KOCI termenung di balkoni biliknya. Otak ligat berfikir. Semalam, balik dari bertemu Jai, dia terserempak dengan Lisa dan seorang lelaki yang tidak dikenali sedang bersembang di kaki lima bangunan. Muka Lisa dah macam menahan marah. Lelaki tu pula hanya angguk-angguk.
Apa minah tu rancang sebenarnya
Koci pandang pula pada sekeping surat yang diterima pagi tadi. Surat dari Salina.
Kenapa Salina nak jumpa aku Masalah besar apa dia nak beritahu Kenapa dia tak beritahu Jai Koci dah serba salah.
Salina tunang Jai. Kalau aku jumpa senyap-senyap macam ni, nanti apa kata Jai. Fitnah boleh berlaku bila-bila masa.
Haish! Susah macam ni! Koci garu kepala. Dia mundar-mandir di bilik. Masih berfikir.
Kunci kereta dicapai dari atas meja studi. Jam sembilan malam nanti, dia kena jumpa Salina. Kereta dipecut laju membelah kesibukan jalan di kota Kuala Lumpur.
Setelah kereta diparkir, Koci terus ke lobi. Melilau dia mencari kelibat Salina. Dia jeling jam di pergelangan tangan. Hampir sembilan malam.
Mana dia ni Koci cekak pinggang. Mata masih mencari kelibat Salina.
Maaf encik, ni ada nota untuk encik. Koci menoleh. Seorang pelayan hotel memberinya sekeping nota kecil.
Err..encik, siapa yang bagi niKoci menahan pelayan hotel itu dari pergi.
Lelaki tu menuding ke arah penjuru lobi. Koci pantas berpaling. Tiada sesiapa.
Mana
Tadi dia ada kat situ.
Pelayan itu berlalu pergi.
Koci bingung. Nota tu dibaca sepintas lalu.
Takkan nak jumpa aku kat dalam bilik hotel Biar betul! Koci semakin bingung.
Dia mundar-mandir di lobi hotel. Ligat berfikir apa yang harus dilakukan. Dahlah aku tak tahu nombor telefon dia. Kalau aku ada nombor telefon dia, senanglah sikit aku nak jumpa. Tak payahlah pergi sampai bilik hotel! Adoiyaaa!!
Macam mana ni Koci garu kepala.
DI SUDUT lain, Lisa asyik memerhati tingkah Koci yang mundar-mandir di lobi hotel. Hmm..dia buat apa kat sini Cari siapa Perlahan Lisa menapak ke tempat Koci.
Farid!
Koci menoleh. Siapa panggil nama aku ni Melilau dia mencari. Lisa
Awak buat apa kat sini Koci menelan liur. Berkerut melihat Lisa cemas.
Awak pulak buat apa kat sini Lisa pulangkan semula soalan.
Saya nak jumpa seseorang.. Koci pandang lain. Matanya melilau mencari kelibat Salina.
Lisa diam. Entah-entah nak jumpa Salina..
Err..kenapa ni Macam ada yang tak kena je Koci pandang Lisa yang dah menggelabah.
Awak cari Salina ke Lisa pandang Koci yang dah kelam kabut.
Errkenapa Koci rasa tak senang dengan soalan Lisa. Mana minah gedik ni tahu aku cari Salina
Saya nampak Salina bersama seorang lelaki menuju ke arah lif hotel..
Awak pasti Awak jangan nak tuduh sembarangan!Koci pandang Lisa atas bawah. Bukan boleh percaya minah gedik ni!
Lelaki tu papah Salina ke bilik hotel! Awak kena tolong Salina. Saya rasa dia dalam bahaya sekarang ni. Lisa semakin cemas.
Tapi..Salina buat apa kat lobi hotel malam macam ni Entah-entah awak tu yang nak kenakan Salina tu! Koci dah bingung. Keliru. Entah-entah Lisa ni saja buat cerita! Bukan boleh percaya minah gedik ni!
Lisa mengetap bibir. Aku cakap baik-baik, dia tuduh aku macam tu! Tak apa
Awak tak tahu ke Lisa pandang Koci tak berkelip. Geram!
Tahu apa Koci pula tak faham.
Salina tu GRO!
Hah Awak jangan nak tuduh yang bukan-bukan! Saya kenal siapa Salina! Koci menyinga.
Kalau awak tak percaya sudahlah! Saya nak tolong je. Salina tu kan tunang Jai. Sepatutnya awak berterima kasih pada saya! Entah-entah Salina tu dah diratah lelaki tu! Lisa mencebik.
Kenapa awak tak beritahu Jai Koci mula pelik.
Awak tahulah Jai tu! Dia bencikan saya! Nanti kalau saya cakap pasal Salina, dia kata saya ni buat fitnah!Lisa buat muka sedih.
Kalau awak cuba berbohong, siap awak!
Lisa senyum. Koci dah kelam kabut. Rasakan kau Salina!!
Koci berkejar ke tingkat lima setelah dia bersusah payah mendapatkan kunci bilik dari kaunter pendaftaran.
JAI menapak perlahan ke lobi hotel. Sunyi. Mana dia ni Kata nak jumpa aku kat sini Jai duduk di sofa di lobi hotel. Setengah jam dia menunggu. Orang yang ditunggu masih tak muncul-muncul.
Biar betul..dah nak pukul sebelas dah ni. Dia ni nak main-mainkan aku ke apa Ah..aku balik jelah! Jai bangun dan mula melangkah meninggalkan lobi.
Telefon bimbitnya berdering kuat dengan lagu Bon Jovi. Pantas Jai menjawab.
Apa
Jai berlari ke tempat letak kereta semula. Kereta dipandu laju menuju ke rumah bujang lamanya. Tadi Koci hubunginya. Salina dah terjelepok pengsan di depan pintu rumah.
Macam mana Salina boleh pengsan kat situ Bingung memikirkan kejadian yang tak masuk akal. Sepanjang perjalanan, otaknya ligat berfikir. Memang tak masuk akal!!
Eh! Apa hal pulak ni Jai berhenti di luar pintu pagar. Dia jenguk ke laman rumah. Ada beberapa orang yang berkopiah sedang bercakap dengan Koci di ruang tamu. Pintu rumah terbuka luas.
Jai menapak perlahan ke arah rumah. Terpinga-pinga melihat Koci dan Salina bersama empat lelaki lain.
Err..apa yang dah berlaku ni Jai pandang Koci yang dah tunduk membisu. Salina pula dah menangis teresak-esak.
Encik ni siapa Salah seorang lelaki berkopiah bertanya.
Saya kawan Kocierr..maksud saya Farid. Jai melabuhkan punggung di sebelah Koci. Muka Koci dah berserabut. Pucat!
Koci..apa yang dah berlaku Jai pegang bahu Koci yang tunduk dari tadi.
Aku..aku.. Koci meraup muka. Ada titisan jernih keluar dari matanya.
Encik, kawan encik ni dan perempuan ni kami tangkap kerana telah berkhalwat di dalam rumah ni.
Jai terbeliak. Terkedu! Pantas dia menoleh ke arah Koci dan Salina.
Awak..saya difitnah! Saya pun tak tahu macam mana saya boleh berada di sini! Salina pandang Jai dengan esak tangis.
Betul Jai..Salina tak tipu. Aku nak cerita pun..kau tak akan percaya. Koci sekali lagi meraup muka.
Tapi tadi kau call aku..Salina pengsan di muka pintu rumah kan Jai pandang tepat ke anak mata Koci. Memang telinganya belum pekak lagi. Jelas suara Koci tadi mengatakan Salina pengsan di depan rumah.
Koci angguk.
Lepas tu Jai tak puas hati. Bingung!
Lepas tu..aku dukung Salina masuk ke dalam rumah. Aku letak dia atas sofa ni. Aku ke dapur nak ambik air minum untuk Salina. Aku dengar pintu diketuk. Aku ingat kau tapi bila aku buka, mereka ni dah tercegat di situ perkenalkan diri dari pejabat agama.. Koci menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.
Encik Farid, ikut kami ke balai untuk ambil keterangan. Apa-apa pun nanti, kita bincang di pejabat agama lepas tu, sama ada encik nak bernikah dengan perempuan ni atau macam mana. Nasihat kami, eloklah encik bernikah saja. Salah seorang lelaki berkopiah mencelah.
Jai terdiam.
Koci pula dah semakin sugul. Salina di sebelah dijeling sekilas. Mata Salina dah bengkak!
Salina..apa semua ni Jai pandang pula Salina. Suara serak Salina dah ketara.
Minta maaf. Kami terpaksa menahan rakan encik ni untuk tindakan selanjutnya.
Koci dan Salina terpaksa mengikut pegawai pejabat agama ke balai polis. Jai turut sama ke balai.
BALIK dari balai polis, Jai menuju ke rumah bujangnya dulu selepas menghantar Salina ke rumah abangnya di Kelana Jaya. Sampai di rumah, Koci dah termenung di sofa. Acik pula kebetulan malam tu tidur di rumah orang tuanya. Jai menapak perlahan ke arah Koci yang dah berserabai rambut. Kusut masai!
Jai duduk di sebelah Koci. Lama dia perhati wajah Koci yang sugul dari tadi. Siapa yang tak sugul kalau berlaku perkara macam tu. Aku pun akan jadi macam tu jugak!
Kociapa keputusan kau lepas ni Suara Jai dah kendur. Lemah. Simpati dengan apa yang telah terjadi.
Entahlahaku dah buntu! Aku tak tahu nak simpan mana muka aku ni. Tak sangka, niat aku nak tolong Salina berakhir macam ni.. Koci meraup muka. Memang itu peluang baginya untuk memiliki Salina tapi bukan dengan cara macam ni!
Akurela lepaskan Salina untuk kau.. Nada Jai dah berubah.
Koci dongak. Jai ditenung lama.Kau salahkan aku
Bukan macam tu..tadi kau sendiri dengarkan, ustaz tu minta kau bernikah secepat mungkin dengan Salina tu. Jai tunduk. Dia pun terpaksa melakukan semua itu demi maruah Salina.
Aku diperangkap Jai! Aku terima surat dari Salina. Salina nak jumpa aku kat hotel. Dia kata ada hal penting, masalah besar. Jadi aku segera ke hotel. Koci mula bercerita.
Kau terima surat dari Salina Jai terkejut.
Koci menoleh. Kenapa
Aku pun ada terima surat. Pengirim tu suruh aku jumpa Salina kat hotel. Hotel Flamingo kan Jai membuntang.
Koci angguk.
Apa yang ditulis dalam surat tu Koci pula tercengang.
Dia tuduh Salina tu ada buat benda tak baik. Aku tak percaya. Jadi aku ambil keputusan datang jugak kat hotel tu. Jai turut tercengang.
Kau datang pukul berapa
Sepuluh setengah.
Oh..
Kenapa Jai pandang Koci yang dah tunduk semula.
Aku sampai pukul sembilan. Aku jumpa Lisa. Dia..
Lisa Jai menelan liur. Minah gedik tu buat apa kat situ
Ya..Lisa cakap dia nampak seorang lelaki bersama Salina. Kemudian lelaki tu bawa Salina ke bilik hotel. Aku pun tak nak percaya. Aku cari Salina kat bilik tu. Bila aku sampai kat bilik tu, Salina tak ada. Jadi aku balik rumah. Sampai rumah, aku tengok Salina dah pengsan depan muka
pintu rumah ni. Koci jelaskan apa yang telah terjadi. Dia tak nak Jai salah anggap padanya pula.
Tapimacam mana Salina boleh pengsan kat rumah ni Jai berkerut kening.
Koci jongket bahu. Dia menundukkan wajah. Keliru. Bingung!
Aku kena tanya Salina sendiri..apa yang berlaku sebenarnya. Jai sandar di sofa. Ah! Bingung macam ni! Bala apa pulak ni!!
Jaiaku minta maaf sebab kejadian tu, kau dan Salina dapat malu Koci menyeka air mata yang tumpah.
Jai jeling Koci. Pertama kali melihat Koci menangis macam tu. Buruk!
Seri pun terpalit sama! Jai ketap bibir.
Jadi kau salahkan akulah ni Koci beliakkan mata.
Dahla! Benda dah jadi. Sekarang ni kita kena berbincang secara berdepan dengan keluarga masing-masing. Sebelum tu..aku nak tanya Salina dulu apa sebenarnya yang dah berlaku. Jai minta diri. Dia jeling jam di pergelangan tangan. Hampir satu pagi.
Jaikalau aku kena nikah dengan Salina, aku harap kau sudi ambil Seri jadi pengganti Salina.. aku harap sangat.. Koci dah merayu. Tak sanggup menentang muka Seri dan keluarga Seri bila mereka tahu perkara ni nanti.
Kociboleh tak tenang dulu. Benda ni kita kena bincang dulu. Sudah! Pergi tidur! Hujung minggu ni kita bincang. Aku balik dulu. Sekali lagi Jai minta diri.
Koci hanya pandang Jai meninggalkan rumahnya. Sebak.