MY PRETTY BOY - 39
PAGI yang cerah seperti biasa, dia pasti menghayun langkah ke sini. Menyinggah sebentar di bawah pohon sena berjumpa dengan Pakcik Tan. Pagi tadi, dia sempat sediakan sarapan istimewa buat Pakcik Tan hasil air tangan Tunku Hazreen yang sempat diambil tadi di kaf pagi tadi. Nasi goreng berserta telur mata kerbau.

Dari kejauhan, dia nampak seseorang sedang menemani Pakcik Tan. Dia berasa pelik. Sudah setahun lebih mengenali lelaki tua itu dan inilah kali pertama Pakcik Tan dikunjungi oleh seseorang.

Qamra Ain percepatkan langkah. Semakin hampir, dirasakan semakin berdebar di dalam hati. Dari bentuk fizikal badan seperti dia mengenali jejaka itu. Pakcik Tan pula hanya tersenyum setiap kali lelaki itu membuat bahasa isyarat seolah-olah sedang berlatih pidato.

Sampai saja, Qamra Ain mendekati mereka berdua. Pakcik Tan berkalih muka ke arahnya dan seperti biasa menyembunyi wajah di sebalik topi yang dipakai. Perlahan-lahan dia berjalan sehingga bertentangan dengan jejaka tadi.

Hussein Hanya itu yang terpacul dari mulut Qamra Ain.

Tunku Hussein mendongak ke atas. Masingmasing terkejut. Qamra Ain memandang wajah mereka silih berganti.

Awak kenal ke Pakcik Tan Soalnya lagi dengan kening bertaut rapat.

Baru aje kenal semalam. Macam mana awak interaksi dengan pakcik ni Nak tau juga.

Qamra Ain mengeleng-geleng kepala sambil tersenyum. Bekal tupperware yang dibawa tadi dibuka penutup lalu diberikan pada Pakcik Tan berserta sekali dengan sudu. Kemudian, dia membuka pula penutup bekal satu lagi dan diberi pula pada Hussein.

Untuk aku soal Tunku Hussein sambil menunjuk jari telunjuk ke arah dada.

Makanlah, kawan saya yang goreng pagi tadi. Secret recipe sedap tau, ujar Qamra Ain sambil menghulurkan bekal ke tangannya.

Tunku Hussein teragak-agak untuk mengambil walhal hatinya melonjak gembira hanya ALLAH SWT saja yang tahu. Sudah lama dia tak menikmati air tangan kakaknya yang gemar memasak. Sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulut, diperhatikan Qamra Ain mengeluarkan Post-it Notes bersaiz B4 dari dalam beg galas. Dia mula menulis sesuatu.

Qamra:

Pakcik, lelaki nie kawan tempat kerja saya, Hussein.

Oooo tu muslihat awak rupanya. Baru saya tau patutlah awak tak payah nak bersilat bagai, kata Tunku Hussein di kala mulut penuh dengan nasi goreng yang masih belum lumat dikunyah. Disebabkan sekian lama tak merasa kesedapan nasi goreng Tunku Hazreen tak sedar habis satu bekas dimakan.

Alamak, Qamra saya saya dah habiskan semua. Tak apa ke

Qamra Ain senyum manis. Bekas kosong tadi diminta semula. Lambat-lambat pula tangan Tunku Hussein menyerahkan ke tangan gadis itu. Rasa malu berbaur segan. Sudahlah bekal sarapan Qamra Ain diberi padanya dan dia pula sampai tak ingat dunia mencekik nasi goreng sampai habis. Pakcik Tan menghulurkan baki separuh nasi goreng kepada Qamra Ain.

Qamra:

Tak apalah, pakcik. Ain dah makan tadi.

Pakcik makanlah Ain nak masuk kerja ni.

Qamra Ain menyimpan semula Post-It Notes ke dalam beg galas. Begitu juga dengan bekas tadi. Cuma, seperti biasa bekas di tangan Pakcik Tan selepas waktu kerja baru dia datang ambil semula.

Saya selalu nampak awak ke sini setiap pagi. Awak ada kaitan ke dengan pakcik tu Soal Tunku Hussein. Qamra Ain menggeleng kepala.

Tak ada pun. Hanya sekadar menjenguk sebagai seorang insan yang tak punya sesiapa. Bila ke sini, saya teringat pada arwah Babah. Saya dan Pakcik Tan berkongsi kisah hidup yang sama.

Dari awak biarkan aje Pakcik Tan dalam keadaan macam tu, kan lebih baik awak hantar ke rumah orangorang tua. Sekurang-kurangnya, terjamin kehidupan Pakcik Tan kat sana, Qamra. Makan minun, kesihatan malah Pakcik Tan boleh mengisi masa dengan program ilmiah di situ.

Ain jangan jangan hantar pakcik ke sana!

Qamra Ain berpaling muka ke arah Pakcik Tan dengan pandangan sayu. Lama sudah dia bercadang untuk menghantar orang tua ini ke tempat yang dicadangkan oleh jejaka tadi. Ada betul katanya, Pakcik Tan boleh jalani kehidupan yang sempurna di sana, bersama dengan warga tua yang sebaya dan senasib dengannya.

Nanti kita cari sama-sama, okey Pujuk Tunku Hussein. Jauh di sudut hati, dia melahirkan rasa lega akhirnya Qamra Ain sudah mula menerimanya selepas setahun berusaha tanpa henti memujuk hati gadis itu.

Terima kasih, Sein.

Awak takkan bersendirian lagi lepas ni, Qamra. Kalau ada apa-apa, carilah saya.

Sein, maafkan saya jika selama ni saya bersikap dingin dengan awak. Saya tak berniat menyakiti hati awak cuma sebab

Lupakanlah. Saya tak ambil hati pun. Jom waktu kerja dah nak masuk, cepat Tunku Hussein memintas kata-kata Qamra Ain. Dia tau apa sebenarnya yang hendak diluahkan oleh gadis itu.

Cuma sebab wajah awak seiras Tunku Hardie desis hati kecil Qamra Ain.

Sesudah mengucapkan selamat berpisah pada Pakcik Tan, mereka berjalan kaki beriringan hingga ke persimpangan simpang 4. Bila traffic light bertukar merah, mereka menyeberangi jalan dan menyambung perjalanan sehingga hilang di celahan manusia yang berpusu-pusu menuju ke arah destinasi kerja masingmasing.

Pakcik Tan pula menyuap perlahan-lahan nasi goreng pemberian gadis tadi dengan hati yang sayu. Tak semena-mena gugur setitis air matanya ke dalam bekas. Pilu rasa hati mengenangkan Qamra Ain, si anak yatim yang tercari-cari destinasi kebahagiaan.

Ain insan yang tak punya sesiapa. Alangkah bagusnya kalau Ain satu keluhan berat dilepaskan.

Kata-katanya terus terhenti di situ.