu, ayah APA!!

Bergema dapur dengan suara Puan Rahayu. Puan Rahayu sudah bercekak pinggang dan berdiri mengadap Elzaara. Matanya sudah besar membulat memandang tajam ke arah anak bongsunya.

El! El jangan nak buat kerja gila! Cubalah serius sikit Elzaara Natasya. Mana ada orang buat macam tu. Jangan nak malukan ibu dan ayah! Semalam keluarganya Bunyamin tu datang nak jumpa El tapi El tak balik lagi. Tak apalah tak jumpa sebab kita pun tak tau yang dia nak datang semalam. Kalau El buat macam ni bila masanya nak jumpa, nak berkenalan dengan keluarga Bunyamin tu, Mak ayahnya. El kena ambil tau juga pasal Bunyamin tu. Jangan nak malukan ibu dengan ayah. Kalau keluarganya Bunyamin ni dapat tau, kecil hati mereka. Bakal menantu tak nak ambil tau pasal mereka. Ada ke patut macam tu... Puan Rahayu sudah membuka kitab syarahannya berkaitan rumah tangga.

Elzaara terkejut mendengar suara petir ibunya memarahi dirinya gara-gara dia tidak mahu mengambil tahu berkaitan bakal tunangnya ataupun keluarganya. Salah ke kalau dia tak ambil tau. Elzaara cuba meraih simpati Puan Rahayu tetapi nampaknya tidak berjalan. Dia cuba menagih perhatian daripada Encik Yusuf moga-moga Encik Yusuf dapat menimbangkan permintaannya dan juga membelanya.

Dahlah tu Ayu, El tak nak biarkan jelah. Karang kalau lagi dipaksa, dia cancelkan keputusan dia lagi haru nanti. Dia dah setuju tu kira bagus dah tu. Sekurang-kurangnya selesai satu masalah. Pasal Bunyamin dengan keluarganya tu, Abang rasa tak ada masalah kot. Kalau kita cakap baik-baik, InsyaAllah mereka akan faham. Lagipun okeylah tu tak nak berjumpa apa semua. Tak adalah kita susah hati kalau mereka berjumpa waktu-waktu tengah darah manis ni. Awak lupa ke, kita dulu-dulu pun mana kenal, tak pernah jumpa. Dah lepas akad nikah baru kenal antara satu sama lain. Elok je kita bahagia sampai sekarang, Encik Yusuf membuka mulut menyokong tindakan

Elzaara.

Tapi, bang...

Dah, sudah. Tak apa. Nanti pandai-pandailah Abang bagitau mereka tu. Awak jangan risaurisau sangatlah soal hal ni. Awak uruskan je majlis pertunangan budak berdua ni.

Puan Rahayu sudah memuncungkan bibirnya tanda tidak berpuas hati dengan keputusan yang diputuskan oleh suaminya. Elzaara sudah tersenyum girang apabila hajat hatinya sudah dipenuhi oleh ayahnya. Encik Yusuf meneguk air nescafenya dan bangun meninggalkan ruang meja makan.

Ayah! ayah nak pergi mana tegur Elzaara.

Nak pergi sekolah. Ada supplier nak datang jumpa ayah kejap lagi, kenapa

El nak ikut. El nak siapkan record book yang tertinggal dekat bilik guru kelmarin.

Ha cepatlah bersiap.

Encik Yusuf terus berlalu ke ruang tamu hadapan sementara menunggu Elzaara bersiap.

Jangan lupa pergi kejutkan Haziq bangun sekali. Suruh dia turun makan. Pukul berapa nak bangun tu karang budak tu. Puan Rahayu memberikan arahan kepada Elzaara supaya mengejutkan Haziq bangun.

Elzaara mengangguk mendengar arahan ibunya dan terus menyuapkan bihun goreng terakhirnya ke dalam mulut dan bergegas menuju ke singki. Elzaara mencium pipi Puan Rahayu yang masih lagi memuncung dan dia berlari menaiki tangga menuju ke biliknya. Elzaara turun siap berpakaian ringkas sambil tangannya memimpin Haziq yang masih lagi belum mandi tetapi sudah menggosok gigi dan muka. Sekali lagi mencerlung mata Puan Rahayu melihat keadaan Haziq yang kusut masai belum mandi tetapi sudah diheret oleh Elzaara ke ruang makan dapur.

Elzaara Natasya! Kenapa diangkutnya Haziq ke dapur dengan tak mandi apa lagi ni semua Kata pandai jaga anak, tapi ni apa Anak tak mandi lagi awak dah nak keluar. Siapkanlah budak tu dulu baru nak keluar ke mana-mana.

Bu, El dah lambat ni. Nanti ayah bising pula. Haziq dah gosok gigilah ni. Nanti lepas makan Haziq pergi mandi ya

Elzaara mencium pipi Haziq yang kelihatannya masih lagi mamai. Dia bergegas keluar meninggalkan Haziq dengan Puan Rahayu. Puan Rahayu hanya menggelengkan kepalanya melihat anak bongsunya.

Ha, eloklah tu! Nasiblah laki kamu esok dapat bini macam kamu ni Elzaara Natasya. Rumah tengah lintang pukang, tapi awak dah keluar rumah. Kesianlah menantu ibu tu nanti.

Alah tak apalah ibu. Dapat pahala apa kalau suami tolong isteri buat kerja rumah, jaga anak. Mithalilah tu, kan Elzaara sempat melaung membalas bebelan ibunya yang tidak puas hati dengannya.

Makan cepat Haziq, nenek nak kemas rumah sekejap. Kejap lagi Haziq pergi mandi ok Nah, ni susu

Haziq. Habiskan tau.

Okey Nek.