MY DARLING ANGEL - 41
TAK ADA apalah sayang. Mummy dan Daddy faham soal tu. Jangan risau. Apa

yang penting sekarang El dah jadi menantu Mummy. Mummy sayang sangat dengan El. Oh ya, Mummy lupa nak kenalkan Elzaara pada seseorang. Ini Carissa, pengasuh Bunyamin. Dia jaga Bunyamin daripada kecil lagi. Carissa ni dah macam ibu kepada Bunyamin juga.

Uhuk! Elzaara terbatuk apabila aunty Faridah membahasakan dirinya sebagai Mummy. Ha sudah! Belum apa-apa lagi dah mula bahasakan diri Mummy. Bila masa pula aku jadi menantu dia. Nikah pun belum lagi, baru bertunang je kot. Adoi! Getus Elzaara. Dia mula merasa tidak selesa dengan status baru dia tadi. Tapi, demi menjaga air muka semua orang termasuk air muka sendiri terpaksa dia mengiakan sahaja.

Hah Apa aunty cakap tadi Sorry aunty, saya tak dengar tadi.

Hai mengalamun pula dia ya Ini Mummy nak kenalkan, Carissa. Dia ni pengasuh Bunyamin. Carissa ni dah macam Mummy kepada Bunyamin juga. Carissa, this is our daughter in law. She is beautiful right

Yeah, she is really beautiful. I really like her. Good choices, Ida. Elzaara, welcome to our family. Hope you will be happy with him. Congratulations darling. Carissa menepuk bahu aunty Faridah perlahan sambil mengucapkan tahniah kepada Elzaara.

Elzaara hanya tersenyum nipis.

Aunty, jom kita makan. El mengajak bakal ibu mertuanya untuk makan di khemah luar bersamasama tetamu yang lain.

Sekarang ni Elzaara kan dah jadi tunang Bunyamin, jadi secara automatik Elzaara dah jadi menantu Mummy. Jadi Elzaara kena panggil Mummy. Not aunty, okay Panggil Mummy je. Okey jom kita turun. aunty Faridah memperbetulkan sebutan panggilan Elzaara terhadapnya.

Errr... Okey Mummy.

Mereka berdua bergandingan tiba di halaman luar rumah dan kelihatan masing-masing sedang sibuk menjamu selera. Ada juga yang sedang rancak bersembang sesama mereka semua. Aunty Faridah menyusun langkah ke arah uncle Will yang sedang rancak bersembang dengan Encik Yusuf dan juga Encik Ibrahim di bawah sebuah khemah. Elzaara hanya mengikuti sahaja langkah bakal ibu Mertuanya daripada belakang.

Honey, let me introduce to you our daughter-inlaw. Isnt she gorgeous Elzaara, ini Daddy Will. Nama Islam dia Wafri.

Aunty Faridah memperkenalkan uncle Will kepada Elzaara. Elzaara hanya tertunduk malu dan tersenyum apabila dia diperkenalkan kepada bakal bapa Mertuanya. Pipi dan wajahnya sudah agak kemerah-merahan apabila Mummy memujinya secara berlebihan.

Oh my! Honey, are you sure this is our daughterin-law She is really gorgeous. Darling, boleh Daddy panggil Na.. ta.. sya Ha, Natasya. Boleh tak

Uncle Will sungguh teruja dan gembira apabila bakal menantunya berada di hadapan matanya. Sememangnya apa yang diperkatakan oleh Brian benar belaka. Elzaara Natasya sungguh cantik dan comel!

Boleh, boleh. Uncle boleh panggil saya Natasya. Untuk tidak menghampakan harapan bakal bapa mertuanya, dia laju memberikan persetujuan.

Oh no, please, jangan panggil uncle. Panggil Daddy je. Jangan malu-malu dengan Daddy dan Mummy.

Yelah El. Kan Mummy dah cakap tadi. Panggil Mummy dan Daddy aje ya.

Elzaara hanya mengangguk bagaikan burung belatuk.

Jap ya sayang. Mummy nak pergi ambilkan makanan. Sayang nak makan apa Meh Mummy

ambilkan sekali.

Eh, tak apa-tak apa Mummy. Biar El ambil sendiri. Susahkan Mummy pula. Mummy nak makan apa, biarlah El ambilkan. Mummy duduk je dekat sini. Elzaara bergegas bangun dan mula menyusun langkah ke arah canopy yang menempatkan makanan dan minuman tetapi sempat dicegah oleh aunty Faridah.

Dah, dah. El duduk je dekat sini. Biar Mummy yang bangun ambilkan makanan. El tu baru je bertunang.

Aunty Faridah bangun dan berlalu menuju ke khemah makanan. Elzaara mengigit bibir melihat kebaikan bakal ibu Mertuanya melayaninya. Encik Yusuf, Encik Ibrahim dan uncle Will menyambung kembali sembang-sembang kosong di antara mereka bertiga. Elzaara hanya termanggu-manggu di salah sebuah meja sementara menunggu kelibat aunty Faridah mengambil makanan mereka. Matanya meliar mencari kelibat Haziq dan juga Lisa yang sedari tadi tidak kelihatan di mana-mana sebaik sahaja keluar dari biliknya. Lehernya dipanjangnya dan matanya ditajamkan bagaikan mesin pengimbas mencari susuk tubuh mereka berdua tetapi malangnya mereka berdua tidak kelihatan di mana-mana.

El, cari siapa tu Nak cari Bunyamin ke tegur Puan Rahimah dengan ramah.

Eh, Mak Ngah. Jemput duduk Mak Ngah. Taklah, El cari Kak Lisa dengan Haziq. Tak nampak pun dia orang sejak tadi. Lepas keluar dari bilik terus lesap. Mak Ngah ada nampak Kak Lisa dengan Haziq tak

Tak ada pula Mak Ngah nampak budak-budak tu. Ada dekat dalam kot budak berdua tu. Kenapa El

Tak ada apalah Mak Ngah. El pelik je sebab tak nampak batang hidung dia orang pun. Tu yang tanya. Mak Ngah dah makan ke Kalau belum jomlah kita makan sekali.

Elzaara mempelawa Mak ngahnya makan sekali apabila kelibat aunty Faridah muncul di hadapannya dengan kedua-dua belah tangannya penuh dengan makanan. Pantas Elzaara menghulurkan tangan memberi bantuan kepada bakal ibu Mertuanya yang sudah penuh makanan dalam genggamannya.

Cik Imah, mari makan sekali. Banyak saya bawa ni. Marilah. aunty Faridah mempelawa Puan Rahimah menjamu selera bersama-sama mereka berdua. Puan Rahimah hanya tersengih lalu menyendukkan nasi ke dalam pinggan kosong di hadapannya. Puan Rahayu yang kelihatan sibuk dan berulang-alik keluar dan dalam rumah sibuk dan ralit benar melayan para tetamu yang bertandang bagi menyaksikan majlis pertunangan Elzaara.

LISA menarik Haziq menuju ke arah sebuah kereta yang sedang diparkirkan di bawah pokok.

Pintu cermin gelap diketuk perlahan dan pintu kereta dibuka. Apabila pintu kereta dibuka terjulur sepasang kaki yang tersarung dengan sneakers supra. Haziq yang tertanya-tanya akan kelibat empunya kaki itu terjenguk-jengukkan kepalanya. Lisa hanya tersenyum lebar apabila melihat wajah yang berada di hadapannya.

Tahniah Brian! ucap Lisa sebaik sahaja Brian keluar dari perut keretanya.

Big thanks to you to my dear. I betul-betul terhutang budi dengan you.

Papa! Yeah papa datang. Papa jom makan dekat dalam. Ada macam-macam makanan yang sedapsedap. Acu pun ada dekat dalam. Haziq menerpa ke arah Brian dan memeluknya erat. Haziq juga sempat untuk menarik Brian ke dalam rumah untuk makan. Tetapi Brian hanya menahannya.

Haziq, tunggu kejap ya sayang. Papa ada benda nak cakap dengan Acik Lisa. Anyway, papa ada Cadbury untuk Haziq.

Sekeping coklat Cadbury besar dihulurkan kepada Haziq. Melompat, berjoget Haziq di hadapan Lisa dan Brian apabila coklat kegemarannya sudah berada dalam genggamannya.

Terima kasih papa. Sayang papa! sebuah kucupan kasih menyinggah di pipi Brian sebelum sampul cokelat tersebut dikoyakkan.

Haziq, makan kena duduk, tak baik makan berdiri. Pergi duduk dalam kereta papa tapi makan pelan-pelan ya. tegur Lisa yang tergeleng-geleng melihat gelagat anak buah saudaranya yang begitu teruja apabila coklat kegemarannya di hadapan mata. Haziq hanya tersengih dan barisan giginya menunjukkan bahawa dia sangat gembira. Brian tertawa melihat aksi lucu Haziq yang menggeletek hatinya. Lisa tiba-tiba menghulurkan sebuah tablet kepada Brian. Brian mencapainya dan jarinya laju membelek, mencari apa yang dia inginkan. Akhirnya dia menjumpai apa yang dia inginkan, iaitu gambar di majlis pertunangan Elzaara!

Tersenyum lebar terukir di raut wajah Brian apabila melihat gambar-gambar di majlis tadi. Elzaara yang ayu berbaju kurung berwarna putih susu yang direka khas oleh Mummynya dan segaris senyuman diwajahnya yang begitu manis. Gambar Elzaara bersama mummynya dan juga sewaktu acara menyarungkan cincin amat menarik minatnya. Dia segera mencari aplikasi Whatsapp untuk memindahkan gambar-gambar tersebut ke dalam handphonenya.

El masih tak tahu yang dia sebenarnya bertunang dengan I kan

Lisa menggeleng.

Tak, dia tak tahu. Even dia tak ambil tahu pun dengan siapa dia bertunang. I ada cuba pancing dia tadi tapi dia tak berminat langsung nak tau siapa tunang dia. Apa-apa pun I tengok dia tengah berusaha untuk buka pintu hatinya terhadap you. Harap-harap dia akan dapat terima semua ni nanti.

Tapi, you tak rasa ke yang kita ni sebenarnya macam tengah mempermainkan dia I mean, kita mempermainkan perasaan dia Kenapa kita langsung tak berterus terang je dengan dia

Itu permintaan dia Brian. Lagipun I rasa bagus juga sebabnya you ada masa untuk jinakkan perasaan dia yang tersangat anti dengan lelaki tu. At least you boleh cuba selami jiwa dia dan menangi hati dia dalam diam-diam. Soal dia tahu ataupun tidak, kita tolak tepi dulu. Sekarang ni yang penting macam mana you nak pikat hati Elzaara. You tu, janganlah mengalah sebelum berjuang. Jangan risau sangatlah.

Are you sure I tak nak luKakan hati El gara-gara kita tak bagi tahu dia hal ni. nanti dia ingat kita menipu dia pula.

Hello Pakcik, positiflah sikit. You janganlah risau sangat pasal hal ni. Mummy you tu ada daya penarik yang ummphh. Pandailah aunty nak tarik hati tunang you tu. Dahlah, you jangan nak fikir negatif sangat. Tak baik. Orang baru bertunang ni, tak baik muka masammasam. Karang hilang seri wajah you tu.

Mendengar sahaja perkataan tunang, hati Brian mula berbunga-bunga kembang. Rasa gundah-gulana yang menjerut tangkai hatinya tiba-tiba hilang, berterbangan hilang jauh. Dia bagaikan berada diawang-awangan dan bayangan Elzaara bagaikan berada di hadapan matanya.

Wajahnya yang kelat bak peria sebentar tadi, bertukar menjadi semanis madu. Dia tidak menyangka bahawa dia sudah pun bergelar tunang, dan yang paling menggembirakan hatinya ialah tunangnya adalah wanita yang paling dia kasihi dan cintai dalam diam meski pun Elzaara tidak mengetahui akan hakikat sebenar.

Papa, Acu lawa sangat. Tapi, Haziq tak sukalah Acu bertunang. Tiba-tiba Haziq mengomen soal pertunangan acunya yang baru sahaja berlaku.

Kenapa Haziq tak suka Acu bertunang Brian cuba mengorek rahsia daripada si kenit Haziq.

Sebab Haziq tak tau Acu tunang dengan siapa. Kalau Acu tunang dengan papa kan best. Boleh papa jadi papa Haziq. Aculah ni, tak nak tunang dengan papa. Kesian Haziq lepas ni. Mesti tunang Acu tu tak best macam papa. Ngomel Haziq tanpa sedari akan duduk perkara sebenar. Laju sahaja mulut mungilnya memberikan komen soal tunang acunya.

Lisa dan Brian sudah terbahak-bahak ketawa mendengarkan komen tulus lagi jujur daripada Haziq. Haziq terpinga-pinga melihat Acik Lisa dan papa Briannya tergelak-gelak. Brian cuba menahan gelaknya apabila melihat raut wajah Haziq yang kelat.

Kenapa Acik dengan papa gelakkan Haziq tanyanya polos.

Haziq, Acu bertunang dengan papa lah. Nanti kalau papa dengan Acu Haziq kahwin, papa akan jadi papa Haziq. Haziq tak suka ya kalau papa jadi tunang Acu duga Brian.

Dia ingin menyelami hati si kecil itu kerana hati kanak-kanak adalah tulus lagi jujur. Tiada penipuan yang terungkap dari bibir mahupun matanya.

Betul ke apa yang papa cakap ni papa tak tipu Haziq kan Tapi kalau papa tunang dengan Acu, kenapa tadi papa tak ada pun

Belum sempat Brian menjawab Lisa sudah menyampuk., Haziq, nanti Acik Lisa jawab soalan Haziq tu. Tapi, Haziq kena janji dengan Acik Lisa, Haziq jangan cerita apa-apa dengan Acu, boleh Apa pun tak boleh. Haziq kena tutup mulut rapat-rapat. Malam ni Haziq ikut Acik Lisa balik rumah nak tak Nanti Acik Lisa cerita dekat Haziq. Nak tak

Laju sahaja Haziq mengangguk. Sempat dia membuat aksi seperti mengezipkan mulutnya sebagai tanda dia takkan bercerita apa-apa kepada acunya. Brian mengelus rambut Haziq perlahan. Lisa menoleh ke arah Brian dan matanya sedang memberikan isyarat tanda dia ingin masuk ke dalam rumah.

Okey Brian, I masuk dulu. Nanti apa-apa as usual ya. Nanti karang jenuh pula si Elzaara tu cari anak dia ni. Oh ya, sebelum I terlupa, ni yang you minta aritu. Sekeping cebisan kecil kertas segera bertukar tangan.

Brian melipatkan kertas tersebut lalu memasukkannya ke dalam kocek baju kemejanya.

Okay, have fun guys. Terima kasih tau Lis. You memang kawan baik I. Apa-apa info jangan lupa update dengan I ya. Haziq, jaga Acu baik-baik tau. Kalau Haziq ada apa-apa jangan lupa call papa ya sayang. Anyway, nanti jangan lupa kirim salam dengan semua orang ya.

Lisa dan Haziq serentak mengangguk dan Haziq segera menyalami tangan Brian. Sempat dua buah kucupan singgah di pipi Haziq. Lisa hanya mengangguk sebelum mereka beredar masuk kembali ke dalam rumah. Tiba sahaja di pintu pagar, Elzaara sudah melambaikan tangannya ke arah mereka dan Lisa sempat mengingatkan Haziq supaya tidak membocorkan rahsia kepada Elzaara.

AKAK ke mana tadi Puas El cari Akak dengan Haziq. Ni Akak dan Haziq dah makan ke belum

Dah tadi. El cari Akak ke Kenapa Akak bawa

Haziq pergi kedai tadi kejap. Ni El dah makan ke

Dah tadi dengan semua orang.

Okeylah Puan Ayu, Encik Yusuf, Cik Imah, Encik Ibrahim. Kami rasa kami nak beransur dululah. Rasanya dah lama kami dekat sini. Macam pelik pula wakil kami datang bertandang lama-lama macam ni.

Aunty Faridah yang sedari tadi rancak bersembang bersama Puan Rahayu dan Puan Rahimah tiba-tiba mengusulkan untuk pulang. Matanya melirik ke arah uncle Will yang masih lagi leka bersembang dengan para suami.

Uncle Will menyedari akan lirikan mata isteri tercintanya lalu jam tangannya dibelek. Dia mengangguk kepala memberikan isyarat supaya memberi kebenaran untuk mereka pulang ke rumah. Perbincangan rancak mereka semua sudah tiba ke penghujungnya dan masing-masing mula mengangkat punggung masing-masing untuk beredar.

Elzaara, Lisa dan Haziq juga mengikut dari belakang untuk menghantar rombongan uncle Will dan aunty Faridah pulang sehingga ke muka pintu pagar.

Sayang, nanti jangan lupa datang rumah Mummy tau. Jangan segan-segan. Kalau ada apa-apa ke, call je Mummy ya Mummy dan Daddy akan ada untuk sayang. Ubun-ubun Elzaara dikucup lembut dan Elzaara segera membalas dengan anggukan.

Daddy balik dulu ya Nanti senang-senang singgahlah ke rumah ya Encik Yusuf, semua. Sementara kami masih ada dekat sini.

Insya-Allah... Insya-Allah. Senang-senang nanti kami ke sana. Nanti kirim salam dengan Bunyamin. Senang-senang suruhlah dia ke mari.

Setelah mereka semua berkumpul di dalam rumah, Elzaara pun sudah menghilangkan diri ke dalam bilik bagi menukar pakaiannya. Matanya menangkap susuk tubuh Haziq yang berada di dalam bilik juga sibuk mengemaskan pakaiannya untuk dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.

Pantas Elzaara mendekati Haziq, Eh, Haziq Nak ke mana ni siap bawa beg bagai Tanya Elzaara kehairanan melihat Haziq membawa beg sekolahnya yang padat dengan baju.

Haziq nak tidur rumah Acik Lisa malam ni.