Arissa Daniel - 41
BAB 41

SENYUMAN terukir lebar di bibir Daniel. Dia menapak perlahan ke bilik air. Balik dari rumah Arissa tadi, jiwanya gelisah. Masih terbayang wajah putih Arissa masa menyuap nasi kepal ke mulut Arissa tadi. Masa itulah dia ambil kesempatan menatap wajah putih Arissa sedekat yang boleh. Ah! Jahatnya aku ni!

Daniel mula membersihkan diri. Sudah hampir lewat malam. Zaki pun sudah hanyut dibuai mimpi agaknya di bilik sebelah. Dia menyarung pajamas dan mula menapak ke balkoni bilik. Melihat keindahan suasana malam.

Arissa..I love you so much.. Daniel meraup muka. Dia kembali ke katil.

SEAWAL lapan setengah pagi, Daniel sudah berada di pejabat. Sejak bergelar seorang muslim, hidupnya sudah terarah. Jam lima setengah pagi sudah bangkit dari tidur. Solat subuh dan baca terjemahan Quran. Sarapan dan terus ke pejabat. Kalau dulu, jam tujuh setengah pagi baru buka mata.

Hmm..banyak juga kerja ni. Daniel belek beberapa surat yang diberi Sherry tadi sebelum melangkah masuk ke bilik pejabat. Dis senyum. Surat yang ditunggu selama ini.

Good! Senyuman Daniel semakin lebar. Surat arahan saman dari pejabat peguam untuk Tan Sri Johari Nasir sudah siap. Bulan depan akan bermula perbicaraan.

Aku harap dia juga terima salinan surat ni. Daniel senyum sinis. Dulu dia rasa tidak ada peluang untuk menang bila mendiang ayah ingin mengambil tindakan mahkamah tapi sekarang dia sudah yakin. Bukti yang diperolehi cukup untuk mengalahkan Tan Sri Johari Nasir dan mengambilalih semula JN Biotech.

Telefon berdering kuat. Perlahan Daniel angkat gagang.

Hello!Yes Bennett! Whats up Daniel senyum. Dia mengangguk tanda faham. Gagang diletak semula.

Nampaknya Bennett sudah mendapat maklumat yang sudah lama dikehendakinya dari Datuk Mustafa. Dendamnya pada Tan Sri Johari Nasir dan Datuk Mustafa tidak akan padam selagi belum dibalas. Pukul lima petang nanti mereka akan berjumpa di sebuah restoran di KLCC.

Daniel menyambung semula kerjanya. Dia perlu selesaikan semua itu secepat mungkin. Pukul dua petang nanti dia ada temujanji dengan Datuk Lim, pemilik kilang plastik yang membekalkan bahan pembungkusan untuk produk makanan. Sayap perniagaannya dilebarkan kepada makanan sejuk beku. Kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam dan Halal Development Center (HDC) juga turut menampakkan kejayaan. Kalau dulu dia tak kisah soal halal haram tetapi sekarang syarikatnya perlu bertegas tentang itu. Jadi, JN Biotech memang sangat penting baginya untuk membuat kajian dan analisa ke atas semua produk keluaran syarikatnya.

MERCEDES hitam 7 series meluncur laju menuju ke arah KLCC. Sengaja Daniel keluar awal sebaik habis berbincang dengan Datuk Lim tadi. Dia perlu sampai di KLCC sebelum pukul lima petang. Sekitar kawasan jalan menghala ke KLCC memang sesak teruk tambah lagi kalau melalui Jalan Tun Razak.

Tiba di KLCC, Daniel segera menuju ke sebuah restoran di situ. Dari jauh dia telah melihat Bennett sudah menunggunya di situ.

Bennett!! Daniel cepatkan langkahnya.

Daniel!

Daniel melabuhkan punggung berhadapan dengan Bennett di sebuah meja yang terletak agak terselindung dari meja lain.

So, do you have it Daniel terus bertanya Bennett.

Bennett angguk. Dia keluarkan satu sampul surat coklat.

Daniel segera buka sampul surat itu. Isi kandungan surat itu diteliti satu persatu. Dia senyum lebar.

Good job Ben! Daniel tepuk bahu Bennett.

Aku tolong mana yang termampu. Aku pun tak sangka Datuk Mustafa juga ada agendanya sendiri. Bennett berkata lemah. Baharu tersedar selama ini dia digunakan Datuk Mustafa untuk kepentingan sendiri.

You know what Bukti ni aku akan gunakan untuk menentang Tan Sri nanti. Biar dia tahu siapa Datuk Mustafa. Daniel senyum lebar.

Daniel, kau kena hati-hati. Aku tahu sikap Datuk Mustafa. Just be careful.. Bennett pandang Daniel. Ada riak serius.

I know. No worries. Daniel senyum. Dia tepuk bahu Bennette.

So, apa cerita kau sekarang Aku dengar kau kerap ke Korea. Ada perempuan baru ke kat sana Bennett ubah topik. Dia sengih.

Daniel senyum kelat.

Nothing....saja aku nak rehatkan diri. Too many works to do, sometimes we need to pamper ourselves. Daniel kenyit mata.

Kita minum dulu. This time aku belanja. Bennett mula panggil pelayan restoran.

Err..Ben, aku dah kenyang. Minum pun aku dah minum banyak tadi. Daniel mula cari alasan. Bennett sudah pesan minuman keras.

Oh really Tak syok la kalau aku je minum. Bennett pandang Daniel yang sudah berlainan. Dulu, dia pantang dipelawa. Mahunya satu botol dia togok.

Kau minumlah. Daniel senyum lagi. Itulah cabaran yang selalu dihadapinya setiap kali berjumpa dengan kawan atau rakan bisnes yang bukan muslim dan setiap kali itulah dia terpaksa berbohong. Kadang-kadang dia terpaksa pesan jus atau air kosong saja.

Err..mak kau macam mana Daniel ubah topik. Bimbang Bennett tanya banyak soalan nanti.

Dia sihat. Terima kasih Daniel. Aku malu pada kau. Bennett tekup muka. Dia tunduk.

Sudahlah. Dia dah sihat tu okey la tu. Daniel tepuk lagi sekali bahu Bennett.

Hi Ben! Daniel!

Serentak Bennett dan Daniel berpaling. Sharif sudah menapak ke arah mereka. Daniel segera lipat sampul surat tadi dan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Hai Sharif! Kau dari mana Bennett sengih. Dia jeling Daniel.

Sharif melabuhkan punggung sebelah Bennett.

Aku dari pejabat ayah aku tadi. Kebetulan aku ada hal sikit kat sini, nampak korang kat sini. So, whats up dude Sharif sandar di kerusi. Kunci kereta diputar-putar dengan hujung jari telunjuk.

Nothing...just hanging around. Bennett senyum. Cuba sembunyikan apa yang berlaku sebenarnya.

Oh..ni, I have something to tell you guys. Sharif sengih.

Apa dia

Im getting married!

What Are you kidding me Bennett tercengang. Dia jeling Daniel yang juga turut tercengang.

Kau nak kahwin Siapa perempuan malang tu Giliran Daniel pula ingin tahu.

Hahahaha! Memang malang pun perempuan tu. Aku ni bukan setia pada satu perempuan. Sharif ketawa besar.

Kau biar betul Sharif. Habis tu kenapa kau nak kahwin kalau kau dah terang-terang tak nak setia Daniel jeling Sharif. Memang Sharif tak pernah nak serius bila bab perempuan.

Aku tak suka komitmen. Tak bebas. Kalau dia tak suka cara aku, terpulang. Sharif masih ketawa.

Habis tu tak payah la kahwin! Bennett pula menyampuk.

Itu pilihan ayah aku. Dia yang nak aku kahwin dengan anak Tan Sri Johari tu. Katanya dia dah bincang dengan Tan Sri. Jadi semua urusan perniagaan tidak ke mana nanti. Benda tu semua bull shit la bagi aku. Sharif mula serius.

Daniel terdiam. Bermakna Nelissa bakal isteri Sharif! Macam mana dengan Zarul

Kau setuju Daniel pandang tepat ke anak mata Sharif.

Mulanya aku tak setuju tapi bila aku fikir balik, okey juga. Anak perempuan Tan Sri tu cantik sangat. Masa majlis keraian dulu tu, aku tengok dia so gorgeous! Really! Aku rasa aku nak dia jadi isteri aku. Tak adalah aku buang masa nak cari perempuan kalau aku nak. Sharif kenyit mata.

Daniel senyum sinis. Faham sangat dengan perangai setan Sharif. Dalam sebulan mesti cari dua tiga perempuan! Lebih teruk dari Zarul rupanya. Zarul tak ada la kemaruk sangat nakkan benda tu tapi Sharif..gila!

Siapa nama dia Sengaja Daniel tanya.

Arissa Lee Badlisha... fuh! Geram aku tengok dia masa tu. Sharif terbayang kembali saat dia kenal anak perempuan Tan Sri Johari masa di majlis tu dulu.

What Daniel pula terkejut.

Apa hal kau ni bro Sharif jeling Daniel yang sudah menyinga.

Kau pasti perempuan tu anak Tan Sri JN Tanya Daniel bersungguh. Dia sudah gelisah.

Ya la! Masa majlis keraian malam tu, Tan Sri sendiri yang kenalkan Arissa tu anak dia. Kenapa Sharif berkerut kening. Pelik melihat reaksi Daniel.

Aku rasa kau salah orang. Apa yang aku tahu anak perempuan Tan Sri JN, nama dia Nelissa, bukan Arissa! Daniel menjelaskan perkara sebenar. Dia mengetap bibir. Dulu kerana salah faham macam tulah, Arissa gadis yang dicintai dalam diam menjadi mangsa dendamnya sendiri.

Kau jangan nak main-main dengan aku bro. I dont like this kind of joke. Sharif senyum kelat. Matanya menala ke arah Daniel dan Bennette silih berganti.

Its true Sharif. Nelissa is Tan Sri JNs daughter. Bennett mengiakan kata-kata Daniel.

You mean..Ary Rose Sharif teringat malam itu Nelissa pernah kenalkan dirinya sebagai Ary Rose.

Serentak Daniel dan Bennett mengangguk.

Then, siapa Arissa Sharif pula tercengang.

So, kau dah tahu ni kau nak teruskan jugak ke Bennett pandang Sharif yang masih keliru.

Sharif masih berfikir. Maknanya gadis di sebelah Arissa malam itu adalah anak perempuan sebenar Tan Sri Johari Nasir Ah! Pening!

Hmm..okey. Mungkin aku salah faham malam tu. Mungkin juga Tan Sri anggap Arissa tu sebagai anak dia tapi aku rasa aku lebih suka Arissa tu. Kau tahu kat mana aku boleh cari dia Sharif senyum lebar.

Daniel menelan liur. Nampaknya Sharif juga sukakan Arissa. Ah! Ini tak boleh jadi! Aku tahu siapa Sharif! Lebih teruk dari Zarul!

Kau nak buat apa cari dia Daniel sudah gelisah.

Kau ni tanya lagi! Macam tak pernah buat kerja tu! Heaven tu bro! Sharif ketawa besar.

Daniel menahan rasa getar amarahnya. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia bagi penumbuk pada Sharif! Arissa hak aku!!

Aku blah dulu. Daniel bingkas bangun.

Cepatnya kau nak pergi Minum dulu bro!

Seorang pelayan menuang minuman yang dipesan Bennett tadi.

Ben..kenapa dengan Daniel tu Menyinga bila aku sebut nama Arissa. Dia kenal ke siapa Arissa sebenarnya Sharif cuit lengan Bennett yang sudah menogok Taquila.

Entah.. Bennett jongket bahu.

Sharif berkerut kening. Dia hanya perhatikan Daniel meninggalkan restoran itu. Ada sesuatu yang tidak kena.

DANIEL sudah gelisah. Pintu bilik dihempas kuat. Dia lempar sampul surat yang diambil dari Bennett tadi di atas meja kerja. Mundar mandir di bilik. Kata-kata Sharif tadi nyata telah menggugat dirinya.

Argghhh!!!!

Tuk! Tuk! Tuk!

Daniel berpaling. Bunyi ketukan di pintu jelas di telinganya. Dia menapak perlahan ke arah pintu.

Oh..Zaki..ada apa Daniel cuba kawal perasaannya.

Bos okey ke Tadi saya dengar macam bos menjerit kuat.. Zaki mula cemas. Bimbang kalau Daniel buat sesuatu yang tidak dijangka. Dia faham perasaan Daniel yang sarat dengan seribu satu masalah. Kes mendiang ayahnya belum selesai, timbul pula masalah Arissa yang tidak membalas cinta Daniel.

Im okay.. Luas pintu dibuka. Zaki dipelawa masuk.

Boss..are you sure Zaki masih tidak puas hati. Jelas riak Daniel sudah pucat dan bingung.

Daniel duduk di sofa. Dia tunduk sambil menekup kepala. Buntu!

Bos..kalau saya boleh tahu, saya sedia mendengar.. Zaki mula serba salah.

Arissa...I love her so much.. Ada titis jernih di pipi Daniel.

Zaki tunduk. Sampai begitu sekali Daniel mencintai Arissa. Dia juga serba salah sebenarnya. Arissa pula degil.

Bos...sabarlah. Suatu hari nanti Arissa akan balas cinta bos. Percayalah.. Zaki cuba tenteramkan Daniel yang sudah sugul.

Zaki...tell me what should I do Daniel mendongak. Terasa dirinya sudah terdesak. Apatahlagi mendengar berita terbaru Sharif tadi.

Hmm...esok saya akan jumpa Arissa sendiri. Bos jangan risau. Saya akan usahakan apa yang mampu. Zaki tepuk bahu Daniel yang masih tunduk.

Elok rasanya bos ambil wudhuk. InsyaAllah bila kita mengalami masalah macam ni, kita akan merasa tenang, ambil wudhuk, solat sunat dan baca quran. Saya dah ajar bos hari tu..mohon pada Allah. Zaki cuba pujuk Daniel. Saudara baru macam Daniel perlu diberi perhatian lebih. Bukan ditinggalkan tanpa pendidikan dan pembelajaran yang jelas tentang hal agama.

Mari.... Zaki bangun. Matanya masih menala pada Daniel yang masih tunduk.

Zaki...please..saya nak nikah dengan Arissa. Help me. Daniel pandang Zaki yang sudah tersenyum. Entah kenapa dia berani berterus terang tentang soal hati. Selama ini soal itulah yang paling dijauhkan dari dirinya. Baginya hidup hanya untuk seronok. Tiada rasa cinta.

ZAKI kembali ke biliknya semula. Daniel sudah mula reda. Usai solat Isyak tadi, mereka berbual seketika.

Macam mana aku nak pujuk Arissa ni Zaki garu kepala. Buntu.

Dia menapak ke balkoni. Merenung bintang di langit. Cuba mencari idea. Ah! Pening macam ni!

Zaki menapak ke katil. Lampu ditutup. Dia nekad, esok dia akan pujuk Arissa sampai gadis itu setuju.