Ayah Edy, kelmarin ada cadangan dari seorang anak yang benarbenar menusuk perasaan dan sekaligus mengganggu fikiran kami. Anak ini adalah anak seorang ahli psikologi, yang beberapa bulan lalu baru pulang dari menyelesaikan sekolahnya di Australia dan sekarang dia bersekolah di sini.
Wah, seperti ada yang menarik, sahut saya.
Guru itu mengangguk dan melanjutkan ceritanya, Setelah beberapa bulan sekolah di sini, dia mengkritik dengan bersahaja sebagai seorang anak berusia tujuh tahun. Katanya. Cikgu, sekolah di sini sangat susah ... tidak seperti sekolah saya di Australia, tetapi saya hairan meskipun sekolahnya susah, tapi orangnya malah bodohbodoh sekali!
Saya tertawa mendengarnya.
Saya bingung harus menjawab dan berkomentar apa, kata sang guru, tapi saya yakin ini adalah ucapan yang jujur dan bersahaja dari seorang anak, yang tidak harus kita herdik apalagi kita marah, kata sang guru lagi.
Sejak saat itulah saya terus tertanya-tanya apa yang salah dengan sistem pendidikan kita, katanya dengan lesu.
Saya mengangguk-angguk.
Nah sekarang saya bertemu Ayah Edy dan ingin bertukar fikiran dengan Ayah. Apakah yang salah dengan sistem pendidikan kita Saya berkata, Baiklah, cikgu. Mari kita cari akar masalahnya.
Alat pembelajaran manusia yang terdapat dalam otak, jika disederhanakan terdiri dari tiga bahagian besar.
1. Kemampuan Kreatif.
2. Kemampuan Berfikir/logik.
3. Kemampuan Mengingat/Memori.
Sebahagian besar sistem pendidikan kita dirancang untuk melatih dan mengembangkan kemampuan memori anak atau dengan kata lain pendidikan yang berasaskan hafalan. Padahal, kemampuan tertinggi yang dimiliki manusia dibandingkan makhluk apa pun di muka bumi ini adalah kemampuan kreatif dan logik, bukan kemampuan memorinya.
Sementara itu, satu kajian yang dibuat oleh Carnegie Institute di Amerika menyatakan bahawa 99 peratus orang-orang yang berjaya dalam kehidupan adalah orang-orang yang menggunakan 80 peratus otaknya untuk kemampuan kreatif dan berfikir.
Bahkan Einstein sendiri suatu hari pernah ditanya, Tahukah anda berapa kecepatan cahaya Anda cari sahaja dalam buku, jawab Einstein, Mohon maaf, saya tidak pernah menggunakan otak saya untuk hal-hal yang boleh anda cari di buku. Saya lebih suka menggunakan otak saya untuk mencipta dan berfikir.
Sistem pembelajaran berasaskan memori ini tidak hanya diterapkan dalam ilmu-ilmu sosial. Seorang teman yang merupakan pakar Matematik dari ITB mengatakan bahawa ilmu-ilmu yang bersifat konkrit seperti Matematik dan Fizik pun mengarah pada pembelajaran yang bersifat hafalan. Oleh kerana itu, rakan saya sekarang ini sedang merancang Matematik Analisis.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, sistem pembelajaran yang berfokus pada Memory Learning telah menghasilkan para siswa yang hanya mengikuti apa perintah gurunya tanpa tahu maksudnya, seperti layaknya burung tiung yang pandai bercakap tanpa mengerti maksudnya.
Anak yang tidak pernah berfikir dan berusaha mencipta sesuatu yang baru, hampir semua model ujian yang diselenggarakan sekolah adalah untuk menjawab soalan sesuai dengan apa yang sudah diajarkan oleh guru, lebih hebat jika jawapannya sama dengan ucapan gurunya. Persis burung tiung.
Nah, inilah yang dirasakan sebagai perkara yang susah sekali oleh si anak tadi. Sementara sistem pembelajaran di luar negeri pada umumnya sudah menggunakan sistem kerangka logik. Jadi anak diberikan kebebasan untuk menjawab persoalan sesuai dengan kerangka berfikir masing-masing. Di sekolah tidak boleh ada perbezaan jawapan, semua harus seragam. Jika ada yang berbeza, itu bererti SALAH, tidak kira apa pun alasan berfikir di sebalik jawapan tersebut. Padahal, jika kreativiti dan berfikir yang diutamakan dalam proses belajar, pastilah jawapan setiap pelajar akan berbezabeza dalam memandang masalah yang sama.
Kita telah memetik buah dari penerapan sistem pembelajaran ala burung tiung ini dan hasilnya luar biasa sekali.
1. Anak-anak kita menjadi pasif dalam melihat masalah, kemahiran kreativitinya mati, dan tidak mampu menganalisis masalah. Inilah ciri-ciri generasi tiung.
2. Pengangguran adalah kesan yang jelas dari model pembelajaran ala tiung ini. Bayangkan, anak didik kita di peringkat sekolah menengah tidak pernah berfikir, sebahagian besar lulusan sarjana menjadi pencari kerja atau penganggur, tetapi tetap sahaja mereka berlumba-lumba untuk masuk institusi pendidikan yang pada akhirnya akan tetap menjadikan mereka sebagai orang berbaris mencari kerja atau malah menjadi penganggur baru.
3. Sebahagian besar produk institusi pendidikan lebih banyak mengharapkan negara memecahkan permasalahanpermasalahan dirinya, bukan dirinyalah yang membantu memecahkan masalah-masalah negaranya.
4. Dan lain-lainnya, tentunya anda juga lebih mengetahuinya.
Hal yang juga menjadi pokok permasalahan dalam sistem pendidikan kita adalah cara belajar yang sangat monoton, terus menerus duduk di dalam kelas dan tidak dibuat dalam bentuk permainan yang menyenangkan.
Ada seorang sahabat berkisah tentang anaknya yang tidak mahu sekolah. Kerana rakan saya ini adalah jenis ibu bapa yang cukup demokratik, diminta anaknya memberikan alasan. Begini kutipan dari versi asalnya.
Sekolah kerjanya cuma menulis dan duduk. Cuba sahaja Abi bayangkan, dari jam tujuh pagi sampai jam dua petang kerjanya cuma duduk sahaja. Paling tidak diberi waktu rehat 15 minit. Saya berasa sangat bosan. Kerusinya pula sangat keras, jadi bila petang punggungku rasa seperti membengkak, kaki juga sakit semuanya. Pokoknya saya tak mahu ke sekolah lagi.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, ternyata model sekolah masa kini masih sama dengan model sekolah kita dahulu. Hanya bezanya, anak sekarang sudah lebih berani untuk berekspresi dan jauh lebih kritis dari zaman kita bersekolah dahulu.
Mari bersama-sama kita ciptakan sistem pembelajaran yang lebih membangunkan daya kreativiti anak dan yang menyenangkan agar negeri ini tidak jauh tertinggal, paling tidak dari negara-negara terdekat.
Hampir semua model ujian yang diselenggarakan sekolah adalah untuk menjawab soalan sesuai dengan apa yang sudah diajarkan oleh guru.