MY PRETTY BOY - 40
RAMONA mencerlung tajam ke arah Qamra Ain yang leka menelaah buku sambil tangan sebelah lagi mengasingkan mel seperti biasa. Hatinya panas membara. Setiap kali dia mengadu pada pihak atasan tentang ketakseriusan Qamra Ain dalam menjalankan tugas, ada saja alasan mereka untuk mempertahankan gadis itu dari dibuang kerja.

Sakit hatinya semakin menebal. Sejak ada Qamra Ain, kepentingannya sebagai penyelia yang paling lama berkhidmat lenyap sekelip mata. Jika dulu, dia diberi kebebasan untuk mengarah atau menamatkan pekerja yang ingkar mengikut arahan. Bila tiba giliran untuk singkirkan Qamra Ain, dia pula yang dimarahi pihak atasan. Sampai diberi amaran supaya jangan berani sentuh Qamra Ain.

Ah! Apa hebatnya budak hingusan tu! Kerja asing mel aje. Bukan anak CEO atau MC pun!

Apa yang kau perhatikan tu, Mona Kusyuk nampak. Shamsiah a.k.a Sham Candy Crush yang baru tiba di area pengasingan mel tertinjau-tinjau juga apa yang menarik perhatian penyelia veteran itu.

Tu! Ramona memuncung bibir ke depan tepat ke arah Qamra Ain yang terkumat-kamit membaca buku dalam pegangan.

Aku pun semakin meluat tengok budak tu! Menyampah gila! Tempoh hari aku mesej kat Encik Reza kau nak tau apa si kacak tu jawab Aku kena settle kerja sampah yang dia tinggalkan. Sakit pula hati aku!

Aku dendam sungguh dengan dia! Selagi dia tak berambus dari sini, hati aku takkan puas! Kau tengok tu, budak yang kerja dengan dia kemain dilayannya. Pilih yang dahi licin je. Memang jenis keturunan perempuan gatal! Marah Ramona sambil mengepal penumbuk.

Encik Reza pun kemain defend budak tu. Benci aku tengok. Dulu, ada gak Encik Reza tegur aku. Sekarang jumpa aku pun sekadar tanya Qamra dah sampai Qamra tu... Qamra ni Qamra balik awal, you ganti dia ahhh! Rimaslah! Puihh! Shamsiah turut rasa meluat sejak wujud Qamra Ain di area kerja mereka.

Mona, aku dengar si Kassim

Kassim mana

Alah, Kassimbudak despatch 3 suku tu, dia pun syok kat Qamra.

Memang tak ada taste langsung si Kassim ni! Uwek! Ejek Ramona. Siap dengan aksi muntah sekali.

Haish! Kau ni lembab betullah Mona! Kau fikir tak apa yang aku fikir

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Senyuman meleret diikuti dengan rancangan yang bakal mengusir gadis itu keluar dari Mels E.

K

AU nampak Qamra tak soal Tunku Hussein sambil melilau mencari Qamra Ain di sekitar lokasi yang sering gadis itu pergi.

Baru sekejap sahaja ditinggalkan Qamra Ain dek terpaksa masuk semula ke pejabat untuk menandatangani beberapa dokumen penting Mels E. Sekembalinya di sini, Qamra Ain tiada di tempat biasa. Yang tinggal hanya buku rujukan yang terbuka helaian terletak elok di atas para.

Ladies kut. Amboi kau sejak cinta baru nak up ni, sesaat pun tak boleh nak bercenggang. Berilah ruang dia nak bernafas sikit! usik Reza Rizman.

Sejak diterima baik oleh Qamra Ain, semakin berseri diperhatikan wajah Tunku Hussein setiap kali singgah ke sini.

Entahlah, Reza aku rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang buruk berlaku. Jom kita pergi cari Qamra sekarang! Ajak Tunku Hussein dengan nada serius. Reza Rizman mengekori langkah pantas jejaka itu dari belakang.

Kita nak cari kat mana Setahu aku Qamra bukan jenis kaki rayau. Dia hanya tau area pengasingan mel aje.

Aku pasti tentu dia ada kat suatu tempat sebab aku serius rasa tak sedap hati ni.

Resah gelisah Tunku Hussein semakin menebal selagi tak nampak kelibat Qamra Ain depan lensa matanya. Sedang mereka tergesa-gesa melangkah, Tunku Hussein terasa seperti terpijak sesuatu. Kepalanya tunduk memandang objek yang berada di atas lantai. Fon telinga yang terputus dua wayar dibalut kemas dengan pita pelekat.

Qamra punyakan Tunku Hussein menunjukkan objek tadi pada Reza Rizman.

Mesti Qamra ada dekat-dekat sini. Hei, TH kau nampak tak 2 orang yang tengah menghendap kat celah rak tu Reza Rizman menuding jari telunjuk lurus ke arah kelibat yang sedang sibuk mengintai. Macam ada something aje diorang berdua tu. Jom! Tunku Hussein mempercepat langkah.

Sampai saja berdekatan mereka berdua, Reza Rizman menepuk kedua-dua bahu mereka serentak dari arah belakang dengan kuat. Salah seorang dari mereka melatah kuat dek terkejut.

Apa korang buat kat sini! Dah tak ada kerja ke! jerkah Reza Rizman bercekak pinggang.

Encik Reza, saya nak bagitau sesuatu yang bakal jadi gossip hangat di Mels E nanti, Bisik Shamsiah perlahan ke telinga Reza Rizman. Dia yang berasa gelinggaman berganjak sedikit ke belakang berdiri menyaingi Tunku Hussein.

Baik bagitahu apa yang korang buat dengan Qamra! Tunku Hussein menyinga.

Suara petirnya lebih kuat dari guruh berdentum mengejutkan mereka yang bekerja di persekitaran LG2. Mahu saja dicekik kedua-dua leher mereka kerana berani curi tulang di waktu bekerja.

Ewahewahewah! Tunjuk lagak pula budak tak sedar diri! Pergi susun mel yang berlambak tu. Jangan nak menyibuk dekat sini! Pergilah! Herdik Ramona berserta wajah yang berlagak sombong.

Sejak lelaki ini rapat dengan musuh ketatnya, Ramona naik meluat dengan Tunku Hussein apatah lagi tak pernah menegur sapa atau berbual dengan mereka di area LG2. Setiap hari, hanya tahu cari Qamra Ain sedangkan ramai lagi anak-anak dara yang lebih jambu dan berpangkat jika dibanding dengan Qamra Ain yang hanya sekadar pekerja mengasing mel. Tolong!!!

Mereka terdengar suara orang menjerit dari dalam bilik stor. Serta-merta mereka berempat menoleh. Tanpa berlengah Tunku Hussein dan Reza Rizman yang mengekori dari belakang bergegas pergi ke bilik stor.

Pintu berkunci dari dalam! Kata Reza Rizman setelah cuba memulas tombol beberapa kali.

Kita tendang serentak! Cadang Tunku Hussein. Mereka serentak menendang pintu sekuat hati dan terus menerjah masuk ke dalam.

Kurang ajar kau!! Tunku Hussein menerkam tengkuk Kassim dari belakang lalu melepaskan satu tumbukan padu ke muka lelaki itu. Terpelanting Kassim jatuh tertiarap ke atas lantai.

Kassim meraba-raba tepi bibir. Darah pekat mula mengalir dikesat dengan kuat. Dia gagahi untuk bangkit berdiri semula. Gilirannya pula menghadiahkan tumbukan ke muka Tunku Hussein. Tak cukup dengan itu, disepak pula perut dengan kuat membuatkan lelaki itu terduduk dan terhantuk kepala ke dinding.

Reza Rizman yang tiba dengan beberapa pengawal keselamatan terus menangkap Kassim. Tunku Hussein bangun berdiri sambil meraba-raba tepi bibir yang berdarah. Anak matanya mencerlung tajam ke arah Kassim yang sedang senyum sinis padanya.

Berani kau buat kerja tak senonoh kat sini!! jerit Tunku Hussein sehingga berasa bingit telinga mereka yang berada di dalam bilik.

Kau siapa nak masuk campur! Sedarlah kau tu kuli, jangan berlagak macam Mels E ni bapak kau yang punya. Suka hati akulah nak buat apa pun lagipun aku memang geram tengok Qamra, gebu gila. kata Kassim dengan nada berlagak berbaur sindiran.

Apa lah sangat nak dilayan budak pengasing mel jika dibandingkan dengan dia lebih berpangkat despatch.

Reza, kau bawa keluar Qamra, arah Tunku Hussein.

Reza Rizman yang faham akan isyarat kening Tunku Hussein bergegas pergi mendapat Qamra Ain yang masih trauma menangis teresak-esak di tepi dinding. Dia membawa terus gadis itu keluar dari bilik sambil diperhati oleh Tunku Hussein dengan ekoran mata.

Yang Mulia Tunku Hussein ada satu suara yang datang menemuinya di dalam bilik sekaligus membuatkan Kassim tercengang seketika. Lelaki berpakaian suit hitam lengkap itu menyerahkan sekeping fail ke tangannya.

Are you alright, Yang Mulia Tanya Saiful sekali lagi.

Dont worry, Im okay. Oh ya panggilkan Ramona dan Shamsiah. Kamu bawa Kassim naik ke bilik saya. Mereka perlu dihukum. Bisik Tunku Hussein perlahan ke telinga Saiful dan sesekali dia mengangguk.

Saiful menunjuk isyarat kening kepada kedua-dua orang pengawal supaya membawa Kassim tadi pergi ke bilik Tunku Hussein.

Nak bawa ke mana aku ni!! Woi! Lepaskan akulah! Aku hanya ikut arahan aje! Meronta-ronta Kassim minta dilepaskan namun semakin kuat dia cuba melepaskan diri, semakin kuat lagi kedua-dua pengawal itu memaut kuat kedua-dua lengannya.

Siapa dia yang berani mengarah mereka semua

Gumam Kassim dalam hati.