KOCI senyum sendiri. Fikirannya dah melayang pada kejadian siang tadi.
Seri..Seri. Tu ladalam tak nak tu, kau kejar aku jugak. Dapat peluk lagi! Senyum Koci makin lebar.
Perlahan dia menapak ke tingkat atas. Dia jenguk bilik Jai dulu. Rindu pulak kat mamat ni. Haihaku sorang la kat rumah ni. Acik pulak asyik balik rumah orang tua dia je.
Usai solat maghrib, Koci keluar semula. Duduk seorang diri macam tu, alamatnya makan kat kedai la hari-hari. Ada tunang pun, bukan nak tolong masak untuk aku!
Kereta Honda City dipecut laju menuju ke Bangsar. Perut perlu diisi, kalau tak nanti kembung seharian. Aku jugak yang susah!
Koci menapak ke arah medan selera. Dia melilau mencari kelibat Jai. Sebelum bertolak tadi, sempat dia telefon Jai.
Hmmmana Jai ni Jangan tak jadi pulak. Koci pilih gerai di tengah. Gerai yang menyediakan tomyam paling sedap di situ. Sejak zaman student lagi, dia dan Jai suka makan di gerai tu. Bukan kerana pelayan perempuannya lawa dan cun tapi memang masakannya sedap. Orang kata bila tukang masak diimport khusus dari selatan Thailand, masakannya memang meletuplah!
Hoi! Berangan!
Koci mendongak. Jai dah tersengih di sebelah.
Apa yang kau senyum sorang-sorang ni Jai melabuhkan punggung di depan Koci.
Tak ada apalah. Kau nak makan apa Koci panggil pelayan.
Mestilah tomyam! Err..bagi saya tomyam campur! Jai senyum pada pelayan gerai yang dah sedia dengan pen dan kertas yang dikeluarkan dari poket apron merah.
Saya pulak tomyam ayam je. Err..kasi sambal belacan sekali. Koci sengih. Kenyit mata pada pelayan.
AirPelayan tu tanya.
Bagi fresh orange dua! Jai menambah.
Kasi manis sikit ya! Sekali lagi Koci kenyit mata pada pelayan perempuan tu.
Hoi! Kau ni tak pernah berubah tahu tak!Jai tepuk bahu Koci.
Alah..aku gurau je la. Hidup ni kalau macam robot je..tak seronok.
Habis kau nak sentiasa seronok Jai jeling Koci yang dah senyum kelat.
Kau ni..aku cakap macam tu sikit, kau dah buat conclusion. Apa aku ni teruk sangat ke
Jai senyum. Kau baik..dari dulu kau baik. Kau mana pergi merompak ke apa ke
Koci baling kunci ke arah Jai. Sempat Jai mengelak. Kunci yang jatuh ke lantai diambil dan diletak semula di atas meja.
Kau..bahagia dengan Seri Jai pandang Koci yang dah berseri muka dari tadi.
Kenapa Kau bahagia dengan Salina Koci pulangkan semula soalan Jai.
Entahlah..setakat ni aku boleh terima dia walaupun aku tak ada perasaan kat dia. Kalau itu dah jodoh aku.. Jai pusing-pusing kunci kereta Koci.
Kalau kau tak ada perasaan kat Salina, mengapa kau setuju nak bertunang dengan dia Koci cuba pancing soalan.
Sebab aku tak ada calon lain. Salina tu aku tengok gadis yang baik. Jadi, soal hati tu aku letak nombor dua. Janji dia juga boleh terima aku dan boleh menjaga aku bila kami sah jadi suami isteri nanti.
Jadi kau boleh terima gadis yang kau tak cinta
Kau Jai pulangkan semula soalan yang sama pada Koci.
Aku
Jai angguk.
Koci diam seketika. Memang aku suka Seri tapi tidak sama rasa yang aku ada untuk Salina. Salina tu cinta hati aku sejak sekolah.
Kau masih sukakan Salina Jai tanya lagi.
Koci mendongak. Dia menelan liur. Jai memang tahu kisah cintanya dulu yang tak pernah berbalas.
Kalau aku kata ya..kau nak lepaskan Salina
Jai pula terdiam. Patut ke aku lepaskan Salina dan ambil Seri dari Koci Patut ke aku beritahu Koci yang Salina sukakan Koci
Bukan mudahbenda ni melibatkan banyak pihak. Jai sandar di kerusi. Dia sendiri dah buntu. Terpaksa terima Salina kerana tak mahu melukakan hati orang tua. Tambah pula sejak ayah dan mak tahu Seri dah jadi tunang Koci.
Siapa yang kau suka sebenarnya Bekas tunang kau Koci menopang dagu. Tepat memandang Jai yang dah berubah riak. Jai nampak keliru.
Yang kau tanya aku ni, kau pun sebenarnya suka siapa Tadi kau kata kau suka Salina tapi hari tu kau mengaku yang kau suka Seri. Aku tak faham. Jai tak jawab soalan Koci.
Okey..aku mengaku. Aku keliru. Aku suka Seri tapi rasa aku tu tak seperti apa yang aku rasa untuk Salina. Dahlah Jai. Buat apa kita bincang hal ni lagi. Salina tak suka aku, Seri pun tak suka aku. Aku ni dah rasa macam hidung tak mancung pipi yang terlebih sorongnya. Kalau ditakdirkan aku putus dengan Seri, mungkin aku akan bawa diri jauh dari sini. Aku kecewa. Siang tadi, aku ke rumah Seri, dia layan aku acuh tak acuh saja. Aku dapat rasa dia tu terpaksa terima aku. Kalau esok-esok aku jadi nikah dengan dia, bukan setakat makan hati je, makan satu badan! Koci
melepaskan keluhan panjang.
Kenapa kau cakap macam tu Kau ada niat nak putus ke Jai berkerut kening. Koci ni dah macam merajuk pun ada.
Tadi..ayah Seri suruh kami nikah cepat. Lepas raya nanti. Koci berkata tanpa nada perasaan.
Jai menelan liur. Tergamam. Bermakna Seri akan menjadi milik Koci yang sah dua bulan lagi.
Errkata nak bertunang setahun
Tak jadi..ayah dia nak cepat.
Seri setuju
Dia pun aku tengok macam terpaksa setuju. Nampak sangat dia tak suka aku. Aku tak nak esok-esok aku peluk batang kayu! Selamba Koci meluahkan apa yang dia rasa.
Jai jeling Koci. Adakah aku juga macam tu Atau..aku yang jauhkan diri dari Salina
Kau bertunang berapa lama Koci pandang Jai. Apa hal mamat ni Muka dah macam tahan berak je
Enam bulan..hujung tahun ni aku nikah.. Suara Jai dah lemah.
Oh Koci tunduk. Kalaulah Salina tu milik aku..
Jai diam. Dia pandang pelayan perempuan tadi yang datang menatang dua mangkuk tomyam dan dua pinggan nasi bersama dua gelas jus oren. Perbualan mereka terhenti seketika.
Makanan dah sampai. Kita makan dulu..aku dari tadi tak isi perut ni! Koci sengih. Laju je pinggan nasi dan tomyam ayam yang dipesan dikunyah bersama sambal belacan.
Jai senyum. Dah berpeluh hidung Koci menahan pedas sambal belacan. Teringat kerabu jantung pisang Seri. Macam tulah lagaknya bila kerabu jantung pisang yang dibuat oleh Seri dimakan dengan penuh selera. Berpeluh bila rasa kerabu tu terlebih lada hitam. Macam Koci sekarang ni.
Malam itu, pertemuan mereka tidak berkesudahan dengan penyelesaian. Hubungan pertunangan masing-masing dah rasa macam kerabu. Rasa keliru. Rasa serba salah. Rasa terpaksa.
PULANG dari Bangsar tadi, Jai terus ke rumah. Tubuhnya dihenyak ke atas sofa. Ligat otak memikirkan kesudahan hubungan pertunangannya dengan Salina dan pertunangan Koci dengan Seri.
Ah! Buat apa nak fikir lagi. Kalau ikutkan hati ni, semua jadi kucar kacir. Sanggup ke Koci lepaskan Seri semata-mata nak dapatkan Salina Dan aku pulak, ambil Seri dari dia Jai melepaskan keluhan. Matanya masih menala pada kaca tv.
Jai tutup tv dan menapak ke bilik. Laman muka buku yang dibuka sebelum keluar tadi ditatap seketika sementara melayan mata yang masih belum rasa mengantuk.
Hmm..dah lama Kosong ni tak hantar mesej kat aku. Merajuk ke dia Jai pandang ruangan friends on chat. Kosong tak online.
Jai berkerut kening. Siapa agaknya Kosong ni Dia berani luahkan perasaannya pada aku. Gadis tu juga tahu yang aku akan bertunang. Dan yang aku pelik..dia kenal aku.
Lama profil Kosong digeledah. Mana tahu ada maklumat yang boleh membantunya menyiasat siapa Kosong sebenarnya.
Uh..dia dah online! Jai senyum.
Jai > Assalamualaikum
Kosong > Waalaikumussalam
Jai > Awak dah lama tak chat dengan saya, kenapa
Kosong > Awak dah jadi hak orang.
Jai > Tapi kita masih boleh berkawan!
Kosong > Untuk apa
Jai > Awak merajuk
Kosong > Dah lama saya merajuk.
Jai berkerut kening. Siapa dia ni Takkan Lisa kut
Jai > Awak siapa sebenarnya
Kosong > Tak guna saya beritahu awak..
Jai > Boleh saya kenal awak
Kosong > Untuk apa
Jai diam. Nampaknya dia ni betul-betul merajuk!
Jai > Awak memang suka saya ke
Kosong > Ya!
Jai > Awakcintakan saya
Kosong > Ya!
Jai menelan liur. Jadi selama ni dia secret admirer aku Aku ingat Koci je yang tergilakan Salina!
Jai > Kalau awak suka dan cintakan saya, kenapa awak tak kenalkan diri awak pada saya
Kosong > Untuk apa
Jai ketap bibir. Degil juga minah ni! Kata suka dan cinta kat aku tapi keras kepalanya mak ai!
Jai > Mana tahu..saya balas cinta awak tu!
Kosong > Awak kan dah bertunang! Awak nak pasang dua bini sekali gus ke
Aik! Melenting tak tentu pasal ni kenapa
Jai > Ya la..kalau kita jumpa sebelum saya bertunang dulu kan senang Awak juga yang kata awak suka saya.
Kosong > Saya perempuan
Jai > Itu hanya alasan
Kosong > Tak! Saya tak akan luahkan apa yang saya rasa depan awak! Awak tak pernah nak ambil tahu rasa hati saya!
Aik! Apa ke pelik sangat minah ni Kenal pun taknak marah kat aku pulak
Jai > Macam mana saya nak ambil tahu sedangkan saya tak pernah kenal awak, tak pernah jumpa awak!!
Jai dah geram.
Kosong > Awak kenal saya!!
Belum sempat Jai balas, Kosong dah offline. Aku kena siasat siapa dia ni
Komputer riba ditutup. Jai baring di atas katil. Masih terkebil-kebil memikirkan gadis misteri tu.
SEAWAL lapan pagi, Jai dah sampai di pejabat. Dia terus ke biliknya. Hari tu dia perlu selesaikan tugas secepat mungkin. Banyak stok baru sampai minggu lepas. Permintaan tinggi terhadap kain batik pelangi ela dari pelanggan sangat menggalakkan. Sudah dua minggu, kilang ayahnya di Kota Bharu terpaksa beroperasi 24 jam.
Fail akaun dibelek lama. Banyak jualan masuk sepanjang bulan ni. Kemeja batik pun dah masuk pasaran Dubai.
Masuk! Jai mendongak sebaik dengar ketukan di pintu.
Saliza tersenyum sambil menuju ke arahnya membawa segenggam surat.
Encik Ikhwan, ni ada surat. Ada apa lagi saya boleh bantu Saliza hulur kepada Jai.
Err..boleh awak panggil Salina kejap Jai melemparkan senyuman manis.
Itu saja
Jai angguk.
Saliza melangkah keluar dari bilik Jai.
Jai belek pula surat yang diberi oleh Saliza tadi. Satu persatu surat itu dibuka.
Eh..surat apa pulak ni Jai berkerut kening. Surat bersampul putih dibuka perlahan. Kandungan surat dibaca. Berkerut kening membaca setiap baris ayat di atas kertas putih. Surat tu dibelek depan belakang. Cuba mencari siapa pengirimnya.
Pelik! Betul ke ni Jai garu kepala.
Masuk!
Salina menapak ke meja Jai sambil tersenyum. Apa hal pulak tunang aku ni Pandang aku macam pandang hantu! Ada yang tak kena ke dengan make up aku Pipinya diraba berkali-kali.
Err..encik Ikhwan panggil saya Eh, dia ni dah kenapa Aku tanya pun dia buat tak dengar je..
Ehem! Salina berdehem kecil.
Err.. Jai tunduk. Peluh di dahi dilap dengan sapu tangan. Ah..kenapa pulak aku berpeluh ni Rasanya suhu penyaman udara ni dah paling rendah.
Encik Ikhwan panggil saya ke tadi Ulang Salina.
Err..ya..duduk.. Jai dongak semula.
Apa yang saya boleh bantu
Err..saya nak awak check akaun ni. Stok batik pelangi kita akan masuk lagi bulan depan. Jai cuba sorokkan getar di hati. Fail merah dihulur kepada Salina.
Salina minta diri. Perlahan dia menapak keluar dari bilik Jai. Kenapa dengan dia hari ni Cakap dengan aku pun macam orang asing je Dia tak suka aku ke
Hai, sejak bertunang ni, jalan pun tak pandang kiri kanan. Dah tu..main langgar je.
Salina menoleh. Lepat dah tersengih di meja. Matanya menala ke arah meja Lepat yang dah senget. Aku langgar meja dia ke tadi
Maaf..aku tak sengaja. Suara Salina dah lemah.
Kau ni kenapa Lepat bangun dari tempat duduknya.
Errtak ada apa.. Salina duduk di tempatnya dan mula meneliti akaun jual beli di dalam fail merah tadi.
Lepat hanya memerhati dari mejanya. Wajah Salina dah berubah. Ada apa-apa yang tak kena ke
Ehem!
Lepat mendongak. Encik Ikhwan dah tercegat di depan meja Salina. Salina pula masih tunduk sambil menguis-nguis pen di atas kertas.
Pisstt.. Lepat beri isyarat pada Salina yang masih tunduk. Minah ni berangan ke apa Bos dah terpacak kat situ, dia buat dek je.
Ehem! Sekali lagi Jai berdehem. Dia jeling Lepat yang merenung Salina dari tadi. Boleh tahan mamat ni renung tunang aku. Dia ada hati ke
Salina!
Salina mendongak. Dia bingkas bangun. Tunduk.
Nanti kalau dah siap check akaun tu, bagi kat saya. Saya ada mesyuarat di Alisa Batik. Petang baru saya masuk.
Salina hanya angguk. Kenapa nak kena beritahu aku Saliza kan sekretari dia Apa kena dengan dia hari ni Tak faham aku.
JAI sandar di kusyen kereta. Kandungan surat yang diterima tadi masih melekat di otak.
Siapa yang hantar surat ni agaknya Jai jeling surat bersampul putih di sebelah tempat duduknya.
Kenapa dia tuduh Salina macam tu Dia kenal ke Salina tu Kenapa nak jumpa aku kat hotel Nak buat apa Nak tunjuk bukti ke apa Jai dah pening. Otaknya dah kusut. Serabut!
Jai menghidupkan enjin kereta. Kereta dipandu perlahan menuju ke jalan Lebuh raya Sungai Besi Seremban. Mesyuarat dengan Puan Alisa jam sebelas nanti di Bandar Baru Bangi.