DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 41
Seorang gadis berusia 20 tahun yang bekerja sebagai kerani. Datang ke klinik ditemani seorang lelaki. Kawan satu tempat kerja katanya. Dia mengaku terlanjur dan kandungannya dah berusia 6 bulan. Dia datang untuk buat antenatal check up. Kandungannya sihat walafiat. Insya Allah dia akan lahirkan seorang bayi lelaki. Keluarga pihak lelaki dah tahu dan sanggup bertanggungjawab. Tapi keluarga pihak perempuan belum tahu. Dia sedang berkira-kira bagaimana nak beritahu keluarganya. Masalahnya, lelaki yang bertanggungjawab kini berada dalam penjara. Bulan 10 tahun lepas hukuman dijatuhkan. Penjara 5 tahun atas kesalahan samun.
Gila punya complicated masalah gadis ini. Perut semakin membesar. Bakal suami ada dalam penjara. Keluarga belum diberitahu. Tapi aku tengok dia relak sahaja. Macam takda masalah. Rasa bersalah pun tidak. Rasa takut jauh sekalilah.
Hebat gadis zaman sekarang!