meluru masuk ke dalam pejabat Nadhirah.
Kau ni perempuan tak ada adab, kan Lain kali kalau nak masuk, ketuk pintu dulu. Takkanlah benda asas macam tu pun tak tahu Nadhirah memandang Adelia. Dia yang sedang sibuk dengan kerjanya terus berhenti.
Kehadiran Adelia langsung tidak mengejutkannya. Di dalam hati Nadhirah mengukir senyuman yang paling lebar. Dia sudah tahu apa yang ingin dicakapkan oleh Adelia dan dia lebih dari bersedia untuk berdepan dengan wanita ini.
Aku tak perlu rasanya nak beradab sangat kalau dengan perempuan macam kau ni. Dasar perempuan tak tahu malu! Adelia menyinga. Sakit hatinya apabila mengenangkan beberapa keping gambar yang baru diterimanya pagi tadi.
Kau datang nak apa ni Takkanlah kau saja-saja nak datang jumpa perempuan tak tahu malu macam aku ni Nadhirah terus menaikkan kemarahan Adelia. Memang aku ada urusan dengan kau. Apa hubungan kau dengan Imran Kenapa kau ikut dia sampai ke Labuan
Bila masa pula aku ada hubungan dengan tunang kau. Diakan tunang kau, takkanlah pula dia nakkan aku ni. Tak payah nak paranoid sangatlah.
Masalahnya, bukan Imran yang buat perangai! Kau yang ikut dia sampai ke Labuan!
Ikut kaulah nak percaya ke tidak. Aku tak ada masa nak layan tuduhan tak berasas kau ni. Nadhirah seolah-olah sedang menambah api kemarahan Adelia. Dia sedang bertepuk kuat di dalam hati.
Kalau dah memang keturunan jalang, anak cucu pun turut sama jalang. Kau dan Mama kau sama je. Tengking Adelia tidak berpuas hati.
Tolong jangan nak sebut-sebut pasal orang yang dah mati! Apa bukti yang kau ada Aku tak pernah ikut Imran ke mana-mana pun. Jangan nak serkap jarang! Nadhirah berdiri. Dia jelas tidak senang apabila nama mamanya diungkit-ungkit.
Tak ikut Kepala otak kau! Ini apa Adelia melemparkan gambar-gambar Imran dan Nadhirah. Marahnya meluap-luap apabila melihat Nadhirah masih cuba menegakkan benang yang basah.
Gila. Satu sahaja perkataan yang terkeluar dari mulut Nadhirah. Jangkaannya memang tepat sekali.
Apa kau cakap
Tak betul ke apa aku cakap Siapa ambil gambar ni semua Kau upah orang ikut Imran, kan Dia tahu ke tak yang kau pasang spy ikut dia
Aku peduli apa dia tahu ke tak. Sekarang ni aku nak tahu apa yang kau dengan Imran buat di Labuan.
Kami tak buat apa-apa pun. Chill lah! Kami cuma jalan-jalan keliling Labuan, makan-makan, tengok matahari terbenam. Itu sahaja. Nadhirah tersengih. Diamlah perempuan! Kau memang sengaja ikut dia ke sana, kan
Dia yang ajak aku pergi. Aku ikut aje. Bukan senang nak makan angin percuma. Nadhirah sengaja menokok tambah cerita. Dia cukup gembira melihat wajah Adelia yang sedang menahan marah.
Tak guna! Jerit Adelia.
Fail berkulit keras yang berada di depannya dihayun laju untuk memukul Nadhirah. Mujurlah Nadhirah sempat mengelak. Tangan Adelia berjaya disambar dan digenggam kemas.
Lain kali, kalau tak nak orang kacau tunang kau, kau simpan je dia dalam kotak. Lagi satu, tak payah nak datang serang-serang aku. Kau tanyalah Imran sendiri. Nadhirah turut mengherdik. Puas hatinya apabila Adelia terjerumus dalam perangkap yang sengaja dia ciptakan.
Tak guna! Adelia merentap tangannya yang dipegang Nadhirah.
Kau dengan Imran tak ngam lagi ke
Kenapa kau sibuk nak tahu
Sebab Imran cakap dengan aku yang dia sunyi. Tak ada orang yang sudi temankan dia ke sana. Bohong Nadhirah lagi.
Tak mungkin. Imran takkan buka cerita kami pada orang luar macam kau. Adelia tidak percaya dengan apa yang disampaikan Nadhirah. Tak mungkin Imran akan menjaja kisah hubungan mereka yang berantakan. Imran bukan lelaki yang begitu.
Pada kau, aku memang orang luar, tapi Imran tak fikir macam tu. Aku rasa aku lebih tahu mengenai
Imran lebih daripada kau.
Apa maksud kau
Nothing. Tak ada apa-apa. Nadhirah terus menambah perasa. Dia seronok melihat wajah Adelia yang memandangnya tajam.
Adelia pula sudah tidak terkata. Hatinya jelas terbakar dengan apa yang didengar. Jika dahulu dia tidak akan teragak-agak untuk mengganyang Nadhirah, kini tidak lagi. Nadhirah kini lebih aggresif. Itu yang membuatkan Adelia berfikir dua tiga kali.
Apa yang kau nak sebenarnya, hah Tak cukup lagi ke apa yang Papa dah bagi pada kau
Tak cukup. Aku nak lebih lagi. Tuntut Nadhirah tanpa berlapik.
Dasar perempuan....
Hey! Aku belum buat apa-apa pada keluarga kau pun dah cukup baik! Tapi... tak lama dah. Sampai masa nanti aku akan pastikan tak ada satu pun dendam aku pada keluarga kau yang tak berbalas. Aku akan tuntut semuanya, Adelia! Kau tunggu ajalah.
Apa yang kau boleh buat pun Tak payah nak gertak aku, kau tak mampu nak buat semua tu sendiri.
Kau cabar aku ke
Ya aku cabar kau. Apalah yang kau boleh buat.
Aku teringin sangat nak tengok.
Okey, kalau itu yang kau nak. Kau dengar baikbaik apa yang aku nak cakap ni. Aku akan pastikan Puan Sri Munirah, Abang Aidid dan kau orang semua musnah. Aku akan pastikan Imran khianati kau.
Adelia ketawa. Dia langsung tak terkesan dengan ugutan Nadhirah.
Kau ingat sikit... Papa kau pernah hidup 5 tahun atas belas ehsan aku bagi hati padanya. Jadi hutang antara kita dah selesai. Kau boleh pergi mampus! Kau orang dah tak ada kaitan dengan aku. Tolong berambus dari bilik aku sebelum aku humban kau keluar dari tingkat 5 ni. Berambus!!! Nadhirah menjerit sekuat hati. Amarahnya telah sampai ke kemuncak.
Apa ni bising-bising. Malulah orang dengar. Satu suara tiba-tiba muncul dan menyapa mereka berdua yang belum lagi habis bertengkar. Imran muncul setelah dia diberitahu mengenai kedatangan Adelia yang menyerang Nadhirah.
Baguslah awak dah datang. Tolong bawa keluar tunang awak ni sebelum saya humban dia ke bawah. Ungkap Nadhirah bagi menyemarakkan lagi kemarahan Adelia. Dia merasa cukup teruja melihat wajah Adelia yang masih lagi merah padam kerana marah.
Apa ni Adelia Jom. Kita keluar dari sini. Imran menarik tangan Adelia.
Dia perlu meleraikan semua ini. Apatah lagi apabila dia melihat ramai pekerja yang tercengangcengang dengan apa yang terjadi di dalam bilik ini.
I tak nak keluar. Tangan Imran yang menariknya direntap kasar. I belum habis cakap pun lagi. Ujar Adelia yang masih lagi berdegil.
You nak cakap apa lagi Macam budak-budaklah you ni. Imran juga mula meninggikan suaranya.
I keluar dulu. Kau orang bincanglah baik-baik ya Nadhirah sudah enggan lagi mendengar apaapa. Dia keluar dan membiarkan Imran dan Adelia menyelesaikan masalah mereka di dalam pejabatnya.
Biar semua orang tahu. I memang tak puas hati. Patutlah you tak bagi I ikut ke Labuan, rupa-rupanya you dah memang ada rancangan lain.
Itu semua tak benar. I ke sana atas urusan kerja. Apa ni Adelia Main tuduh-tuduh pula.
I tak menuduh. Ini buktinya, you nak nafikan apa lagi Adelia menuding jarinya ke arah gambar-gambar yang berselerak itu.
You hantar orang ikut I! Darah Imran menyirap melihat segala gambar yang ditunjukkan padanya. Giliran dia pula yang naik angin. Patutlah sejak kebelakangan ini dia merasa seperti diekori. Memang I hantar orang ikut you sebab I tak percayakan you! Tengoklah apa yang I dapat sekarang ni. Makan bersuap, shopping sekali, makan angin tepi pantai. Pandai you tipu I, kan
I tak tipu sesiapa. I ke sana atas urusan kerja. Kami berjumpa hanya sekejap. Mana I tahu yang Nadhirah bercuti di sana.
You cintakan Nadhirah, kan You nak pergi pada dia, kan Soal Adelia bertubi-tubi.
Memang hubungannya dengan Imran tidak pernah baik, memang Imran tidak pernah mempedulikannya, memang Imran dan dia tak seperti pasangan lain yang bertunang, namun Adelia cintakan Imran. Dia mula cintakan Imran dalam diam. Disebabkan hal itulah, hatinya sakit apabila mengetahui apa yang Imran lakukan di Labuan bersama Nadhirah.
Cakaplah. I berharap sangat apa yang I nampak dalam gambar-gambar ni semua tak betul. I kecewa sangat bila tengok apa yang you buat dengan Nadhirah di sana. Betul tak semua ni
Semua ni tak penting. You pun tahu hubungan kita macam mana. Antara kita, tak ada makna pun dalam hidup masing-masing. Hubungan ni terbina hanya kerana kita ikutkan kehendak ibu bapa kita. I bukan sesiapa pada you. Tak perlu lah nak sesakkan kepala you dengan benda-benda macam ni.
I tak tahu apa maknanya kehadiran I dalam hidup you. Kita tak pernah berbincang pun pasal perkara ini, tapi sampai bila you nak layan I macam orang luar Sampai bila you nak sisihkan I. I love you Im, biarpun you tak suka I, tapi I akan belajar sayangkan you. Wajah Imran ditatap tajam.
Imran tertunduk mendengar pengakuan Adelia.
I tak sebaik mana Imran tapi I belajar untuk terima you. Sampai bila I nak terus jadi orang yang langsung tak ada makna dalam hidup you Adelia terus menghamburkan isi hatinya. Itulah yang terjadi padanya kini.
Dia kecewa apabila Imran terus-terusan menganggapnya sebagai orang asing. Meminggirkannya tanpa memberi peluang.
I cintakan you, kenapa you nak kena terus tolak I macam ni Tak ada langsung peluang ke untuk I I dah memang tak ada makna langsung ke dalam hidup you Soal Adelia lagi.
I dah gila rasanya. Jatuh cinta pada you hanya selepas sebulan dua kenal. Tak apalah. You buatlah apa yang you nak buat. I dah tak nak peduli lagi. Kebisuan Imran menambahkan sakit di hatinya. Adelia menggelengkan kepalanya berkali-kali.
Imran mati akal mahu menjawab semua soalan Adelia. Sungguh dia tidak menyangka yang Adelia boleh menghantar orang untuk mengekorinya. Namun apa yang lebih menyentuh tangkai hati Imran adalah tangisan Adelia.
Air mata seorang budak degil, anak manja, perempuan mulut celupar yang meluncur laju dipipi Adelia menimbulkan satu rasa asing pada Imran. Kata-kata yang berupa satu pengakuan dari Adelia tadi turut melekat dikepalanya. Apakah mungkin hatinya terbuka untuk Adelia. Entahlah. Imran sendiri tidak tahu jawapan sebenarnya.