TAKAFULMAN - 39
Baru baru ni aku menerima jemputan sebagai speaker dari agensi Tru Legacy untuk bagi kuliah Takaful kepada seluruh ahli pasukan agensi mereka.

Lama juga aku bagi kuliah malam tu. Banyak perkara aku sentuh, terutamanya dalam aspek memahami, menyayangi dan menghormati karier sebagai TAKAFULMAN.

Aku beritahu mereka, antaranya begini,

Tak ada seorang pun yang dari kecilnya bercitacita nak jadi TAKAFULMAN. Semuanya bercitacita nak jadi orang berpangkat dan bergaji sedap, macam doktor pakar, jurutera tinggi syarikat swasta, pengurus bank dan peguam kelas atasan. Jadi, saya nak bertanya, adakah sekarang kau orang dapat jadi siapa yang kau orang nak jadi dari kecil tu

Tak ada sorang pun berani menyahut, apatah lagi angkat tangan.

Kemudian, aku sambung lagi,

Okey. Maknanya sekarang, semua orang kat sini tak jadi pun apa yang dia nak jadi dari kecil. Semua ada pekerjaan, tapi ia hanya pekerjaan,

bukan sebuah cita-cita. Betul

Aku tanyakan sekali lagi kepada audiens. Semua diam dan mengangguk tanda setuju.

Jadi, semua yang ada di sini sebenarnya sudah screwed up. Alang-alang screwed up, biarlah kita screwed up sampai ke pangkal lengan!

Seorang audiens bertanya perlahan, Screwed up macam mana tu

Aku beritahu,

Macam ni. Apa beza kerja sekarang dengan kerja Takaful Dua-dua pun screwed up. Dua-dua pun bukan cita-cita kau orang.

Jadi antara dua screwed up ni, screwed up yang mana kau fikir lagi berbaloi, lagi banyak control, lagi banyak potensi, lagi banyak kebebasan

Kot mana pusing pun memang kau orang dah screwed up kan