DARI TANJUNG MALIM KE KLCC - 41
10 Disember 2005 - 9.34 malam.

Sah

Sah!

Sah!

Aku meng-Alhamdulillah dalam hati sambil tersengih tajam ke pintu bilik

10 Disember 2009

Happy 4th Anniversary untuk diri aku!

Fakta Kahwin:

1. Kenduri belah pengantin lelaki dan kenduri belah pengantin perempuan jatuh pada tarikh dan hari yang sama.

2. Barang hantaran paling rendah diri; seluar Dockers bundle yang baru pecah guni. Bini aku mengamuk gila!

3. Album kahwin Korang tanya Fateem. Dia yang in charge.

Last aku tengok, 5-6 keping gambar dah selamat terjerepuk dalam tong mainan. Cedera teruk.

4. Kos jurufoto sebanyak RM150 - Bini aku kata, Kita bagilah business pada cameraman Kampung Lubok Salak. Kesian dia. Dan hasil tangkapan gambar jurufoto tersebut memang sungguh kesian!

5. Aku sembahyang Zohor masa bilal tengah adjust mikrofon nak azan Asar. Sibuk bersanding sampai ke laut! Astaghfirullah

6. Warna tema - Tak terfikir pulak aku nak bertema-tema.

7. Stoking aku koyak kat ibu jari Ah! Bukan orang nampak benda dalam kasut.

8. Masa makan beradab, udang panjat nenas, ayam golek, siakap tiga rasa dan daging kurma semua aku suap masuk mulut tak pandang kiri kanan dah!

Ok, nombor 9 ni paling buat aku hampa.

9. Aku kumpul duit beli aircond Seng Heng potong gaji bulan bulan, bubuh dalam bilik pengantin. Malam pertama aku lepas menikah, aku tutup pintu, petik remote aircond Seng Heng. Petik, petik, petik, petik! Petik lagi sampai subuh dia tak boleh on. Macam pundek!

Malam ni, cukup empat tahun aku pegang jawatan sebagai jantan berbini.

Tapi yang buat aku rungsing lagi hairan, kenapa masih ramai

Malam Paling Rare

makwe-makwe yang berebut nak mengorat aku

Aku tak suka tau!

Keh keh keh!

PESAN BUAT BINI AKU:

Aku nyaris lupa woi! Esok aku bawa kau jalan-jalan naik helikopter ye