Abstrak Cinta Aku & Dia - 41
BAB 41

ZACK lebih banyak termenung pada hari ini. Segala kerjanya dibuat dengan separuh hati. Fokusnya tiada. Fikiran melayang. Setiap teguran dari rakan sepejabat hanya dibalas dengan sepatah dua kata ataupun hanya seulas senyuman. Kerapkali dia melihat jam, mengira waktu. Dalam hati rasa ralat. Terasa menyesal kerana berjanji dengan Kate malam tadi. Dan kini, dia seperti tak keruan.

Dari pagi membawa ke tengahari, dan kini beransur petang. Waktu kerja telah tamat sepuluh minit yang lalu. Zack masih lagi dalam mood yang sama seperti pagi tadi.

Oi Zack! Apahal kau termenung lagi ni Tak nak balikJoe Zulkifli menegur, turut merasa pelik dengan sikap Zack hari ini.

Tak ada apalahZack menyahut tanpa berpaling ke arah Joe Zulkifli..

Tak ada apa Zack, dari pagi sampai sekarang aku tengok kau lain macam. Nak aku speku kena tinggal dengan awek, kau mana ada awek. Budak Liana tu memang dah lama tinggalkan kau

Kuang ajaq.Zack tersengih sedikit. Tak ada nama lain ke yang kau nak petik

Joe Zulkifli angkat kening. Kau kenapa, Zack

Zack menolak rambutnya ke atas. Kerusi dipusingkan lalu dia mengadap ke arah lelaki itu yang sedang bersandar di kubikel.

Joekau pernah berjanji dengan orang tak Soal Zack.

Seram pulak aku dengar soalan kau ni. Jiwang semacam.Balas Joe Zulkifli, tersengih sedikit sebelum menyambung kata.

Pernahlah. Takkan tak pernah pulak. Kenapa

Pernah tak kau berjanji dengan orang tapi kau tahu yang kau tak patut berjanji. Sekarang kau rasa menyesal sebab berjanji dengan orang tu

Kejapkejap.Joe Zulkifli memintas.Kasi aku hadam ayat kau kejap. Sastera sangat bunyinya

Zack angkat kening.

Okeyfaham.Sambung Joe Zulkifli lima saat kemudiannya. Jadi, masalahnya sekarang

Itulah masalah aku. Aku dah janji dengan orang, sekarang aku rasa menyesal.

Joe Zulkifli terangguk-angguk, gaya ahli psikologi. Macam nilah. Agak-agaknya...kalau kau mungkir janji, orang tu marah tak

Marahlah.Jawab Zack.

Teruk ke orang tu marah

Dapat jugalah, maki-hamun. Jawab Zack lagi.

Maki hamun aje kan Tak adalah sampai kau kena panah petir keapa kan

Melampaulah tusampai kena panah petir.

Joe Zulkifli ketawa, tapi tak lama.

Macam nilah. Kalau kau mungkir janji sebab kau ikut janji kau tumana satu yang kau akan rasa lagi menyesal kalau tak buatSoal Joe Zulkifli lagi. Errkau faham tak ayat sastera aku ni

Zack angguk. Kemudian dia diam dan berfikir.

Lama sangat fikirnya. Aku rasa, jawapan tu dah ada dalam kepala kau.Sambung Joe Zulkifli, masih lagi dengan lagak ahli psikologi.

Zack menghela nafas panjang.

Dah. Jomlah balik. Kau jadi penunggu kat ofis ni pun, bukan dapat apaAjak Joe Zulkifli kemudiannya.Jomlah..

Zack senyum sumbing. Meja dikemas serba sedikit dan komputer dimatikan untuk pulang.

Okey Zack, gerak dulu. Assalamualaikum Ucap Joe Zulkifli setelah mereka tiba di tempat parkir kenderaan. Dia bergerak ke tempat parkir motosikal manakala Zack menuju ke arah keretanya.

Punat kunci di tekan. Pintu kereta dibuka. Zack masuk dan menghidupkan enjin. Sementara menantikan enjin kereta panas, otaknya masih memikirkan Kate. Dia berpaling ke belakang. Sebuah kotak bersaiz sederhana dicapai dari tempat duduk belakang. Hadiah itu sepatutnya diberikan kepada Kate di KLIA hari ini tetapi dia sudah terlajak janji. Sekarang, dia tak pasti apa yang perlu dibuat dengan hadiah itu.

Zack meneliti jam tangan. Sudah pukul enam petang. Daftar masuk penerbangan antarabangsa adalah seawal tiga jam sebelum kapal terbang berlepas. Kalau dia ke KLIA sekarang pun, ditambah pula dengan jalan yang sesak, pasti dia tak akan sempat untuk berjumpa dengan Kate.

Zack mengeluh, kotak hadiah diletakkan di sebelah tempat duduk pemandu. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket kiri. Tak dapat ke KLIA pun tak apalah. Mungkin, dia boleh berbual sebentar dengan Kate sebelum Kate berlepas.

TERMINAL 5, KLIA

KATE lebih banyak mendiamkan diri. Hanya memerhatikan orang ramai ke sana ke mari di KLIA ini. Sebak dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu. Dia warganegara Malaysia. Separuh umurnya dihabiskan di sini manakala separuh lagi di luar negara. Kemudian, dia kembali semula ke Malaysia. Sudah tentu banyak kenangan pahit manis yang tak mungkin akan hilang dari hidupnya. Bait-bait kenangan itu akan terus disimpan dalam kotak memori.

Tapi, itu tak bermakna dia perlu terus berpaut pada kenangan, bukan Sebab itu, dia mengambil keputusan ini. Walaupun hati rasa berat, dia perlu melakukannya. Mungkin, bila bertukar angin nanti, sesuatu yang lebih baik akan muncul.Nafas dihela perlahan. Kate melihat jam tangan. Sudah pukul 7:45 petang.

Andywhere is Audrey Soal Kate kepada Andy di sebelahnya.

Not sure. She is busy with her phone just now Jawab Andy.

Yeah, I can see that.Balas Kate. Awal setengah jam tadi, Audrey sibuk dengan telefon bimbit. Macam ahli perniagaan pula. Entah apa yang Audrey sibukkan sangat pada waktu-waktu begini.

To whom shes talking to

No idea.Andy menggeleng.

I think, I should go now.

Yes, I think you should.Andy turut mereling jam tangan. Kemudian, dia bangun dari kerusi. Kepalanya terjengah-jengah mencari kelibat Audrey.

Lookthere she is.Andy berkata.

Audrey melangkah pantas ke arah mereka.

Where have you beenKate menyoal, sedikit kehairanan melihat tingkah Audrey.

Sorry, caught up with something.Jawab Audrey sambil melihat jam dan kemudian memandang ke sekeliling terminal.

Whats wrong with you Kate bertanya lagi.

Nothing.Jawab Audrey. Dia kemudiannya tersenyum memandang Kate. Lama-kelamaan, senyuman itu bertukar sayu.

AudreyKate mengeluh.You knowI hate to see your face like that

I knowI cant help it.Audrey menggigit bibir.

So Audrey melepas nafas berat. Ready to go

Kate angguk dan tersenyumtawar.

Dont forget what Ive told you. It will be a long hours flight. If you feel pain or stiff at any part of your body, get help quickly. Try to move around as much as you can, okay

Okay.Balas Kate.

Gosh...Kate. I love you so much. Give me a hugAudrey mendepa tangan. Dia dan Kate saling berpelukan.

I love you too, Audrey.Balas Kate. Sehabis daya, air matanya cuba ditahan dari tumpah.

Send my regards to Uncle Max and Aunty Ellis. And Janeand Dave.

Sure. My family would love to see you again Kate mengeratkan pelukan.

Audrey...Its not like we wont see each other again. Soplease, stop crying.

Shut up.Marah Audrey dan Kate hanya ketawa.

KateAudrey melepaskan pelukan. Air matanya diseka dengan tapak tangan. I have a surprise for you

What is it

Audrey senyum dalam tangisan. Tubuh Kate dipusingkan perlahan.

Hai Kate.

Kate tergamam.

SEPULUH minit berlalu.

Zack dan Kate duduk sebelah-menyebelah namun tiada kata-kata yang keluar dari mulut. Hanya terdiam melayan perasaan.

Andy dan Audrey pula telah menghilangkan diri. Audrey memberi alasan untuk ke bilik air. Kapalterbang ke London akan berlepas kurang dua jam dari sekarang. Jadi, Audrey sengaja membiarkan Zack dan Kate meluangkan sedikit masa berdua.

Zack menjeling Kate di sebelah. Mujur dia menelefon Audrey terlebih dahulu tadi. Nasibnya baik kerana Kate belum berlepas ke pintu masuk penerbangan antarabangsa. Keretanya dipandu selaju mungkin. Entah-entah, sudah terkena perangkap had laju dan bakal disaman.

KateZack memecah sunyi.

Kate menoleh dan Zack menghadiahkan senyuman. Dia menarik nafas panjang.

Idiot. Youve promised not to comeSuara Kate mendatar.

Zack senyum, langsung tak mengambil hati. Sedikit sebanyak, dia sudah menjangka ayat yang bakal keluar dari mulut Kate.

I ada hadiah untuk youTutur Zack. Kotak hadiah bersaiz sederhana dihulurkan kepada Kate.

Apa ni

Zack angkat bahu.

Boleh buka sekarang

Zack angguk.

Kate membuka penutup kotak hadiah.

Chupa ChupsKate tergelak sendiri. Berbatang-batang Chupa Chups ada dalam kotak itu.

Chupa Chups pun ada di UK.Sambungnya, masih tergelak. Jarinya membelek gula-gula di dalam kotak. Hampir kesemuanya berperisa strawberi.

Tak sama macam kat MalaysiaBalas Zack, cuba berseloroh.

Betul. Tak sama macamkat Malaysia. Suara Kate tertahan-tahan. Tak akan samaAir mata yang cuba ditahan dari jatuh akhirnya luruh.

KatePanggil Zack.

Kate menundukkan wajah.

Sorry sebab I mungkir janji. I betul-betul nak jumpa you sebelum you pergi sebabI tak tahu bila lagi I dapat jumpa youZack berkata, perlahan.

Kate masih diam dalam esakan.

KateSecara spontan, rambut Kate yang terurai, Zack selitkan di celah telinga. Menampakkan wajah Kate yang kini basah dengan air mata. Wajah Kate itu direnung seketika.

KateIZack tarik nafas dan menghembuskannya perlahan.I have a confession too

Ya What is it

You are my kawan and I pun sayang you

Kate mengangkat muka. Pandangan saling terkunci dalam renungan. Lama.

I miss you already, ZackKate menahan sebak.

Zack senyum. I takkan hilang ke mana-mana. Will always be insideJari telunjuk mengarah ke dada. Here..

Idiot. You're making me cry again Tangisan Kate terhambur lagi.

Zack ketawatapi hambar.

Andy dan Audrey kembali ke tempat mereka duduk. Audrey memandang Kate. Membuat isyarat mata yang bermaksud, Kate perlu pergi sekarang.

Its time.Kate menghela nafas panjang lalu bangun.

Zack turut bangkit dari duduknya.

AndyKate memandang Andy. Be nice to her, okay

Shes my queen, Kate. You know I will.Balas Andy, tersenyum. Take care of yourself.

You too. Both of youBalas Kate.

AudreyKate dan Audrey berpelukan sekali lagi. Tiada ucapan kali ini. Beberapa saat kemudian, pelukan terlerai.

Zack Panggil Kate.

Yes Zack menyahut.

Remember the promise. Our Chup Chup promise.Kate tergelak sedikit selepas berkata.

Zack angguk dan tersenyum. Jauh di sudut hati, dia sebenarnya terasa berat mahu melepaskan Kate pergi.

And Zackplease pray for me.

I will KateInsyaAllahZack menarik nafas panjang. Iya,sudah pasti dia faham akan maksud Kate itu. Untuk kesekian kalinya, pandangan mereka terkunci.

Kate terasa kolam matanya kembali bergenang.

Okayguys.Kate menarik nafas lagi. This is it. I really have to go now

Let us know once you arrive safelyUjar Audrey.

SureKate tersenyum. Pandangan beralih pula pada Andy. Dan Zack kemudiannya. Mata mereka bertentangan buat terakhir kali.

Okaythen. Goodbye.

Kate berpaling dan terus melangkah pergi.

KLIA ditinggalkan. Zack memandu perlahan di lebuhraya. Cuba untuk fokus tetapi ketika ini, fokusnya kurang. Wajah Kate terbayang di ruang mata. Suara Kate sehinggakan cara Kate yang pelat ketika bercakap bahasa Melayu itu pun, terngiang-ngiang di telinga.

Katelyn Rose Banham.

Lets call this promisea Chup Chup promise..

Im happy to get to know youshare all my thoughts and feelings with you

I feel so lucky to have you as my kawan. Knowing you, makes me want to be a better person.

You are my kawan and I sayang you.

I miss you already, Zack

Terasa ada air di kolam mata. Perbualan yang pernah dilontarkan bersama Kate bagai berputar kembali.

Hisshhhh! Apahal aku emo sangat niZack menghembus nafas kasar. Kepala tergeleng beberapa kali. Sangatlah tak macho untuk mengalirkan air mata sebab teringatkan awek yang baru pergi

Awek Huh!

Nafas dihembus lagi.

Tak boleh jadi ni

Fokusnya sudah benar-benar hilang. Segera matanya menangkap R&R terdekat lalu memberikan isyarat ke kiri. Kereta diparkir di kotak parkir lalu Zack terdiam sendiri.

Dia pernah terluka ditinggalkan orang yang disayang. Pedihnya rasa itu, hanya Tuhan saja yang tahu. Kini, dia kehilangan Kate. Entah mengapa, dia merasakan, sakitnya lebih pedih dari ditinggalkan Liana walaupun Kate bukanlah kekasih.

Kenapa

Perlahan-lahan Zack keluar lalu bersandar di pintu kereta. Enjin dibiarkan hidup. Lagu yang berkumandang di radio menjadi peneman ketika ini.

Waktu terasa semakin berlalu

Tinggalkan cerita tentang kita

Akan tiada lagi kini tawamu

Untuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia

Dan kita bersama saat dulu kata

Ada cerita tentang masa yang indah

Saat kita berduka saat kita tertawa

Zack memandang ke langit...lama. Hatinya tertanya-tanya, di dalam kapalterbang yang mana...Kate berada...