Dia memerhati sekeliling. Kondominium semewah ini, mampu ke Idlan beli dengan duit sendiri Rasa curiga membelit tak semena. Mana tahu kalau papanya bermurah hati belikan untuk Idlan. Bukan dia tak tahu Papa dan Idlan masih berhubung hingga sekarang. Kalau dengan Arash, Papa bukan main lagi berkira. Tapi, kalau dengan Idlan, semua benda pun boleh!
Irdiana kecilkan mata. Terbayang-bayang rayuan dibuatnya pada Papa supaya belikannya sebuah rumah mewah. Kata Papa, biar Arash sendiri yang sediakan tempat tinggal. Arash itu kan, suaminya. Dah memang jadi tanggungjawab suami sediakan kediaman untuk isteri. Sempat pula tu Papa buat contoh ketika Idlan jadi suaminya. Papa membeza-bezakan Idlan dan Arash. Manalah dia tak sakit hati
Kata Papa, Idlan tu muda-muda lagi dah boleh beli rumah sendiri. Tapi, Arash, asyik habiskan duit saja. Tak reti berjimat walau gaji beribu-ribu. Sudahnya, mereka cuma mampu tinggal di banglo yang Idlan belikan.
Kata Papa lagi, itu pun nasib baik Idlan beli atas namanya sebagai pemilik. Kalau tak, tentu Idlan akan merampasnya semula.
Irdiana ketap bibir. Marah kian membuak dalam diri dengan andaian yang direka atas sifat buruk sangka. Dia berjalan laju menuju ke pintu lif. Dengan kasar butang lif ditekan-tekan.
Idlan dan Ika yang sedang leka menonton, dikejutkan dengan bunyi loceng bertalu-talu.
Siapa yang datang, bang Soal Ika.
Perasaannya lain macam. Yelah, siapa nak datang lawat mereka Sedangkan keluarga mereka tinggal di kampung. Dia pula bukan ada kawan-kawan di sini. Kawan suami dialah, kut Tapi, kenapa tekan loceng sampai macam tu sekali Bunyi macam orang nak mengamuk aje.
Idlan jongket bahu. Dia tak pasti siapa yang datang ziarah mereka di hari minggu begini. Papa ke Dia berteka-teki.
Entahlah, sayang. Kejap abang tengok. Idlan bingkas dari kerusi lalu berjalan ke arah pintu.
Dia merengus kasar apabila melihat Irdiana di sebalik skrin kecil yang melekat di dinding. Hairan. Macam mana perempuan tu boleh lepas naik ke sini Mana security Erm... ada saja akal si Irdiana ni. Tentu dia menyelinap.
Ika mengekori langkah Idlan. Nak juga dia tahu siapa yang datang.
Terjojol wajah Irdiana sebaik saja pintu dibuka. Apa mimpi pula bekas isterinya ni datang ke mari
Dari mana Irdiana tahu tempat tinggalnya yang baru ni Hish... tak senang hati sungguh dia tengok muka Irdiana datang berkunjung. Macam ada sumpahan perempuan tu bawa sekali.
Ika pamer segaris senyum. Peristiwa yang berlaku di majlis perkahwinan Irdiana, sekelip mata dia lupakan.
Kak Irdiana. Jemput masuk, kak.
Idlan menoleh. Dipandangnya Ika dengan riak pelik. Apa hal pula isteri dia ni Tak payahlah nak berjemput-jemput. Geram pula dia dengan Ika.
You tak nak jemput I masuk, Lan Soal Irdiana tanpa pedulikan Ika yang mesra menyambut kehadirannya.
Erm... masuklah, pelawa Idlan berat hati. Ajakajak ayam orang kata.
Thanks.
Tanpa segan silu, Irdiana melangkah hingga ke ruang tamu. Dia memerhati sekeliling. Nyaman udara di sini. Perabot-perabot kelihatan elegen dan mewah sekali. Banyak betul duit Idlan sekarang ni. Rasa iri dengan isteri baru Idlan mula mengetuk pintu hati. Bertuah sungguh Ika.
Idlan tak tahu nak buat apa. Dia seakan mati kutu. Nak cakap apa pun dia tak ada modal. Cuma sesekali mata menjeling perut Irdiana. Dah pregnant agaknya. Untuk seketika, dia tumpang gembira.
Namun, terselit juga rasa rendah diri. Dia dan Ika, belum ada tanda-tanda akan timang cahaya mata. Lebih menambah rasa rendah diri itu, apabila ingat semula tempoh perkahwinan dengan Irdiana hingga mencecah bertahun-tahun, tapi langsung tak dikurniakan zuriat.
Senang hati betul I tengok you sekarang, puji Irdiana ketika mata menyinggah pada lengan Idlan yang dipaut Ika. Nak tunjuk kemesraan depan dialah ni kononnya. Suara jahat mula berbisik.
Ika hanya tersenyum. Dia sebenarnya tak tahu nak bualkan apa dengan Irdiana. Kak Irdiana duduklah. Nanti Ika buatkan air.
Belum sempat Ika nak melangkah ke dapur, Idlan terus menyambar tangannya. Tak payah buat air. Dia mungkin singgah sekejap saja.
Ika berdiri macam patung. Pergelangan tangannya kuat dipaut Idlan. Dia mengeluh dalam hati. Tahu Idlan tak suka, tapi Irdiana tu tetamu mereka. Dia datang sebagai tetamu, kenapa perlu tunjuk sikap sombong sebagai tuan rumah
Cantik dan nampak mewah kondo ni. Berapa harga you beli
Idlan senyum sinis. You datang semata-mata nak tanya fasal harga kondo ni saja
Irdiana balas senyum sinis Idlan. Dalam hati berkata-kata, nampak sangat bukan Idlan yang beli kondo ni. Kalau betullah dia beli dengan duit sendiri, takkan dia macam nak mengelak dari jawab soalan tu
Entah-entah, Papa yang belikan kondo ni untuk you. Irdiana serkap jarang.
Apa halnya Papa nak belikan I kerja, ada duit sendiri. Bukan macam you. Idlan balas menyindir. Banyak cantik muka Irdiana nak kata macam tu Ingat dia ni apa Peminta sedekah
Irdiana mencebik. Kedua-dua tangan disilang ke dada. Manalah tahu kalau Papa bagi hadiah perkahwinan untuk bekas menantu kesayangan dia.
Kalau betul, apa masalah you Sengaja Idlan memberi soalan maut. Saja nak mendera hati dan perasaan Irdiana.
Jadi betullah Irdiana terbeliak.
Jawapan Idlan sungguh buat dia berasa jengkel yang amat. Tak malu sungguh Idlan. Dah tak ada kena-mengena lagi dengan keluarganya, masih mahu meminta-minta.
Betul apa
Kondo ni Papa yang belikan
Sudahlah, Ir. I tak ada masa nak layan you merepek. Kalau nak puaskan hati, apa kata you pergi tanya Papa. Kenapa nak buang masa datang sini semata-mata nak sakitkan hati orang Jangan datang ganggu kebahagiaan I dengan Ika. You dah tak ada kena-mengena dengan I lagi, tau.
Abang... janganlah marah kak Irdiana. Dia tengah mengandung tu. Ika tarik lengan Idlan berkali-kali.
Boleh tahan juga mulut suaminya ni. Langsung tak berlapik dan tak pandai nak tengok keadaan. Dia tahu sangat, perempuan mengandung jiwanya sensitif. Tapi, kalau Irdiana, dia tak tahulah macam mana. Mungkin Idlan lebih mengenali. Sebab tulah lancar saja katakata sindiran dari mulut Idlan.
Biarkan. Orang yang tak ada perasaan macam dia, ini sajalah caranya nak mengajar, kata Idlan dengan penuh rasa benci.
Irdiana mencebik. Kata-kata Idlan langsung tak meninggalkan bekas di hati.
Macam ni cara you layan tetamu Sekarang ni, siapa yang tak ada perasaan Kalau you betul-betul manusia yang ada perasaan, sekurang-kurangnya jemputlah perempuan mengandung duduk. Minum ke, makan-makan ke. Tak patut betul you layan perempuan mengandung macam ni. Irdiana usap perut sendiri. Seakan-akan memperli Idlan dan Ika pun ada. Yelah, dia dah mengandung, tapi Ika belum.
Buat apa I nak layan perempuan mengandung jenis macam you Kalau jenis yang baik-baik, tahu hormati perasaan orang, dah tentu I akan layan macam puteri raja. Tapi, kalau dengan you, tak perlulah. You tak ada hak langsung nak terima layanan baik dari orang kalau you sendiri pun tak tahu macam mana cara nak hormat perasaan orang. Jangan lupa apa yang you kata pada Ika masa kami pergi majlis kahwin you dulu. Sampai mati pun I akan ingat, kata Idlan lancar. Dah lama dia menyimpan marah untuk dihambur depan muka Irdiana. Kali ini, dia benar-benar puas hati.
Irdiana tergamam. Ika juga begitu. Masing-masing terkunci mulut. Irdiana tak tahu nak membalas apa. Ika pula tak tahu macam mana nak sejukkan hati Idlan yang macam ketuhar!
IRDIANA berjalan tak tentu arah di ruang tamu. Pulang dari kondominium Idlan, dia tak puas hati. Rasa cemburu dan iri dengan kesenangan dimiliki bekas suaminya. Apatah lagi ada teman di sisi. Seorang isteri yang jadi pengganti pada dirinya. Nampak sangat Idlan bahagia dengan Ika Alia. Dia boleh nampak macam mana perempuan itu mengurus rumahtangga dengan baik. T-shirt dipakai Idlan, langsung tak berkedut. Jadi, kehidupan Idlan kini lengkap semuanya. Ada kedudukan di samping isteri yang rajin dan baik.
Huh... kalau tak kerana dia yang menggesa Ika tunaikan hajat bekas mentuanya, Idlan takkan hidup bahagia dengan Ika. Soal kondominium itu pula, buat dia rasa musykil. Walau berkali-kali Idlan menafikan itu pemberian Papa, tapi dia tetap tak percaya.
Dia akhirnya duduk selepas penat berdiri. Dalam kepala masih memikir hal tadi. Bukan dia tak bahagia dengan kehidupan sendiri hingga cemburu dengan kehidupan Idlan. Tapi, dia cuma rasa kalah. Tak sangka
Idlan boleh maju berpuluh tapak ke depan walaupun tak bekerja di syarikat papanya lagi.
Tapi, Arash masih di takuk lama. Tak ada perubahan apa-apa. Tak sampai setengah bulan, gaji dah habis kerana boros berbelanja untuk kereta. Ubah itu, ubah ini. Semua benda nak diubah.
Jauh bezanya dengan Idlan. Idlan cuma habiskan duit untuk keperluan dia saja. Dia yang lebih banyak meminta kalau nak dibanding dengan keperluan Idlan sendiri. Patutlah Papa suka sangat beza-bezakan suaminya dengan Idlan. Dah memang betul Idlan lebih baik. Dia ketap bibir. Menahan kesal.
Honey...
Irdiana berpaling apabila dipanggil.
You ke mana tadi Soal Arash sambil melabuh duduk di sebelah Irdiana. Senyum manis diberi.
Sebelah tangan memaut lembut bahu Irdiana.
I pergi kondo Lan.
What Kening Arash terjongket sebelah. Rasa jengkel dengan jawapan diterima. Bunyi macam something.
I pergi kondo Lan la... you tak dengar ke I cakap apa ni
Macam mana you boleh tahu dia tinggal kat mana Arash menyoal lagi.
I siasat melalui Papalah. I bukan macam you. Lembab! Marah Irdiana tak semena. Segera menjauhkan diri. Tiba-tiba rasa menyampah pada Arash yang lebih ketinggalan.
Arash jongket kedua-dua bahu. Dah tak rasa hairan dengan kata-kata Irdiana yang kadang-kadang merendah-rendahkan dirinya.
Honey... kenapa you nampak marah Lan ada kata apa-apa pada you
I tak nak dia menang.
Tak nak dia menang Siapa
Irdiana menjeling. Geram betul dengan suaminya ni. Dah tahu kan, sekarang dia bercakap fasal siapa. Lagi Arash mahu tanya!
You ni lembablah. Siapa lagi kalau bukan Lan. Bekas suami I. You tahu tak sekarang ni bukan main dia hidup senang lenang dengan perempuan kampung tu. Duduk di kondominium mewah, belikan barang kemas untuk isteri dia. Kita Apa kita ada Kita tak ada apaapa, Rash. You tengok banglo kita duduk sekarang. Ini pun dia yang beli, tau!
Arash melepas keluhan panjang apabila Irdiana merungut. Kadang-kadang dia kesal dengan sikap Irdiana yang tak berubah. Dia turut kesal dengan diri sendiri. Akibat perbuatannya yang menekan Irdiana meminta cerai dari Idlan, roboh sebuah masjid yang terbina sekian lama.
Biarlah Lan tu. Buat apa you nak ganggu dia
Rash... Irdiana jegilkan mata. Tak sangka Arash akan kata begitu. Macam tak ada rasa apa-apa. Tak tergugat ke dia
What Soal Arash ketika melihat pandangan pelik isterinya.
Kenapa dengan you ni Langsung tak nak buka mata Sedar tak you sekarang ni depan mata Papa tak ada apa-apa. Nothing, zero!
So what
So... do something! Marah Irdiana sambil bingkas dari kerusi.
Arash garu kepala. Irdiana dah mula. Tak habishabis nak suruh dia maju ke depan. Nak maju macam mana lagi. Dia kerja, bukan tak kerja. Dia bekerja setaraf dengan kelulusan dia ada. Entah apa lagi Irdiana tak puas hati
Honey... boleh tak you tenangkan diri You tahu kan, sekarang you tengah pregnant. Please, calm down. I tak bolehlah nak tenang-tenang ni. I stress tahu tak Stress dengan Papa lagi, dengan you lagi. Sekarang, dengan Lan pula. I tak suka tengok dia bahagia dengan perempuan tu. I ingatkan bila kami dah bercerai, hidup dia akan merana sebab kehilangan I dan dia takkan bahagia dengan budak hingusan tu. Tapi, rupanya jangkaan I silap. Dan you pula... look at you... Lan lebih banyak duit dari you. You masih ke belakang, Rash. Macam mana Papa tak pandang rendah pada you!
Jadi you nak salahkan takdir You menyesal ke kahwin dengan I Come on, honey. Lupakan fasal dia. Kita dah ada kehidupan sendiri. I kalau boleh tak mahulah bermusuh dengan Lan lagi. I dah sedar sekarang yang I dah lakukan kesilapan.
You pun nak jadi macam Lan juga ke Nak jadi ustaz
Bukan macam tu, honey. Cuba you fikir, sampai bila you nak bermusuh dengan Lan Dulu you juga yang nak lari dari dia. Bila dia dah ceraikan you, macam ni pula sikap you. Tak habis-habis nak cari dia tu, kenapa Apa motif you sebenarnya You nak balik semula pada dia
Apa yang you mengarut, B I tak kata pun nak balik semula pada dia
Tengok pada kedudukan Lan lebih baik dari I sekarang, gaji dia lebih besar, you ada pasang niat nak balik semula dengan dia, manalah I tahu, kan
Irdiana kecilkan mata. Tak kuasa sungguh dia nak berdebat dengan Arash. Dahlah dia penat. Sekarang nak bertikam lidah dengan Arash pula Memang taklah!
Arash menggeleng berulang kali. Baru setahun hidup dengan Irdiana, dia dah rasa lelah. Macam mana Idlan boleh bertahan sampai tujuh tahun Dia sendiri berasa hairan.