Tapi Berg, seorang rakyat Amerika, disembelih macam ayam sembelih. Tukang sembelihnya tidak ada rasa belas kasihan. Mayatnya dicampakkan ke tepi jalan di Baghdad.
Amat jelas mereka yang membunuhnya memiliki cara yang ngeri dan kejam itu untuk membuat satu kenyataan politik kekejaman akan dibalas dengan kekejaman. Berg sengaja disembelih untuk menghantar mesej kepada Amerka Syarikat bahawa perbuatannya tidak akan dibiarkan berlalu bergitu sahaja. Apa yang sedang kita saksikan hari ini ialah kesan rantaian yang bermula dengan penindasan ke atas umat Islam dunia khusnya di Palestin. Amerika menyangka tiada siapa mampu bertindak balas terhadapnya kerana ia kuat.
Serangan berani mati pada 11 September 2001 menghentak Amerika begitu kuat hingga ia bingung seketika dan menjadi tenggelam punca. Tiada siapa terfikir apa yang terfikir oleh mereka yang menyerang Pentagon dan World Trade centre pada 11 September.
Mereka menyerang Baghdad sebagai pejuang untuk membebaskan rakyat Iraq daripada kekejaman Saddam. Hari ini, dunia membaca dan menatap gambar-gambar rakyat Iraq diseksa, dihina dan diperlakukan seperti binatang. Wanitanya dirogol hingga hamil. Pejuang kebebasan bertukar menjadi tukang seksa, sama macam tukang sembelih Berg.
Semua itu telah mencetuskan rasa marah penduduk dunia. Umat Islam lebih marah. Kebanyakan yang marah itu hanya dapat duduk diam. Tapi akan ada yang akan bertindak. Apa yang berlaku ke atas Berg adalah tindakan umat Islam yang terlibat yang tidak dapat menahan marah dan bangkit membalas dendam.
Berg menjadi mangsa seperti ramai lagi rakyat Amerika dan kulit putih lain menjadi mangsa. Anak cucu mereka pula mungkin akan membalas dendam suatu hari nanti. Maka bersambunglah rantaian kekejaman itu.
Dunia mengutuk perbuatan menyembelih Berg sebagai satu kekejaman yang tidak boleh diterima atas alasan apa sekalipun. Awang berkongsi pendirian ini. Begitu juga, dunia mengutuk serangan 11 September sebagai satu kekejaman. Awang juga berkongsi perasaan ini.
Tapi bagaimana dengan rakyat Palestin yang sudah berpuluh tahun derita dan sengsara Bagaimana dengan penghinaan dan ancaman bunuh keatas Yasser Arafat Bagaimana dengan pembunuhan Sheikh Ahmed Yasin yang sudah tua dan sedang uzur
Dan bagaimana dengan kematian 10,000 rakyat Iraq dalam serangan Amerika Dan bagaimana dengan penyeksaan ke atas tahanan di penjara Abu Gharib tempat yang sama di mana Saddam Hussien menyeksa rakyat yang menentangnya
Dunia perlu menghentikan rantaian kekejaman itu. Tapi siapa yang harus memulakannya puak pengganas, Amerika Syarikat atau umat Islam yang ditindas Atau, umat Islam yang lebih bernasib baik
Presiden George Bush tentulah lebih pandai daripada kita semua. Jika tidak, masakan beliau boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat. Begitu juga konconya Tony Blair. Walaupun mereka berdua lebih pandai, sesungguhnya kekejaman akan mencetuskan kekejaman, lambat-laun. Mereka tidak akan menyembelih manusia jika mereka tidak dikejami.
Presiden Amerika dan Britain bersilih ganti tapi yang dikejami tidak akan lupa kekejaman yang diperlakukan ke atas mereka. Rantai kekejaman akan terus berputar.
Sebenarnya, Amerika hari ini sudah menjadi sebahagian besar daripada rantaian keganasan dan kekejaman. Ia sudah tidak boleh memecahkan rantaian itu. Realitinya, ia sudah terbelenggu dalam rantaian itu dan semakin sukar hendak keluar.
Ia akan dapati dirinya tersedut semakin jauh ke dalam kekejaman di Iraq, sama seperti mana ia tersedut jauh ke dalam perjuangan menentang komunisme di Vietnam sehinggalah tercetus perang yang terakhir dengan kekalahannya.
Seperti kata Tun Dr. Mahatir Mohamad dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia tentang Iraq Ahad lalu, apa yang sedang berlaku akan membuat rakyat Amerika hidup dalam ketakutan.Apa yang berlaku ke atas Nick Berg boleh berlaku ke atas mana-mana rakyat Amerika di mana-mana sahaja. Apa ertinya hidup negara kuat, rakyat ketakutan.
Dan bagaimana pula jika penduduk dunia yang bukan Islam, secara individu atau kelompok, mula mengambil tindakan balas menyembelih dan membakar orang Islam Awang hanya dapat berdoa tuhan melindungi kita semua dan menjauhkan perbuatan itu.
Apa yang berlaku hari ini akan hanya menyemarakkan lagi rasa benci orang-orang Arab terhadap barat. Dasar benci terhadap barat, Awang khuatir, akan kemudian berkembang menjadi rasa benci terhadap agama Kristian. Ini cukup bahaya dan mesti dielakkan jika kita mengambil berat untuk memastikan ada sedikit keamanan di dunia fana ini.
Tapi jika tentera Amerika sendiri sudah berkelakuan seperti pengganas kejam yang Presiden mereka keji itu, tidak banyak yang boleh kita harapkan melainkan berdoa kuat semoga apa jua ketenteraman yang ada ini tidak hilang sama sekali.
Mengambil kira perkembangan terbaru di Iraq dan keadaan semakin buruk di Palestin, masyarakat dunia perlu menggerakkan sesuatu supaya Amerika tidak dibiarkan mengikut nafsunya. Ini menjadi semakin perlu memandangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hampir sudah tidak berguna lagi.
Sesungguhnya, apa yang telah Amerika lakukan ke atas Iraq adalah satu kesilapan dari awal lagi. Menjadi tanggungjawabnya sekarang memperbetulkan kesilapan itu sebelum lebih ramai rakyatnya disembelih dan dibakar. Dan dengarlah kata-kata bapa Nick Berg: Anak saya mati kerana dosa-dosa George Bush dan Donald Rumsfeld.
Tahukah kawan-kawan tentang kesan Taufan Katarina yang menimpa beberapa buah negeri di Amerika Syarikat Angin Taufan Katarina yang melanda Amerika Syarikat antara 20 hingga 31 Ogos tahun ini telah mengorbankan ribuan penduduk dan menyebabkan kerosakan besar yang berjumlah berbilion dolar. Angin kencang yang mencapai kelajuan 280 kilometer sejam yang menimpa Louisiana sebelum melanda Mississippi, Ala Bama dan barat Florida ini disifatkan sebagai antara bencana alam yang paling buruk melanda Amerika Syarikat, melebihi kemusnahan yang diakibatkan oleh Taufan Endrew.
Kawasan yang paling terjejas ialah Louisiana, Mississippi dan Ala Bama. Angin Taufan Katarina telah memusnahkan sistem tetambak di New Orleans, Louisiana dan mengakibatkan kebahagian besar bandar itu yang terletak di kawasan rendah ditenggelami air. Keadaan ini telah menyukarkan operasi menyelamat. Ramai penduduk dilaporkan masih hilang dan jumlah mangsa semakin meningkat.
Para penduduknya yang terselamat pula terpaksa dipindahkan ke kawasan-kawasan yang lebih selamat. Ribuan Pengawal Kebangsaan telah dikerahkan untuk membantu pihak polis dalam opersai pemindahan. Bantuan berupa makanan, peralatan komunikasi, penjana kuasa dan air minuman telah dikirimkan ke kawasan-kawasan yang terjejas tetapi pemulihan penuh akan mengambil masa yang panjang.
Hiroshima
Ketika bom meletup penduduk melihat awan tebal membentuk cendawan raksasa berwarna putih dan unggu menjulang tinggi. Dalam sekelip mata Hiroshima di sambar oleh asap tersebut. Manusia bertempiaran lari, berteriak, menjerit kesakitan dan kehausan.
Berlaku ledakan dan letupan yang amat dashyat. Bumi seperti bergerak dan bangunan-bangunan ranap sekelip mata. Alam sekitar menjadi gelap, sempit, sesak dan amat mengerikan. Manusia hangus seperti udang terbakar.
6 Ogos merupakan peristiwa hitam kerana bom tanpa mata digugurkan ke bumi Hiroshima pada suhu mencapai 300,000 darjah Celcius dan meranapkan sebahagian Hiroshima.
Ribut taufan di Amerika
Lautan Atlantik dan Teluk Mexico sekitar Florida dikejutkan dengan hentaman taufan yang bertalu-talu pada tahun 2005. Tidak pernah rakyat Amerika mengalami taufan begitu banyak ribut taufan dalam semusim. Setakat ini ribut taufan yang melanda Amerika Syarikat pada tahun ini iaitu Katarina, Cheiharley, Francis, Gaston, Ivin dan Jeanne).
Ada yang mengatakan proses semulajadi yang diburukkan oleh global warning telah menyebabkan tsunami. Mereka menyangkal bahawa tindakan Amerika menindas rakyat Iraq dan Afghanistan adalah punca Tuhan marah dan menurunkan bala. Apa pun ia telah berlaku dan ada pihak perlu munasabah diri bahawa hukum alam juga ditentukan oleh Yang Maha Pencipta alam semesta ini.
Ribuan taufan di Guatamala
Ribut taufan stan yang melanda beberapa buah negara di Amerika Tengah dan selatan Mexico pada 5 Oktober 2005 telah meragut lebih 282 nyawa. Guatamala adalah negara yang paling teruk terjejas mayat-mayat dikeluarkan dari banjir lumpur dan runtuhan bangunan. El Salvacdo dan Nicaragua di Honduras juga mengalami kerosakan teruk. Angka kematian dijangka akan meningkat kepada 1,000 orang.
Disamping usaha menyelamat di kawasan timbunan lumpur sedalam 12 meter yang juga diisytiharkan sebagai kubur besar, kejadian kecurian menggunakan senjata api juga amat merbahayakan pasukan penyelamat.