Sementara itu, perbincangan secara rahsia antara Encik Zaki dan Nadhirah beberapa bulan lalu dilihat semakin membuahkan hasil. Pertemuan demi pertemuan selepas itu banyak membantunya untuk mencari peluang dan ruang mengumpul sokongan.
Melalui Encik Zaki, Nadhirah mengatur perjumpaan dengan beberapa orang pemegang saham yang tidak berpuas hati dengan prestasi Aidid. Banyak juga laporan-laporan kewangan yang meragukan dibuat sejak Aidid mengambil alih Emerald Group.
Hari ini dia akan bersemuka dengan Puan Sri Munirah dan Aidid. Setelah yakin yang dia bakal menang dalam perebutan ini, Nadhirah memilih untuk bersemuka dengan mereka. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam rumah agam ini semenjak kematian Papa. Bezanya pada kali ini, langkah yang diatur disusun dengan penuh keyakinan. Langsung tiada gentar yang bertandang dalam dirinya kini.
Assalamualaikum. Sapa Nadhirah pada bibik yang membuka pintu untuknya.
Waalaikumussalam, Cik. Lama sudah cik tidak singgah ke sini. Cik sihat
Saya sihat bik, cuma saya sibuk sikit sebab tu tak sempat nak datang sini. Jawab Nadhirah sambil matanya melilau mencari tuan rumah.
Sunyi je rumah ni. Tak ada sesiapa ke kat dalam rumah ni Adelia dengan Puan Sri Munirah ke mana
Mereka ke Switzerland, Cik.
Kak Bell sekali ke Soal Nadhirah apabila dia langsung tidak melihat kelibat isteri dan anak-anak Aidid di dalam rumah berkenaan.
Ya, cik. Mereka bercuti bersama-sama dengan keluarga Encik Aidid sekali. Jawab Bik Hanim.
Encik Aidid pergi sekali Nadhirah sedikit kecewa. Dia ingin benar melihat wajah mereka nanti dengan kejutan yang dibawa.
Encik Aidid ada di bilik bacaan. Sekejap saya beritahu dia.
Tolong beritahu dia yang dia ada tetamu penting. Saya nak berjumpa dengan dia sekarang.
Nadhirah meneliti setiap pelusuk rumah yang mendatangkan seribu kedukaan buatnya. Tidak ada perubahan yang ketara. Cuma langsir sahaja sudah berganti.
Hah, ada apa kau nak jumpa aku Aidid keluar daripada bilik bacaan setelah dimaklumkan oleh pembantu rumah mengenai kehadiran Nadhirah.
Hah! Ada yang perlu kita bincangkan hari ini.
Kita tak ada apa-apa pun nak dibincangkan. Buat apa aku nak buang masa bercakap dengan kau
Are you sure Sebab kalau abang enggan jumpa saya hari ini, abang akan menyesal seumur hidup.
Kau nak apa Aku tak ada masa nak dengar budak mentah macam kau ni! ada hati nak untuk ugut aku.
Terserah. Jangan menyesal kemudian hari..
Apa yang kau melalut ni
Saya sebenarnya datang dengan niat baik. Saya ada benda nak tunjukkan pada abang dan kalau abang enggan jumpa saya, saya akan tunjukkan benda ni pada pihak yang lebih berminat. Sama ada Lembaga Hasil Dalam Negeri ataupun SPRM. Saya bagi peluang untuk abang pilih.
Masuk. Kita bincang di dalam. Aidid mengerutkan dahinya saat mendengar kata-kata Nadhirah. Dia perlu tahu apa yang cuba disampaikan oleh Nadhirah.
Apa yang kau nak tunjuk Wajah Aidid serius.
Abang bacalah sendiri. Sebuah fail berisi maklumat sulit milik Emerald Group dihulurkan pada Aidid.
Wajah yakin Aidid mula berubah riak. Sehelai demi sehelai dokumen yang baru diperolehnya berjaya membuatkan punggungnya panas.
Dokumen-dokumen asal yang meragukan, transaksi bernilai jutaan ringgit yang sudah pun diubahsuai bagi membolehkannya lari dari membayar cukai, dokumen pembelian kapal kargo yang merugikan serta dengan laporan kewangan sejak dia mengambil alih. Ke semua yang terhidang di depan matanya, menyebabkan darahnya menyirap. Mesti ada pegawainya yang telah berpaling tadah.
Macam mana kau boleh dapat semua ni Soal Aidid menahan marah. Fail yang disua Nadhirah sebentar tadi dilemparkan ke lantai.
Buanglah abang. Abang nak bakar sekalipun abang buatlah. Banyak lagi salinan yang saya ada. Kalau abang nak lagi satu salinan pun saya boleh bagi. Sinis benar kata-kata Nadhirah.
Aku tanya kau, macam mana kau boleh dapatkan semua ni Siapa yang bagi pada kau Aidid berang.
Macam mana maklumat yang sepatutnya disimpan rapi boleh berada di dalam tangan Nadhirah. Dia hairan dengan apa yang terjadi.
Saya faham kalau abang terkejut sebab selama ni abang percaya yang mereka akan setia. Tapi, abang lupa. Mereka setia disebabkan Papa yang pandai mengambil hati dan pandai suap mereka hingga kenyang. Tak macam abang yang cuma pentingkan tembolok sendiri! Kutuk Nadhirah berani.
Macam mana kau boleh dapat maklumat ini
Saya nak abang tahu dan sedar yang dah ramai pegawai tak berpuas hati dengan abang dan dalam ramai-ramai tu, ada yang saya boleh beli. Nadhirah tersenyum memerhati gelagat Aidid yang kelihatan tidak senang duduk.
Kau beli dia orang Dengan apa Mana kau dapat duit tu semua hah
Saya bukan hidup goyang kaki macam Adelia. Kau nak buat apa dengan dokumen ni semua Kau berani ke nak buat laporan Aidid amat yakin yang Nadhirah tidak seberani itu.
Apa yang buat abang fikir saya tak berani nak buat laporan ke atas abang Nadhirah bertanya.
Kau tahu tak, kalau kau buat laporan pada manamana badan pun, nama Papa terheret sama. Kau sanggup ke burukkan nama Papa sendiri. Syarikat ni pun boleh lingkup atas sebab ni. Kau nak ke semua tu terjadi.
Papa Bukan ke abang tak bagi saya jadi anak Papa Abang tak izinkan saya guna perkataan tu depan abang. Buat apa saya nak hiraukan nama baik orang yang dah memang tak ada di dunia ni.
Syarikat ni akan lingkup, Nadhirah. Beribu pekerja akan hilang sumber pendapatan. Kau nak apa sebenarnya
Saya suka dengan soalan abang. Kalau lingkup sekalipun, saya tak rugi apa-apa pun. Apa yang saya nak sekarang ni adalah untuk hancurkan keluarga ni macam mana kau orang hancurkan hidup saya.
Apa pertukaran yang kau nak untuk aku dapatkan semua dokumen ni balik Aidid tahu yang Nadhirah mahukan sesuatu. Pasti ada yang diinginkan Nadhirah daripadanya.
Letak jawatan. Serahkan jawatan tu pada saya. Serahkan Emerald Group pada saya kalau abang nak selamatkan leher abang yang bakal lemas tak lama lagi. Kalau abang tak nak meringkuk dalam penjara,
serahkan syarikat tu pada saya.
Kau gila ke apa
Saya bagi abang masa dua minggu. Selesaikan apa yang patut. Letak jawatan.
Kalau tak
Abang akan dapat hadiah yang paling berharga dari saya. Selama ni saya tak pernah bagi abang apaapa, kan Kali ni abang akan dapat sesuatu dari saya.
Kau takkan berjaya takutkan aku. Kau takkan berani buat laporan. Aku tahu kau sayangkan Papa. Takkanlah kau sanggup hancurkan apa yang dia dah usahakan selama ni. Lagipun, dengan pegangan saham lima peratus sahaja, kau tak mungkin berjaya yakinkan Ahli Lembaga Pengarah untuk lantik kau menggantikan aku.
Well, you can try me. Kalau abang nak tengok, apa yang saya sanggup buat dan tak sanggup buat. Kita tunggu dan lihat lagi 15 hari.
Jangan yakin sangat Nadhirah. Kau takkan berjaya.
Saya yang sepatutnya cakap benda macam tu pada abang. Jangan yakin sangat abang. Jawatan tu akan beralih pada saya juga beberapa hari lagi. Nadhirah tersenyum. Dia suka melihat wajah gelabah Aidid yang langsung tidak terkutik.
Kau memang perempuan tak tahu malu. Memang ini yang kau mahukan selama ni kan Berlakon baik lepas tu, kau tikam aku dari belakang. Dasar perempuan tak sedar dek untung. Kolar baju Nadhirah dicekak kemas oleh Aidid. Ketenangan dan senyum sinis Nadhirah terasa seolah sedang mencabar dirinya.
Jangan tuduh saya yang bukan-bukan. Semua bukti yang saya ada sekarang adalah disebabkan oleh kegiatan haram yang abang buat. Saya tak tikam abang dari belakang, abang sendiri yang cari nahas.
Aku tak peduli. Aku takkan biarkan kau rampas apa-apa dari keluarga aku. Kau faham tak Kau takkan mungkin mampu hancurkan Emerald sesuka hati kau. Cengkaman Aidid semakin kuat. Dia geram apabila Nadhirah masih lagi berani menjawab.
Saya peduli apa kalau Emerald Group hancur pun. Kalau ikutkan hati, dengan keluarga Tan Sri Malik saya nak hancurkan. Abang takkan boleh hentikan saya. Sejak awal lagi, semua ni salah abang. Kenapa sekarang nak lepaskan marah abang pada saya pula Nadhirah masih lagi begitu berani. Peduli apa dia dengan ugutan Aidid.
Hey, jaga sikit mulut kau! Kalau kau terus cari pasal macam ni, aku takkan lepaskan kau.
Apa abang boleh buat
Kau memang dasar anak luar nikah. Kau dengar baik-baik apa yang aku nak cakap ni. Jangan panggil aku abang lagi. Jijik tahu tak setiap kali aku dengar kau panggil aku abang. Berambus!!! Aidid menolak tubuh Nadhirah ke tepi dinding.
Abang! Panggil Nadhirah tiba-tiba menyebabkan Aidid memalingkan wajahnya. Senyuman Nadhirah menyebabkan Aidid marah.
Jangan jadi dayus. Setakat perempuan macam saya bolehlah abang tolak-tolak. Saya akan terus panggil abang macam tu. Saya suka bila tengok muka keruh abang. Nadhirah ketawa mengejek. Sikit pun dia tidak takut dengan ugutan Aidid.
Kau berambus sekarang sebelum aku suruh pengawal humban kau keluar.
Saya akan keluar. Tak payah halau saya. Lagi satu saya nak abang tahu, saya tak sayangkan Tan Sri Malik. Dulu ya, tapi sekarang saya dah tak sayangkan dia. Nadhirah berlalu setelah menghabiskan kata-katanya.
Puas hatinya kini. Wajah Aidid yang kegelisahan membuatkan Nadhirah merasa lucu. Selama ini Aidid fikir dia boleh bersenang lenang kerana tiada siapa yang boleh merampas jawatan berkenaan darinya. Dia berjaya mendapatkan sokongan majoriti dengan sogokan wang dan upah daripada kegiatan haramnya.
Ramai juga Ahli Lembaga Pengarah terlibat sama dengan kegiatan kotor Aidid. Atas sebab itulah kedudukan Aidid tidak pernah tergugat dan dicabar sesiapa. Namun, kini lain ceritanya. Nadhirah sudah ada semua bukti, dia sudah ada modal untuk menjatuhkan Aidid. Sekarang terpulanglah pada Aidid sama ada dia mahu dijatuhkan dengan cara baik atau cara kasar.