Pertama kali aku mengenali Jebat semasa busking dengan Nik di Uptown. Pada pukul erhpat pagi ntasih melompat-lompat sambil menyanyi sambil bermain gitar.
Siapa tu
Ooo.dtulah Jebat.
Kasihan Jebat. Bagai kertas melayang, Jebat tersangkut di celah-celah ranting kehidupan. Harap dia bertemu jalan pulang nanti.
Jebat yang aku kenal adalah anak muda yang baik. Punya senyuman yang murah setiap kali menyanyi. Sentiasa senyum. Walau dalam had, hanya Jebat yang tahu.
Hang nyanyi lagu Ghazal untuk Rabiah.
Pada aku Jebat adalah seorang penghibur. Orang akan pasti terhibur dengan persembahan Jebat. Dia perlukan lebih banyak latihan. Tetapi aku senang ntelayan kepala Jebat.
Dia sering menanya aku cara untuk dia memperbaiki permainannya.
Sayang, Jebat hanyut dalam khayal yang diciptakannya. Dia menjalani takdir yang arnat memeritkan. Dia berpenyakit. Terapi Jebat tetap tabah sebenarnya. Dia sedang menerima takdir seadanya.
Suatu pagi aku singgah ke Pasar Seni sebelum ke tempat kerja. Jebat sudah mula busking-nya. Jam sembilan pagi. Awal sungguh. Berpeluh-peluh aku lihat Jebat. Hasil tidak seberapa. Kadang-kadang Jebat hanya minum air paip sahaja. ltu pun mamak kedai masih minta bayaran.
Dunia macam ni |ebat. Nobody knows you when you are down and out. Kalau kita senang semua orang himpit dan selesa. Kalau susah, adik-beradik pun lari. Yang ada serban pun melayang serban lari sebab takut untuk tolong orang susah.
Jebat juga kalah dengan tuntutan nalurinya yang masih bergantung pada benda tu.
Aku tak boleh buat apa Meor. Aku rasa aku tak dapat hidup lama lagi.
Jebat selalu mengadu perihal hidupnya yang tak keruan.
Kasihan aku melihat Jebat. Tidurnya tidak tentu hala. Makan sekadar apa yang ada.
Aku nak buat artikel pasal hang kat STJ, boleh
Okay Meor, buatlah. Nanti bagilah aku cdkau. Aku pun nak dengar jugak. Okay Jebat, nanti aku bagilah."
Aku suka kalau Jebat berhenti daripada ketagihannya. Dengar cerita Jebat ada di dalam sana. Baguslah. Kalau keluar nanti mudah-mudahan ada peningkatan untuknya.
Pandanglah Jebai pada hakikatnya. Bukan luarannya. Dari warna-warna yang digaulkan terbcntuklah Jebat. Ada okay dan tidak okay. Termasuk aku juga semua yang hidup dan bernyawa.
Usulilah asal kita. Kalau tak usul susah. Bukan susah apa. Kefahaman tersangkut di celah ranting. Pandanglah dunia ini seluas-luasnya. Bukan sekadar di akal fikiran yang rerbatas.