Ayu menghayun tubuhnya yang sarat di kerusi malas milik arwah datuknya - membuai dan memain-kan setiap hari silam.
Petang itu cuaca permai dan Jalil sedang mencuit kulit telur yang tersembul di hujung daun bunga nanas. Jeritan memecah dan Jalil meluru.
Ayu menekan perut dan Aton datang menghampiri.
Jalil... bawa Ayu ke klinik!
Kereta membelah angin dan tiba di klinik, doktor dan bidan sedia menanti. Mereka memang sudah bersedia kerana diberitahu Ayu berhasrat untuk bersalin di sini.
Jalil keresahan di luar, dipujuk oleh Aton agar ber256
sabar. Penantian semakin menyesak tetapi akhirnya dipunah oleh tangisan nyaring. Jalil terus meluru de- ngan wajah yang ria.
Seorang bayi perempuan yang comel masih lagi dimerahi darah.
Syukur! Jalil memejam mata. Bagaimana de-ngan isteri saya doktor Jalil berpaling menatap Ayu yang terdampar lesu.
Dia masih lemah... banyak tumpah darah!
Jadi
Dia perlu dibawa ke KL!
Jalil angguk, merapati Ayu dan mata redup itu terbuka. Senyuman terukir tetapi temyata tawar.
Ayu darling... I am taking you to KL now... please don't be angry!"
No... no Jalil... please, it's too far and its too late!" Suara Ayu begitu lemah. I rasa... I dah tak ada hope lagi... dan jika I pergi dulu... I nak mati di tempat I dilahirkan! Biarlah I mati di sini! Mata mula terpejam.
A... Ayu, jangan cakap macam tu!
Jalil... I nak beritahu you... se... sesuatu... dan I... rasa.... Ayu menelan liur dan tekaknya terasa pahit.
Ayu....
Ma... maafkan I... ma... ma....
Ayu.... Jalil menelan liur. Er... doc... will you"
Doktor memahami dan dia meninggalkan Jalil dan Ayu sendirian.
Jalil... ma... maafkan I... sebab... that baby is not yours!
What
The baby belong to Imr.... Mata telah pun terpejam dan Jalil terpaku di sisi. Digoncangnya tubuh Ayu - Nadi dipicit dan masih ada lagi denyutan lantas dia membisikkan penuh sayu di telinga Ayu.257
Ayu, please wake up...
Keredupan terpancar sepi - kelopak mata Ayu bertautan. Bibirnya bergerak-gerak bagai ingin berkata sesuatu.
"Jal... Jalil... boleh tak... I...
boleh sayang... boleh... katakan apa saja!
Satu... lagi... permintaan....
Apa sayang
Na... na... namakan anak itu... Mi....
Jalil menanti pasrah.
Mi... Mi... Mirawati!
Baiklah!
Mata Ayu pejam semula namun nadi masih berputar.
Jalil meluru keluar, memanggil doktor yang sudah pun bersedia dengan ambulans. Kita perlu bawa dia ke KL!
Jalil angguk.
Ayu dialihkan ke troli, ditolak naik ke dalam ambulans. Saluran getah mencucuk ke tubuh dan Jalil berasa amat belas sekali. Ngauman siren memecuh keheningan desa.
Jalil terpaksa tabahkan hatinya dalam menempuh segala dugaan. Dia tidak lagi dapat menahan curahan air jemih.
Jururawat dan doktor hanya memaling muka, tidak mahu memandang wajah Jalil yang suram. Mere-ka berusaha memulihkan denyutan jantung Ayu yang lemah.
Ambulans semakin laju.
Wajah Ayu membuai seri walaupun mata terpejam sepi. Dia seolah-olah sedang nyenyak tidur dan Jalil perlahan-lahan menjatuhkan muka menciumi dahi isterinya.258
Oh....
Jalil tersentak, keluhan doktor merenggut ketenangan. Wajah doktor ditenung dalam-dalam.
Kenapa doktor
Lelaki ltu menggigit bibir. Im sorry!
Ayu! Jalil menekup mukanya ke dada Ayu dan kali ini tiada lagi degupan jantung.
Innalillahi... wainna illahirajiun!
Jalil mendongak tetapi air jernih tetap jatuh. Penderitaan ini akan kutanggung sendiri!
Atas permintaan Jalil sendiri, ambulans berpatah semula ke Kampung Sri Dang Wangi. Setibanya di laman rumah pusaka itu, sebuah Mercedes sedia tersadai.
Aton, Datuk Megat, Datin Nora, dan Anisah meluru, bagaikan ambulans itu persis lori PBB yang membawa bekalan makanan.
Jalil keluar lesu, melangkah tidak bermaya ke arah ibunya dan mereka berpelukan.
Mama... Ayu dah pergi meninggalkan kita!
Anisah menjerit bagai anak kecil. Kekesalan meruntun di hati. Dia berasa amat bersalah dan terus meluru ke arah troli berisi jenazah Ayu.
Aton tidak sanggup menghadapi semua ini, melangkah lesu ke dalam bilik. Seorang bayi perempuan yang comel tidur lesu setelah dihantar oleh bidan semasa Ayu dibawa dengan ambulans.
Bayi itu telah dikerahkan oleh Jalil agar dihantar ke rumah neneknya di sini.
Aton membelai anak kecil itu. Namanya dipanggil dan dia menjenguk keluar. Jenazah Ayu telah pun dibaringkan dan diselimuti sehingga menenggelamkan wajahnya.
Mana anak saya Jalil masih tersedu.259
Ada dalam bilik! Aton tunduk sepi.
Jalil melangkah lesu ke dalam bilik.
Mak... mama! Lidahnya bagai tergigit. Dia melihat sekumpulan labah-labah mengerumuni bayi itu. Mira... Mirawati! Nama yang diusulkan oleh arwah Ayu terpacul daripada bibimya.
Kenapa Jalil Datin Nora terpinga-pinga de-ngan matanya yang merah.
Tengoklah tu ma... amazing... Mirawati dikerumuni labah-labah... besar pula tu dan dia... dia lang-sung tak menangis!
Aton cuma tenang memejam mata. Sejarah berulang lagi dan bakal membuah cerita....
MATA telah menjadi hakim dan hati sebagai pemutus. Allah azzawajalla jua Yang Maha Besar, men-jadi dunia, gelanggang umat manusia menggapai bekal yang akan menjadi penentu di akhirat.
Dosa dan pahala adalah perbandingan antara hitam dan putih, dan manusia bebas memilih.
Talkin baru saja bergema di dada alam, dan Jalil masih belum berganjak dari tanah kubur itu. Dia bagai takut untuk meninggalkan pusara itu, khuatir dengan kehadiran Mungkar Nangkir yang ditugaskan menyoal manusia.
Ya Allah... ampuni dosa isteriku itu! Air mata berjurai, mencabar kelelakian Jalil selama ini.
Wajah Ayu menjelma - sama seperti mula-mula illustrasi bayang itu hadir di benaknya sehingga memberikan dia ilham melukis.
Saat itulah dia jatuh cinta pada wajah yang belum pernah ditemui, apatah lagi dikenali. Dia sendiri tidak percaya betapa wajah itu wujud di alam fana ini....
Tak ubah bagai karya Picasso yang bernilai, jua 260
Leonardo Da Vincci yang abadi, menjadi kebanggaan pemilik yang menggantungnya di dinding - ditatapi dan disanjungi.
Tetapi... Ayu bukan lakaran Picasso, atau Monalisa yang berkurun menjadi legenda. Ayu adalah insan yang hidup, perlu dibelai dan dicintai.
Dan... hayat Ayu ternyata sia-sia, membakar segala keindahan sehingga dia pergi menghadap Ilahi dalam satu keadaan yang perih tetapi syahid.
Maafkan aku! Jalil mengetap bibir, mengepal tanah merah yang basah sehingga desiran halus melu-kut mencelahi genggaman jarinya.
Bayu berhembusan, melayahkan sehelai dua daun cempaka tua - layu menyembah bumi.
Senja meringkuk, membelai alam yang indah tetapi sering dialpakan oleh manusia. Mereka bagai tidak bersyukur betapa beruntungnya diberi peluang menghirup keindahan ciptaan Allah.
Jalil mengulum tekad....
Generasiku tidak akan kubiarkan derita. Anakku adalah pancang, yang lahir daripada cantuman benih aku dan Ayu.
Mirawati
Kali ini dadanya bergetaran. Iya... bayi itu tetap jua anakku... yang perlu kubimbing agar tidak terjadi seperti peraka yang menimpa ibunya.
Dia akan kujalin dengan simpulan kasih... ini adalah pembalasanku. Aku yang bersalah... sering lupa betapa Ayu mendambakan kasih sejati bukannya wang ringgit dan keindahan lukisanku....
Maafkan aku Ayu... dan Mirawati akan kugosokkan dengan cinta, bukan derita!
Nafas ditarik, mendongak ke langit yang kelam - tiada lambang keindahan. Yang ada cuma gelap dan 261
hiba.
- Pulanglah insan... biarkan Ayu bersemadi aman. Kau takkan mengerti hatinya... dia terlalu derita.
Jalil membuka mata, mencari-cari suara yang halus itu.
- Kalau ada lagenda pilu... kisah Ayu paling tragis. Seorang wanita gigih... ingin menyulam cinta tetapi cinta itu yang membawa derita. Pulanglah insan... sudah suratan... kami sendiri sudah merelakan.
Apa erti semua ini!
- Kau takkan mengerti insan. Kami yang ghaib ini lebih merasakan derita Ayu yang telah menjadi sebahagian daripada kami! Pergilah... kembali dan tinggalkan Ayu sendiri...
Jalil bingkas, menjatuhkan setitik air jernih yang tepat di kepala liang lahad. Itu adalah kasihku... semoga akan abadi sayang....
DESTINASI entah ke mana dan Jalil masih memandu bersendirian. Matanya masih redup - mengga-yutkan secebis kenangan di persada had. Kereta meluncur, tidak laju dan tidak perlahan - lancar dengan kelajuan sederhana.
Hatinya terbuai - seketika matanya separuh tutup, adakala terbuka dan pemandangannya ditumpukar, ke hadapan. Dia masih lagi memandu - tidak dengan tumpuan matanya tetapi melihat melalui hatinya. Segala yang terjadi telah menghancurkan jiwanya - berkecai bak kaca dihempap batu.
Terbayang saat silam di mana Ayu sedang duduk di kusyen sebelah - bersandar tenang, membuah senyuman. Dan di saat itu, dia pula sedang meraba tangkai gear - menurunkan satu tahap untuk mem-262
perlahankan kelajuan Mercedes 230E-nya.
Bagai terasa sentuhan jari-jemari Ayu, menikmati renungan isteri yang menoleh ke arahnya. Bagai terdengar suara halus Ayu berkata: Kenapa you slowkan kereta ni
Ayu melempar senyuman!
Jalil bagai tercampak ke sebuah dunia asing - ditemani Ayu, berbual dengan Ayu. Bermanja, bermesra, dan berkasih. Tetapi adakah apa yang dirasakan saat ini suatu realiti atau sekadar ilusi Ayu bagaikan hi- dup, terasa kehangatan nafasnya, getaran suaranya, dan ketajaman renungan. Serasakan Ayu masih hidup dan benafas....
Jalil menoleh, tetapi kusyen yang sebentar tadi diduduki Ayu telah dirayapi beberapa ekor labah- la-bah. Mereka berkeliaran di atas kusyen....
Dan, apa yang dilihatnya telah menyentak kejutan sehingga kakinya spontan terpijakkan brek membuat kereta terbabas ke bahu jalan. Jalil menutup muka bagai ketakutan - kedua-dua belah telapak tangannya meraup dan melalui celahan jari, mengalir air jernih nan bening. Sisa-sisa pilu masih berbaki - setelah puas berhiba semasa mengiringi jenazah Ayu petang tadi. Pemergian Ayu telah menyebabkan banyak air mata Jalil menitis lalu hapus disedut udara.
Jalil masih kaku di dalam kereta - diserang igau-igau kehadiran labah-labah sebentar tadi. Segera wajah Mirawati terbayang. Tapi... apa pula hubungan labah-labah... dan anak kecil itu Oh God, please help me.
Assalamualaikum! Seraut wajah lembut, dililiti serban pulih, menjengulkan kepala sambil mengukir senyuman mesra.
Hai anak muda, kenapa termenung seorang diri 263
di tepi jalan ini Lelaki tua berwajah suci itu mencuit bahu Jalil. Kereta rosak ke
Jalil masih kaku, terus terlupa untuk menyambut salam.
Awak ni nak ke mana Lelaki tua itu masih lagi bersikap tenang dan lembut.
Jalil terpempan namun sempat juga dia menjawab: Oh pakcik... saya tak apa-apa, dan saya sebenamya terlalu letih memandu!
Lelaki itu angguk. Hm... kalau gitu jangan baha-yakan diri awak... mari ikut pakcik. Nun... di seberang sana, ada surau dan kebetulan pakcik nak ke sana!
Jalil mengangguk dan dirinya terlontar ke alam realiti dan baru dia menyedari suara azan yang sedang berkumandang di udara.
Pakcik nak berjemaah Maghrib... bolehlah anak ikut bersama-sama! Marilah... Tuhan sudah pun me-manggil.... Lelaki tua itu mula menghayun langkah... menyilangkan kedua tangan ke pinggul dan apabila agak jauh, dia menoleh memastikan Jalil menyusuh.
Jalil terkapar dan pelawaan ikhlas lelaki tua itu bagai menampar mukanya. Apakah aku masih boleh untuk menunaikan sembahyang sedangkan sudah beberapa tahun aku tidak pernah menghadap Tuhan. Dan... kali terakhir aku sembahyang pun, sewaktu masih bersekolah di asrama dulu!
Apabila dia menjulur kepala merenung ke hadapan, lelaki tua itu berhenti sambil tersenyum dan wa-jahnya mengisyarat ajakan.
Jalil terus membuka pintu dan segera menyusul lelaki tua itu. Mereka berjalan beriringan, tanpa kata dan suara. Mereka mula memasuki perkarangan surau yang telah pun didatangi para Muslimin yang insaf.
Cepatlah... nanti ketinggalan pulak kita...orang 264
dah hampir mula untuk sembahyang.
Baiklah pakcik... saya ambil wuduk dulu.
DIA masih duduk di situ - selesai berjemaah Isyak dengan ketenangan yang mendamaikan jiwa. Jalil mengangkat kedua belah tangannya... diarahkan tepat ke hadapan wajah, memohon restu sambil meman-jatkan doa ke hadrat Illahi. Rasa insaf tertanam di lubuk hati - mulai sedar betapa selama ini dia terlalu ghairah mengejar dunia dan kebendaan.
Sekian tahun dia telah lupa tentang akhirat dan kematian. Dia tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya. Dia mula sedar betapa selama ini dia terlupa akan kewujudan sebenar Ayu, seorang insan yang mempunyai hati dan perasaan mulia.
Ayu bukan sekeping lukisan indah yang dikagumi manusia, atau patung kristal yang cantik dipujai ramai. Ayu adalah manusia biasa, bernyawa dan bemadi... serta punyai perasaan. Itulah penghargaan. Baru kini Jalil menyedari selama ini jiwa Ayu terlalu kosong - tiada kasih, tiada sayang, dan tiada belaian manja daripada secebis hati yang bergelar suami.
Jalil meletakkan punca kesalahan itu di atas pundaknya.
Apabila rayuan doanya terhenti...Jalil mula merasakan satu ketenangan. Ditatapnya sekitar ruang rumah Allah itu dan keinsafah menjelma. Dia semakin merasa damai, setiap kali dahinya menciumi sejadah dan nama Allah dipuji, dipuja. Ketenangan tiba setelah dia merelakan diri berkhalwat dengan Allah.
Ya... di sinilah aku perlu bermula dan berakhir kerana lahirnya aku ke sini untuk bernaung di bawah payung Islam.
Selesai dia melipat sejadah, terus melangkah ke 265
perkarangan surau, para jemaah yang sebentar tadi ramai telah tiada. Dia cuba mencari kelibat lelaki tua yang mempelawanya sebentar tadi tetapi hampa kerana bayangnya tidak kelihatan.
Dia duduk di sebuah bangku, menebarkan ma-tanya tanpa arah. Pandangannya terhenti, dan di bahagian hujung surau terpacak seorang anak kecil yang turut menombak mata ke arahnya. Muncul seorang lelaki dewasa, menggapai kepala si anak kecil. Mereka mula menghampiri dirinya lalu terus duduk di sebelah Jalil.
Ayah...saya lapar... marilah kita balik.
Suara lesu itu datangnya daripada budak yang kurus dan cengkung - dengan mata yang bening me-nyimpul satu kedukaan. Mata kanak-kanak itu ada warna sayu.
Ayah... saya lapar....
Hisy! Budak ni, tahanlah sikit lapar tu. Bukan tak biasa!
Tapi ayah... hari ini saya betul-betul tak tahan.
Syyy... Lelaki yang digelar ayah itu menjuntaikan jari telunjuk ke bibir anaknya.
Ada kesayuan terbit di dada Jalil, membuatkan bibirnya terbuka: Pakcik... kenapa dibiarkan saja bu-dak itu lapar, nanti mudarat.
Ah... dia memang macam tu, banyak kerenah!
Tapi... pakcik....
Mata lelaki itu bulat. Eh...awak ni siapa Kan semua ini urusan saya!
Nama saya Jalil dan saya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur....
Anak kecil itu rebah kelesuan.
Ya Allah! Ada kekesalan bermain di mata si ayah.266
Tanpa melengahkan waktu, Jalil terus mengendong kanak-kanak itu, diekori oleh si ayah dan Jalil segera berlari ke arah keretanya.
Tanpa kata dan suara kereta dipandu laju - sesekali dipecahkan dengan suara lelaki itu menunjuk arah jalan.
Dan akhirya mereka tiba di sebuah rumah usang yang lebih layak digelar pondok.
Pondok kecil itu dipadati manusia yang kelihatan daif....
Err...pak...cik...mereka semua ini anak pakcik ke Mata Jalil merayapi wajah-wajah lesu sekelompok manusia yang kelihatan longlai dan lemah.
Ya! Lelaki itu tunduk. Anak Pakcik lapan orang... dan pak cik bekerja sebagai jaga di sebuah gu-dang. Beginilah hidup kami... kadang- kadang makan selalunya tidak.
Dan, Jalil tidak lagi sanggup untuk mendengar. Nah ambil ni. Sekeping not RM100.00 dihulurkan. Belilah makanan, insya-Allah... bila senang saya datang lagi ke sini!
Keinsafan telah membungkus diri Jalil dengan dua peristiwa yang berlaku serentak. Ketenangan men-yembah Allah dan kesedaran tentang manusia yang kurang benasib baik....
JALAN RAYA bertar menanti di depan mata dan pagutan tayar kereta mencengkam permukaan. Jalil masih memandu, berharap agar dia segera tiba ke Kuala Lumpur.
Muzik sentimental mengisi ruang - mengiringi pcrasaan Jalil yang sayu saat itu. Tidak disangkanya selama ini - masih ada masyarakat yang papa dan daif - meraih sedering sen buat menyambung hidup.
Segera wajah arwah Ayu menjelma - betapa gigih 267
usaha isterinya itu. Ayu sanggup mengorbankan tenaga demi membantu pembangunan penduduk di kampungnya. Syabas sayang... walaupun sudah terlewat untuk aku mengucapkannya. Jalil berasa terpukul kerana selama ini dia sering mengejar glamour dan karier semata-mata.
Betapa kosong jiwa Ayu - tertekan dan terhimpit tanpa perhatian jitu daripada seorang yang dikasihi. Dia sedar sekian lama dirinya lalai dan bagaimana dapat dia menebus segala kesilapan lantaran Ayu lak mungkin kembali....
Air jernih bening ke pipi.
BERITA kematian Ayu; isteri kepada Mohamad Jalil bin Datuk Megat; seorang pelukis terkenal tanahair tersebar luas - didedahkan di semua akhbar terkemuka.
Wajah Ayu yang bening - menghiasi akhbar dan pasti membawa kesayuan bagi setiap insan. Ahmad yang mendengar khabar itu turut menghantar teleks simpati dari Paris. Dia melahirkan kedukaan yang tidak terperi dan Jalil sendiri dapat merasakan kepiluan yang melanda jiwa Ahmad.
Ayu adalah seukir wajah - dan seukir wajah itu adalah cermin - sebingkai cermin yang memantulkan wajah-wajah keinsafan. Bening raut wajah Ayu membawa ketenangan bagi setiap insan yang merenungnya.
Abadilah wajah Ayu di poster walaupun tidak sehebat potret Monalisa. Masa terus berlari pantas menebar keinsafan yang abadi ke dalam diri Jalil....
Daddy... Nil lapar ni. Kita berhenti main...Nil nak makan.
Okay darling! Nil nak makan apa Terbayang 268
di mata Jalil anak kecil berwajah cengkung yang ditemuinya di pinggir surau hampir setahun yang lewat.
Kesedaran memuncak.
Ya...kematian Ayu adalah rahmat. Aku tahu apa erti nilai kehidupan dan... aku ingin dermakan setiap sen hasil royalti cetakan lukisan wajah Ayu ini. Akan kuberikan kepada rumah anak yatim di seluruh Malaysia, dan kalau boleh biar tiada lagi anak kecil yang kelaparan di negara ini.
Cepatlah... daddy!' Suara Danial memecah lagi.
Okey Jalil segera memimpin anaknya dan senyuman membuah di bibir. Fikiran bermain di kepala - betapa untungnya Mohamad Danial, dilahirkan dengan diselimuti kemewahan. Segala kehendaknya bagai bulan jatuh ke riba. Apakah dia akan bersyukur dan menghargainya kelak
Berita dirinya ingin menderma segala hasil royalti telah pun tersebar melalui media massa dan mung-kin inilah yang diharapkan oleh Ayu. Ya! Jalil yakin ini adalah keinginan Ayu selama ini.
Tanpa sedar... hampir dua belas purnama telah berlalu dan segala-galanya mendamaikan. Jalil terse-nyum, hadir pula wajah mungil Mirawati yang semakin besar di desa bersama neneknya; Aton....
MIRA sayang! Apa yang cucu buat di pokok bunga nanas tu...
Ala... nek cebok aja...! Ira nak main setejap .!
Baik-baik main tu... daun pokok tu tajam, nanti terkena jari.
Hem...tak apa... ni ada ulat dekat daun ni... Ira cuka tengok...!
Mendengar kata Mirawati. itu, Aton terus bingkas lalu menjenguk di jendela. Ditinggalkan jahitan269
nya dan terus Aton mendekati Mirawati dan alangkah terperanjat apabila dia terlihat Mirawati sedang asyik bermain dengan labah-labah yang berkeliaran di celah-celah daun pokok bunga nanas itu.
Astaghfirullah hal azim.... Mira.
Ya... nek... cantik kan ulat ni Ira cayang dia. Wajah arwah Ayu menjelma....