KATRINA bergegas keluar. Matanya terpejam. Huh... bosan! Kelibat Audi S4 di hadapan pintu pagar rumahnya sudah meyakinkan Katrina akan siapa gerangan yang bertandang di rumahnya. Tangannya disilangkan di dada. Memerhatikan Airish yang terkocoh-kocoh keluar dari perut kereta menuju ke arahnya.
Fiqa mana terjah Airish sebaik mereka berhadapan secara empat mata begini.
Nak buat apa Nak sakitkan hati dia lagi
Aku datang sini bukan sebab nak dengar kau membebel, Rina. Tolong bagitahu aku, desak Airish.
Dah nak masuk dua bulan Fiqa tinggalkan kau baru kau nak cari dia
Airish baru sahaja ingin membuka mulutnya sebelum muncul pula BMW M6 series di perkarangan rumah Katrina.
Mahu melopong mulut Katrina apabila terpandangkan kelibat Rayhan. Apa ni Kenapa kedua-dua lelaki ini berada di sini
Rina, mana Fiqa
Katrina menaikkan keningnya. Semakin pelik dirasakannya.
Tolong aku, bagitahu aku mana Fiqa. Kau mesti tahu Fiqa ada dekat mana. Aku pergi ke rumah Fiqa yang dulu pun, dia tak ada. Kat mana kau sorok Fiqa
Airish terdiam. Tahulah dia kenapa Rayhan lebih lambat daripadanya. Rupanya lelaki itu melencong ke arah rumah Afiqa.
Baik kau bagitahu aku sekarang. Apa sebenarnya yang korang nak ni
Rayhan menghela nafas berat sambil bercekak pinggang.
Aku dalam proses menyesal atas apa yang aku dah buat tapi, Airish..., sekejap sahaja mata Rayhan singgah pada wajah Airish. ... Dalam proses untuk menjadi seorang yang tamak!
Katrina ternganga tanda tidak percaya.
Mana Fiqa Airish menyoal terus. Tidak mengendahkan kata-kata Rayhan.
Dengan sikap korang macam ni, kau ingat aku nak bagitahu mana Fiqa
Kedua-dua mereka terdiam.
Fiqa mana, Rina Tolonglah... aku nak Fiqa aku balik, rayu Rayhan.
Well, too bad, Rayhan. Because you already lost her! You too, Airish!
Rayhan dan Airish sama-sama terkedu di situ. Katrina sudah malas mahu melayani mereka. Lalu, dia mengambil keputusan untuk melarikan diri. Dia pantas memasuki rumahnya tanpa banyak soal.
Airish, Rayhan menelan liurnya. Nafas panjang ditarik sedalam mungkin supaya dirinya dapat bertenang.
Dulu aku terpaksa tinggalkan Fiqa demi kerjaya aku. Pengurus aku ugut yang aku takkan ke mana kalau ada girlfriend. Sebab tu aku sakitkan hati Fiqa dengan harapan dia akan lupakan aku.
Terpempam Airish seketika. Berat kepalanya mendengar kata-kata itu.
Tapi sekarang aku dah tak kisah lagi. Biarlah apa yang nak jadi, aku nak Fiqa aku balik. Aku dah puas terseksa sendiri.
Airish hanya diam. Bicara Rayhan didengarinya dengan teliti tetapi wajahnya tidak dipalingkan pula menghadap lelaki itu. Lurus menghadap ke hadapan dengan tangannya dimasukkan kemas ke dalam poket seluar.
Jadi, Airish..., Rayhan berjeda. Nafasnya terasa tersekat pula sehingga memaksa jantungnya untuk mengepam udara dengan lebih pantas.
Lepaskan Afiqa. Daripada kau terus pegang dia tanpa ada apa-apa, baik kau serahkan dia pada orang yang betul-betul sayangkan dia. Aku janji akan jaga dia dengan baik. Aku janji aku takkan sia-siakan dia. Tolong. Aku rayu pada kau. Serahkan kembali apa yang aku ada dulu.
BREK tangan ditarik setelah keretanya elok terparkir di halaman. Dada yang sesak terasa semakin sesak buatnya. Sepanjang hari, dia menghabiskan masa dengan meronda-ronda sekitar KL. Ingin menghilangkan rasa duka di hati. Namun, ternyata perasaannya semakin memberat. Kata-kata Rayhan yang menginginkan dirinya untuk melepaskan Afiqa benar-benar membuatkan dia tidak mampu bertindak dengan betul.
Peristiwa yang terjadi padanya petang tadi, sungguh menyesakkan dada dan akalnya sendiri. Sehingga kini, memori bersama Afiqa sentiasa menjengah di mata. Entah kenapa dia sentiasa terbayangkan Afiqa.
Afiqa.
Dada Airish berdetak kuat. Nama itulah yang senantiasa berada di sisinya beberapa bulan yang lalu. Stereng keretanya dipegang erat dengan matanya lurus menunak ke hadapan. Telefonnya berdering lagi
menandakan ada panggilan masuk. Airish mengeluh. Seharian deringan telefon bimbitnya berbunyi, mengigitgigit cuping telinganya. Sekilas dia mengerling pada skrin di telefonnya. Terpapar nama Dhia di situ.
Airish memejamkan matanya seketika. Lantas, jarinya ringan sahaja mematikan panggilan itu seterusnya mematikan telefon tersebut.
Pantas, kakinya melangkah keluar dari perut kereta. Baru sahaja kakinya melangkah keluar, dia terpandangkan kolam ikan koi di halaman. Airish kaku memerhatikan ruangan di mana dia sedang enak menikmati aiskrim bersama Afiqa buat kali pertamanya selepas insiden Afiqa disakiti oleh Rayhan di rumah lelaki itu. Momen itu sungguh indah. Itulah kali pertama dia peduli tentang perasaan seorang perempuan setelah pemergian Dhia. Afiqalah orang pertama. Ya! Tepat sekali.
Buktinya, dia ikuti sahaja segala langkah Afiqa dari belakang menuju ke arah rumah Rayhan. Tidak dapat dilupakannya bagaimana dirinya yang sungguh tidak dapat menahan sabar ketika menonton bagaimana Rayhan melayani Afiqa di kolam renang tika itu.
Airish memejamkan matanya. Ingin menghilangkan memori yang bertandang dalam akalnya sebaliknya terus dirinya menjengah menuju masuk ke dalam rumah. Apabila pintu rumahnya dibuka, benda pertama yang terpampang di matanya adalah Afiqa. Terbayang kembali bagaimana setianya Afiqa menunggunya pulang
seminggu sebelum perempuan itu menghilangkan dirinya. Airish pantas menyedarkan dirinya.
Laju kakinya melangkah agar akalnya tidak lagi menyeksanya dengan memori-memori lalu bersama Afiqa. Pintu biliknya diselak seluas mungkin. Laju kakinya menerpa ke arah pintu tersebut tanpa sedikit pun memandang pintu bilik Afiqa.
Airish tanpa berlengah mencapai tuala lalu pakaiannya ditanggalkan sebelum tuala disisip rapi di pinggang. Kakinya disusun menuju ke arah almari. Ingin mencari pakaian. Namun, lain pula ceritanya tatkala kakinya tersepak sesuatu yang lembut dan berbulu.
Lalu, kepalanya ditundukkan. Berderau darahnya apabila mendapati teddy bear Afiqa yang tersadai layu di atas lantai. Airish merenung sayu teddy bear tersebut. Geram dengan begitu banyak kenangan yang sibuk bertandang, teddy bear tersebut disepak agar menjauhinya.
Usai membersihkan diri, Airish menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia ingin berehat sekaligus membiarkan akalnya sekali untuk merehatkan diri dan membuang segala apa perkara yang tersangkut di dalam mindanya. Anak mata hitamnya merenung kosong siling rumah. Dipaksa matanya untuk terpejam namun tidak berhasil.
Airish mengeluh seraya duduk. Matanya memerhati sekeliling ruangan biliknya sehinggalah tanpa sedar matanya tertacap kemas pada teddy bear besar tersebut.
Perlahan-lahan, kakinya melangkah ke arah teddy bear tersebut. Lalu, dicapainya hadiah daripada isterinya itu sebelum diletakkan elok di atas katil. Punggungnya berlabuh di birai katil sambil mengeluh panjang.
Isteri
Isteri aku ke Airish tertanya-tanya sendiri. Hatinya semakin pedih. Airish menggeleng kecil dengan riak wajah sesalannya. Airish menggeleng. Pedih rasanya hatinya tatkala teringatkan Afiqa. Semua kenangan yang menguliti dirinya sungguh memedihkan hulu hati.
Kini, baru dia sedar, setiap saat, setiap pelusuk dalam rumahnya semuanya dipenuhi dengan memorinya bersama Afiqa. Jauh matanya menerbangkan pandangan ke arah luar. Ingin menenangkan hati yang bergelodak dari dalam.
Dada Airish disentuh. Sakitnya terasa menikam. Lepaskan Afiqa Airish semakin laju menggeleng. Kata hatinya, sudah kuat bertapak di hati. Ya! Dia mengaku dia tidak mudah mahu melepaskan gadis itu. Ya, dia mengaku dia sukakan kesemua perhatian dan cara Afiqa melayaninya selama ini. Dia sayangkan Afiqa. Jika tidak mana mungkin dia akan sentiasa ada di sisi wanita ketika wanita itu bersedih.
Dirinya separuh mati tidak mahu melihat air mata menitis di pipi itu lagi. Air mata berharga itu sungguh menyakitkan tangkai hatinya. Tanpa Airish sedari, ada air hangat mengalir di pipinya. Sakit. Terasa sakit hatinya apabila mengingati permintaan lima hari Afiqa.
Jika dia tahu apa itu maknanya di sebalik lima hari itu, pasti tidak akan disia-siakan permintaan itu dan dia tidak akan melepaskan Afiqa pergi.
Tetapi, semuanya sudah terlambat.
Mata Airish dipejam rapat. Bukan dia tak rindu, bukan dia tak endahkan gadis itu selama lima hari itu berlangsung. Cuma kehadiran Dhia membuatkan dirinya tanpa sedar sudah mengabaikan Afiqa. Itu bukan niatnya. Hakikatnya, sewaktu keluar bersama Dhia, akalnya sentiasa teringatkan Afiqa. Setiap saat, minit hanya teringatkan gadis itu.
Hatinya sakit bagaikan dibelahi dengan belati yang tajam, menusuk ke dalam hatinya. Rasa bimbangnya terhadap gadis itu kian menebal selepas gadis itu meninggalkan dirinya.
Fiqa..., rintih Airish perlahan.
Kau tak nak balik ke Kau tak rindukan aku ke Baliklah pada aku..., rayu Airish bersama lelehan air mata yang laju menuruni lekuk pipinya. Tubuhnya dihempaskan perlahan di atas katil. Perlahan-lahan tangannya mencapai teddy bear lalu memeluknya erat, ibarat memeluk isteri yang dirinduinya.
Air mata Airish mengalir lagi. Dia semakin percaya dengan kata hatinya sendiri. Dia cintakan Afiqa. Dia tak akan lepaskan Afiqa. Tidak sama sekali! Azam Airish dengan pelukannya pada teddy bear itu semakin dieratkan. Airish akhirnya terlelap. Sesekali langsir di
biliknya berkibar lembut akibat deruan angin, sekaligus ingin mengusir pergi luka di dada Airish dan menyapu air mata lelaki itu.
Mimpi indah yang diangankan Airish diharap semoga akan tercipta nanti.
Amin...!