Latifah Begum sering menekankan risiko bersuamikan lelaki jauh lebih tua ini, dengan menjadikan dirinya sebagai contoh. Betapa kini dia yang terpaksa mengambil alih tanggungjawab menerajui keluarga; menanggung makan-pakai, belanja pendidikan dan segala, bagi lapan orang anaknya setelah suaminya yang berbeza usia 20 tahun itu jatuh sakit. Dia tidak mahu Hasya menerima nasib yang sama sepertinya.
Tapi Kak Tipah tak boleh samakan abang Rahmat dengan Bahrain berbeza dengan abang Rahmat, dia aktif bersukan. Abang Rahmat tu, naik bukit sikit pun dah semput!
Latifah Begum sempat menoleh Hasya sambil mencebik sebelum matanya kembali fokus ke lebuhraya Karak yang sedang disusuri. Itulah panahan cinta, hati Latifah Begum berkata-kata bila dah suka, semuanya indah belaka! Apalah yang istimewanya si Bahrain dari kacamata Hasya yang tidak pernah lekang daripada menyebut namanya itu Sudah puas dia menasihatkan Hasya agar melupakan Bahrain yang masih lagi beristeri meskipun jauh di luar negeri.
Apa pun dia tetap suami orang, hujah Latifah Begum lagi.
Selain itu, faktor penerimaan isteri dan anak Bahrain tidak boleh dipandang sebelah mata, menurut Latifah Begum lagi. Tidakkah cukup terseksa pada pandangan mata Hasya akan layanan buruk yang diterima Latifah Begum dari anak-anak tirinya Mereka bukan sekadar tidak menghormatinya sebagai isteri kepada Rahmat yang menjaga sakit peningnya saban hari, bahkan seolah-olah mendendami bapa sendiri kerana menikahi Latifah Begum dengan enggan berziarah meski pun dalam keadaan Rahmat yang dari hari ke hari, semakin parah!
Tapi Hasya tidak pernah peduli nasihat yang diberi Latifah Begum umpama air yang jatuh ke telinga yang pekak dan tuli. Kini setelah hati disakiti, Latifah Begum jugalah yang dicari!
Sudah menjadi resam, anak yang tidak mendapat kasih sayang ibu akan tercari-cari figura seorang ibu di sekelilingnya bagi menggantikan kekosongan itu. Selain dari Akmar Aini, Latifah Begum yang sarat sifat keibuan
itulah, sering menjadi sasaran Hasya dalam berkongsi suka-dukanya selain membulinya dengan lawak jenaka yang boleh mengakibatkan wanita berwajah anak mami itu menjadi separuh gila!
Lot tanah di Kampung Padang Lalang yang dicaricari sudah pun ditemui yang berlokasi di tengah hutan bersebelahan tanah perkuburan. Terlihat kini, pemilik serta adik-beradiknya yang lain siap menanti Latifah Begum di tepi jalan untuk membawanya ke sekitar kawasan tanah yang sedia untuk diterokai, dikenalpasti. Hasya tinggal di dalam kereta sementara wanita yang dianggap kakak dan ibu serentak itu menjalankan tugasnya. Dikuncinya kereta itu dari dalam. Luka di hatinya dirasakan bertambah dalam.