Selepas makan keempat-empat mereka beransur pula ke anjung. Dan kali ini Arissa menghidangkan pula bubur jagung atas permintaan Dato Ilyas tengah hari tadi. Berkejarlah dia ke Tesco dan Encik Razali terpaksa pulang dengan Badrul.
Nampak sedap ni, puji Dato Ilyas sambil menghidu bau bubur jagung yang sudah suam-suam kuku.
Datin buat mesti lagi sedap Dato.
Arissa sengih mengusik. Tetapi benar, Datin Azian, isteri Dato Ilyas memang pandai memasak dan punya beberapa buat buku resepi sebelum ini.
Datinnya, sejak bercucu ni... dah tak masuk dapur. Asyik membelek cucu aje. Saya pun dia dah lupa. Dato Ilyas ketawa dan disambut dengan tawa Encik Razali dan Dato Azizan.
Kena pasang lagi satu tu Uncle, celah Naim yang mengusik Dato Ilyas.
Ya Allah, gatal, miang, bodoh sungguh jenaka bangang Naim. Meluatnya dia mendengar ayat-ayat lelaki itu. Jelas di matanya Naim seorang playboy atau mungkin kasanova. Memang dasar lelaki tak cukup satu, kutuknya sendiri.
Cukuplah seorang tu. Kalau dua nanti tak terlayan. Buat pening kepala je. Dah tua-tua ni tak fikir lain, pejabat, masjid je. Entah esok lusa ke kuburlah kita. Dato Ilyas memberikan pendapatnya.
Wah, bagusnya jawapan Dato Ilyas. Suka dia mendengarnya. Padan dengan muka Naim yang sudah kemerah-merahan. Senyum pun dah tak menentu.
Betul tu Lias, akui Encik Razali.
Saya minta diri dulu. Arissa meminta diri dan melangkah menuju ke dapur.
Arissa, panggil Mak Cik Ruhaya lembut.
Ya... Mak Cik dah nak balik ke dia menyoal bila melihatkan wanita itu sudah menyangkut beg tangan, bekalan makanan yang dibekalkan untuk wanita itu dan bubur yang dimasak petang senja tadi.
Aah.
Laa... kenapa pinggan semua Mak Cik basuh. Licin tak ada sebiji pinggan pun di dalam sinki yang sudah siap kemas dan bersih.
Tak apalah. Terima kasih dengan bubur ni. Sedap sangat, pujinya.
Biasa-biasa je Mak Cik. Terima kasih sebab sanggup tunggu sampai ke pukul 9.00. Dah lewat sangat. Esok kalau Mak Cik nak datang lewat pun tak apa. Mak Cik ada kunci kan. Sarapan nanti saya akan siap macam biasa, ya. Arissa mengusap lembut pangkal bahu wanita itu. Dia menyeluk poket bajunya dan mengeluarkan sampul surat kecil.
Ni. Dipegang tangan wanita itu dan diletak sampul surat kecil di tangan Mak Cik Ruhaya.
Apa ni Hakimi dah bagi duit gaji Mak Cik tiga hari lepas. Terkejut Mak Cik Ruhaya dengan mata bulat.
Duit overtime Mak Cik. Arissa sengih.
Tak payahlah Arissa. Dikembalikan sampul surat itu ke tangan Arissa.
Mak Cik, janganlah macam ni. Ini hasil duit gaji saya tau. Nak bagi Mak Cik merasa.
Tergamam Mak Cik Ruhaya mendengar patahpatah ayat Arissa. Rasa terharu sangat-sangat dengan apa yang dilakukan oleh gadis itu. Hendak tak hendak dia menggenggam sampul itu dan mengangguk.
Terima kasih, sayang Mak Cik. Arissa memeluk wanita itu dengan erat.
Terima kasih, sayang, ucapnya kembali membalas pelukan Arissa dengan erat.
Arissa sengih.
Eh... apa hal pula ni Menangis bagai tegur Badrul yang muncul dari belakang dapur.
Cerita perempuanlah. Keras suara Arissa sambil melepaskan pelukan dari tubuh Mak Cik Ruhaya.
Wanita itu tersengih sambil mengesat belakang matanya. Memang dia terharu sangat dengan apa yang dilakukan oleh Arissa. Terasa gadis itu begitu dekat sekali dengan diri dan hatinya.
Jom, Mak Cik, ajak Badrul.
Yalah. Wanita itu mula melangkah mengekori Badrul menuju ke pintu belakang.
Kau tutup pintu ni. Aku ada kunci.
Kau balik lambat ke soal Arissa ingin tahu.
Tak adalah lambat. Lepas hantar Mak Cik, aku jumpa kawan kejap. Entah apa dia nak pesan masa kita pergi Langkawi esok, keluh Badrul seperti orang bosan.
Yalah. Tapi jangan balik sampai dua tiga pagi pula.
Haish! Tak adalah. Kejap je.
Arissa senyum dan memandang keduanya menuju ke arah kereta yang di parkir tidak jauh dari situ. Tibatiba Badrul berlari mendapatkan dia semula.
Eh, tadi aku nampak kereta hotel dekat seberang jalan ni Siapa yang bawa soal Badrul ingin tahu.
Entah. Dia pun tidak pasti berapa biji kereta mereka datang. Masakan masing-masing bawa kereta satu seorang
Tak payahlah nak fikir. Pergi cepat hantar Mak Cik. Kesian dia dah penat memasak, gesa Arissa kepada Badrul.
Badrul tidak membalas lalu melangkah meninggalkan Arissa di situ. Sebaik kereta yang membawa Mak Cik Ruhaya hilang dari pandangannya dia segera mengunci pintu belakang kemudian menutup lampu.
Melihat tiada apa yang patut dibuatnya lagi, Arissa melangkah menuju ke anjung. Dari dapur sebentar tadi dia dapat mendengar suara tawa keras mereka dari anjung.
Walid, Ris naik dulu. Nak solat. Dato-Dato selamat menikmati bubur jagung. Arissa berkata sebagai meminta diri.
Uncle dah tiga mangkuk ulang ni Arissa, seloroh Dato Azizan dengan tawanya.
Kau kena cari menantu pandai masak Zizan, sambut Dato Ilyas selaku mengusik Dato Azizan.
Mendengar gurauan Dato Ilyas yang boleh memakukan dirinya di situ, sekali lagi dia meminta diri. Dan ketika berada di hujung tangga di boleh mendengar suara mereka ketawa kuat. Dia senyum sendiri. Tidak tahu mengapa.
USAI mandi, berpakaian dan bersolat isyak. Arissa mula membuka pintu almari bajunya.
Sengaja dia bersolat di dalam bilik persalinan itu. Ia lebih selesa. Tidak tahu mengapa. Mungkinkah tempat ini telah mencipta kehidupannya
Dia memandang telefon bimbit yang berbunyi di atas stool. Sengih sebaik melihat nama Hakimi terpamir di situ.
Assalammualaikum.
Waalaikumussalam... meleret jawapan Hakimi kemudian ketawa.
Dah makan
Dah...
Kenapa ni Semacam je Arissa senyum.
Makan kat sini tak sedap, rengek Hakimi.
Amboi, mengadu! Desis Arissa dengan sengih.
Alah... janji perut tak laparkan. Orang yang tak dapat makan langsung tu macam mana agaknya ya
Saja je nak kenakan abang kan Hakimi ketawa.
Bukan nak kena sesiapalah bang. Untuk ingatan sahaja. Kalau kita rasa terkurang dalam hidup kita. Kita tengok nasib orang lain. Serba sikit pasti ia dapat menginsafkan diri kita dan tahu makna syukur. Itulah yang selalu dibuat kepada dirinya. Sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. Walaupun Allah tak beri apa yang dia minta tetapi dia tahu Allah mengurniakan apa yang dia perlu. Allah lebih tahu apa yang diperlukan.
Sayang ni boleh jadi pakar motivasi.
Arissa senyum. Inilah yang dinamakan universiti kehidupan yang tidak ada di mana-mana universiti di dunia. Kehidupan yang sukar menjadikan dia seorang yang tidak punya pilihan dan terpaksa tegas dalam keputusannya. Berani buat berani tanggung!
Betul ke, Dato-Dato tu makan malam kat rumah kita
Aah... masih ada di bawah lagi. Tengah sembangsembang dengan Walid. Arissa kembali ke almari. Beg pakaian kecil di keluarkan dari bahagian bawah dan diletak di atas stool. Kemudian kembali semula ke almari untuk melihat apakah baju yang perlu dibawa.
Naim ada
Ada.
Apa! tempik Hakimi di sebelah sana.
Terkejut Arissa. Mendengar tempikan itu dia sudah mengagak yang Hakimi tidak suka dengan kehadiran Naim.
Nak buat macam mana Takkan Walid nak halang Naim datang pula. Nanti apa kata Dato Azizan! Dia juga tidak berapa senang dengan kehadiran Naim selepas kejadian siang tadi.
Sayang kat mana ni Dalam bilik soal Hakimi seperti orang cemas.
Aah. Dalam dressing room.
Kunci pintu bilik tak
Mestilah.
Itulah perkara pertama dia lakukan sebaik berada di dalam bilik. Namun dia melangkah ke pintu dan keluar dari bilik persalinan untuk melihat pintu sebagai memastikan yang dia sudah mengunci pintu bilik semasa masuk tadi.
Kaget dia melihat tiba-tiba pemegang pintu itu bergerak. Ya Allah, siapa di luar sana. Cepat-cepat dia kembali semula ke bilik persalinan lalu di tutup dan dikunci pintu bilik persalinan itu.
Abang, Ris call balik. Tanpa pamitan dia terus memutuskan talian itu.
Cuba membawa dirinya bertenang dan tidak panik. Namun jantungnya sudah bergerak laju seperti roller coster. Rasa cemas dan takut melihat kejadian sebentar tadi. Ada orang cuba menceroboh rumahnya ke Bagaimana dengan Encik Razali dan yang lain. Mereka sedar atau tidak Pelbagai soalan menerjah fikirannya.
Ya Allah, macam mana ni dia bersoal sendiri.
Arissa mencapai tudung dan segera di sarung ke kepalanya. Mujurlah dia memakai baju tidur seperti sweater dan seluar trek. Apa-apa aurat kena jaga, dia teringat pesan emak Shima semasa kali pertama dia mengenakan tudung.
Patutkah dia menghubungi Encik Razali Bimbang lelaki itu akan panik pula. Arissa meletak telinganya di pintu sebagai mahu mendengar adakah orang tadi berjaya masuk ke dalam biliknya. Sukarnya untuk dia mendengar disebabkan pintu itu kalis bunyi dan begitu juga dengan pintu biliknya. Kalau dia menjerit pun belum tentu Encik Razali akan mendengar.
Arissa memandang sekitar bilik itu apa yang patut dibuat sebagai senjata untuk mempertahankan dirinya. Liar matanya mengitari ruang luas bilik persalinan itu. Tiba-tiba matanya terlihat set golf yang berdiri terlindung di sebalik almari yang hampir sama warna dengan set golf itu.
Arissa segera mengeluarkan sebatang kayu golf dari dalam set itu. Nasiblah kalau patah. Terpaksalah dia menggantikannya itu lebih baik dari dirinya tergadai. Sekali lagi dia meletak telinganya di pintu sebagai mahu mendengar situasi di dalam biliknya.
Lama dia memandang tombol bilik yang sudah digenggamnya. Dengan ucapan bismillah, Arissa memusing tambol pintu bilik persalinan itu. Harapharap pencuri atau sesiapa tidak masuk ke biliknya.
Liar matanya mengitar sekitar bilik itu. Tiada sesiapa di situ. Kemudian beralih kepada pintu bilik mandi dan melangkah ke bilik mandi yang satu lagi. Pintu itu masih begitu ketika dia keluar dari bilik mandi.
Tak ada. Perlahan Arissa bersuara sendiri.
Matanya beralih ke pintu. Pintu masih bertutup rapat. Sekali lagi matanya memandang sekitar bilik itu, bimbang pencuri itu sudah berada di dalam biliknya. Langsir-langsir di pintu gelangsar dan tingkap memang tempat strategi kalau hendak menyorok.
Arissa melangkah perlahan-lahan ke pintu gelangsar yang terbuai-buai langsirnya. Mungkin disebabkan air con dan kipas yang berputar di siling. Dia terlupa hendak tutup suisnya tadi. Diselak langsir itu dengan batang golf.
Dia menarik nafas lega apabila tiada apa-apa di sebalik langsir itu. Namun dadanya masih berdebardebar. Pandangannya beralih ke pintu pula. Terasa jantungnya bagai hendak tercabut disebabkan rasa takut yang amat sangat. Begitu pun dia terpaksa memberanikan diri.
Kalau dia boleh melarikan diri daripada Along inikan pula pencuri, penceroboh, penyamun dan sebagainya, sengaja hatinya berkata begitu sebagai hendak mengawal rasa takut. Takut-takut berani ni! Tak apa Insya-Allah, Allah ada, desisnya.
Menggiggil tangannya hendak memegang pemegang pintu. Perlahan-lahan dipusing kunci yang berada dipemegang pintu. Kemudian membukanya. Terkejut dia melihat Naim di luar pintu biliknya.
Encik Naim buat apa kat sini! Pekik Arissa dan berharap Encik Razali mendengar suaranya atau sesiapa di bawah sana mendengar pekikannya.
Saya cari toilet! Naim memberi alasan sambil meletak jari di bibir meminta Arissa tidak memekik seperti tadi.
Toilet ada dekat bawah! lantang suara Arissa mengharap bapa mentuanya mendengar pekikannya untuk kali kedua. Kejap tangannya memegang kayu golf. Dia tidak teragak-agak menghayun kayu itu jika Naim cuba menghampirinya.
Janganlah menjerit.
Takut juga dia melihat kayu golf di tangan Arissa. Wajah gadis itu pun sudah berubah dari lembut menjadi garang dengan mata mencerlung memandangnya. Namun tudung sentiasa menutup kepala dan dadanya. Pakaiannya pun seperti seorang pengikut rap. Besar dan gelobor.
Turun sekarang! pekik Arissa.
Tiba-tiba Naim menerpa ke arah Arissa dan memekup mulut gadis itu. Tangan Arissa yang memegang kayu golf tadi dipegangnya dengan kuat. Cemas Arissa dengan situasi itu. Dia cuba meronta dengan sekuat-kuat hatinya. Akhirnya tangan yang memegang kayu golf tadi terlepas dari pegangan Naim. Pantas di siku kayu golf itu ke perut Naim yang berada di belakangnya dengan sekuat hatinya.
Arghhh! menjerit Naim kesakitan. Rasa senak sungguh perutnya. Terlepas Arissa dari tangannya.
Berpusing Arissa. Kayu Golf terletak dari genggaman dan terpelanting mengenai beberapa pasu kaca dan tembikar yang terletak di atas kabinet yang ada di luar bilik Hakimi dan Arissa. Bersepai kaca dan serpihan tembikar di lantai sehingga jatuh ke lantai tingkat bawah. Kayu golf yang terpelanting tadi hampir-hampir terkena kepala Naim.
Melihat Naim sedang kesakitan, Arissa mengambil kesempatan dengan menyepak anu lelaki itu sekuat hati kemudian menumbuk muka Naim pula.
Ya Allah, sakitnya tangannya! Hampir melompat Arissa sambil mengibas tangannya menahan rasa sakit.
Arissa! Nak! pekik Encik Razali yang sudah melangkah naik sebaik mendengar bunyi kaca-kaca dari tingkat atas bilik anak dan menatunya. Badrul berlari mendahuluinya berlari naik ke tingkat atas.
Walid! pekik Arissa lalu segera berlari ke tangga dan segera menuruni tangga namun terserempak dengan Badrul. Air matanya sudah mengalir laju.
Kenapa soal Badrul melihat wajah Arissa yang sudah penuh dengan air mata.
Kau tengok kat atas tu siapa tangis Arissa berlari ke bawah.
Arissa Kenapa soal Encik Razali. Terkejut dia mendengar bunyi kaca pecah di tingkat atas bilik Hakimi dan Arissa sebentar tadi.
Arissa menoleh dan menuding jarinya kepada Naim yang sedang dipapah oleh Badrul turun dari tingkat atas.
Astaghfirullah al azim!
Hampir terpekik dia mengucap sambil menghampiri Naim yang sedang menahan kesakitan kerana anunya di sepak oleh Arissa tadi.
Memang aku tak percaya kalau kau datang ke rumah Kimi!
Sangkaannya Naim sudah pulang selepas pergi ke tandas. Sebelum itu dia telah menutup pintu anjung selepas abangnya dan Dato Ilyas pulang. Tidak disangka anak saudaranya itu naik ke tingkat atas ke bilik menantunya.
Patut ke kita repot polis ni Walid soal Badrul geram.
Encik Razali senyap dan memandang Naim yang seperti tidak mampu berdiri tegak. Kemudian memandang Arissa.
Kita repot polis ya Encik Razali memandang menantunya.
Jangan Walid. Kesian dengan Uncle Zizan, karang terkejut pula dia. Dato Azizan juga seorang pesakit jantung. Bimbang lelaki itu akan terkejut pula nanti.
Kau tengok! Dia masih mampu fikir tentang daddy Kau! Kau Tak fikir ke Kalau teringin sangat kenapa kau tak kahwin dengan Ainul dulu! Naim senyap.
Arissa memandang Encik Razali. Kemudian beralih kepada Naim yang memandangnya. Terkejut dia. Siapa pula Ainul tu
Keluar dari rumah Kimi. Jangan kau tunjuk muka depan Uncle lagi, faham tak! Lantang Encik Razali bersuara. Kalau kau ke sini, ganggu menantu aku... siap kau! dia memberi amaran kepada Naim.
Naim senyap. Tidak mampu hendak melawan kata-kata Encik Razali. Sakit sangat anunya disepak Arissa tadi. Bagai hendak pecah otaknya menahan rasa sakit. Ditolak tangan Badrul lalu melangkah ke tangga dengan jalan yang masih tidak betul.
Begitu pun Badrul mengekori lelaki itu. Ikutkan hatinya memang hendak ditumbuk Naim sekejap tadi tetapi dia masih waras. Karang jadi kes lain pula.
Duduk dulu Arissa. Nanti Walid ambil air ya.
Tak payah Walid. Saya okey. Arissa duduk dan menarik nafasnya dalam-dalam.
Encik Razali melabuhkan punggung di sebelah Arissa. Dipegang tangan menantunya itu.
Mengucap banyak-banyak, nasihatnya.
Arissa senyap dan hanya mengangguk beberapa kali.
Walid jangan bagi tahu Hakimi ya. Tunggu dia balik ke sini dulu, pinta Arissa sambil mengesat air matanya dengan belakang tangan. Walaupun Naim sudah tiada di matanya rasa berdebar-debar, cemas dan takut masih lagi meronta di dadanya.
Yalah, kalau itu Arissa minta. Jangan risau! pujuk Encik Razali lembut.
Memang dia tak sangka perkara itu akan berlaku di rumah anaknya dan alhamdulillah Arissa tidak sempat diapa-apakan oleh Naim. Melihat mata Naim yang lebam dan jalan pun terkepit-kepit seperti menahan kesakitan dia sudah dapat mengagak apa yang dilakukan oleh Arissa. Kayu golf Hakimi pun terpelanting sehingga ke tingkat bawah.
Dah... malam ni tidur dalam bilik Uminya. Pergi masuk tidur. Apa-apa Walid ada sebelah, suruh Encik Razali.
Saya nak kemas kaca-kaca tu. Arissa memandang kepada kaca-kaca yang bersepai dari tingkat atas di ruang foyer di biliknya. Dengan kayu golf elok terpacak di dalam pasu bulat besar yang menjadi hiasan di sisi tangga.
Tak payah. Biar Bad yang buat. Arissa pergi berehat, ya, tegasnya.
Hendak tak hendak terpaksa Arissa mengangguk. Dia bangun dan melangkah menuju ke bilik Puan Hanim. Lama dia memandang bilik itu dan perlahanlahan dia melangkah ke katil. Dibiarkan lampu di dalam bilik itu terpasang. Tak sanggup dia tidur dalam gelap kerana wajah Naim masih bermain-main di ruang matanya. Begitu pun cuba dilelapkan matanya.
Esok banyak tugasan yang harus dilakukan.
Tiba-tiba dia merasa rindu dengan Hakimi.
Cepatlah hari Ahad. Akhirnya dia teresak-esak sendiri.