CINTA RIMAU - 41
Selama ibunya pulang, amat jarang mata mereka bertentang. Hasnah lebih banyak mendiamkan diri, melayan perasaan yang membungkam hanya malam pertama dia dibebaskan dari penjara, mereka tidur bersama. Hasnah kini selesa berada di bilik sendiri; bilik yang pernah dihuni Keris dulu di mana sesekali bertukar menjadi bilik tetamu andai ada rakan taulan dari jauh yang berziarah atau sekadar singgah sebelum ke destinasi seterusnya. Hasya tiba-tiba teringatkan Regina Ong di Montreal. Waktu tempatan di sana sekitar jam 9.45 malam. Dia lantas mendail nombor telefon kediaman isteri Bahrain itu menerusi Skype. Dengan dua tiga kali deringan sahaja, wajah Regina terpampang di skrin. Sudah berbaju tidur nampaknya.

Tanpa membuang masa, Hasya bertanya Regina sekiranya gambar Bahrain yang sedang bermain squash dengan sorang wanita Cina yang dihantarnya menerusi emel tempohari, sudah diterimanya Oh yes I have!

I am not sure if your husband is having an affair with that lady I will have to find out for you.

Sebenarnya Hasya yang tidak sabar-sabar lagi inginkan kepastian; bermalam-malam matanya tidak mampu

terpejam gara-gara telinganya terngiang-ngiang dengan pertanyaan: Apakah benar wanita misteri itu kakaknya sebagaimana yang didakwa Bahrain

No, shes not his sister.

Apa Bukan kakaknya sebagaimana yang dimomokkan Bahrain PENIPU! Bentak Hasya dalam hatinya. Mahu sahaja dia menjerit sekuat hati tapi berusaha sedaya upaya mengawal diri, kerana dia sedar betapa kuatnya naluri isteri yang bisa mengesan kecurangan sisuami andai gerak hatinya sentiasa didengari. Mungkin Regina Ong terlalu sibuk mengejar duniawi; itu dan ini, hingga dia menjadi buta hati. Lupa akan anugerah dari Tuhan yang letaknya jauh di dasar hati itu... Atau mungkinkah juga kerana lakonan Bahrain yang berkesan sehingga Regina gagal mengesan

Shes not his sister but a distant cousin who he considers as a sister.

Penerangan Regina itu hanya mampu meredakan sekelumit daripada debar jantungnya yang kencang. Benarkah wanita berambut topi keledar itu boleh dipercayai Regina Ong Di mana rasionalnya mempercayai bulat-bulat akan pernyataan bahawa hubungan antara mereka berdua hanya sekadar platonik semata Bolehkah lagi digunapakai teori: Bukan hanya Bahrain satu-satunya yang rapat dengan wanita berambut topi keledar, bahkan seluruh anggota keluarganya juga turut mengenal sama suami wanita berambut topi keledar itu Tidakkah ia kedengaran cukup klise untuk dipercayai membabi buta Tidakkah pernah terlintas di fikiran Regina Ong bahawa wanita berambut topi keledar itu berupaya berubah menjadi musuh dalam selimut hanya dalam sekelip mata sahaja Alangkan Hasya yang diamanahkan serta dibayar gaji untuk mengintip pergerakan Bahrain kini diibarat harapkan pagar, pagar makan padi, apa buktinya wanita berambut topi keledar itu seorang bidadari yang mampu menangkis godaan ke tepi

Namun, seandainya benar wanita berambut topi keledar sekadar mangsa keceluparan Hasya yang marah membuta tuli; amat malang sekali kerana sesungguhnya itu suatu yang tidak mampu dielaknya lagi tatkala hati disakiti, cemburu menguasai.

Hasya teringat kembali akan kata-katanya di saat keceluparan yang tidak terkawal tatkala terjadinya konfrontasi dengan Bahrain tempohari , When I first saw you, you stroke me like a lightning bolt now I wonder if I was actually riding a motorboat!

Panahan asmara yang dahulunya maha hebat, kini bertukar menjadi prasangka yang menghantui dan memamah jiwa sehingga menjadi luka dan nanah yang tiada penawarnya lagi...

Kerana Hasya tetap Hasya, I say the first word crossing my mind. I dont have any filter I can be an uncontrollable monster.