Menurut saya, ini adalah sebuah sindiran yang amat keras bagi dunia pendidikan. Diakui atau tidak, bukankah rich and happy itu merupakan dua hal yang menjadi impian hampir semua orang, tetapi mengapa kita tidak akan dapat memperolehnya jika kita bersekolah Ternyata pandangan ini bukanlah pandangan baru. Jauh sebelum itu, Soichiro Honda, seorang pengusaha, pendiri syarikat Honda Motor yang produknya kini merajai pasaran kereta mewah di Amerika, juga menyampaikan pandangan yang serupa tentang sekolah, hanya sahaja dengan ayat yang sedikit berbeza.
Dalam satu wawancara, Soichiro pernah berkata, Sekolah terlalu banyak memberi apa yang saya tidak ingin ketahui, tapi justeru sangat sedikit memberikan apa yang sungguh-sungguh saya ingin (ingin saya) ketahui. Oleh kerana itu, saya hanya pergi ke sekolah apabila berasa ingin mengetahui sesuatu yang tidak saya temukan di luar sekolah.
Begitu pula John Lennon. Dia pernah menyampaikan hal senada tentang sekolah dan para gurunya.
Mari kita semak apa yang pernah ditulis John dalam buku hariannya. Aku menyedari apa erti genius pada usia delapan tahun.
Aku selalu bertanya-tanya, mengapa tidak ada seorang pun yang menyedari kalau aku ini juga genius
Di sekolah, tidakkah mereka melihat bahawa aku jauh lebih pintar dari murid-murid lainya Tidakkah mereka melihat bahawa para guru itulah sebenarnya yang bodoh Bahawa segala informasi yang mereka miliki dan ajarkan itu sama sekali tidak aku perlukan. Ini sangat jelas bagiku.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, Bob Sadino, seorang pengusaha yang menurut saya sangat cerdas pemikiran dan pandangan-pandangannya tentang kehidupan, juga pernah menyampaikan hal serupa kepada anaknya.
Nak, kamu boleh sekolah sejauh yang kamu mahu, tapi jika kamu sudah tidak mahu bersekolah, keluar sahaja. Biarlah Papa yang menjadi gurumu. Sungguh dalam sekali makna dari ucapan itu.
Demikian juga dengan Gola Gong, sang penulis novel terkenal, Direktur Media Cakrawala, TIM Creative di salah satu stesen TV terkemuka dan sekaligus pemilik Rumah Dunia (sekolah menulis gratis bagi kaum dhuafa). Pada saat Gola Gong berbicara bersama saya pada sebuah acara di Bogor, dia sempat menyampaikan bahawa dia memilih mengundurkan diri dari kampusnya untuk lebih menggeluti bidang yang di minatinya. Hingga kini, Gola Gong telah berhasil mengukir banyak kejayaan, baik di dunia perniagaan mahu pun sosial pendidikan. Ceritanya mungkin mirip dengan Bill Gates, sang raja software dunia yang juga mengundurkan diri dari sekolah untuk menggeluti hobinya. Saat ini Bill Gates mulai melangkahkan kaki untuk berkongsi melalui yayasan yang didirikannya.
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, ternyata pandangan semacam ini bukanlah hal baru dan hanya dimiliki oleh satu orang sahaja, melainkan juga dimiliki oleh banyak orang yang berjaya di hampir di dunia. Mari kita kaji lebih mendalam lagi, apakah kurikulum sekolah yang ada ketika ini lebih banyak mengajarkan kepada anak-anak tentang apa yang mereka ingin ketahui dan perlukan bagi hidupnya kelak, atau malah lebih banyak mengajarkan hal-hal yang bersifat membazir
Apakah kurikulum sekolah yang ada ketika ini lebih banyak mengajarkan hal-hal yang bersifat membazir