Mencari Kiblat Cinta - 42
Melihat Najla terdiam, Aliff tersenyum. Wajah Najla yang keruh dipandangnya. Kenapa ni Naj cemburu ya Bisiknya.

Najla terkedu. Senyuman Aliff tak lekang-lekang dari bibir, sedangkan hati Najla sudah dilambung gelisah. Apakah Aliff tahu apa yang bersarang di hatinya selama ini

Siapa cemburu Suara Najla gugup mencari helah.

Betul Naj tak cemburu Duga Aliff.

Najla menggeleng pantas. Bibirnya dijuihkan membuatkan Aliff ketawa besar.

Kepala Filman tiba-tiba terjengul masuk dari arah luar. Amboi rancaknya berbual. Cerita apa ni Tegur Filman tersengih.

Ketawa Aliff singgah lagi. Tak ada apa-apalah bang, saja berbual dengan Naj ni. Dalih Aliff. Filman memandang ke arah adiknya. Najla diam sahaja.

Ni anak dara apa ni, baru bangun. Baik tolong Ma dengan Mak Mah masak lagi baik. Cuti-cuti hujung minggu ni, semua lekat kat rumah nak merasa masakan Naj. Abang pun baru balik teman Ma ke pasar tadi. Usik Filman.

******

Mulut Najla mencebik. Tolonglah bang, Naj dah lama bangun tahu. Abang tu aje yang tak sedar. Pagi tadi masa abang dengan Aliff buka pintu pagar nak keluar berjogging, Naj dah bangun pun. Sampai hati pergi jogging tak ajak Naj ya. Rungut Najla.

Manalah kami tahu puteri lindungan bulan ni dah lama bangun. Lagipun sejak bila Naj suka berjogging ni Dulu tak ada pun. Sahut Filman.

Najla tercengang. Kata-kata Filman membuatkan dia jadi segan dengan Aliff. Jika diikutkan memang dia tidak suka berjogging sebenarnya. Tapi sejak Aliff ada, semua kesukaan Aliff menjadi kesukaannya juga.

Siapa kata Naj tak suka jogging Abang pandai aje buat kesimpulan sendiri. Balas Najla, cuba menutup gelodak di hatinya. Tapi melihat Filman dan Aliff seolah sepakat mengetawakannya, Najla mula sedar yang dirinya dipermain-mainkan. Dia segera memasamkan mukanya. Bengang!

ASYIK benar gadis kecil itu melukis sehingga tidak mempedulikan sesiapa. Kerana tertarik mahu melihat apa yang dilakukan gadis kecil itu, Danira diam-diam merapati Melia dari arah belakang.

Sebaik menyedari kehadiran Danira, Melia cepat-cepat menutup kertas lukisannya, seolah-olah tidak mengizinkan Danira mengintainya.

Melihat reaksi anak gadis itu, Danira ketawa kecil. Terasa lucu melihat sampai begitu sekali reaksi Melia mahu menyorokkan kertas lukisan itu dari tatapan matanya.

Melly tak nak beri kakak tengok lukisan tu ke Danira bertanya lembut.

Melia menggelengkan kepala.

Kenapa tak boleh Tanya Danira lagi. Sengaja mahu memancing isi perbualan dengan gadis cilik itu.

Tak boleh. Belum siap lagi. Jawab Melia sambil menggelengkan kepalanya.

La ye ke Kalau macam tu, Melly siapkan dulu, kakak tak mahu ganggu. Nanti kalau dah siap panggil kakak ya. Dia tersenyum seraya beredar ke arah beberapa orang kanak-kanak lain yang turut leka menyiapkan lukisan masing-masing.

Selang beberapa minit, Danira terpandang kelibat Melia sedang melambai-lambai ke arahnya. Dia segera mendekati anak kecil itu.

Kenapa Dah siap

Melia mengangguk seraya menunjukkan sekeping kertas lukisan yang baru selesai dilukisnya. Ini datuk, nenek, Pak Su, Mak Naj dengan papa. Canang Melia sambil menunjukkan wajah-wajah karikatur yang dilukisnya. Danira ketawa sendiri. Comel lukisan Melia itu, meskipun wajah nenek yang dilukis Melia tidak ada bezanya dengan wajah-wajah lain.

Hmmm semua ada. Mana mama pulak Soal Danira.

Melia terkelip-kelip memandangnya dengan wajah bingung.

Takkan lukis gambar papa dengan yang lain aje. Sepatutnya Melly kena lukis gambar mama juga. Ujar Danira tanpa menyedari raut wajah Melia mula muram.

Melly tak ada mama. Jawab Melia lamba-lambat.

Danira mengerutkan dahinya. Kata-kata anak kecil itu gagal difahaminya. Apa maksud Melia Dia ingin bertanya lagi, namun apabila dilihatnya Melia seakan tidak berminat mahu bercerita panjang lebar, hasrat hatinya terkubur begitu sahaja,

Kakak dengar Encik Filman dah lama bercerai dengan bekas isterinya. Kononnya dia ditinggalkan bekas isterinya. Sejak bayi lagi Melia ditinggalkan dengan Encik Filman. Bisik Siti apabila dia mengajukan perihal Melia pada wanita itu.

Kenapa mereka bercerai kak

Entahlah. Bila dah tak suka tu, macam-macamlah alasannya. Tapi kakak rasa bekas isteri Encik Filman tu memang bodoh. Kalau kakaklah dapat lelaki sebaik Encik Filman, tentu kakak tak lepas. Balas Siti, rancak bercerita.

Danira terdiam. Meskipun dia langsung tidak mengenali Filman dan keluarganya, namun jauh di sudut hati dia setuju dengan kata-kata Siti. Aneh! Lelaki sekacak dan sebaik Filman pun masih ditinggalkan isteri

Kenapa Nira tiba-tiba tanya fasal Encik Filman Giliran Siti pula bertanya ketika melihat Danira termenung panjang.

Gadis itu terpempan seketika.

Takkan berkenan kut Siti sudah tersengih-sengih. Danira membeliakkan matanya besar-besar. Terkejut dengan kata-kata Siti sekaligus bimbang jika kata-kata itu sampai ke telinga Lynn atau Umaira.

bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Danira tiba-tiba bertanyakan kisah hidup Filman daripada Siti