Darius tiba di dapur. Pasti bunyi kerusi yang jatuh buatkan mereka sedikit panik.
Tasha tak apa. Saya okey, jangan risau. Aku cuba tersenyum namun rasanya tersangatlah plastik. Tambah dengan tangan yang masih menggigil. Mataku kembali mengerling pada apa yang menghuni salah satu kabinet dapur. Tersusun beberapa buah botol air haram.
Liya kita balik. Tiba-tiba Niel buat keputusan drastik. Pandanganku terarah pada wajahnya yang merona merah. Matanya yang bundar terkandung sedikit kekesalan.
Aku nampak itu, tapi aku tak mahu mengikut rentak kecewa Niel sekarang.
Niel, kenapa ni Kita kan nak makan tengahari. Tasha dah siap masak sedap-sedap. Aku cuba jernihkan situasi yang makin keruh.
Saya cakap kita balik. Suara Niel kedengaran cukup tegas. Rentak jantungku makin tidak enak. Saya okeylah. Aku tetap berusaha. Namun saat tangan Niel sudah mula menarik hujung tudung bawalku, aku memang tidak mampu berbuat apa lagi. Terpaksa juga aku ikut rentak Niel.
Sempat tangan Niel mencapai beg tanganku di atas sofa sebelum hujung tudungku kembali ditarik. Aku terus dibawa ke Ferrari. Dalam terpaksa aku masuk juga. Niel diam membatu di sepanjang perjalanan yang aku tak tahu hala tujunya.
Aku beri dia ruang untuk tenangkan fikirannya. Aku faham dia sangat kecewa dengan apa yang berlaku tadi. Pasti dia juga tak menyangka air haram itu boleh ada di situ. Dua puluh minit kemudian Niel berhenti di hadapan Secret Recipe.
Aku patuh kali ini hinggalah kami duduk. Menu semuanya Niel yang pesan. Mungkin dia tahu aku pun sedang ting tong sekarang.
Iz Akhirnya aku mengalah. Niel mendongak perlahan-lahan.
Aku tarik nafas dalam sebelum menyambung, Tak patut kita tinggalkan pakcik dan Tasha macam tu aje. Jujur, memanglah saya terkejut dan rasa lemah lutut ni nak berdiri bila nampak benda tu. Saya
Tapi, saya malu. Malu sangat dengan Liya tentang hal ni. Ikhlas ke Liya terima semua tu Sanggup ke Liya Niel terus potong ayatku. Mata bundarnya buat aku makin resah.
Perlahan-lahan. Saya yakin pakcik dan Tasha akan tinggalkan semua tu satu hari nanti. Yang penting kita kena bagi peluang tu. Saya tak mahu hubungan Iz dengan daddy yang dah makin pulih tu jadi renggang balik. Semua dah makin okey, kan, pujukku lagi.
Memang dah makin pulih tapi saya sangat tak sangka daddy simpan lagi benda tu dalam rumah. Saya dah lama tak nampak daddy minum. Saya ingatkan dia betul-betul dah berhenti, luah Niel.
Mungkin benda tu dah lama duduk dekat situ. Pakcik dan Tasha terlepas pandang nak buang. Kita fikir positif ya Insya-Allah mereka boleh berubah. Iz kena bantu dan jangan sesekali tinggalkan mereka. Boleh, kan Nada suaraku seakan mengharap.
Niel hanya balas dengan helaan nafas yang agak panjang. Lama dia diam dan aku tak mahu mencelah lagi. Mungkin fikirannya masih sarat dengan kes tadi.
Kami mula minum ice blended caramel coffee yang baru dihantar pelayan. Sesekali aku mencuri pandang Niel namun dia masih seperti dalam dunianya sendiri.
Sekarang Liya dah tahu hakikat keluarga saya. Niel buka mulut juga akhirnya.
Aku memandang wajahnya yang masih tunduk.
Dari awal kita kenal saya dah kecewa dengan keluarga saya. Saya kecewa bukan sekadar suka-suka, tapi bersebab. Mereka patutnya bimbing saya, halang saya dari teguk benda haram tu. Tapi, sebaliknya.
Mataku bulat saat ia terluah dari mulut Niel. Maksudnya, Niel juga dahulunya meneguk air haram itu. Tangan kugenggam kemas di atas riba. Riak wajah puas kukawal agar tidak nampak ketara di mata Niel. Dia si bad boy yang punya banyak kisah hitam di masa lampau.
Maafkan saya Liya. Saya terlalu jahil. Niel seakan dapat mengagak apa yang mula bersarang di hatiku.
Aku cuba ukir senyuman namun gagal. Kini aku hanya mampu tunduk. Fikiranku jadi kusut tiba-tiba. Niel bagai memberi ruang kerana dia juga senyap.
Ya Allah, kenapa aku perlu gusar. Hati rasa tak tenteram sekarang. Patutnya aku terima apa yang dah berlalu dengan ikhlas dan reda. Pahitnya kisah silam Daniel Izdihar tetap harus kutelan, agar manisnya bahagia yang bakal tercipta dapat kurasa. Hatiku berbisik panjang. Lantas wajah kudongakkan semula dan kali ini bibirku berjaya mengukir senyuman.
Itu semua kisah lama. Saya selalu cakap, apa yang penting Iz yang sekarang. Luahanku mengundang senyuman Niel.
Terima kasih terima saya seadanya. Kata-katanya kubalas dengan anggukkan.
Golden crispy chicken yang dipesan sampai dan Niel mula memotongnya menjadi hirisan kecil. Aku turut melakukan yang sama. Cepat makan cepat kami boleh balik. Aku anggap isu tadi selesai buat masa sekarang.
Baru sahaja suapan kedua Niel tiba-tiba mengangkat pinggannya. Kemudian pingganku turut diangkat dan ditukar dengan pinggannya. Tertawa kecil aku saat melihat hirisan-hirisan kecil ayam memenuhi pinggannya. Baru kufaham apa yang Niel lakukan. Gentleman sangat kali ini.
Terima kasih, ucapku sambil senyum meleret. Kemudian kami fokus dengan hidangan masingmasing.
Tentang Shauqi, kalau Liya nak suruh saya buat sesuatu terus bagitahu aje. Mungkin kami kena jumpa untuk yakinkan dia. Niel tiba-tiba bersuara setelah hidangan kami hampir habis. Nampaknya Niel benarbenar ingin tunaikan permintaanku semalam.
Kita tak payah bincang hal tu dulu, boleh Selesaikan masalah satu-satu. Ada nada tidak puas hati dalam suaraku.
Kalau nak tunggu masalah selesai satu-satu, sampai bila-bila pun kita ni tak berkesudahan. Nampaknya aku terpaksa akur dengan kata-kata Niel.
Nanti bila Shauqi ke sini saya bagitahu Iz. Dia ada bagitahu yang dia akan turun Kajang hujung bulan ni untuk majlis kahwin abang kawan baik dia. Kalau ada kesempatan masa, nanti saya temukan Iz dengan dia. Akhirnya keputusan ini kupilih. Walau dalam hati ada rasa tidak yakin untuk menemukan mereka berdua tapi biarkan dulu rasa itu. Aku tak mahu terus berbetah dengan Niel.
AKU mengajak Shauqi ke Papparich. Sambil berbual dan minum kopi, tanganku sebenarnya sempat menghantar WhatsApp pada Niel. Aku minta Niel muncul lewat sedikit. Biarkan Shauqi minum dan makan menu yang dipesan dahulu. Bimbang adikku akan lari tanpa sempat makan.
Shauqi, kakak nak kenalkan Shauqi dengan kawan kakak sebenarnya. Setelah hampir setengah jam barulah aku nyatakan hasratku. Pertemuan yang baru kurancang.
Kawan Calon untuk Shauqi ke Shauqi angkat kening. Aku pula balas dengan sengihan.
Tunggu sini kejap ya Tangan kuangkat sebagai isyarat. Kemudian aku bangun dan keluar dari Papparich.
Niel yang bert-shirt berwarna maroon sudah siap menungguku di ruang legar. Aku terus mendapatkannya. Hanya dengan isyarat mata kami terus berjalan beriringan ke Papparich. Bahu Shauqi kucuit. Saat adikku menoleh, terus wajahnya berubah.
Kakak, apa semua ni Kakak lupa apa yang Shauqi cakap dulu Sambil bangun Shauqi meluahkan. Suaranya sedikit tegang.
Adik, please duduk dulu. Malulah orang tengok. Aku cuba memujuk sambil menarik lengan Shauqi. Dia nampak tidak puas hati tapi tetap akur dengan permintaanku. Aku terus buat isyarat mata agar Niel duduk berhadapan Shauqi. Kemudian barulah aku ambil tempat di sebelah Shauqi.
Hai, saya Daniel Izdihar. Niel hulurkan tangan untuk bersalam.
Saya dah kenal. Saya rasa awak pun dah kenal saya. Boleh panggil saya Shauqi atau mungkin abang. Kakak saya ada bagitahu yang saya lebih tua dari awak Ada nada perlian di sebalik kata-kata Shauqi.
Aku hanya mampu mengetap bibir. Perlahan-lahan dan kami harus sabar dengan layanan Shauqi. Niel pandang aku sambil mengangguk sedikit. Aku faham isyaratnya itu.
Shauqi, kakak tinggalkan dengan Niel. Nanti kakak datang semula. Lembut sekali suaraku.
Shauqi merenungku dua saat sebelum menggangguk lemah. Perlahan-lahan aku bangun dan beredar. Namun, sambil berjalan aku tak putus-putus menoleh ke arah mereka. Keluar sahaja dari Papparich aku terus berjalan tanpa henti. Hendak duduk bimbang lagi serabut aku memikirkan tentang Niel dan Shauqi.
Habis tingkat dua kupusing akhirnya aku turun semula. Sudah hampir 20 minit aku tinggalkan mereka berdua. Dengan langkah yang agak perlahan, aku kembali pada mereka.
Masing-masing tunduk dengan wajah yang kosong ketika aku sampai. Aku cuba ukir senyuman semanis mungkin bagi meredakan situasi yang agak tegang. Kerusi di sebelah Shauqi kutarik dan aku terus duduk.
Shauiq kena balik dah kakak. Takut kawan tunggu. Itu sahaja yang terluah dari mulut Shauqi.
Aku hanya mampu mengangguk lemah. Dari nada suaranya aku yakin perbincangan pendek mereka tadi tidak berjalan lancar.
Hai, semua! Satu suara yang agak asing tiba-tiba kedengaran. Kami bertiga mendongak serentak.
Nelly. Mulutku menyebut. Mataku sedikit bulat merenungnya yang hanya memakai dress paras lutut tanpa lengan. Dua orang gadis muda turut bersamanya. Sudah terlalu lama kami tidak terserempak. Tidak silapku kali terakhir di Bukit Bintang. Selepas aku dan Fitri bertemu klien.
Another hot
Adik akak, Shauqi. Dengan pantas aku memotong. Tidak mahu Shauqi mendengar ayat Nelly yang seterusnya. Bimbang isu lain pula yang akan timbul.
Oh, I Nur Liyana. Tapi, panggil Nelly aje. Nada suara Nelly berubah lembut. Tangan dihulurkan pada Shauqi.
Namun, Shauqi hanya tersenyum plastik sambil meletakkan tangan kanan ke dada.
Okey, sorry. You tak salam dengan perempuan. Nelly menarik semula tangannya sambil tersengih nipis.
I pergi dulu. Tak mahu ganggu family reunion, sambung Nelly lantas senyum sebelah. Tangannya dilambai pada aku dan Niel.
Siapa pula tu Sejak bila kakak berkawan dengan orang macam tu Soalan Shauqi benar-benar tak terjangka. Walau soalan itu dituju padaku namun matanya tajam merenung Niel.
Aku faham apa yang mula bersarang di fikiran adikku. Rasanya aku harus bawa dia keluar dari situasi yang kukira makin keruh ini.
Kawan-kawan adik dah tunggu ya Kakak terus hantar ke homestay. Kakak pun kena sampai Kajang sebelum hari gelap ni. Terus kualih topik dan Shauqi terpaksa juga mengalah denganku kali ini.
Aku tinggalkan Niel hanya dengan isyarat mata tanpa sepatah ucapan selamat tinggal.
USAI masuk ke dalam Iriz aku terus mengunci pintu. Kemudian barulah tanganku sibuk menyusun plastik-plastik berisi barang dapur
yang baru dibeli. Baru sahaja enjin dihidupkan tibatiba Galaxy A menyanyi riang. Aku keluarkan ia dari dalam tas tangan. Berkerut dahiku saat Natasha tertera di skrin. Lambat-lambat aku menjawab panggilan itu.
Assalamualaikum, salam kuberi.
Waalaikumussalam. Saya ganggu Sha ke Soalan Natasha tidak terus kujawab. Sebaliknya mataku melilau ke sekitar tempat letak kereta pasaraya. Masih banyak yang kosong jadi rasanya tak menjadi masalah jika aku dan Iriz kekal di sini sekejap.
Tak adalah. Tak ganggu pun. Tasha apa khabar Selembut mungkin aku menyoal.
Saya sihat. Sha Ada nada kekok dalam suara Natasha.
Alhamdulillah sihat. Aku pun makin rasa kekok. Masing-masing diam. Aku menanti dengan sabar ayat yang seterusnya.
Sebenarnya kalau boleh saya nak jumpa you, tapi saya bimbang ganggu lebih banyak waktu you. Jadi saya pilih untuk telefon aje. Saya nak minta maaf pasal peristiwa bulan lepas tu. Hampir sebulan maaf ni tertangguh dan saya betul-betul rasa tak senang duduk. Akhirnya Natasha luahkan juga tujuan utamanya.
Tasha jangan rasa bersalah dengan saya. Saya tak ada rasa nak marah pun. Cuma masa tu saya terkejut. Aku cuba susun ayat elok-elok.
Sebenarnya saya dah beberapa bulan cuba berhenti minum. Apa yang ada dalam kabinet tu semua yang saya tak sempat nak buang. Sekarang ni saya betul-betul dah berhenti. Saya harap sangat Sha jangan rasa tawar hati dengan Niel. Dia tak salah, Abang Darius pun tak salah. Semua ni salah dan kecuaian saya sendiri.
Nampaknya sangkaanku selama ini benar. Syukur kerana mereka sekeluarga sudah tinggalkan air haram itu.
Bila kami tengok Niel dah mula berubah perlahanlahan, mula solat dan mengaji semula, timbul rasa malu dalam diri kami. Dari situ abang dan saya mula sedar. Allah bagi petunjuk pada kami melalui cara tu. Abang lebih cepat tinggalkan benda tu. Saya pula masih minum sikit-sikit. Tapi, tak lama lepas tu saya pun berjaya hentikan tabiat haram tu.
Alhamdulillah, Tasha dah mampu berubah. Jalan yang benar dan lurus tu sentiasa terbentang untuk setiap hamba-Nya. Tinggal untuk dilalui sahaja. Lembut aku menasihati.
Terima kasih Sha sebab terima kami seadanya. Niel pun alhamdulillah okey aje dengan kami. Saya yakin Sha ada nasihatkan dia sesuatu. Kalau tak, mesti dia akan mogok dengan kami. Nada suara Natasha makin ceria.
Aku juga sudah mampu mengukir senyuman.
Itu semua dari Niel sendiri. Nasihat tu hanya sebagai perantara. Apa yang penting orang tu nak ikut atau tak. Saya lega sangat semuanya okey, luahku.
Saya nak bagitahu Sha sesuatu. Insya-Allah saya dan abang rancang nak ke Tanah Suci awal tahun depan.
Lagi satu khabar gembira untukku.
Alhamdulillah. Tak lama dah tu. Moga semuanya dimudahkan. Kata-kataku berserta senyuman yang makin lebar.
Perbualan kami berakhir dalam keadaan yang cukup tenang. Hatiku cukup lega kerana bagiku satu masalah selesai.
SAMPAI sahaja ke Rumah Titian Kasih, kami terus disambut mesra oleh Puan Latifah. Tersenyum lebar dia padaku dan Niel. Pasti teringat akan silap fahamnya beberapa bulan lepas. Adik-adik Titian Kasih beratur untuk bersalaman dengan kami dengan wajah gembira dan bahagia. Ada lebih kurang dua puluh lima orang semuanya.
Rasullulah S.A.W. juga pernah bersabda:
Barangsiapa yang meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka Allah S.W.T. akan menuliskan kebaikan pada setiap lembar rambut yang disentuh tangannya. (Hadis riwayat AtTabrani, Ibnu Hibban, Ibnu Abi Aufa)
Sambutan Hari Jadi yang dirancang berlangsung dengan meriahnya. Ya Allah, betapa hebatnya perasaan itu apabila kita berjaya memberi sedikit sinar bahagia pada insan bergelar anak yatim piatu. Menggembirakan hati anak yatim itu salah satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam.
Lebih kurang jam dua petang barulah kami semua keluar dari surau. Bersedia untuk aktiviti seterusnya iaitu pertandingan mewarna dan melukis. Ada hadiah yang disediakan untuk pemenang atau lebih tepat untuk semua peserta. Cuma pemenang mendapat hadiah yang lebih besar.
Aku, Niel, Inayah dan Saifullah sibuk meronda dan memantau ketika anak-anak ini khusyuk dengan kertas lukisan masing-masing. Mak Cik Ruqayyah, Puan Latifah dan petugas yang lain sibuk di dapur.
Ada hidangan istimewa yang mereka sedang sediakan untuk minum petang nanti. Antaranya ialah roti jala, mee kari dan popia goreng.
Liya gembira hari ni Niel menyoal ketika aku baru sahaja duduk di sofa. Senyuman kuhadiahkan sebelum menjawab.
Sangat gembira. Lain kali saya nak join lagi aktiviti macam ni. Mataku dialihkan kembali pada anak-anak yang masih tekun.
Insya-Allah. Semua ni tercetus dari ummi. Katakata Niel mengundang rasa pelikku. Perlahan-lahan aku mendongak pada dia yang berdiri selang setengah meter dariku.
Eh, tapi mak cik bagitahu saya semua ni awak yang rancang, balasku. Teringat kembali akan perbualan telefon antaraku dan Mak Cik Ruqayyah petang semalam.
Saya hanya merancang tapi cetusannya dari ummi. Saya tak akan pernah lupa macam mana ummi mengasihi saya waktu saya bergelar anak yatim tanpa ibu. Kasih sayang ummi terlalu tulus dan tak pernah harapkan apa-apa balasan. Walau kami terpisah bertahun, kasih tu tak pernah pudar. Hanya Allah yang tahu betapa bersyukurnya saya ditemukan dengan insan-insan terindah dalam hidup saya. Ummi dan keluarga, arwah Nek Timah dan Liya.
Aku senyum-senyum saat mendengar luahan hati Niel. Terasa kehadiranku dalam hidupnya sangat dihargai.
Ummi mengajar saya tentang ketulusan kasih sayang walau tanpa ikatan darah. Begitu juga Nek Timah. Mereka mengajar saya untuk menyayangi. Bila Liya muncul, saya belajar untuk menghargai semua kasih sayang yang saya dapat. Termasuklah dari daddy. Saya cuba melihat kasih daddy dari sudut yang berbeza bila Liya tak pernah henti nasihatkan saya.
Ah, Niel sudah semakin bijak menawan hatiku dengan kata-katanya.
Allah dah susun cantik-cantik takdir untuk kita. Kerana Nek Timah, kita jumpa Rumah Titian Kasih. Kerana ummi, saya makin kuat nak berusaha mendekati anak-anak ni. Kerana Liya, semua ni jadi terlalu indah untuk saya. Liya pelengkap bagi hidup saya yang kosong selama ni. Macam kepingan puzzle terakhir yang menjadi pelengkap. Walau ianya satu yang terakhir, tapi gambar tak akan lengkap tanpanya.
Wah, jujur aku sedikit terpana mendengar luahan Niel yang cukup panjang. Ada satu rasa yang menjengah jiwa dan rasa itu terlalu halus. Tak mampu digambar dengan kata-kata. Terharu, gembira, bersyukur semuanya bercampur. Aku diam tak mampu membalas, namun setiap patah kata Niel bagai melekap pada dinding hatiku.
Selesai upacara penyampaian hadiah untuk aktiviti melukis dan mewarna, kami sama-sama solat Asar berjemaah. Kemudian barulah sesi minum petang bermula. Usai minum petang nanti baru kami berlima akan pulang. Seharian bersama anak-anak ini bagiku terlalu singkat.
Saya rasa Nelly macam suka Shauqi. Niel meluahkan selepas Faisal yang tadinya duduk dengan kami beredar ke meja lain.
Aku rasakan Niel bagai menggunakan sebanyak mungkin peluang yang ada untuk berbual denganku hari ini.
Bila Nelly kenalkan diri dengan nama penuh pada lelaki, itu maksudnya dia suka lelaki tu, sambung Niel saat melihat wajah pelikku.
Sangat memahami Nelly ya awak ni... Bila aku sudah gunakan awak itu maksudnya ada yang tak kena. Liya jangan kerut dahi macam tu. Dulu, masa kami mula-mula kenal pun memang dia kenalkan nama penuh dia pada saya. Niel menepis bibit cemburu yang baru hendak berputik.
Saya kenal adik saya. Dia tak akan suka gadis macam tu. Kata-kataku diiringi dengan gelengan.
Sebab social life dia dan cara berpakaian dia Soal Niel.
Yalah, dari pendapat peribadi saya sendiri saya mungkin tak akan setuju kalau adik ipar saya macam tu. Bukan memilih, tapi Nelly tu Ayatku terbantut di situ. Terasa bagai mulutku terlepas brek. Wajah Niel kukerling sekejap. Masih nampak tenang.
Sekarang Liya dah faham kenapa Shauqi susah nak terima saya Kalau Liya di tempat dia pun Liya susah nak terima ipar yang macam tu. Apatah lagi untuk Shauqi. Tambah lagi dengan perbezaan usia kita. Saya faham sangat kenapa Shauqi buat macam tu. Ada maksud tersirat rupanya di sebalik isu yang diutarakan Niel ini.
Maafkan saya. Sikit pun tak ada niat nak bangkitkan pasal tu. Wajahku sedikit kesal.
Niel senyum senget.