memandang wajahnya.
Ryan tak menjawab sebaliknya mata terus menikam wajah si isteri di sebelahnya.
Abang! kali ni Hani tekapkan kedua-dua tangan di pipi Ryan. Geram pula bila soalannya tak berjawab. Bukan dia tak sedar, berapa lama Ryan memandang dirinya.
Sudah-sudah la tu bermanja. Hadap rezeki tu dulu. Nak bermanja bila-bila pun boleh. tegur Puan Laila yang baru datang bersama Datuk Fatimah. Tersenyum mereka melihat gelagat dua pasangan itu.
Terlepas terus sentuhan Hani pada suaminya.
Itulah ibu, Hani ni tak habis-habis ajak Ryan bermanja. Nasib Ryan la dapat isteri manja, keluh Ryan perlahan. Dalam hati terkekek dia ketawa bila Hani menjegilkan biji matanya.
Eh, kita pula. Abang jangan nak tuduh Hani eh! Hani membela diri.
Hesy, sudah. Pagi-pagi pun nak bergaduh. Datuk Fatimah menggeleng perlahan.
Dalam gelengannya, ada rasa bahagia mengetuk pintu hati tuanya. Suatu ketika dulu, rumah ni penuh dengan kesunyian, kemarahan dan kebencian, tapi semenjak Hani hadir semuanya berubah. Terisi rumah ini dengan gelak ketawa dan gaduh-gaduh manja. Terasa kebahagiaan bernafas di setiap ruang rumah agam itu.
Abanglah ni. Kan dah kena tegur. Makanlah, paha Ryan dicubit geram sehingga menyeringai si suami jadinya.
Entah apa tak kena dengan Ryan. Suka sangat pandang dia macam muka dia ada butiran permata yang paling bersinar. Periksa dekat cermin, tak ada pun mutiara tu. Kalau masa mula bercinta tu, dia tak la hairan sangat, tapi sekarang dah lima bulan sejak dia kembali ke rumah ini. Suaminya tetap juga pandang dia penuh kasih. Sejujurnya, dia suka. Siapa tak suka kalau suami pandang penuh kasih Cuma dia malu bila terusterusan ditenung. Dengupan jantungnya jadi tak sekata.
Bagi Ryan pula, dia tak pernah puas memandang wajah isterinya. Setiap kali memandang wajah itu, hatinya tenang dan jiwanya tak henti-henti mengucap rasa syukur. Meskipun Hani tu mulut wisel punya orang, tapi dia tak kisah. Kerana mulut Hani yang banyak cakap tu buat harinya yang sepi bertukar menjadi ceria. Tapi, Hani tak la sepanjang hari bercakap. Tapi, gadis itu bijak memerangkap perasaannya setiap kali bercakap. Setiap bicara Hani membuat dia terpikat dan rasa kasih itu menggebu-gebu dalam hatinya.
Hani dah beritahu Ryan ke pasal semalam Puan Laila membuka suara saat menangkap mata anak lelakinya tak habis-habis merenung Hani.
Sebiji macam arwah suaminya. Dulu pun arwah suaminya suka sangat mengusik dengan memandangnya sampai dia naik segan. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan
Semalam Kenapa dengan semalam keinginan untuk tahu, mula bangkit dalam diri Ryan.
Hani tersenyum. Aduhai ibu mertuaku ni. Cepat sangat dia soal. Baru nak buat kejutan untuk Ryan.
Hani, abang tanya ni... sekali lagi suara Ryan berbunyi.
Hani tayang gigi sebelum memandang semua di situ. Dia pandang Datuk Fatimah yang seringkali berdiam diri sejak dua-menjak ni. Mungkin keletihan kerana rawatan yang dilakukan. Kemudian dia pandang ibu mertuanya yang tersenyum. Tak sangka, wanita yang ditahan saat Riana kemalangan dulu, itulah yang akan jadi ibu mertuanya. Akhir sekali dia pandang Ryan dengan penuh rasa bahagia.
Semalam Hani buat ujian kehamilan dan... Ryan terkaku. Ujian kehamilan
Hani mengandung, umum Hani dengan penuh ceria.
Suasana sepi. Masing-masing terdiam kecuali Puan Laila yang memang tahu sejak awal lagi. Dia yang bawa menantunya ke klinik, jadi memang dia la orang pertama yang tahu. Tak sangka dia akan naik taraf jadi nenek.
Betul ke sayang Serius Ryan terjerit kecil.
Hani mengangguk mengiakan dengan cahaya gambira yang terpancar dari setiap sudut matanya.
Alhamudulillah... Thanks sayang. Thank you so much, terus roti di tangan dicampak dan tubuh isterinya ditarik ke dalam dakapan. Namun dakapan bahagia itu hanya seketika sebelum Ryan merungkaikan tangannya dipinggang isterinya.
Alhamdulillah... Nenek akan dapat cicit. suara serak Datuk Fatimah buat semua orang mengalihkan mata ke wajah tuanya.
Melihat air wajah Datuk Fatimah yang penuh kegembiraan itu buat Hani dan Ryan sama-sama tersenyum.
Ya nek. Nenek akan dapat cicit. Ibu dapat cucu. Ryan akan jadi papa, laung Ryan dengan rasa bangga yang tak dapat disembunyikan lagi.
Dan Hani akan jadi ibu... Hani menambah kuat.
Ketawa mereka semua bergabung menjadi satu. Hani yang galak ketawa, menghentikan tawanya dan senyuman mengambil alih di bibirnya. Wajah Datuk Fatimah dipandang. Dia berharap sangat wanita tua itu sempat melihat cicitnya sebelum memejamkan mata. Pandangan berganti ke arah Puan Laila yang ketawa bahagia. Dia tak ada ibu kandung, tapi Puan Laila buat dia rasa seperti dia seorang anak perempuan bukan menantu. Walaupun ibunya sudah tiada, Allah menggantikannya dengan dua ibu yang sangat baik untuknya. Puan Maizurah dan Puan Laila.
Pandangannya jatuh pula pada si suami. Teringat pertama kali bertemu Ryan. Muka memang macam Topeng Raksasa, tapi sekarang raksasa tu dah boleh ketawa. Tak ada kesedihan yang tersembunyi di mata itu lagi.
Teringat pula saat Ryan berhadapan dengan Sarah, Kak Longnya. Kak Long memang awal-awal dah pangkah si Ryan, tapi lama-lama dia terima juga si Ryan tu. Siap boleh bersembang rapat lagi. Macam dia juga la. Mulanya, meluat gila pada Ryan, tapi akhirnya dia hatinya cair juga. Nasib hatinya dan Ryan sama-sama cair.
Nisa... Teringat gadis itu, hati Hani mengeluh kuat. Rupanya Nisa memang pernah mengalami gangguan jiwa sewaktu kecil. Namun dia berjaya dipulihkan. Dia menjalani kehidupan seperti biasa sampai la dia bertemu Ryan. Dia mula menyimpan hati pada jejaka itu. Tapi, silapnya satu. Dia perkenalkan Riana pada Ryan hingga membuat Ryan jatuh cinta pandang pertama pada kakak tirinya. Saat terasa cintanya terancam, penyakitnya kembali menyerang. Dek kerana takut haknya diambil, Riana menjadi mangsa.
Setelah kematian Riana, Mama dan Papanya mula nampak perubahan Nisa. Mereka takut kalau penyakitkan kembali, lantas Nisa dihantar ke luar negara.
Sekembali Nisa dari luar negara, tup...tup dia mendapat tahu yang Ryan telah berkahwin. Sekali lagi dia tak dapat menerima hakikat dan penyakitnya mula menyerang kembali. Disebabkan itu, dia tekad untuk menyingkirkan siapa saja yang menghalang dia dari mendapatkan Ryan. Tapi, tak sangka akhirnya dia tertangkap.
Sekarang ni, dia sedang berbahagia di Hospital sakit mental. Bahagiakah dia Ikut cakap doktor, penyakit Nisa dah tak mampu disembuhkan lagi. Dia seolah hanyut dalam dunianya sendiri dan dunianya hanya ada seorang lelaki bernama Ryan. Tapi, aneh bila Ryan melawat, tak pula dia kenal lelaki itu. Sesungguhnya, setiap perbuatan pasti ada balasannya.
Hani mengeluh kecil.
Mendengar keluhan kecil milik isterinya, buat mata Ryan terarah pada wajah Hani. Bila si suami pandang, senyuman manis terlakar di bibirnya. Biarlah Nisa dengan dunianya sendiri. Dia pula patut mencorakkan dunia barunya selepas ini. Dah nak jadi ibulah pula, kan
Thank you sayang. I love you so much, dalam diam, Ryan menghantar isyarat dengan gerak bibirnya.
Mulalah hati Hani kembang setaman. Tanpa sedar bibirnya turut bergerak membalas.
I love you too.
Hani dan Ryan sama-sama hilang dalam perasaan indah yang Allah kurniakan buat mereka. Doa mereka hanya satu. Tempatkan mereka terus dalam rasa yang indah ini hingga ke Jannah. Amin.
-TAMAT-
1.35 PM
19/1/2016 (Selasa)
:)