DARI KLCC KE TANJUNG MALIM - 40
Aku ada baca ada satu benda baru-baru ni pasal Deep Sleep Theory.

Masa aku belajar di UTP dulu selama lima tahun, sepanjang mengharungi proses pembelajaran terutamanya dalam menangani cabaran deadline tugasan dan projek, ada satu amalan yang aku amalkan sebagai pedoman hidup.

Ya, sebuah pedoman.

Sebuah pedoman ini sudah cukup rasanya untuk membawa adik-adik yang kini menuntut di kolej-kolej atau universiti-universiti ke gerbang graduasi. Dan membuat photoshooting bersama ayah dan ibu sambil memakai jubah dan topi empat segi.

Pedoman yang aku pegang dengan kukuh ni, konsep dia lebih kurang sama dengan Deep Sleep Theory. Atau dalam erti kata lain, pedoman aku ini adalah Deep Sleep Theory itu sendiri.

Pergh!

Ok sambung. Semasa kita menjalani kehidupan yang melalaikan di universiti atau di sekolah sekalipun, kita tidak akan terlepas dengan pengalaman cuak, gabra, panik, blank dan tension bila mana tugasan, kerja sekolah, kertas kerja dan latihan yang diberikan oleh pensyarah minggu lepas kita tak sentuh apa pun lagi. Deadline nya esok pagi. Itu pun kawan kita yang perasan deadline esok pagi. Kalau tidak, habis semua ke laut.

Dalam situasi mencemaskan sebegini, ketika semua orang kelam kabut buat itu ini, study itu ini, ingat nasihat aku. Jangan panik dan jangan sesekali terpengaruh dengan kecemasan. Gunakan kemahiran Deep Sleep Theory.

Macam mana nak pakai teori ni

Macam ni. Dalam keadaan cemas, pergi baring atas katil dan tidur. Tidur yang deep sleep. Tidur yang deep akan menghilangkan stress dan fikiran kita akan kembali tenang. Deep Sleep Theory sekarang sedang berfungsi. Tidur lah sampai kita rasa puas. Bila dah puas dan rasa tenang, baru kita bangun.

Lepas bangun, pergi cari balik budak-budak yang cemas sebelum kita tidur tadi. Selalunya budak-budak ni lah yang kalut ke sana ke mari sambil bising-bising masa kita tidur. Walaupun sedikit sebanyak mereka ini mengganggu deep sleep kita, tapi jangan kita simpan dendam atau bengang. Jauh sekali ada niat nak tendang mereka. Jangan lakukan apa-apa kejahatan terhadap mereka kerana mereka bukannya orang jahat, mereka cuma tidak faham konsep Deep Sleep Theory yang kita amalkan. Ingat! Tujuan Deep Sleep Theory cuma satu. Untuk mencapai ketenangan dalam situasi cemas dan penuh debaran.

Bila kita dah jumpa mereka ini, terus cakap tepat ke muka mereka. Cakapdengan tegas,

Woii dah siap Pinjam kejap.

Kita tak perlu cemas, masalah akan selesai. InsyaAllah. Sekian. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya.

Selamat beramal!