KAMU SANG PENCULIK - 41
MAK CIK... kau dengan adik sayang macam mana Tiba-tiba Munirah

menyoal semasa kami menunggu pintu lif terbuka.

Aku sepetkan mata sambil merenungnya. Kelakar pula bila Munirah sibuk panggil aku mak cik. Lagi satu spontan aku teringatkan kisah lama aku dengan Niel.

Macam biasalah. Nak macam mana lagi. Suaraku tanpa mood mahu melayan.

Yalah, mana tahu mungkin ada berita gembira ke Nak sarung cincin ke Munirah tayang senyuman lebar.

Ish, jangan nak merepeklah. Belum apa-apa lagi. Nothing will happen within this few months. Tak semudah ABC. Banyak benda lain kena lepaskan dulu, luahku sebelum menghela nafas pendek.

Nak tunggu dia habis belajar dulu ke

Wah hebat juga Munirah meneka. Tapi, aku diam tanpa mengiyakan.

Sempat aku kira uban kau dulu kalau nak tunggu dia habis belajar. Tahu-tahu pula Munirah yang diamku tanda betul.

Kau ni pun agak-agaklah nak buat kelakar pun, balasku sambil mencebik sedikit.

Alololo... sorrylah sayang. Aku tak berniat pun. Aku cuma nak kawan aku ni cepat kahwin dan rasa betapa nikmatnya alam rumahtangga ni. Best tahu kahwin ni. Kali ini Munirah tersenyum sampai ke telinga. Teringat Encik suamilah tu.

Apa-apa ajelah Mun. Aku balas sambil ketawa.

Selamat petang Encik Fitri. Teguran itu membuatkan aku dan Munirah sama-sama menoleh ke belakang.

Bulat mataku saat terlihat Fitri dan Puan Wong dari Unit Kewangan. Entah sejak bila Fitri sudah ada di belakang kami. Minta-mintalah apa yang kami bualkan tadi tak sampai ke telinganya.

Encik Fitri bila ke HQ ni. Tak perasan pula tadi. Munirah pantas selamatkan keadaan kekok kami.

Lepas lunch hour. Kan ada mesyuarat pengurusan, jawab Fitri sambil tersenyum nipis.

Ting. Pintu lif terbuka.

Aku tarik nafas lega. Cepat-cepat aku masuk dan berdiri diam-diam di belakang sekali. Fitri berbual dengan Munirah dan Puan Wong. Hatiku rasa tidak enak. Bukannya bimbang Fitri akan kecil hati jika tahu tentang hubungan aku dan Niel.

Cuma kalau boleh aku tak mahu hubungan aku dengan Niel diketahui sesiapa melainkan keluarga kami dan Munirah yang terselit dalam kisah rahsia kami ini. Tepis jauh-jauh perasaan tak enak itu. Moga semuanya akan baik-baik sahaja.

PANDORA di tangan kupusingkan berulang kali. Sudah lengkap dua belas charms tergantung.

Sebagai tanda setahun tempoh perkenalan aku dan Niel. Begitu pantas masa berlalu. Dua yang terakhir berbentuk bintang dan jam. Jam mewakili waktu yang berlalu. Kedua-duanya diberikan serentak. Bukan terus ke tanganku, tapi dihantar melalui kiriman pos. Kelakar pun ada cara Niel.

Kata Niel selepas ini tiada lagi charms seterusnya. Tapi, mungkin akan ada kejutan lain. Aku akan tunggu kejutannya itu. Jangan beri cincin sudahlah. Aku tak mahu ada sebarang cincin tanda. Cukuplah dengan cincin tunang dan nikah apabila sudah pasti nanti.

Datuk Darius dan Natasha sudah selamat sampai ke Tanah Suci kelmarin. Sebelum ke sana mereka sempat maklumkan hasrat untuk bertemu mama dan abah selepas pulang dari umrah. Lebih kurang dua minggu mereka akan berada di sana.

Aku sangat mengalukan kedatangan mereka, tapi masalahnya hanya satu. Shauqi masih belum menerima Niel. Tak akan aku mahu belakangkan darah dagingku sendiri dalam hal ini. Aku cuma mampu berdoa moga hati Shauqi akan lembut. Supaya kehadiran Datuk Daris dan Natasha nanti dapat aku sambut dengan hati yang lega dan tenang.

Minggu depan aku akan pulang ke Kota Bharu. Sudah hampir dua bulan tak pulang ke kampung. Hasrat keluarga Niel juga akan aku maklumkan pada mama dan abah nanti.

NAFAS kutarik sepanjang mungkin. Cukup tenang disapa sang bayu. Keindahan bendang yang belum ditanam semula padi menjadi santapan mataku. Aku biarkan selendangku yang sedikit panjang terbuai dek angin. Berangan macam orang-orang zaman dahulu. Ala-ala Perempuan Melayu Terakhir.

Kakak! Jerkahan Shauqi membuatku tersentak.

Kus semangat. Aku mengusap dada sambil menjeling tajam Shauqi. Baru balik dari futsal pastinya.

Terkejut ke Maaf, sengaja. Shauqi senyum nakal.

Aku balas dengan cebikan. Tanpa diajak, Shauqi terus labuhkan punggung di pangkin kecil yang aku duduki.

Jauh termenung sambil senyum pula tu. Ingat orang jauh ke Sambung Shauqi.

Kali ini aku kerutkan dahi. Wajahnya kutenung dalam. Macam ada maksud tersirat aje.

Janganlah tengok Shauqi macam tu. Shauqi mengengsot jauh sedikit dariku.

Ha... tahu takut dengan aku. Aku alihkan pandanganku dari wajahnya. Lebih baik tengok pokok kelapa.

Kakak, orang ada permintaan ni... Suara Shauqi perlahan sekali.

Aku buat isyarat kepala agar dia teruskan ayatnya.

Esok tolong buat puding jagung. Sengihan lebar Shauqi hadiahkan padaku.

Eh, bukan dulu Shauqi tak berapa makan ke Makan pun sepotong aje sebab nak jaga hati kakak. Shauqi bukannya suka jagung. Akhirnya aku bersuara.

Ala, minta buat ni untuk tetamu istimewa yang nak datang esok. Shauqi menjawab senada.

Siapa nak datang Kawan universiti Nak duduk sini berapa hari Ala, kakak kena bertudung lituplah kat rumah ni. Bagitahu siap-siap boleh kakak prepare mental dan fizikal untuk terima tetamu bukan mahram tidur rumah kita. Bebelanku bak bertih jagung.

Shauqi tergelak, Kakak, orang tak suruh kakak bebel macam mak nenek. Tak perlu sedia mental fizikallah. Yang penting dia tetamu istimewa yang sangat penting. Kali ini nada suara Shauqi ditegaskan.

Cakap ajelah best friend tak pun girlfriend. Apa yang susah benar Aku menggeleng perlahan. Firasatku kuat mengatakan kawan baik Shauqi.

Tak kisahlah. Yang penting boleh tak buatkan puding jagung Soal Shauqi sekali lagi.

Ya, boleh. Aku menjawab malas.

Ikhlaskan hati ya Shauqi tersenyum lebar.

Aku balas dengan anggukkan lemah, Dah dah sila pergi mandi. Dah bau masyam kelat dah. Balik futsal terus terjah kakak. Silalah fikir tentang ketenangan hidung kakak ni. Aku pekap hidungku.

Memanglah ada bau masam peluh, tapi tidaklah sampai tak tertahan dek hidung. Motifnya sengaja ingin kenakan Shauqi. Adikku ini mencebik sedikit sebelum berlalu pergi.

SENYUMANKU lebar saat melihat puding jagung yang sudah siap menjadi potongan kecil. Kususun elok-elok di atas piring. Tinggal minuman sahaja yang belum dibancuh. Adikku yang satu itu beria benar hendak sambut kawan baiknya. Sampaikan suruh aku sediakan semuanya awal-awal.

Meowww Bunyi yang agak panjang itu mencuri perhatianku. Aku menoleh ke lantai dapur.

La,...Moja kenapa pergi pakai plastik kat leher ni Itulah mesti hyperactive tadi. Nantilah mak cik belikan mainan untuk Moja. Aku bercakap dengan Moja, si kucing yang baru sebulan dibela mama dan abah. Memang aku bahasakan mak cik dengannya.

Entah anak kucing siapa. Bila dah selalu datang, abah dan mama terus ambil pelihara jadi kucing angkat. Kata abah, mula-mula datang ke sini kurus sahaja badannya. Sekarang memang bulat gebu mukanya.

Aku tunduk untuk mencapai Moja yang sibuk mengundur. Kasihan pula aku apabila Moja terlanggar kaki kerusi. Baru sahaja aku hendak mencapainya dia terus terkejut. Moja terus lari lintang-pukang ke pintu dapur.

Moja! Tunggu mak cik, jeritku. Larianku terhenti apabila mata tertancap pada kaki seseorang.

Moja tak sempat brek, lantas merempuh kaki orang itu. Tangannya mencapai Moja. Pandanganku kini turut bergerak mengikut arah Moja diangkat.

Mataku membulat saat melihat seseorang yang kini sedang berdiri kira-kira lima meter di hadapanku. Dadaku terus berombak kencang bagai dipalu.

HATIKU membebel tak henti. Pelbagai rasa kini menghuni jiwa. Marah, geram, terkejut semua bercampur-baur. Rasa macam hendak tumbuk-tumbuk sahaja Shauqi dan seseorang itu. Nafas panjang kutarik sebelum tanganku mula menatang dulang.

Kakak, kenapa muka monyok terpenyek ni Senyumlah sikit. Kesian Daniel datang dari jauh... tegur mama selembut mungkin.

Ya, memang benar Daniel Izdihar yang sedang duduk di sofa bersama keluargaku sekarang. Entah dari celah mana dia datang, tiba-tiba sudah terpacak di halaman rumahku. Sungguh aku tak sangka. Langsung tidak diberitahu rancangannya padaku untuk ke sini. Paling tak terjangka ialah Shauqi melayan Niel cukup mesra. Mimpi apa adik aku ini

Tak ada apa, ma. Kakak cuma terkejut sangat tengok dia ada depan rumah kita.

Maksudnya surprise adik menjadilah ni. Tapi, kakak patutnya terkejut gembira. Cuba senyum sikit. Abah pula menambah.

Aku pula makin terkebil-kebil dengan perkataan surprise adik. Apa maksud semua ini

Niel, nanti petang aku bawa kau jalan-jalan keliling kampung. Kita naik basikal, okey Giliran Shauqi mencelah.

Memang seronok tu keliling kampung. Tak sabar pula rasanya, balas Niel dengan teruja.

Kerutan semakin memanjang di dahiku.

Kakak, panggil mama dan aku terus menoleh.

Mama buat isyarat mata agar kami ke dapur. Maklumlah sudah jam 11.30 pagi. Nanti lapar pula orang jauh ni kan. Misteri kedatangan Niel ke sini dan layanan mesra Shauqi akan aku selesaikan kemudian.

KAKIKU ligat mengayuh basikal. Tidak mahu Shauqi dan Niel menyaingiku. Walaupun mereka hanya berjalan dan kadangkala berlari anak, namun boleh tahan panjang langkah mereka. Rancangan asal pagi tadi berubah secara drastik. Tup tup aku ikut sekali dan hak naik basikal jatuh padaku. Kami melewati bendang yang terbentang luas. Bukan musim padi sekarang, tetapi pemandangannya tetap memukau. Ditambah dengan pemandangan bukit-bukau nun di hujung sana.

Kakak! Jerit Shauqi sambil memegang belakang basikal.

Aku automatik terhenti. Mujur kakiku sempat mendarat ke atas tanah. Jika tidak, mahu tumbang basikal. Adikku ini suka-suka saja main terjah. Jelingan tajam kuhadiahkan pada Shauqi namun yang terkena jelingan ialah Niel. Tiba-tiba pula dia muncul di sebelah Shauqi.

Jom duduk dekat pangkin sana. Shauqi halakan jari telunjuknya ke pangkin di bawah pokok kelapa. Tempat nostalgia zaman kanak-kanakku untuk bermain batu seremban atau congkak dengan kawankawan.

Dengan perlahan aku turun dari basikal. Niel memegang handle basikal dan aku terus merenungnya tajam. Masih geram dengan semua yang berlaku tadi. Niel hanya tergelak kecil. Aku tengah marah, dia boleh gelak. Dia ingat aku kartun agaknya.

Niel mula menolak basikalku ke arah pangkin. Aku dan Shauqi duduk di pangkin. Niel pula bersandar pada pokok kelapa.

Penjelasan yang jujur sekarang. Nadaku tegas dan pandanganku dihala silih berganti pada kedua mereka.

Niel dan Shauqi sempat angkat kening sesama sendiri. Hai, berebut tak mahu jelaskan pada aku pula.

Okey sebelum tu boleh tak kakak jangan tengok kita orang macam nak jadikan kita orang sup tulang. Janganlah marah. Orang dah jemput kesayangan kakak datang ni, patutnya kakak berterima kasih tahu tak Spontan aku mengetuk lengan Shauqi usai dia mengusik.

Hello, adikku sayang. Siapa yang tak marah Tahu tak betapa risau dan serabutnya kakak fikir macam mana nak baikkan Shauqi dengan Niel. Rupa-rupanya dah berbaik. Tak kasihan ke dengan kakakmu ni adik, oi Tanganku dikepal pula dan aku tumbuk perlahan bahu Shauqi.

Salah Shauqi sebab nak buat kejutan untuk kakak. Sebenarnya, Shauqi baru je seminggu ni terima Niel. Banyak perkara yang berlaku buatkan Shauqi sedar yang selama ni persepsi Shauqi semuanya salah. Penjelasan awal Shauqi buatkan keningku berkerut habis.

Renungan dialih pada Niel. Dia hanya tersenyum nipis. Seakan ingin terus memberi ruang pada Shauqi.

Ingat tak masa kakak kenalkan Shauqi dengan Niel dekat Setia City Mall hari tu. Malamnya Shauqi keluar lepak dengan kawan-kawan. Ditakdirkan masa nak cari parking lot, Shauqi ternampak Niel dengan pasukan NGO yang tengah bagi sumbangan pada gelandangan, jelas Shauqi dan mataku terus membulat.

Kejap, Iz tak pernah cerita pun pada saya tentang Iz join aktiviti NGO tu. Pandanganku teralih pada Niel. Aku mahukan penjelasan darinya.

Orang yang berbuat baik pada orang lain dengan ikhlas tak akan menghebohkan kebaikannya. Shauqi pula yang membalas.

Aku menoleh padanya semula.

Cukuplah Allah tahu kakak. Mungkin kalau nak post di media sosial bimbang dari niat nak ajak orang berbuat baik, berubah jadi riak. Riak dengan sumbangan kita, bangga sebab buat baik. Allah tak pandang berapa ratus like yakni beribu sekali pun di Facebook. Tapi, Allah pandang hati kita. Apa yang tersurat dan tersirat. Alhamdulillah Niel antara yang dipelihara hatinya dalam melaksanakan kebaikan.

Sedikit ternganga aku saat Ustaz Shauqi memberi tazkirah pendek.

Tapi, masa tu Shauqi masih berat hati nak terima Niel. Dua minggu lepas, kawan Shauqi yang dekat Petaling Jaya tu sempat join program NGO. Dia tunjukkan gambar masa kerja-kerja amal tu dalam group WhatsApp geng kami. Masa tu Shauqi nampak Niel dalam gambar candid yang diambil. Bila Shauqi tanya pada kawan, dia cakap Niel memang antara yang aktif dengan kerja-kerja amal NGO tu. Sejak hari tu, hati Shauqi makin lembut untuk terima Niel. Rasa macam sinaran keikhlasan dia makin terang dalam hati ni. Shauqi akhiri ayatnya dengan senyuman manis.

Aku mengucap syukur dalam hati. Allah kabulkan doaku akhirnya. Lambat-lambat aku menoleh ke arah Niel semula. Tapi, dia tiada. Aku melilau ke kiri dan kelihatan Niel sedang bertinggung di tepi tali air.

Tak lari Niel dikejarlah, kakak. Mungkin dia segan dengar Shauqi puji dia. Shauqi buat andaian sendiri.

Aku tergelak kecil.

Shauqi minta maaf ya kakak sebab pernah cakap macam-macam yang buruk pasal Niel. Layan dia acuh tak acuh. Shauqi tertunduk kecewa.

Tak apa, adik. Kakak faham kenapa adik buat semua tu... It is because you love me so much. Aku tepuk bahu Shauqi.

Plan ajak Niel datang sini memang mengejut sebenarnya kakak. Shauqi mula contact dengan dia seminggu lepas. Kelmarin terus Shauqi telefon dia ajak datang sini dan dia terus aje setuju. Tapi, sebelum tu Shauqi tanya mama dan abah dulu, sambung Shauqi.

Maksudnya mama dan abah pun berkomplot sama Aku angkat kening.

Komplot untuk bagi kejutan bahagia untuk kakak, balas Shauqi. Aku hela nafas pendek sebelum mengangguk. Senyuman nipis kupamer.

Allah! Jeritan kecil Niel mengejutkanku. Automatik aku menoleh sambil bangun. Terkejut aku saat melihat sebelah kaki Niel sudah selamat dalam tali air. Mujur airnya cetek separas betis.

Ish, Iz ni macam budak-budaklah. Ingatkan kenapa tadi. Kenapa pergi main dekat sangat dengan tali air. Cepat naik! Selamba aku marahkan Niel. Risau sebenarnya. Kaki laju menghampirinya.

Tawa kecil kedengaran dari belakangku.

Kakak ni membebel ikut suka hati aje. Jom Niel, kita balik dan salin seluar kau tu. Lambat nanti bau lumpur pula. Shauqi mengajak sambil tangan dihulurkan untuk membantu Niel keluar dari tali air. Habis penuh lumpur pada seluar putih dan sneakers merah Niel.

Aku yang tadinya marah jadi tergelak pula melihat muka tak bersalah Niel. Tawaku agak panjang pula tu. Nanti kita main puas-puas lagi dekat bendang ya Iz mesti tak pernah jumpa bendang, kan... Suaraku jadi lembut semula. Sisa tawa masih kedengaran.

Janji dengan saya, okey Niel tersenyum lebar.

Ya, janji! Selagi Iz ada untuk saya, saya pun akan ada untuk Iz, luahku tulus dari hati. Senyuman bergula aku hadiahkan pada Niel.

Ehemmm Shauqi berdehem panjang dan kami berdua sama-sama tertunduk malu.

Malunya terkantoi di depan adik sendiri.

NIEL tidur mana malam ni Sempat aku menyoal Shauqi ketika di dapur. Mama dan abah di beranda dengan Niel. Banyak yang ingin dibualkan dengan calon menantu pertama dan kuharap terakhir juga dariku untuk mereka.

Hotellah. Tapi, esok pagi datang sini semula untuk sarapan. Tak akanlah nak tidur rumah kita pula. Nanti kalau tergugat jantung Niel tengok kakak berkain batik, tak pun berseluar tidur gambar Mickey Mouse nanti siapa yang susah Selamba Shauqi mengusik.

Adik tolonglah senonoh sikit! Sempat aku ketuk kepala Shauqi dengan cawan plastik.

Tak pun, kakak yang tergoda tengok dia. Shauqi sempat menambah sambil menggosok kepalanya.

Mulut tu, bagi makan jerung baru padan muka. Aku ketap bibirku sambil melempar jelingan tajam.

Betullah kakak. Lagipun tak berapa manis bukan mahram duduk serumah walaupun untuk satu malam dan ada orang lain. Elakkan selagi mampu. Kalau darurat, tak apalah juga. Tapi, hotel banyak kat sini, mana ada daruratnya... Ayat Shauqi kubalas dengan anggukkan. Memang tepat apa yang dikatanya.

Adikku nakal-nakal pun tapi bila bagi hujah memang macam ustaz.

Terima kasih banyak-banyak adik. Aku usap kepala Shauqi dan dia balas dengan anggukkan berserta senyuman manis.

Aku tahu dia faham maksudku. Terima kasih kerana menerima Niel seadanya dan membuatkan Niel bahagia di sini. Satu lagi masalah dalam kisahku dan Niel selesai. Tinggal untuk menemukan keluarga kami sahaja.

ALHAMDULILLAH mama. Syukur sangat. Tengok gambar yang Tasha hantar melalui

WhatsApp tadi pun dah rasa bahagia. Tersenyum lebar aku saat meluahkannya.

Biarpun mama tiada di depanku nun jauh di Kelantan, tapi auranya sampai ke sini. Hari ini Datuk Darius dan Natasha ke rumah keluargaku. Mereka pergi dan balik hari sahaja. Pergi flight pagi, balik flight malam. Betul-betul seminggu selepas pulang dari Mekah.

Eh, panggil nama aje dekat bakal mak mentua tegur mama.

Dia sama umur dengan kakaklah, ma, jawabku sambil ketawa kecil.

Tak kisahlah sama umur pun, tapi tetap perlu hormat dia sebagai bakal Mak Mentua Tiri kakak. Anak sepupu kakak ada yang tua 10 tahun dari kakak pun panggil kakak, Mak Long kan. Usia tak merencatkan panggilan atau gelaran. Mama menasihati dengan penuh kelembutan.

Okey, kakak panggil Mama Tasha. Macam Niel, balasku sebelum tergelak. Kelakar pula panggil Mama Tasha, tapi bolehlah.

Siang tadi banyak yang kami bincangkan tentang Niel dan kakak. Datuk tak ada masalah kalau kamu berdua nak terus ikat pertunangan atau nak terus kahwin lepas Niel habis diploma. Tapi, kami faham permintaan kamu berdua untuk menikah lepas Niel habis degree. Cuma Datuk ada cakap kalau ikat tali pertunangan lepas Niel habis diploma pun bagus juga. Insya-Allah, kalau tak ada aral dalam dua tahun aje Niel akan sambung degree. Kami ni sebagai mak dan ayah ikut aje keputusan anak-anak. Tapi, andai kata anakanak ubah fikiran nak cepatkan urusan, kami lagilah suka. Cepat dapat menantu. Bersungguh-sunggu mama bercerita.

Aku jadi terbangun dari duduk. Mama pun sabarsabarlah dulu.

Mama ni ke situ pula. Malulah kakak. Aku pegang pipi yang mula terasa kebas.

Dah besar dah anak mama. Dah boleh jadi isteri orang. Nada suara mama benar-benar lain. Hanya Allah yang tahu perasaan sebenar ibu apabila anaknya sudah bertemu calon jodoh.

Mama, terima kasih untuk segalanya. Kakak sayang mama. Nada suaraku dibuat manja sepenuhnya. Jujur sekarang aku rasa diriku cukup bahagia. Satu kesyukuran yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Perbualanku dengan mama berlanjutan hingga jam sepuluh malam. Saat aku sudah baring dan menarik selimut, Galaxy A kucapai semula. Gambar yang dihantar Natasha kutatap lagi. Cukup bahagia melihat senyuman manis mama, abah, Datuk Darius dan Natasha. Shauqi yang sedang cuti semester yang jadi jurukamera. Kesimpulan yang aku dapat buat adalah pertemuan tadi berjalan dengan lancar.

Natasha pula semakin manis berhijab. Alhamdulillah selepas pulang dari Mekah, Allah telah bukakan pintu hati Natasha untuk terus berhijab.

Jika dihitung, aku mendapat dua kisah gembira dalam dua hari ini. Semalam Niel ada menelefonku untuk berbincang tentang kedatangan keluarganya ke rumahku. Sambil itu dia sempat maklumkan tentang permohonannya untuk menamatkan pengajian tanpa perlu extend semester. Jadi lebih pendeklah penantianku.

Cuma kasihan juga pada Niel kerana terpaksa ambil jam kredit semaksimum mungkin di semester akhir nanti. Short semester nanti pun dia akan ambil satu subjek. Tapi, dia sudah relakan diri dia jadi aku ikut sahaja. Asalkan dia mampu.

Moga Allah mudahkan urusan kami selagi kami masih berada dalam landasan yang betul.

DUA sampul surat di tangan aku tenung silih berganti. Satu bersaiz biasa, satu lagi bersaiz

A5. Siapa yang rajin benar hantar surat-surat ini. Kedua-duanya tanpa setem. Pelik kerana apa yang pasti ia bukan surat rasmi dari mana-mana organisasi.

Aku buka dahulu sampul bersaiz biasa. Jadi tersenyum meleret apabila melihat isinya.

Alhamdulillah, ucapku.

Salinan keputusan peperiksaan Niel ini kuteliti lama. GPA 3.98 yang diperolehinya bagiku sangat baik. Tapi, CGPA Niel agak rendah iaitu 3.20.

Hai banyak dapat surat Sha. Kak Zila yang baru keluar dari dapur menegur.

Aku tidak membalas sebaliknya terus senyum. Kemudian aku bangun dari sofa dan meminta diri untuk naik ke bilik.

Sampai ke bilik, terus selendang kutanggal. Aku pilih untuk solat dahulu, maklumlah tadi tidak sempat solat di surau ofis. Selesai mengaminkan doa, tanganku mencapai sampul bersaiz A5. Sambil tersenyum aku mengoyak tepi surat. Tanganku menarik isinya.

Gambar Mulutku menyebut sambil membalikkan gambar. Ya Allah! Ucapku dan senyumanku terus mati. Diganti dengan wajah yang berkerut. Jantung bagai dipantak kuat. Tanganku menggigil sambil membelek setiap gambar. Walau ia bagai menghiris jantungku, namun tangan ini degil untuk membelek setiap satunya.

Di atas sejadah dengan telekung masih di badan, aku menangis semahunya.