Tanpa disedari orang tua, selain digunakan untuk membakar rokok, membakar sampah dan menghidupkan gas memasak, pemetik api secara rahsia boleh dijadikan barang permainan iaitu sebuah motosikal berkuasa besar.
Cara untuk membina permainan motosikal dengan menggunakan pemetik api:
Dua buah pemetik api diperlukan. Boleh digunakan apa sahaja jenama pemetik di pasaran cuma pemetik api jenama Cricket kurang digalakkan kerana sedikit sukar dileraikan. Pemetik api jenama Aladin dan Yeepi adalah menjadi pilihan ramai. Pastikan pemetik api yang digunakan adalah jenis yang menggunakan geseran batu bergerigi dan bukannya jenis yang ditekan untuk mengeluarkan percikan.
Kedua-dua pemetik api tadi akan dileraikan setiap satu komponennya dan diasingkan.
Bahagian yang diperlukan hanyalah komponen pada bahagian atasnya iaitu 2 biji batu bergerigi, 1 besi penutup luar, 2 pemetik gas, 2 spring, 2 penyangkut batu bergerigi, 2 kepala tiub laluan gas dan 2 tiub besi keluaran api.
Untuk membuat rangka motosikal, 2 pemetik gas tadi akan dipasang pada tempat asalnya pada penyangkut batu bergerigi. Kedua-dua penyangkut batu gerigi tadi akan dilekatkan kedua-duanya dengan pemetik gas masing-masing saling tidak bertentangan.
Besi penutup luar akan dilekatkan pada salah satu penyangkut batu gerigi untuk dijadikan fairing motosikal. Spring dilekatkan pada bahagian atas pe-
nyangkut batu gerigi betul-betul di atas fairing. Kepala tiub laluan gas dilekatkan pada spring untuk dijadi-
nyangkut batu gerigi untuk dijadikan roda motosikal.
Dua tiub besi keluaran api dilekatkan pada bahagian belakang penyangkut batu gerigi yang tidak mempunyai fairing tadi untuk dijadikan ekzos berkembar.
Siaplah sebuah motosikal berkuasa besar dengan menggunakan pemetik api. Hiasan lain seperti nombor plat, warna, penaja boleh diletak mengikut kreativiti masing-masing.
Membina permainan motosikal daripada pemetik api yang masih boleh digunakan merupakan salah satu kesalahan dan penganiayaan. Oleh kerana untuk mendapatkan pemetik api yang sudah tidak dapat digunakan adalah sukar, pemetik api yang masih okey akan direndamkan ke dalam air secara senyap-senyap supaya tidak lagi dapat digunakan. Perkara ini secara tidak langsung mengurangkan perasaan bersalah dan dalam masa yang sama motosikal yang dibina adalah bersih dari dosa.