Begitu juga dengan Ramona. Hatinya juga berasa bangga yang amat kerana dipanggil masuk ke bilik yang tak pernah seorang pun pekerja di area pengasingan mel LG2 dititah mengadap CEO. Apatah lagi sejak bekas CEO terdahulu, Tunku Raffzul dipindah tugas ke THSC sampai ke saat ini mereka termasuk warga kerja Mels E tak dikenalkan kepada penganti CEO lebih setahun itu. Ini bermakna, mereka antara yang bertuah dapat mengenali lebih awal dari pekerja yang lain.
Pintu bilik diketuk dan serentak mereka menoleh ke belakang. Kelihatan Kassim sedang ditemani oleh dua orang pengawal masuk dan kemudian diarahkan duduk di sofa berdepan dengan mereka. Setelah itu, mereka berdua beredar keluar dan salah seorang menutup pintu bilik.
Kau buat apa kat sini! Kalau CEO tau apa kau buat tadi, confirm kena buang kerja! Baik kau blah dari sini! Arah Ramona dan disokong pula oleh Shamsiah sambil mengangguk-ngangguk kepala.
Kalau aku kena buang kerja, aku akan pastikan yang korang juga terlibat sama. Sebab korang yang suruh aku pergi acah-acah rogol Qamra, kan Korang berdua ni memang tak ada hati perut!
Hei! Kau jangan berani libatkan kami! Kau yang sukarela nak buat kerja terkutuk tu, kan Sebab kemaruk cinta dengan perempuan gatal tu!
Kassim ketawa kuat dan serta-merta diam. Sunyi sepi terus. Kelakuan ganjil Kassim menimbulkan tanda-tanya pada mereka berdua. Sementara menunggu ketibaan CEO, Ramona bingkas dari sofa dan melangkah ke arah meja berukiran kayu. Diperluaskan pandangan di setiap rak yang tersusun rapi pelbagai fail di samping buku-buku dari pelbagai genre mengikut turutan abjad. Nampak benar terserlah ketelitian CEO baru mereka.
Beralih pula Ramona melihat ke arah fail-fail yang tersusun rapi di atas meja. Buntang terus mata dan tulang temulangnya mula terasa mengigil. Shamsiah yang kebetulan ternampak perubahan Ramona memanggil namanya dari jauh.
Matilah aku kali ni! Desah Ramona ketakutan.
Kassim yang lebih ketahui siapa CEO yang akan mereka berdepan sekejap lagi hanya senyum sinis pada mereka berdua.
Kau dah tau siapa CEO kita Takkan dia lepaskan korang berdua! Kalau aku kena buang kerja, aku pastikan korang berdua aku heret sekali! Sengaja Kassim menambahkan lagi ketakutan Ramona.
Ramona tak terdaya lagi bercakap sejak terpandang pada sebuah bingkai berwarna perak yang menempatkan sekeping gambar seorang lelaki yang dikenali bersebelahan dengan Tun Tunku Harith.
Hello! Apa dia yang korang cakapkan ni! Aku tak faham. Jangan nak berteka-teki sangat! Shamsiah mula berasa lain dalam perbualan antara Ramona dan Kassim. Seperti ada sesuatu yang mereka tahu yang dia tak menahu.
Sebenarnya Hussein belum sempat Ramona beritahu, kedengaran pintu bilik dibuka untuk kali kedua.
Hanya Shamsiah yang menoleh manakala mereka berdua tak berani bertentang mata dengan CEO mereka. Kelihatan Tunku Hussein sedang berjalan sambil menanggalkan uniform kerja. Hanya tinggal kemeja putih berkolar yang dilipat lengan kemeja hingga paras siku.
CEO panggil budak ni sekali ke Hei, kau pergi baliklah kat sini bukan tempat kau tempat kau kat sinun. di LG2 bawah tanah. Sindir Shamsiah bertalu-talu.
Ramona menarik-narik lengan bajunya supaya berhenti dari berterusan menyindir lelaki itu.
Tunku Hussein tak pedulikan kata-kata sindirin Shamsiah sebaliknya dia terus melangkah pergi ke arah meja. Tangannya mengambil beberapa dokumen yang disusun sebaris di rak dan kemudian berjalan menuju ke arah mereka bertiga. Ramona dan Kassim tunduk memandang ke bawah. Shamsiah pula menunjukkan riak wajah berlagak sambil menyilang kaki. Digoyang-goyang pula kakinya sehingga mengena betis Ramona.
Dah lama saya perhatikan perangai kamu berdua.
Hei, Hussein! Jangan berlagak macam kau tu
CEO kat sinilah! Sindir Shamsiah lagi. Puas hati bila dapat berterusan menyindir Tunku Hussein. Sekurangkurangnya dapat dia melunaskan ketidakpuasan hati terhadap Qamra Ain pada lelaki itu.
Sham pantas tangan Ramona menekup mulut Shamsiah.
Pintu bilik diketuk. Tanpa menunggu sahutan dari dalam, pintu bilik Tunku Hussein dikuak dan terpacul Saiful yang datang bersama beberapa orang pegawai polis masuk ke dalam bilik.
Yang Mulia Tunku Hussein
Ke semua mereka yang baru tiba memberi tunduk hormat. Dia mengarahkan dengan isyarat mata pada mereka agar berdiri sebaris di belakang sofa.
Kassim Azam, saya tiada pilihan lain daripada lucutkan jawatan kamu atas kesalahan berkelakuan tak senonoh dalam syarikat saya. Begitu juga dengan Puan Ramona dan juga Cik Shamsiah. Kamu berdua juga terpaksa saya lucutkan jawatan di Mels E atas kesalahan melanggar etika sebagai pekerja di sini.
Hei! Siapa kau nak suka-suka buang aku dan mereka! Kau yang sepatutnya berambus dari sini! Herdik Shamsiah. Besar kecil besar kecil saja dia nampak lelaki yang duduk bertentangan dengannya.
Kamu diam! Kan saya tengah bercakap, tolong hormat sikit! Tengking Tunku Hussein sambil menuding jari telunjuk lurus ke arah Shamsiah seiring dengan renungan yang cukup tajam.
Kecut perut dibuatnya Shamsiah kerana pertama kali ditengking sekuat itu.
Hek eleh, lebih kuah dari sudu pula budak tak sedar diri ni! Ada hati nak berlagak jadi CEO! Ejek Shamsiah dengan mimik muka yang membuatkan Tunku Hussein naik menyampah.
Ramona menyiku kuat lengan Shamsiah dan memberi isyarat supaya berhenti mengutuk lelaki itu.
Untuk pengetahuan kamu, Cik Shamsiah saya Tunku Hussein anak kepada Tun Tunku Harith, CEO di sini! Dan saya ada hak untuk lucutkan jawatan kamu semua! Berani kamu berkomplot menjatuhkan maruah seorang pekerja yang tak pernah membuat onar dengan kamu semua!
Terdiam Shamsiah tanpa sepatah kata. Mengigil dirasa seluruh anggota badan. Disebabkan hasad dengki, akibatnya mereka bertiga kehilangan pekerjaan di mana sudah bertahun lama khidmat mereka di sini. Dia tak menyangka sama sekali lelaki yang berpakaian selekeh setiap pagi menyusun mel bersama Qamra Ain rupanya seorang CEO Mels E.
Kamu tau tak yang Qamra seorang anak yatim yang susah payah terpaksa menyara hidup sendiri Dia tak pernah sedikit pun minta belas ihsan dari kamu untuk habiskan kerjanya tapi kamu melayan dia macam dia tiada harga diri. Kamu pertikaikan waktu kerjanya, ada pernah kamu ambil tau kenapa Dia berkejar-kejaran masa disebabkan separuh dari masa yang ada dihabiskan pula dengan kelas pengajian. Kamu hanya tau bergossip, sebarkan fitnah dan satu lagi membuat rancangan merogol dia! Saya dapat tau yang kamu berdua menyuruh Kassim melunaskan rancangan kamu berdua, kan Bila perkataan rogol ditebalkan sebutan terus lensa hazelnya merenung tajam ke arah Kassim. Lelaki itu tak berani mengangkat muka langsung sejak masuk ke sini.
Saya saya ibu tunggal, Tun... Tunku. Kalau saya berhenti kerja, macam mana dengan anak-anak saya Rayu Ramona sambil teresak-esak menahan tangis.
Apalah nasibnya selepas dibuang kerja. Sudahlah hendak mendapat pekerjaan di luar sana perlukan kelulusan akademik. Dia, periksa tingkatan 3 pun tak lepas. Seharusnya dia harus berasa bersyukur kerana berjaya memegang jawatan sampai ke tahap penyelia kanan. Tambahan pula dengan ekonomi sekarang jangan dikatakan jawatan kerani, jawatan sapu sampah belum tentu dia dapat.
Ooo rasa menyesal Kamu pernah terfikir dengan apa yang kamu lakukan Jangan pandai menuding jari mencari kesalahan orang lain sedangkan kamu tak sedar yang 4 jari menuding ke arah kamu balik! Jadi, terimalah hakikat yang ni balasan terhadap kesilapan kamu sendiri!
Berilah saya peluang, Tuan Hussein. Saya janji, saya takkan ulangi lagi. Maafkan saya giliran Shamsiah pula merayu.
Dia juga tak mahu dibuang kerja. Kalau hilang pekerjaan, bagaimana pula hendak langsaikan segala hutang yang ada. Tambah lagi, baru-baru ini dia baru lepas trade-in kereta Kancil kepada Myvi. Takkan baru seminggu bergaya dengan kereta baru, terpaksa dijual semula.
Saya tak nak simpan pekerja yang ada perangai seperti kamu semua dalam syarikat saya. Saiful, buat apa yang patut mengikut Akta Kelakuan dan Tatatertib atas kesalahan gangguan seksual di tempat kerja. Kalau pihak sana perlukan keterangan mangsa nanti saya sendiri yang bawa Qamra. Kamu semua, bawa mereka keluar.
Baik, Tuan Hussein. Serentak mereka menjawab.
Dengan pantas mereka memaksa ketiga-tiga bangun dari sofa dan membawa mereka bertiga secara paksa keluar dari bilik. Rayuan Ramona dan Shamsiah tak diendahnya lagi.
Tuan Hussein maafkan saya tolong saya merayu! Dalam esak tangis yang semakin kedengaran, Ramona merayu supaya menarik balik keputusan pemecatan jawatannya namun tak diendahkan oleh Tunku Hussein. Dia menarik nafas lega selepas menyelesaikan masalah menyingkirkan pekerja yang menjatuhkan imej Mels E.
Ramzan, hubungi Jabatan Tenaga Sumber Manusia (HRMD). Suruh mereka terbitkan iklan jawatan kosong di area pengasingan mel. Buka peluang untuk internal staff dulu, saya tengok dalam sistem dah lama Mels E tak buat staff movement. Kalau ada pekerja yang penuhi kriteria, naikkan pangkat. Kalau sebaliknya, kita appoint and probate dulu. Duduk buat kerja yang sama bertahun pun naik lemau juga, kan Satu persatu diberi arahan kepada Ramzan. Pantas sungguh dia mencatit sebiji-sebiji butir info tanpa tertinggal satu pun di notepad iPad.
Bagitahu Training Section, hantar mana-mana staff yang perlu development training. Sesekali mereka perlu ambil angin luar. Asyik terperap aje buat kerja sampai ke sudah. Betul, tak Kamu pun nak saya hantarkan sekali
Tak payahlah, Yang Mulia. Masa ayahanda Tuan teraju Mels E, saya selalu follow Tuan Harith ke sana, ke mari. Jadi, biarlah mereka pula yang merasa. Tinggal dua-tiga tahun nak pencen ni, biarlah saya berkhidmat untuk Tuan Hussein aje di pejabat. Boleh, kan
Boleh aje, Ramzan. Kalau nak jadi PA saya, jalan kena laju tau. Sebab kaki saya ni langkahnya panjang. Okeylah! Tu aje arahan saya buat masa ni. Jangan lupa CC ke emel saya. Oh ya satu lagi, nanti saya nak laporan kewangan Mels E.
Tunku Hussein bangkit dari sofa dan berjalan menuju ke arah meja. SG N5 dicapai lalu didail terus nombor Reza Rizman. Ramzan pula selepas mencatat pesanan terakhir, dia meminta izin untuk beredar pergi ke HRMD di tingkat 3. Sementara menunggu panggilan dijawab, Tunku Hussein menyarung semula seragam kerja. Hanya 2 kali deringan, panggilan telefon dijawab.
Qamra okey, Reza
Q
AMRA AIN meluaskan pandangan di luar cermin Mels Caf. Secangkir kopi yang masih hangat dibiarkan berasap di atas meja. Sedang leka memerhatikan di luar, tak disedari ada sepasang anak mata sedang memandang ke arahnya dengan pandangan redup dan sayu.
Sejak ke sini Qamra Ain tak bersuara walaupun sepatah. Masih trauma dengan kejadian yang tak pernah terlintas di fikiran mereka di Mels E. Setahun sudah bekerja di situ, inilah pertama kali kejadian sebegini berlaku. Dengan pemecatan mereka bertiga, Reza Rizman berharap agar perkara serius ini tak berulang lagi selepas ini.
Mana Sein, Reza Dari tadi aku tak nampak dia Aku nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan aku tadi, pandangan dikalih ke arah pintu masuk Mels Caf namun orang yang ditunggu masih belum kunjung tiba.
Dia tengah settlekan hal kau, kejap lagi sampailah tu.
Tunggu saya ke Tegur Tunku Huseein yang entah bila masa berdiri tercegat di antara mereka berdua yang duduk di situ.
Serentak mereka mengangkat muka dan terus tertancap ke arah wajah lelaki yang sudah sedia dengan segaris senyum manis di bibir. Reza Rizman berganjak duduk ke dalam sedikit bagi memberi ruang pada Tunku Hussein duduk berdepan dengan Qamra Ain.
Awak okey, Qamra Maaf sebab Flynn Rider Hussein lambat selamatkan Rapunzel Qamra, maklumlah cari kuda kepang tak jumpa tadi, sempat Tunku Hussein berseloroh.
Qamra Ain mengoyak senyum sampul bila jejaka ini mengibaratkan mereka berdua seperti cerita animasi terbitan Disney itu. Tak semua lelaki boleh menjadi penyelamat seperti Flynn Rider, Sein.
Apa status cerita tadi
Pertanyaan Reza Rizman menyedarkannya dari berterusan merenung redup wajah Tunku Hussein. Lagi lama ditenung, terasa seolah-olah sedang berdepan dengan Tunku Hardie.
CEO bagi arahan diorang bertiga, 24 hours termination. Lepas ni awak jangan risau lagi, Qamra. Tiada siapa berani kacau awak lagi, cerita Tunku Hussein penuh semangat. Setahun lebih disembunyikan identitinya dan buat pertama kali dia membuat keputusan drastik disebabkan Qamra Ain.
Berhenti 24 jam Diorangkan ada tanggungan, Sein Kenapa CEO tak bagi peluang kedua Bukan senang nak dapat kerja kat luar. Semuanya sebab saya, mereka kena pecat.
Awak sepatutnya fikir diri sendiri, Qamra. Jangan pedulikan pasal mereka, berani buat berani tanggung, kan Kalau saya jadi CEO, saya pasti buat perkara yang sama. Bagi kesedaran sivik sikit kat diorang. Dahlah, Qamra. Diri awak lagi penting dari fikir pasal diorang yang aniaya kat awak tu pujuk Tunku Hussein berlembut.
Qamra Ain leka memerhati ke luar jendela seperti ada sesuatu yang menarik perhatian di luar cermin. Tiba-tiba dia bangkit dari kerusi dan terus bergegas meluru ke arah pintu Mels Caf. Mereka berdua juga turut berlari mengekori Qamra Ain.
Nak ke mana Qamra tu Mereka berdua berhenti
di persimpangan lampu isyarat kerana tak sempat mengejari Qamra Ain, lampu terus bertukar merah. Sementara menunggu lampu hijau, Tunku Hussein mengekori langkah gadis itu dari jauh dengan ekoran mata.
Tunggu dulu, Pakcik Tan! Panggil Qamra Ain sambil berlari ke arah van berwarna hitam jenis Mercedes Vanoe bercermin gelap. Belum sempat dia mendekati van yang membawa Pakcik Tan pergi, van tersebut terus menderum laju tanpa menunggu lebih lama lagi.
Dia yang berada di dalam van ketika melewati Qamra Ain, diperhatikan saja dari cermin gelap gadis itu terkapai-kapai mengejari vannya. Semakin lama semakin jauh dari pandangan mata. Entah bila dapat bertemu semula dengan gadis itu selepas pemergiannya secara mengejut.
Tan Sri tak apa-apa
Dia hanya menggeleng perlahan walhal dari hatinya hanya ALLAH SWT saja yang tahu betapa ditahan sebak di dada dek terpaksa berpisah dengan Qamra Ain yang dianggap seperti darah dagingnya sendiri.
Tangannya membuka bekas tupperware yang diserahkan seperti biasa pada Qamra Ain. Di dalamnya ada satu pesanan yang ditulis oleh Qamra Ain di mana seharusnya mereka bertemu selepas waktu kerja seperti biasa. Di dalam bekas itu juga tersimpan kepingan-kepingan kertas pembualan mereka sejak pertama kali mengenal gadis itu.
Qamra:
Pakcik, nanti petang Qamra ambil balik tupperware ye!
Maafkan pakcik terpaksa pergi tanpa ucapkan selamat tinggal pada kamu. Sesungguhnya pakcik nak kamu tau bahawa pakcik sayang, teramat sayang pada kamu, Qamra Ain dan pakcik pasti kita bertemu kembali bila tiba masanya nanti! Tupperware berwarna kuning dipandang bertemankan air jernih yang bertakung di tubir mata. Tidak mampu menahan lagi, akhirnya menitis juga jatuh di atas penutup bekas itu.
T
UNKU HUSSEIN dan Reza Rizman berlari mendekati Qamra Ain yang terduduk di tembok, tempat di mana Pakcik Tan berteduh di situ. Dia tunduk memandang ke bawah sambil menekup wajah dengan kedua belah tapak tangan. Ada kedengaran esak tangis perlahan dari celahan anak jarinya. Tunku Hussein perlahan-lahan turun duduk mencangkung berhadapan dengan Qamra Ain.
Takkan begitu cepat diorang bawa Pakcik Tan pergi Qamra Ain terus menangis teresak-esak sehingga suaranya tersekat-sekat. Hakikatnya, dia kehilangan lagi insan yang menjadi pengganti tempat menumpang kasih selepas arwah Babahnya.
Kita baru aje bincang, cepatnya awak bertindak. Elok juga tu, Qamra. At least, kita dah buat yang terbaik untuk Pakcik Tan.
Qamra Ain mengangkat muka. Pipi yang masih basah diseka dengan hujung jari. Kelainan renungan Qamra Ain menimbulkan tanda tanya Tunku Hussein. Bukan awak ke, Sein
Tunku Hussein menggeleng pantas. Dia ingatkan lelaki ini yang menelefon ternyata tak. Jadi, siapa yang bertindak lebih awal dari mereka. Serta-merta pandangan mereka berkalih wajah ke arah Reza Rizman. Tak mungkin dia sebab Reza tak kenal pun Pakcik Tan. Jadi, siapa
Tak payahlah kau nak fikirkan sangat, Qamra. Doa yang terbaik untuk Pakcik Tan. Nanti ada kelapangan, kita selidik mana-mana rumah orang tua sekitar KL ni yang ada nama Pakcik Tan.
Susah juga, Sein sebab kita tak menahu nama penuh dia, celah Reza Rizman.
Ada betul juga katanya. Kalau setakat nama Tan, dalam dunia ini ada sejuta orang yang didaftarkan atas nama itu.
Sein, baru aku perasan. Macam pernah nampak van serupa tu depan Mels E dua hari lepas. Seingat aku, van LE macam tadi hanya seorang aje yang ada dalam KL ni. Ermmm. hah, Tan Sri Ir. Kadir! Ujar Reza Rizman sambil memetik-metik jari mengingati semula susuk seorang lelaki yang keluar dari van tersebut sewaktu berhenti singgah ke Mels E. Kebetulan dia pula berselisih dengan lelaki itu ketika masing-masing melalui pintu keluar automatik.
Maksud kau Tan Sri Kadir Tak mungkin, Reza. Takkanlah Ir. macam Tan Sri Kadir nak buat kerja begini bagai, buang tebiat namanya, sangkal Tunku Hussein.
Siapa tak kenal dengan Tan Sri Kadir, seorang arkitek yang bertanggungjawab dalam reka bentuk bangunan THSC. Beliau juga merupakan kenalan rapat Tun Tunku Harith.
Okay okay stop! Korang berdua cerita apa ni Qamra Ain mencelah perbualan. Sejak tadi diperhatikan saja kedua-dua lelaki ini bercerita sesama sendiri.
Nothing, Qamra. Jom kita luncheon. Dah nak dekat pukul 1, ajak Tunku Hussein mengalih topik perbualan.
Reza Rizman mengangguk setuju.