Sayang, abang call banyak kali semalam kenapa tak jawab Risau tau tak Abang call Walid pun macam tu. Si Bad pula agaknya dah habis bateri! bebel Hakimi di sebelah sana.
Barulah dia teringat yang panggilan Hakimi diputuskan begitu sahaja semalam sebelum kejadian itu berlaku. Tentulah lelaki itu tertanya-tanya dan bimbang.
Minta maaf. Sibuk mengemas semalam. Lepas tu tolong Walid kemas baju dia, bohong Arissa. Tapi memang dia mengemas baju Encik Razali pagi tadi.
Laa... Hakimi sudah ketawa-ketawa. Busylah ni
Taklah sangat. Boleh je nak cakap. Lagipun Walid masih kat bawah sembang dengan Encik Amrin, jelas Arissa.
Pergi Langkawi pukul berapa ni
Pukul 11.00 balik ke rumah. Siap dan makan tengah hari. Lepas tu terus ke Kuala Kedah dan ambil feri dari sana.
Kenapa tak ambil dari Penang je Hakimi menyoal.
Feri dari Penang bertolak pukul 2.00 petang, nanti Walid dan Bad tak sempat nak solat Jumaat.
Ooo... best kan kalau abang ada sama. Hakimi ketawa di sebelah sana.
Tak apalah... nanti kita boleh pergi sama-sama. Kan pejabat Ris kat sana nanti. Kena selalu ke sanalah nampaknya. Arissa memujuk.
Ini yang tak best ni, keluh Hakimi. Lena tak tidur semalam
Tak.
Tiba-tiba dia merasa sedih apabila mengingatkan kisah semalam. Kalaulah Hakimi tahu, apakah tindakan lelaki tu Entah berapa kali dia meminta Encik Razali dan Badrul tidak memberitahu perkara itu kepada Hakimi hatta Mak Cik Ruhaya sekalipun. Dia tidak mahu keduanya merasa bimbang.
Rindu sangat-sangat kat abang. Hatinya mulai sebak dengan pengakuannya sendiri.
Abang pun rindu dengan isteri abang. Rindu nak cium-cium terkejut. Hakimi ketawa di sebelah sana.
Arissa senyum. Dah mulalah Hakimi nak merepek tu, desisnya. Begitu pun ada rasa terhibur sedikit di hatinya.
Sebenarnya abang pun tak sabar nak balik ke sana, tau! Rindu sangat-sangat dengan isteri abang. Hakimi seperti merengek-rengek.
Arissa senyum sendiri mendengar nada suara Hakimi yang manja dan mengada-ngada. Rasa nak gelak pun ada. Dia berdehem.
Umi macam mana
Selalu tanya pasal Umi Abang ni, sayang tak tanya Rasa nak merajuk tau! Suara Hakimi bertukar sedikit keras.
Arissa sengih. Tahu Hakimi bengang dengannya dan barulah dia perasan, dia kerap bertanya tentang Puan Hanim meskipun wanita itu amat membencinya. Tidak tahu kenapa.
Ris tahu abang sihat. Dengar suara pun dah tahu. Ceria je.
Kuat ketawa Hakimi di sebelah sana. Rindu dengan nasi goreng pedas. Arissa senyum.
Macam mana makan malam semalam soal Hakimi.
Okey je.
Macam tak best je jawapan tu. Naim ada buat perangai tak
Kaget dia dengan soalan Hakimi. Macam tahu-tahu aje. Apa pun Alhamdulillah, Allah melindunginya.
Tak ada apa. Kalau abang ada lagi best. Dia tidak mahu Hakimi terus bertanya tentang Naim, bimbang perkara semalam akan terlepas dari mulutnya.
Tulah... sayang suruh abang ikut Umi. Dah tak best kan
Arissa ketawa. Nampaknya memang tak boleh berbual panjang dengan Hakimi. Silap-silap tak ke Langkawi pula dia. Ada tugasan penting sedang menantinya.
Abang, okeylah... ada kerja nak buat ni. Apa-apa Ris Whatsapp abang nanti ya, janji Arissa.
Yalah. Apa pun hati-hati ya sayang.
Ya, abang pun di sana hati-hati ya. Rasa sebak sangat mendengar tutur dan pesanan Hakimi.
Tentulah... okey. Love you. I love you. Rasanya abang tak pernah ucap ayat tu untuk sayang abang lagi kan
Sekali lagi tutur Hakimi membuat dia rasa sebak sangat-sangat. Tak tahu hendak dibalas dengan apa.
Terima kasih sebab sayangkan Ris. Hanya itu yang mampu dibalasnya.
Sama-sama sayang.
Beberapa ketika dia tidak mendengar suara Hakimi setelah berbalas salam. Dia memandang Encik Razali yang baru sahaja masuk bersama Encik Amrin dan Badrul.
Kenapa Arissa tak beritahu Walid yang Naim pernah buat kerja tak senonoh dalam Penthouse kita! lantang suara Encik Razali menyoalnya.
Ternganga mulut Arissa. Perlahan-lahan dia bangun dari duduknya.
Hakimi tak mahu Walid terkejut. Perlahan Arissa menjawab. Matanya beralih kepada Badrul kemudian Encik Amrin. Macam mana orang tua ni boleh tahu
SETELAH dijelaskan kepada Encik Razali barulah lelaki itu faham. Lagipun mereka tidak boleh menuduh Naim melakukan perbuatan terkutuk, memandangkan mereka tidak punya saksi-saksi yang melihat kejadian itu.
Hanya Badrul yang datang hendak mengambil beg pakaian Puan Hanim. Ketika itu dia terserempak dengan Naim yang keluar dari lif penthouse di lobi tingkat bawah. Kemudian berdasarkan CCTV yang berada di ruang legar Penthouse sahaja.
Itu sebab Hakimi simpan rakaman CCTV tu dulu. Dia bimbang perkara macam ni boleh jadi isu. Lagipun kami bimbang Walid terkejut nanti, jelas Arissa.
Dia sendiri tidak pasti dengan penjelasannya.
Padahal Hakimi tidak pernah pesan kepadanya begitu. Tak apalah, nanti akan diceritakan kepada Hakimi tentang perkara itu.
Encik Razali mengangguk dengan penjelasan Arissa. Lelah bila mendengar cerita Arissa sekejap tadi. Tak disangka perkara lama berulang kembali. Dan mujurlah Hakimi bijak memilih teman hidupnya. Alhamdulillah, dia juga bersyukur sangat-sangat dengan pilihan anaknya. Menantu yang baik, itulah rezekinya.
Kena bersihkan penthouse tu, keluh Encik Razali. Astaghfirullah, kalau anjing atau khinzir yang masuk, boleh juga di samak. Tetapi ini...
Hakimi balik nanti Walid bolehlah bincang perkara ni.
Ya, dia tidak mahu masuk campur dalam hal Naim. Rasa traumanya masih ada. Sesekali timbul juga rasa takut adakalanya rasa cemas. Ya Allah, terasa mata Naim seperti memerhatikannya. Yalah. Sepi.
Uncle Zizan tahu ke pasal semalam Arissa bertanya. Matanya silih berganti memandang Badrul dan Encik Razali.
Rasanya tak... sebab budak-budak tu kata Encik Naim balik mabuk-mabuk. Sampai terlanggar pasupasu bunga kat depan tu. Badrul menuding jarinya ke satu arah.
Pukul berapa dia balik ke hotel soal Arissa ingin tahu.
Dalam pukul 1.00 lebih. Badrul menjawab.
Pandai dia berlakon ya. Encik Razali menyandar tubuhnya di badan kerusi.
Arissa senyap.
Uncle Zizan, Dato Ilyas dan Encik Johan dah ke langkawi pukul 8.30 tadi. Kita balik dalam pukul 11.00 ya. Siapkan semua. Selepas selesai makan tengahari baru kita bertolak ke Kuala Kedah. Encik Razali mengingatkan Arissa sekali lagi sambil menegakkan tubuhnya. Dicapai telefon bimbit. Kaca mata ditolak ke bawa sedikit untuk melihat pemanggilnya.
Ya, Ruben... aah. Ya, jumpa malam nanti. Kita dinner samalah. Okey... terima kasih. Encik Razali memutuskan taliannya.
Mr Ruben dah nak naik feri dah. Dia tunggu kita disana, cerita Encik Razali sambil meletak semula telefon bimbitnya di atas meja.
Dia pergi sekali
Aah. Dia ada buat sikit kes peribadi Walid kat Kangar. Selepas itu dia terus ke Langkawi. Lusa dia balik KL. Minggu depan dia terbang ke Doha balik, jelas Encik Razali memandang Arissa.
Arissa mengangguk-anggukkan kepalanya.
Pasal semalam, Walid jangan beritahu Hakimi ya. Nanti jadi gaduh pula dia dengan Encik Naim.
Bimbang perkara itu akan menjadi isu besar pula. Tambahan Encik Razali dan Dato Azizan adik beradik. Disebabkan dia nanti mereka bergaduh pula. Ditambah pula Sweet Arena Langkawi Resort sedang rancak dalam pembinaan.
Encik Razali senyap.
Walid, tolong ya... jangan beritahu Hakimi. Sekali lagi Arissa merayu apabila tiada suara dari lelaki itu.
Tolong ya, Walid.
Akhirnya lelaki itu mengangguk-angguk beberapa kali. Begitu pun dia tidak setuju dengan permintaan Arissa.
Terima kasih. Pandangannya beralih kepada Badrul pula. Ingat Bad, jangan beritahu pada Hakimi! pesannya kepada Badrul pula.
Ya! balas Badrul bernada keras.
Jadi kawan Arissa tu ikut sama Tiba-tiba dia merasa bimbang dengan keselamatan menantunya. Elok juga Arissa pergi berteman walaupun Naim sudah pulang ke Kuala Lumpur. Tidak tahu mengapa dia masih merasa bimbang.
Jadi, dia terus ke rumah kita. Dia tidak sempat lagi bercerita kepada Shima tentang kejadian semalam. Tak apalah, sampai Langkawi nanti dia akan cerita kepada temannya.
Badrul bangun dan melangkah duduk di meja mesyuarat sambil membawa beberapa keping surat khabar. Lama dia tidak membaca khabar sejak kehadiran kedua orang tua Hakimi.
Walid, panggil Arissa sambil membetulkan duduknya.
Encik Razali yang baru hendak membuka fail memandang Arissa.
Siapa Ainul Soalnya.
Encik Razali sekali lagi menyandarkan tubuhnya ke badan kerusi empuk yang diduduki. Dah Arissa tanya... Walid beritahulah. Dia menarik nafasnya dalam-dalam.
Ainul tu bekas kekasih Hakimi semasa di universiti dulu. Kimi dan Naim satu universiti. Tak tahulah macam mana Ainul ni boleh terperangkap dengan Naim. Mereka dah nak bertunang, tapi dah Naim buat hal kat Ainul... cerita Encik Razali serba sedikit tentang Ainul.
Arissa mengangguk. Itu bermakna Hakimi pernah mempunyai cinta pertamalah. Tentu perasaan itu istimewa. Kerana Ainul yang pertama bertandang di hati Hakimi. Bagaimana dengan dirinya
Arissa jangan bimbang. Perkara tu dah lama dah... Dia dah lupa pun. Dia kata... Arissa adalah yang terbaik untuknya. Banyak membuka matanya tentang hidup, ujar Encik Razali.
Ya, bukan Hakimi sahaja, dia juga banyak belajar daripada gadis itu tentang sebuah kehidupan, kasih sayang dan reda dengan ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah SWT.