TRAGEDI TSUNAMI DAN GEMPA BUMI - 40
Hari ini manusia masih memberi alas an di atas kejadian tsunami yang mengganas tempoh hari. Pengajaran dari kejadian itu masih tidak banyak dihayati oleh mereka. Apa, perlukah disajikan kepada manusia kemusnahan yang lebih teruk lagi agar mereka benar-benar akui kuasa Tuhan dan kedaifan diri sendiri

Bencana tidak berlaku begitu sahaja, tetapi menjurus kepada sebab musababnya. Hukum alam datangnya dari Allah dan ujian juga datang darinya. Apa yang kita pelajari dari tragedi tersebut Rasa kemanusiaan

Allah tidak menjadikan sesuatu peristiwa secara percuma, sebaliknya adalah untuk manusia mengambil iktibar darinya, sifat insan yang bermaksud pelupa itu sendiri perlu diberi peringatan agar tidak terpesong dari landasan seorang hamba. Banyak hikmah yang boleh dipelajari dari peristiwa ini.

Hikmat pertama

Allah ingin memperingatkan manusia bahawa Dia berkuasa melakukan sesuatu bila-bila masa. Allah boleh menggegarkan sebahagian dari makhluknya untuk memberi peringatan kepada manusia. Antara makhluk Allah adalah laut, angin, haba, hujan atau gunung-ganang. Ilmu yang Allah berikan pada kita adalah sangatlah sedikit sehingga kita tidak mampu meramal dengan tepat.

Hikmah kedua

Allah mahu manusia mengenali diri dan sedar akan kemampuan Allah yang Maha Agung. Manusia ingin diingatkan bahawa yang lebih kekal adalah akhirat. Jangan angkuh dengan apa yang dimiliki kerana ia akan ditarik sekelip mata dan menjadikan kita merana dalam keadaan penuh hina. Mereka lupa dengan habuan dunia serta menganggap mati itu masih jauh lagi. Allah ingin mengingatkan bahawa manusia itu sangat lemah dan rapuh kudratnya.

Hikmah ketiga

Allah ingin mengingatkan manusia tentang kemusnahan total yang bakal berlaku. Dunia akan digonjang di hari kiamat di mana manusia akan menjadi tidak ketentuan dan hancur bersama harta-harta mereka. Gempa itu hanya 9.1 skala Richter. Bagaimana pula jika berlaku pada skala 20 atau 30 skala Richter. Maka bumi yang sangat kecil ini akan musnah dalam masa 3 hingga 4 minit. Bukit dan gunung-ganang akan hancur menjadi debu. Bacalah Al-Quran yang banyak menceritakan tentang apa yang bakal berlaku dan pasti berlaku.

Hikmah keempat

Sesuatu yang paling penting dari kejadian tsunami adalah Allah ingin mengingatkan manusia yang sesat dan tidak mahu bertaubat agar kembali kepada ajaran Islam. Apakah perlu diturunkan bala di depan mata untuk membuatkan mereka sedar, itupun jika mampu membuat mereka insaf dalam erti kata sebenarnya.