MY DARLING ANGEL - 40
EL, TAHNIAH! Aku tak sangka yang kau dah bertunang. Tahniah wei!

Elzaara menjauhkan handphonenya dari telinga kerana bunyi teriakan dari Lyn amat kuat. Lyn yang baru sahaja berlepas ke Sarawak selama enam bulan kerana menghadiri kursus tidak dapat menghadiri majlis pertunangan Elzaara. Puas Elzaara membebel ke telinganya supaya membatalkan kursusnya di Sarawak tetapi Lyn tidak dapat memenuhi permintaannya. Lyn yang mendapat tahu bahawa tarikh kursusnya dengan tarikh pertunangan Elzaara adalah hari yang sama berasa agak kecewa.

Aku belum bertunang lagilah. Kau tu memang kan. Nama je kawan baik, sepupu lagi tu tapi aku bertunang pun kau tak nak datang. Dan, dan je kau ada kursuslah, nak pergi Sarawaklah, macam-macam alasan! Sampai hati kau buat aku macam ni. Aku nak merajuklah macam ni. Elzaara buat-buat merajuk sengaja menambahkan tekanan kepada Lyn.

Wei, kau janganlah macam ni. Aku bukan sengaja kot tak nak datang majlis tunang kau hari ni. Tapi kalau aku datang pun kau bukannya nak pandang aku. Nanti muka tunang kau juga yang kau tatap tak berkelipkelip. Kesian aku nanti kena pinggir dengan kau. Ha ha ha... sakat Lyn.

Kau bukannya tak tau yang dia takkan datang hari ni. Kan aku tak bagi dia datang. Even nama dia pun aku tak tau. Malaslah nak ambil tau pasal dia tu. Tunggu jelah dah kahwin nanti baru aku tau hu hu hu...

El! Kau ni tak baiklah. Tu kan bakal tunang kau, bakal suami kau. Kecil hati dia nanti kalau dia tau kau tak ambil tau langsung pasal dia. Kau ni aku tengok peliklah. Mana ada orang buat macam ni, bertunang tapi tak tau dengan siapa. Ni betul-betul dalam sejarah kot. Kau seorang je yang buat benda pelik-pelik macam ni. Lyn membebel.

Lyn terasa pelik apabila dia diberitahu oleh keluarganya bahawa Elzaara tidak mahu mengambil tahu apa jua yang berkaitan dengan bakal tunangnya bahkan namanya juga tidak Elzaara peduli. Baginya, Elzaara seperti membuat lawak sarkas kerana dia bertunang tanpa mengetahui apa-apa soal bakal tunangnya.

Well! Aku Elzaara Natasya kan. Kau macamlah tak kenal aku. Kalau dah masuk dalam sejarah tu agak-agak aku boleh daftar untuk Malaysian Book of The Records tak

Ah poyolah kau. Tak ada maknanya kau lulus nak masuk dalam rekod tu. Orang tak heran pun dengan pencapaian pelik kau tu. Weh, ambillah gambar. Nak tengok juga macam mana rupa kau sekarang Mesti cantik kan kau sekarang ni.

Nantilah. Tunggu Kak Lisa ada kejap lagi. Boleh minta tolong dia ambilkan gambar. Tapi dia pergi mana entah sekarang ni. Yang kau ni dah sampai Sarawak ke belum

Dah! Aku baru je sampai dekat hotel ni. Letih gila kot. Penat aku dalam flight tadi. Rasa lembik dah tulang kaki aku ni. Ni pun aku baru je landing atas katil.

Wei Lyn, aku gerak dululah. Kejap lagi nak sarung cincin ni. Kau tu, dekat sana jangan lupa jaga diri apa semua. Kau jangan nak gedik-gedik dekat sana. Nanti apa-apa contact aku ya. Jangan lupa hadiah aku dari

Sarawak tu. Selamat berehat!

Ha yelah. El, tahniah tau. Aku minta maaf sangatsangat sebab tak dapat attend majlis tunang kau. Aku memang nak sangat datang tapi aku tak boleh, apa-apa pun aku tetap mendoakan kebahagiaan kau dengan dia serta Haziq dari jauh. Nanti kau kahwin aku janji aku jadi pengapit kau. Tapi kau pun jangan lupa selalu update dengan aku tau. Kirim salam dekat semua tau. Aku sayang kau! Assalamualaikum.

Ye, Insya-Allah. Terima kasih tau Lyn. Sayang kau juga. Waalaikumussalam.

Elzaara menutup handphone dan meletakkannya ke dalam laci meja solek. Dia bangun dan memperbetulkan kedudukannya di birai katil sementara menunggu untuk acara menyarung cincin tunangnya. Lenguh sudah tulang-temulangnya menunggu perbincangan yang masih lagi rancak diadakan di luar. Haziq yang bersamanya di dalam bilik kelihatan sedang sibuk mengatur susunan kedudukan hantaran mengikut citarasanya. Tidak lama kemudian, pintu bilik dibuka dari luar dan kepala Lisa terjenguk dari balik pintu. Haziq bergegas melompat turun dari katil menuju ke arah pintu untuk memberi laluan kepada Lisa untuk masuk ke dalam bilik.

Dah siap ke El Mak andam mana Soal Lisa sambil menjengah ke sekeliling mencari juru andam yang mengandam Elzaara sebentar tadi.

Dah Kak. Lepas siap tadi semua Mak Andam terus balik sebab dia cakap dia ada majlis lain pula lepas ni. Tu yang tinggal El dengan Haziq je dalam bilik ni. balas Elzaara.

Ha, tak apalah kalau macam tu. El nak minum ke Akak rasa perbincangan dekat luar tu pun macam lama lagi tu. Kalau El nak minum, Akak pergi ambilkan. Elzaara menggeleng!

Tiba-tiba bunyi ketukan pintu kedengaran dan Haziq segera menjenguk untuk melihat siapakah yang mengetuk pintu. Wajah Puan Rahayu terjengul dan terus menyelinap masuk ke dalam bilik. Haziq ingin menutup pintu tetapi ditegah oleh Puan Rahayu.

El, Lisa, dah siap ke semuanya Kalau dah siap bolehlah ibu panggil Mummy Bunyamin masuk untuk acara menyarung cincin sekarang.

Dah siap Mak Long. Dah bolehlah kalau wakil pihak lelaki nak sarung cincin. Lisa memberikan isyarat tanda pihak perempuan sudah bersiap sedia. Puan Rahayu tersenyum lebar dan kembali keluar dari bilik. Pintu bilik ditutup tetapi tidak rapat.

Kak, El tak sedia lagilah. Elzaara tiba-tiba bersuara menyatakan ketidaksediaannya untuk acara menyarung cincin tunang. Dia tiba-tiba gelisah di atas katil apabila saat acara kemuncaknya sudah pun hampir tiba.

Laaa, napa tak sedia pula Nervous ke Kalau El nervous, El baca surah tiga Qul dengan ayat Kursi, Insya-Allah El akan tenang. Dah, sekarang El relaks. Akak ada dekat sini. Jangan risau ya. Haziq pun ada. Sayang, tolong Acik Lisa, ambilkan tisu dengan compact powder atas meja tu.

Tak, bukan apa. Tadikan kata lambat lagi nak habis perbincangannya, tapi ni dah nak sarung cincin. Elzaara sudah memuncung dan membebel.

Haziq bangun dan mencapai barang-barang yang diminta oleh Acik Lisanya. Dia melihat sahaja gelagat Lisa sedang merapikan make up Elzaara yang sudah kelihatan agak comot dek kerana peluh sudah pun menitik. Haziq sempat melopong melihat Acik Lisanya sedang merapikan make up Acu Elzaara. Mungkin dia pelik kerana sebelum ini Elzaara tidak pernah menggunakan sebarang make up kecuali bedak asas dan celak di matanya sahaja.

Ish, apa cakap macam tu. Tak baiklah. Mungkin dah habis tu kot tadi. Mana tau mereka sempat dok sembang-sembang lepas bincang ke. Dahlah cuba El duduk diam-diam, Akak nak rapikan make up El ni. Kejap lagi nak sarung cincin takkan nak ngadap muka

Mak Mertua comot-comot macam ni.

Kak Lisa kenal ke siapa calon tunang El tu

Kenal. Kenal sangat-sangat. Kenapa El nak tau ke siapa dia tu

Tak payahlah Kak. Tunggu jelah dah kahwin esok baru El tau. Biar hal ni jadi teka-teki bagi El. Kalau El tau sekarang bukannya El teruja sangat pun. Pintu hati El belum terbuka sepenuhnya lagi Kak. Biarlah rasa tu datang sendiri. El perlukan masa untuk biasakan diri untuk ni dan cuba untuk lupakan apa yang berlaku dalam hidup El dulu.

Baguslah kalau El fikir macam tu. Tak elok berdendam lama-lama dengan orang. Walaupun kita rasa sakit dengan apa yang orang buat pada kita, tapi tak bermakna kita tak boleh nak maafkan orang tu. Berdendam tu bukan sifat yang baik. Sekarang ni El buka lembaran baru dalam hidup El, El kena terima segala yang berlaku dengan tenang dan reda.

Hm, El cuba Kak. El tau ni juga harapan ibu dan ayah tapi El harap semua orang takkan paksa El untuk terus lupakan apa yang berlaku. El perlukan masa, perlukan ruang untuk membiasakan diri dengan keadaan ni.

El ambillah masa berapa lama pun tapi yang penting El tau apa yang menjadi keutamaan hidup El. Tapi kan, Akak nak tanya sesuatu ni. Kenapa El tibatiba je setuju nak bertunang ni Ada sesuatu yang El sembunyikan daripada semua orang ke Cuba cerita dengan Akak.

Tak adalah Kak. El tak adalah sembunyi apa-apa pun. Akak kenal El kan. El susah nak terima lelaki dalam hidup El. Mungkin ni dah jodoh El, jadi El tolak macam mana pun dia tetap jodoh El. Cuma untuk terima kehadiran dia dalam hidup El, El kena ambil masa untuk terima keadaan ni. Lagi pun El tak nak tengok ibu dan ayah bersedih asyik fikirkan El je. El tak nak bersikap egois sebabnya tak ada untungnya El buat macam tu. Mungkin dengan El buka pintu hati El ni, El dapat lupakan apa yang berlaku dulu. Akak jangan fikir bukan-bukan pula. Tak ada lah...

ASSALAMUAIKUM... Boleh kami masuk Bunyi ketukan dan salam memeranjatkan

mereka berdua yang sedang rancak bersembang. Lisa mengoles pipi Elzaara buat rapian terakhir sebelum cincin disarungkan ke jari Elzaara. Lisa memeluk dan bersalaman dengan aunty Faridah dan juga dua tiga orang dari wakil pihak lelaki.

Kelihatan juga seorang wanita Inggeris yang agak berusia turut serta dalam rombongan pertunangan itu. Elzaara juga mengambil giliran menyalami semua tetamu yang berada dibiliknya selepas Lisa.

Carissa! Thank you for coming. Come, come. This is Elzaara. Riuh rendah bilik Elzaara dengan celoteh Lisa yang begitu teruja dengan kehadiran Carissa.

My pleasure darling. Your aunty asked me to come along with the troupe, so here I am now. Beside I want to see the angel. Carissa mengeyitkan matanya kepada Elzaara.

Elzaara, Mummy datang ni bawa hajat ya. Harap

Elzaara sudi terima hajat hati Mummy sekeluarga ya.

Aunty Faridah membuka sebuah kotak baldu di hadapan Elzaara dan jari manis Elzaara dicapainya. Dengan penuh hormat dan santun aunty Faridah menyarungkan cincin di jari manis Elzaara. Elzaara hanya tertunduk malu, dia cuba untuk mengawal rasa gelabah, rasa gerun dan mungkin juga rasa takut.

Elzaara menyalami tangan bakal ibu Mertuanya dengan lembut dibalas dengan pelukan dan gengaman tangan yang erat. Aunty Faridah menguntum senyuman yang manis kepada bakal menantunya. Belum sempat masing-masing menuturkan sebarang ucapan, tibatiba flash kamera mengerumuni mereka.

El, jemput semua makan dekat luar. Makanan pun dah siap berhidang dekat khemah. Puan Faridah, jemput. Kita makan dekat luar. Mari semua. Puan Rahayu menyuraikan gelagat mereka semua yang masih lagi sibuk bergambar di dalam bilik Elzaara.

Aunty, saya nak mohon maaf sebab sebelum ni saya tak sempat nak jumpa aunty dan uncle untuk berkenalan. Maafkan saya ya aunty. Terketar-ketar Elzaara menuturkan ucapan permohonan maaf kepada bakal ibu Mertuanya.

Aunty Faridah hanya tersenyum simpul. Dia mengerti dan dia suami isteri tidak mengambil kisah dengan apa yang berlaku. Tetapi, apa yang membuatkan dia jatuh sayang pada Elzaara adalah perwatakannya yang lembut dan menghormati orang tua. Dia dan suami sangat berbesar hati dan bersyukur dapat menjadikan Elzaara sebagai menantu mereka.