SEMBANG TEPI JALAN - 40
Perasaan itu tidaklah sesuai kalau kita menilainya seperti pengiraan matematik atau perniagaan mahu pun politik. Ianya bukanlah fakta, bukan pengiraan. Perasaan adalah harga perasaan itu sendiri. Ia milik peribadi.

Ibarat kita menyintai seseorang. Kita lakukan apa sahaja asal tahap perasaan cintanya sama seperti kita. Ianya mendatangkan harapan supaya dia sukakan kita sebagaimana kita sukakan dia. Sebenarnya kita tidak boleh melakukan apa-apa pun kalau dia tiada perasaan apa-apa pun terhadap kita wataupun kita taburkan emas permata arau kata-kata manis bak pujangga bagi memenangi perasaannya.

Cinta itu misteri sebagaimana jua menyintai Tuhan; beramal, berbakti dan segala macam rindu-dendam kita limpahkan untuknya agar kita ini di dalam peluk kasihnya. Kita berbakti melalui ciptaannya. Kita hitung ganjaran yang tidak terlimpahkan. Kita begitu mulia di sisi manusia dan sepatutnya akan mulialah di sisi Tuhan. Itu yang kita harap dan doakan. Sernua itu adalah rahsianya. Dia suka dan pilih pada sessiapa yang disukainya. Maka akan keluarlah keluhan. Mengapa ibadatku masih tidak diterima sedangkan aku telah melakukan segalanya untuk memilikimu ya Tuhan Maka, berikut firmannya;

Aku lebih tahu dari apa yang kamu tahu.

Puncanya ada nilai ikhlas itu sendiri. Pada individu itu sendiri, kalau kita mencintainya tanpa mengharapkan apa-apa balasan, ianya akan lebih bermakna.

Nilai mulia itu kita akan tahu sebab kita dekat di sisinya. Ketenangan itu sebahagian jawapannya. Kebahagiaan itulah asas induk dari hati yang mengenal, orang yang dikasihi tidak akan ada perasaan hasad dan iri dalam hidupnya. Maka kita dapat menilainya sendiri melalui perjalanan yang sedang kita lalui ini.

Begitulah juga jika kita menyintai seseorang. Walau bagaimanapun, terpulang kepada apa yang kita niahu dan cari dalam hidup ini. Kalau kita cenderung ke arah material dan nafsu, akan ke situlah kita. Kalau ke arah iman dan jujur, maka akan ke situlah kita. Kita lebih tahu apa yang kita niahu dalam hidup ini.

Aku bukanlah golongan yang dimuliakan. Kadang kadang aku ntelihat Meor yang berhuruf dan bersuara ni, seperti bingkai pecah - bertaburan di lantai. Silap-silap lantai pun retak. Tetapi apa salahnya sekadar mengingatkan antara sesama kita. Aku ni berkecuali dalam segala hal sebenarnya. Aku berada di tengah antara langit dan bumi.