CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 40
SEBULAN Idlan dan Ika mendirikan rumahtangga, kini tiba giliran Irdiana dan Arash. Sekeping kad jemputan diterima sejurus melangkah ke bilik pejabat. Kad dibelek-belek dengan rasa hairan. Dari mana Irdiana tahu alamat tempat kerja barunya ni

Idlan mengetuk dahi dengan hujung pen. Mungkin Papa beritahu kerana bekas mentuanya itu seorang saja tahu di mana dia bekerja sekarang.

Kalau nak kahwin, kahwin sajalah. Buat apa nak jemput dia Masa dia kahwin dengan Ika, langsung tak dijemput Irdiana dan bekas keluarga mentuanya. Itu sebagai tanda menghormati situasi masing-masing. Tapi, Irdiana lain pula. Macam tak ada rasa malu.

Idlan mendengus dan menolak kasar kad itu ke tepi. Apa nak dihairankan dengan Irdiana. Perempuan tu memang tak ada perasaan. Idlan memang tak senang dengan jemputan diterima.

Dia menyandar di kerusi. Dahi dipicit sebelum dikejutkan bunyi WhatsApp masuk ke telefon bimbit.

Senyum terukir ketika membaca mesej di dada skrin.

Ika:

I miss you... ;)

Dia tergeleng-geleng. Macam-macamlah Ika ni. Tak sempat dia nak balas apa-apa, satu lagi WhatsApp masuk.

Ika:

I love you... ;)

Idlan ketawa sendiri. Rambut dilurut perlahan, memikir ayat sesuai nak dibalas.

Idlan:

I miss you and I love you too. Tengah buat apa, sayang

Ika:

Tengah rindukan abang... ;)

Idlan hampir tercekik. Tak sampai pun tiga jam duduk di tempat kerja, Ika dah pandai rindukan dia.

Ika:

Abang pula tengah buat apa

Idlan:

Buat kerja...

Ika:

Abang tak rindu Ika

Idlan:

Tak

Idlan sengih sendiri. Saja nak mengusik perasaan isteri. WhatsApp terakhirnya tak dibalas. Senyap dan sunyi. Hati dah mula rasa tak best. Ika merajuk agaknya.

Idlan:

Sayang... abang gurau aje. Abang balik nanti kita jumpa ye...

Erk... tak ada balasan juga Idlan makin tak sedap hati. Duduknya dah rasa tak selesa. Dia cuba berdiri tapi, tak selesa juga. Kepala tak gatal digaru-garu.

Taraaaa!!

Idlan urut dada. Kus semangat. Ika! Mata dipejam sebentar. Dia benar-benar terperanjat dengan kemunculan Ika yang tiba-tiba.

Ika buat apa kat pejabat abang ni Soalnya dan laju menapak ke arah Ika yang berdiri di muka pintu.

Isterinya disambut dengan gembira. Beg kertas di tangan Ika lekas-lekas diambil. Entah apalah isinya. Tentu Ika bawa makanan. Bukan dia tak tahu Ika ni. Suka masak macam-macam untuk dia. Sampaikan dia hampir pengsan kekenyangan.

Abang... Manja suara Ika memanggil ketika duduk di kerusi.

Idlan yang mengambil tempat di sebelah, didekatinya perlahan. Tangan Idlan disentuh lalu dibawa mendarat ke atas peha.

Ada apa ni Tiba-tiba datang Tahu pula Ika nak ke sini

Kan, abang pernah bagi alamat pejabat ni kat Ika Lupalah tu. Ika mengingatkan.

Erm... Ika nak keluarkan duitlah. Bank kat mana, ya Ika tak tahu jalan kat sini. Tak mahu bazirkan waktu Idlan yang mungkin terbuang dengan kehadirannya, Ika terus beritahu tujuan dia datang.

Idlan jongket kening. Ika nak buat apa dengan duit

Ika nak beli mesin jahit. Bosan tak buat apa-apa. Tapi, Ika tak tahu kat mana nak keluarkan duit, kat mana nak beli mesin jahit. Abang tolong tunjukkan jalan, boleh

Idlan ketawa. Sungguh, permintaan Ika lucu benar baginya.

Kenapa abang gelak Abang ingat Ika main-main ke Abang fikir Ika tak serius Betul ni Ika tak tahu jalan. Tolonglah, abang... Rayu Ika separuh merengek. Dah macam budak kecil.

Agaknya yang tadi tu, sebut rindu kat abang, cinta kat abang, fasal nilah ye. Bodek ek... Sengih Idlan makin lebar. Saja nak test Ika.

Ika berdecit. Mana ada bodeklah. Ikhlas tu Ika cinta dan rindu kat abang.

Betul ni Idlan sengaja tayang muka was-was.

Iyeee... betul la.

Lengan Idlan digoncang-goncang perlahan. Tak ada makna dia nak bodek suami sendiri. Apa saja yang dia buat, ikhlas dilakukan supaya Idlan senang hati.

Idlan tersenyum lucu dengan gelagat Ika. Lantas, hidung Ika dicuit. Nasiblah di pejabat. Kalau di rumah, tahulah apa nak dibuat dengan Ika ni. Bayangan nakal mula menyinggah. Aduhai...

Jam di pergelangan tangan dipandang sesaat dua, Ika boleh tunggu 30 minit Pukul 10 nanti kita keluar. Kita pergi beli mesin jahit yang Ika nak tu.

Eh, tak apa. Ika tak nak susahkan abang. Ika cuma nak suruh abang buat peta aje. Nanti Ika pergi cari sendiri. Bersungguh-sungguh benar dia mengibas tangan.

Risau sungguh kalau dia menyusahkan Idlan.

Apatah lagi dia datang secara mengejut. Dalam waktu kerja pula tu.

Idlan tergelak kecil. Sempat Ika nak suruh dia lukis peta bagai. Cari saja dalam Google Maps. Apa susahnya. Alahai Ika...

Tengok tu. Ketawa lagi. Apa yang kelakarnya Heee... Ika kacip gigi.

Bibir diketap-ketap geram. Mentang-mentang kat office. Kalau kat rumah, tahulah apa dia nak buat. Dia gigit telinga Idlan, baru padan muka. Ika membayang perkara bukan-bukan.

Idlan lekas-lekas berdiri. Tangan dihulur supaya

Ika menyambut. Jom, sayang. Kita pergi. Wajah Ika berkerut. Pergi mana

Beli mesin jahit yang Ika naklah.

Ika tunjuk wajah musykil, Abang tak sibuk ke

Sekali lagi Idlan melihat jam. Berkira-kira tempoh harus diambil untuk luangkan masa dengan Ika. Lagipun sejak akhir-akhir ini, dia jarang dapat beri perhatian pada Ika kerana kesibukan kerja yang tak menentu.

Sibuk juga, tapi untuk Ika, untuk isteri yang paling abang sayang, tak apalah...

Ika tersenyum lalu menyambut tangan Idlan.

Isteri yang paling abang sayang Erm... Idlan senyum lebar.

Berapa orang isteri abang ada

Idlan garu kepala. Tak faham dengan soalan. Satu sajalah. Kenapa tanya macam tu

Lain kali kalau abang nak buat ayat biar betul. Kalau sebut isteri yang paling abang sayang, maksudnya abang ada ramai isterilah.

Okey, untuk Ika... isteri yang abang kasih, abang cinta dan abang sayang. Puas hati sekarang Puan Ika Alia

Ika senyum tersipu. Rasa diri begitu berharga apabila Idlan beri gelaran puan. Kalau sebut Cik Puan Idlan, lagilah dia tambah seronok.

Dalam kereta, Idlan beritahu Ika mengenai kad jemputan kahwin yang diterima dari Irdiana. Dia minta pendapat Ika, patut atau tidak mereka pergi ke majlis perkahwinan itu.

Ika ikut aje, kata Ika sambil menoleh memerhati riak wajah Idlan.

Kalau ikutkan abang, abang tak nak pergi.

Tak ada sebab kenapa abang tak nak pergi. Tak baik tolak jemputan orang tanpa alasan. Lainlah kalau kita sakit demam, tak boleh nak bergerak.

Kalau abang pergi, Ika pun kena ikut juga.

Ya, Ika temankan abang nanti...

Betul ni, Ika nak pergi

Ya, betullah. Ika pun nak kenal juga bekas keluarga mentua abang. Abang kan pernah cerita yang bekas mentua abang baik sangat dengan abang. Kalau abang tak pergi, apa pula kata mereka, kan

Idlan mengeluh panjang. Masih berkira-kira nak pergi atau tidak.

TIBA hari yang dinanti, akhirnya Idlan buat keputusan untuk pergi ke majlis perkahwinan

Irdiana selepas dia selidik siapa sebenarnya menghantar kad jemputan. Rupanya, Dato Arshad. Kalau kad jemputan itu dari Irdiana, memang dia takkan pergi. Tapi, kalau bekas ayah mentua sendiri yang menjemput, rasa macam tak kena pula kalau dia menolak.

Namun, dia rasa kekok berada di majlis itu. Untung ada Ika yang sudi jadi teman. Kalau tak, harus dia berasa canggung. Apatah lagi belum cukup setahun mereka berpisah. Perjalanan kisah mereka masih terlalu awal nak dilupakan. Dalam hati masing-masing masih punya rasa benci dan sakit. Idlan sendiri tak menafikan dia turut merasainya walau sedikit.

Tak sangka you all datang ke majlis sanding I, kata Irdiana dengan lagak angkuh. Dipandangnya Ika dari atas sampai ke bawah. Sungguh drastik perubahan pada diri perempuan itu.

Pertama kali dia bertemu Ika di kampung Idlan dulu, gadis itu hanya berpakaian biasa-biasa. Jangan kata nak ada seutas gelang emas, nak pakai baju cantik pun jauh sekali.

Tapi, sekarang, lain sangat penampilan Ika. Pakaian, beg tangan dan kasutnya berjenama mahal. Tak cukup dengan itu, Ika juga memakai barang kemas. Ada rantai, gelang dan cincin. Boleh dikatakan dari hujung tudung hingga hujung kaki perempuan itu, semua cukup sempurna. Timbul rasa iri hati terhadap Ika. Masa dia jadi isteri Idlan dulu, bukan main susah dia nak dapat semua tu.

Selamat pengantin baru, kak Irdiana. Hadiah ni untuk akak. Maaflah kalau hadiah Ika tak seberapa. Ika hulurkan hadiah pada Irdiana.

Harap-harap Irdiana suka. Sehelai jubah yang dijahit sendiri memakan masa hampir dua minggu nak disiapkan. Maklum saja, ia dijahit dengan penuh hati-hati. Manik dan labuci di hujung lengan, dijahit dengan halus dan teliti.

Apa benda ni Irdiana menyoal sinis. Kotak empat segi itu digoncang-goncang.

Jubah, kak.

Jubah Irdiana hampir-hampir terbeliak.

Ika mengangguk. Idlan dah mula tak selesa. Mahu saja dia tarik tangan Ika dan tinggalkan majlis.

Apabila Irdiana tunjuk reaksi begitu, dia tahu apa ada dalam hati Irdiana. Nampaknya perempuan ni takkan berubah sampai bila-bila. Masih dengan lagak angkuh dan sombongnya.

Jubah you bagi pada I

Ika berdeham kecil. Perasaan berkecil hati dengan sikap Irdiana ketika menerima pemberian, cuba dipujuk sendiri.

You ingat I pakai ke jubah bodoh ni semua

Kalau akak tak suka...

Nah, ambil balik hadiah you. Tak ada class I nak pakai jubah kuno you ni. Lagipun, I belum nak mati lagilah. Kalau you dah nak mati, you sajalah yang pakai. Kejam sungguh kata-kata Irdiana. Langsung tak nampak bersalah sejurus menghambur kata-kata itu.

Idlan menarik nafas dalam-dalam. Geram dan marah dengan kata-kata Irdiana yang dilempar pada isterinya.

Tolong jangan biadap, Ir. Ika dah bagi hadiah perkahwinan untuk you, terima sajalah.

Irdiana tergelak sinis. Arash yang baru menghampiri, memaut pinggangnya dari sisi. B...

you tahu tak budak kampung ni bagi hadiah apa kat I

Hadiah apa Soal Arash yang tak mengerti apaapa.

Patut ke dia bagi jubah Apa dia ingat I ni taraf makcik-makcik ke Atau dia fikir I dah nak mati Oh, come on la... I baru aje kahwin dengan you. Sekurangkurangnya, bagilah I enjoy puas-puas dulu dengan suami baru. Kan, B Irdiana melentok ke sisi Arash sambil mata tak lepas memandang Idlan. Konon menunjuk kebahagiaan sedang dinikmati bersama Arash.

Arash hanya tersenyum memandang kedua-

dua tetamu berdiri di hadapan. Jauh di sudut hati, dia berpendapat memang tak patut Irdiana kata begitu pada orang yang memberi mereka hadiah perkahwinan.

Terima kasih, Lan. Sudi juga kau datang ke majlis kami berdua.

Aku datang sebab Papa. Kalau bukan Papa sendiri yang hantar kad jemputan, aku pun tak ingin nak datang. Apa-apa pun, aku ucapkan tahniah dan moga kau berdua hidup bahagia.

Thanks, bro. Arash hulur tangan untuk bersalam, tapi Irdiana lekas-lekas menariknya semula.

Pleasela B... you nak bersalam dengan dia Nanti berjangkit aura kedekut dia pada you. Tengok sajalah hadiah apa yang diorang bawa untuk kita. Hanya sehelai jubah aje Tak berbaloi langsung.

Idlan makin geram dan marah dengan kata-kata Irdiana. Tapi, taklah ada niat nak cari gaduh.

I dah berikan hadiah paling besar untuk you dan Arash. Banglo you tinggal sekarang, itu hadiah perkahwinan dari I. Tinggal saja di situ sementara you cari rumah lain. Itu pun kalau you rasa nak pindah. Mana tahu kan, kalau Arash boleh belikan rumah lebih mahal dari banglo yang I pernah belikan untuk you. Kalau tak nak pindah pun tak apa. Duduklah kat situ selama mana you nak. Tapi, kalau I lah kan... I malu nak duduk dalam rumah yang dibeli atas titik peluh orang lain.

Irdiana mati kata-kata nak membalas semula. Bicara Idlan bagaikan sindiran pedas dan berapi.

Mari kita balik, sayang. Tak guna satu sen pun kita raikan kebahagiaan orang yang tak tahu nak ucap terima kasih. Idlan menggenggam tangan Ika dan segera beredar.

Dalam perjalanan pulang, Ika hanya berdiam diri. Tak berani dia nak bersuara sejak Idlan membisu. Dalam hati, ada kesal bermukim. Ada rasa bersalah yang bertandang.

Abang... akhirnya dia bersuara seperlahan mungkin.

Idlan menoleh sesaat sejurus Ika memanggil. Ada apa, sayang

Ika minta maaf. Kenapa Ika tak fikir dulu sebelum Ika buat keputusan untuk abang terima jemputan kak Irdiana. Kalau Ika tahu nak jadi macam tadi, Ika tak suruh pun abang terima. Ika pun tak ingin nak pergi.

Idlan tersenyum tawar. Kata-kata penghinaan Irdiana terhadap Ika, masih terngiang di telinga. Kalau ikutkan hati marah, mahu saja dia bagi penampar pada perempuan tu. Tapi, dia masih menahan diri dari mengikut bisikan iblis yang sentiasa menghasut keturunan Nabi Adam supaya bermusuh.

Lupakan sajalah, sayang. Benda dah jadi. Walaupun Dato Arshad dan Datin Zabedah baik macam mana sekalipun, abang dah tak mahu ada apa-apa kaitan dengan mereka. Dah tak nak ada kena mengena. Antara kami, masing-masing dah jadi orang luar, putus Idlan dan terus menekan pedal minyak hampir rapat ke lantai kereta. Ingin cepat sampai ke kondo untuk berehat dan tidur. Malas nak fikir soal perkahwinan Irdiana.