AYAH EDY PUNYA CERITA - 41
Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, cubalah anda tanyakan kepada anak-anak yang bersekolah, apa tujuan mereka bersekolah Mungkin anda menduga jawapannya kurang lebih seperti ini: agar jadi anak pandai, biar jadi orang yang berjaya, dan sebagainya. Namun, apa sebenarnya

Padahal hingga saat ini sekolah yang kita lalui dari satu tahap ke tahap yang lain tidak pernah mengajar bagaimana mengenali potensi unggul kita. Mereka juga tidak pernah mengajar anak untuk membuat perencanaan karier atau sebuah perencanaan kejayaan. Jadi, bagaimana kita yakin anak-anak kita boleh menjadi orang yang berjaya melalui sekolah Itulah pertanyaan yang sering kali dilontarkan oleh para kritikus pendidikan di Amerika Syarikat.

Jangan hairan jika Robert T. Kiyosaki juga dengan keras menyindir sistem sekolah yang ada pada saat ini. Melalui bukunya If You Want to be Rich and Happy, Dont Go to School, dia secara implisit berkata bahawa sekolah ternyata tidak ikut campur tangan dalam membangunkan kejayaan anak dan lebih melepaskan proses kejayaan pada mekanisme alam. Apa ertinya Ya ... setelah anda selesai kuliah silakan berjuang sendiri sesuai cara masing-masing, untuk menentukan nasib masing-masing.

Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, saya punya sebuah cerita menarik, tentang bagaimana sekolah sama sekali tidak memberikan tujuan bagi pelajarnya sehingga kelak dalam menentukan jurusan atau bidang pengajian yang dipilih pun banyak yang salah langkah dan tidak sesuai dengan potensi unggulnya.

Suatu hari ada seorang klien meminta saya untuk datang ke rumahnya. Ada masalah penting yang perlu dirundingkan, katanya. Disingkatkan cerita, saya tiba di rumahnya kira-kira pukul 12.00 tengahari. Ternyata di sana sudah menunggu sepasang ibu bapa bersama anak mereka, mahasiswa fakulti undang-undang, semester terakhir, di salah satu institut pengajian tinggi swasta terkemuka di Jakarta.

Sepasang ibu bapa ini rupanya bingung kerana anak laki-laki mereka yang hampir menamatkan pendidikannya ini tidak mahu mengerjakan tugas akhir sebagai syarat kelulusannya. Padahal dia sudah sampai semester terakhir dan jika dalam semester ini tugas akhir tidak dapat diselesaikan, dia akan gagal dan tercicir. Mereka tidak mengetahui alasan anak lelaki mereka tiba-tiba mogok, tidak mahu menamatkan pengajiannya. Lalu saya berkata kepada ibu bapa tersebut.

Bapak dan Ibu mari kita cuba berfikir jernih tanpa prasangka untuk mencari akar permasalahannya. Semoga kita boleh mendapatkan penyelesaian yang terbaik.

Setelah panjang lebar saya berbicara dengan anaknya secara terpisah, juga dengan ibu bapanya. Akhirnya terbongkarlah masalahnya. Di depan anaknya, saya berkata kepada ibu bapa tersebut, Ibu dan Bapak, jika kita benar-benar memperhatikan anak kita, sebenarnya setiap anak ini memiliki ciri yang berbeza-beza, baik dari sifat dan kelakuan juga kekuatan, sekaligus kelemahannya.

Mereka mendengat huraian saya. Nah, dari hasil identifikasi inilah sebenarnya kita boleh meneka arah pendidikan dan bidang yang tepat bagi dirinya. Berdasarkan identifikasi yang berhasil saya lakukan bersama anak Ibu dan Bapak, ternyata sebenarnya anak Bapak ini memiliki jenis keperibadian analisis, dengan daya kekuatan pancaindera visual dan potensi unggul pada bidang sains dan seni.

Jadi Maksudnya bagaimana, Ayah tanya ibunya.

Anak jenis ini memiliki kecenderungan sifat, antara lain, agak pendiam, selalu tertutup, kurang suka bergaul, menyukai halhal yang bersifat teknikal, suka berada atau bekerja sendiri dalam ruangan, kurang menyukai bidang pekerjaan yang berhadapan dengan manusia, kurang suka pekerjaan yang banyak menggunakan kemampuan komunikasi, dan banyak lagi ciri-ciri lainnya. Ciri-ciri inilah yang sebenarnya boleh dijadikan petunjuk dalam mengarahkan bidang yang paling sesuai dengan anak Ibu dan kariernya kelak. Sayangnya selama ini tidak ada seorang pun yang boleh mengenal pasti petunjuk-petunjuk berharga ini dan menjelaskannya kepada ibu bapa. Bukan pendidik, bukan juga sekolahnya, sambung saya panjang lebar.

Kemudian berdasarkan petunjuk lebih dalam yang berjaya dikumpul, ternyata anak tersebut sangat tidak menyukai kuliah dalam bidang undang-undang seperti keinginan ibu bapanya. Bidang yang menjadi impiannya adalah graphic designer atau animasi komputer. Kedua ibu bapa itu terpukau mendengarkan paparan saya.

Begitu, ya kata bapaknya.

Saya mengangguk. Jadi sesungguhnya selama ini anak Bapak ketakutan akan pekerjaan yang akan diceburi kerana pekerjaan itu bukan keinginannya. Dia sama sekali tidak menyukai pekerjaan yang berhubungan dengan manusia dan melibatkan proses komunikasi langsung, apatah lagi dengan proses-proses berdebat.

Oleh kerana itu, pada detik-detik terakhir menjelang selesainya kuliah, tekanan dan ketakutan itu muncul semakin hebat menghantui dirinya. Anak Bapak seperti sangat takut membayangkan dirinya harus bekerja dalam bidang undang-undang dan berhadapan dengan masyarakat. Jadi, dia fikir sebagai jalan terakhir untuk menghindari dari rasa takut yang menghantuinya, dia mengambil keputusan untuk mogok dan tidak mahu mengerjakan tugasan akhirnya. Saya menyambung.

Ibu bapanya sangat terkejut mendengar penjelasan saya. Mereka sama sekali tidak menyangka masalahnya seberat itu. Mereka tidak mengetahui bahawa setiap anak memiliki potensi dan sekaligus kelemahan dalam bidang yang berbeza-beza. Mereka juga baru tahu bahawa sesungguhnya potensi-potensi itu boleh diketahui sejak dahulu lagi, sebelum anaknya menentukan sekolah dan bidang pilihannya.

Ibu bapa tersebut, mungkin seperti kebanyakan ibu bapa pada umumnya, berfikir bahawa setiap anak boleh melakukan segala hal asalkan mendapat sokongan. Namun ternyata, faktanya tidaklah sedemikian. Dengan masih terkejut dan bingung, kedua orang tua tadi bertanya lagi kepada saya,

Jadi, sekarang kami harus bagaimana, Ayah Edy Kami tidak ingin masalah ini menjadi berlarutan.

Begini, Pak. Jika anak Bapak di paksa terus untuk menyelesaikan tugas akhirnya, boleh sahaja. Tetapi, itu ertinya Bapak telah mewariskan sebuah penderitaan seumur hidupnya. Sedangkan kita tahu jika perjalanan hidup anak Bapak masih sangat panjang. Jadi, jika yang kita wariskan adalah sebuah penderitaan, dia akan berasakannya dalam waktu yang sangat panjang. Tetapi, jika Bapak tidak ingin memaksanya, tentunya juga harus ada jalan keluarnya, maksud saya bagi anak Bapak. Jalan keluar ini akan jauh lebih berharga kerana dia masih memiliki berbagai kesempatan untuk meraih kejayaan hidupnya. Sementara pada umumnya kejayaan seseorang hanya boleh diraih apabila dia menggeluti kerjaya yang dicintainya.

Kedua ibu bapanya mengangguk-angguk.

Namun, tentu sahaja keputusan itu sepenuhnya terpulang kepada Bapak dan Ibu.

Lama kami berbincang untuk memecahkan masalah tersebut bersama-sama. Sampai akhirnya tercapailah suatu kesepakatan, dengan berat hati ibu bapanya menerima keinginan anaknya untuk tidak melanjutkan dan menamatkan pendidikannya di Fakulti Undang-undang, melainkan berpindah ke bidang animasi komputer dengan satu perjanjian, dia harus menyelesaikannya dengan baik. Sebuah dialog yang panjang, proses konsultasi yang selalunya memakan waktu dua jam, ternyata bertambah menjadi hampir tujuh jam kerana ibu bapa menginginkan masalahnya harus diselesaikan hari itu juga.

Para ibu bapa dan guru yang berbahagia, saya yakin kes yang mirip seperti ini juga banyak dialami oleh keluarga-keluarga di Indonesia. Sungguh merisaukan. Jika kejadiannya seperti ini, saya terbayang betapa besarnya biaya sosial, waktu, dan kewangan yang harus dikeluarkan. Meskipun demikian, beruntunglah si anak tadi memiliki ibu bapa yang tidak memiliki masalah kewangan. Namun, tetap sahaja dia akan rugi waktu dan tenaga kerana harus memulakan segalanya dari awal.

Mengapa hal ini sampai terjadi Seorang pengkritik pendidikan pernah menyampaikan pandangannya bahawa sekolah-sekolah yang ada pada umumnya adalah sekolah yang tidak memiliki tujuan yang jelas. Mengapa Berpuluh tahun seorang anak menempuh alam persekolahan, tetapi laporan yang diterima dari sekolah hanyalah sekadar angka-angka yang tidak jelas tentang hubungannya dengan kejayaan masa depan anak.

Kita tidak pernah diberi laporan mengenai kekuatan dan kelemahan yang dimiliki anak-anak kita. Kita juga tidak mendapatkan maklumat mengenai bidang apa yang sesuai dengan anak kita dan yang juga tidak kurang penting adalah, anak-anak kita tidak pernah diajari untuk membuat perencanaan karier sebagai tujuan akhir dari masa pengajiannya.

Berpuluh tahun seorang anak menempuh alam persekolahan, tetapi laporan yang diterima dari sekolah

hanyalah sekadar angka-angka yang tidak jelas tentang hubungannya dengan kejayaan masa depan anak.