Lagu-lagu yang kami mainkan kebanyakannya lagu-lagu rock 70an, terutama sekali dari Pink Floyd yang merupakan kegemaran kami. Kami akan jam satu album seperti lagu-lagu dari album The Wall kerana lagu-lagu Pink Floyd ini bersambung-sambung. Lagu-lagunya berkonsep, berstruktur. Lagu yang benar-benar aku jiwai ialah Shine On U Crazy Diamond dari album Wish U Were Here.
Anggota dalam Pink Floyd semuanya rakan yang begitu akrab. Mereka semuanya tinggal dalam kawasan rumah pangsa yang sama. David Gilmour yang mengajar Syd Barret bermain gitar . Pada waktu itu, Gilmour belum menjadi anggota Floyd lagi. Album mereka aku gemari antaranya Dark Side Of The Moon, 'Wish U Were Here, Animals, The Wall dan Final Cut. Semasa album Final Cut, kumpulan ini sudah tidak serasi lagi terutama di antara Waters dengan David Gilmour. Mereka sudah tidak ada persefahaman. Mereka juga bertelagah dalam menamakan kumpulan mereka Pink Floyd sehingga kes terpaksa dibawa ke mahkamah. Pertelagahan di antara Waters dan tiga lagi anggota kumpulan. Akhirnya Gilmour menang.
Itulah sebabnya selepas album Final Cut, aku dab mula tidak menggemari Floyd. Namun aku tetap tabik kepada David Gilmour sebagai gitaris. Gilmourlah yang mula-mula sekali memiliki Fender Guitar. Malah nombor siri pertama milik beliau pada zaman 50an. Aku rasa Pink Floyd mesti mempunyai Waters dan Gilmour kerana Waters ialah seorang Expressionist. Hampir seluruh lirik lagu Floyd hasil ciptaan Waters dan mempunyai konsep tersendiri iaitu berkisar mengenai peperangan dan politik. Ciri ini tidak dipunyai Gilmour.
Ada juga keadaan kami jam dari lagu-lagu Led Zeppelin dan Black Sabbath. Kami juga mempunyai seorang lagi anggota bernama Sherry yang bekerja sebagai busker sepenuh masa. Sherry amat berbakat dan aku mengenali beliau sejak 1990an. Kalau kita memainkan lagu Led Zeppelin dan Black Sabbath, dialah yang akan menyanyikannya. Lagu yang kami mainkan ialah seperti [migrant Song, Since Ive Been Loving U. semuanya berkonsepkan Rock & Roll.
Pemain gitar Cinema ialah Lan Cinema. Dia seorang yang berkarisma. Dia pemain gitar sebenar. Setiap kali kami jam, aku selalu memerhatikannya. Mainan solonya seolah-olah sama seperti dalam album. Sayang beliau dilahirkan di Malaysia.
Sunguhpun kami bersefahaman dan tahu apa yang kami perlukan dalam rnuzik ini, namun kami sedar bahawa cara ini bukannya langkah untuk menjadi artis rakaman. Masyarakat akan pening dan tak faham. Jadi, tak payahlah berbangga kalau kita bermain muzik. Nasib tidak akan membawa kita ke mana. Sedih, tetapi itulali realitinya. Rakan aku, seorang gitaris popular dalam sebuali kumpulan Rock 80an akhirnya bekerja di bengkel bengkel kereta kerana putus asa dalam industri mzuik yang tidak menjanjikan apa-apa.
Dalam satu bahagian lirik terebut, Buddha ada berkata, Tali kalau tegang sangat akan putus, longgar, tidak berfungsi. Apa yang paling baik ialah keseimbangan.
Dunia kerohanian menuntut sepenuhnya untuk kejiwaan. Pelbagai aliran dan tahaman ada dalam mentafsirkan erti kejiwaan. Bersuluk salah satunya dalam aliran mistik Melayu dan Islam dalam mendekatkan diri kepada khaliknya. Dalam istilah yang lebih universal, meditasi. Kenapa manusia ada impian untuk mengenal lebih jauh tentang khalik atau penciptanya
Maka, yang dikatakan insan itupun bertarikatlah. Beragam gaya ada. Semuanya punya tujuan yang satu, ke arah yang sama. Secara peribadi aku tidak bersetuju dengan pelbagai aliran tarikat ini. Masih berperantaraan; ada sheikh itulah, inilah (sebut; macam-macam ada). Bahkan sehingga ada ke tahap dikehendaki amal zikir-zikir tertentu. Ini semua tiada jaminannya untuk mendapat apa yang kita hendak. Kalau Dia hendak bagi, Dia akan bagi juga tanpa mengira sesiapa pun. Kadang-kadang, semakin kita hendak mendekatinya terasa jauh pula perginya. Jadi, apa yang perlu kita lakukan
Jadilah diri sendiri. Itu sahaja. Jujur dengan hidup yang kita lalui. Terimalah dalam apa jua keadaan; teruk mahupun baik. Bukankah hidup ini hanya satu permainan
Kadang-kadang aku merasakan tidak bagus untuk banyak bercakap. Contohnya aku. Tetapi, tapi apa yang aku tulis sebahagian besarnya kebenaran. Bagi yang mahu kenal lebih jauh tentang yang Satu itu, inilah sebahagian ceritanya.
Sebab utama orang ingin menuju keTuhan adalah kerana ingin kembali suci seperti bayi yang dilahirkan. Namun tidak semudah ABC. Ini kerana pelbagai elemen yang namanya dosa dan pahala itu tumbuh dan subur. Membesar bersama-sama usia kita. Itulah sebabnya kefahaman hanya sekadar kata-kata untuk menyedapkan jiwa. Tapi apakah hakikatnya
Selagi kita masih makan dan minum dan berkehendak mahupun bernafsu, bagaimanakah kita dapat mengatakan kita sempurna. Itulah kebenarannya.
Betulkan nilai kemanusiaan dalam diri. Itu yang paling utama. Apakah nilai kemanusian itu Jawapannya ialah menghormati antara sesama, tidak menjaga tepi kain orang, jangan prejudis, jujur dalam menjalani kehidupan. Jujur bagaitnana Jujur pada diri, bukan untuk orang lain.
Di dalam jujur tidak ada baik atau buruknya. lanya bukan baik atau buruk. Itu sekadar kata- kata. Jujur itu pelaksanaan. Semampu kita. Seseninya seseorang manusia itu adalah melalui nilai kejujurannya. Jujurkah orang politik Jujurkah aku Siapakah yang jujur Adakah ini bermakna orang yang tak ada seninya tidak jujur
Kadang-kadang orang yang tidak mesra seni lebih jujur daripada orang yang berseni sebab jujur itu sebahagian daripada seni itu sendiri. Contohnya lihat manusia-manusia yang berfesyen sekarang ni. Mereka boleh menjadi se-simple yang boleh sehingga se-tuggedyang boleh. Itu jujur. Tetapi bila sikap ini akan jadi ikutan Sejak Kurt Kobain mati perkara ini sudah menjadi fesyen. Maka ianya tidak jujur. Itulah sebabnya orang zaman sekarang kata, yang jujur- jujur saja pak atau Melayunya, biasa jer brader.
Lu happy Gua pun happy. Sad Me too. What you want me to do now Tell me. Im a slave of your desire and need.
Mungkin itu bahagian yang paling jujur untuk nilai seseorang manusia.
Sebab itulah dia sudah tidak ada kehendak atau egonya. Ikut sahaja apa yang orang lain inginkan. Tidak berpendirian, seperti aku.
I know where you are but do you knoiv where lam now Iam somewhere in the four elements; earth, wind, water andfire. Where do you think I belong