Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 42
BAB 42

FELISHA pandang kalendar atas meja pejabatnya. Sudah dua minggu berlalu. Matanya menala pula pada pekerja baru yang diambil bekerja minggu lepas.

Hmm..rajin budak ni kerja. Memang Najwa pandai pilih orang.Felisha senyum. Kalendar tadi ditatap semula.

Dua minggu lagi mamat tu balik Malaysia. Haihmacam mana aku nak tolak pinangan Puan Suraya ni.. Felisha sudah pening. Kalendar dipandang lagi buat entah ke berapa kali.

Sejak kenal Fariz secara tak sengaja dulu, sehingga kini hubungannya dengan keluarga Fariz seolah tidak pernah putus. Ada saja perkara yang membuatkannya terpaksa bertemu dan berhubung dengan mereka. Niat yang dulu nak kenakan Fariz dengan cinta palsu masih tak kesampaian.

Sudah jelas dan nyata, Fariz memang berhati batu. Payah nak terima cinta dan susah nak luahkan rasa.

Aku dah kalah. Aku nak dia jatuh cinta pada aku sebelum nikah tapi sekarang ni, bukan jatuh cinta lagi dah tapi jatuh terjelepok dalam

hubungan nikah yang aku tak nak! Kalau dia jatuh cinta kat aku lepas nikah, dah terlambat. Nak tak nak, aku kena patuh apa yang dia suruh. Dia dah jadi suami aku..tak nak aku jadi isteri derhaka. Adoihmacam mana ni Kepalanya diketuk berkali-kali.

Kak Sha, kenapa ni Sampai ketuk kepala sendiri.

Felisha mendongak. Azila sudah tercegat di depan muka pintu.

Oh..Zila. Tak ada apa..dah siap bungkusan bunga yang dipesan semalam Felisha cuba senyum.

Sudah kak. Tiga jambak kan Bunga dahlia, gerbera dan daisi. Azila turut senyum.

Felisha angguk. Dia bingkas bangun. Jam di pergelangan tangan dah hampir sepuluh setengah pagi.

Okey, akak nak hantar bunga dulu. Zila jaga kedai ya. Felisha bingkas bangun. Dia capai tiga jambak bunga yang sudah siap dan dibawa masuk ke dalam bonet kereta.

Azila hanya memerhati bos mudanya berlalu pergi. Dia segera menelefon seseorang.

KERETA Honda Accord kelabu Felisha dipecut laju menghala ke Mutiara Damansara. Sesekali dia berhenti di bahu jalan. Alamat yang ditulis Azila diperhatikan seketika.

Ish! Betul ke alamat ni Felisha garu kepala.

Keretanya dipandu perlahan menelusuri banguan pejabat sebaik membelok ke arah kiri. Kereta diparkir di depan kedai runcit. Banyak lot kedai yang masih kosong.

Hmm..tempat baru agaknya ni. Kedai pun hanya satu dua je yang buka. Felisha dongak ke arah tingkat satu bangunan. Mengikut alamat yang ditulis di atas kertas nota kecil itu, memang tak salah lagi. Sinilah tempatnya.

Felisha masih memerhati bangunan kedai itu yang masih baru. Serba salah. Semua tingkat atas masih tidak ada sebarang pejabat dibuka.

Ish..entah-entah macam dulu lagi. Dulu, bangunan tinggal, buruk..sekarang ni bangunan baru pulak. Pening aku..takkan Azila salah tulis alamat..Bangunan tiga tingkat itu diperhati lagi. Mencari tempat yang bertulis di nota kecil itu.

Amoi! Mahu cari siapa

Felisha menoleh. Seorang lelaki cina yang berseluar pendek paras lutut dan hanya bersinglet menegurnya.

Errsaya nak cari alamat ni. Kertas nota kecil tadi ditunjukkan pada lelaki cina tadi. Sebuah syarikat kejuruteraan terpapar di situ.

Lelaki cina itu berkerut kening.

Ayya! Ini address talak sini amoi! Semua ofis sini ha..belum ada olang maa! Jawab lelaki cina itu pekat dan pelat. Kertas alamat itu bertukar tangan.

Belum ada pejabat la kat sini Kali ni Felisha pula berkerut kening. Habis macam mana ni

Err..terima kasih uncle. Felisha sengih.

Lelaki cina tadi turut senyum. Dia berlalu pergi memasuki kedai runcit.

Felisha menapak semula ke keretanya. Masih bersandar di tepi kereta. Dia segera hubungi Azila.

Pelik aku. Apa yang Azila beritahu tadi, memang dah betul. Takkan dia nak tipu aku pulak. Felisha dongak lagi ke arah bangunan baru itu.

Sebuah kereta diparkir sebelah kereta Felisha. Keluar seorang lelaki yang kemas berbaju pejabat dari perut kereta. Felisha hanya melihat sekilas. Matanya beralih lagi pada bangunan baru.

Awak dari Felishas Lov Flower kan

Felisha menoleh. Berkerut kening mendengar pertanyaan lelaki tadi yang tiba-tiba bertanya.

Err..ya..encik ni siapa

Sayalah yang pesan bunga tu. Lelaki itu senyum.

Felisha pandang atas bawah. Betul ke

Err..nama encik Felisha kena pastikan nama lelaki itu sama dengan nama yang diberi masa membuat pesanan semalam.

Saya Halim dari syarikat Halim Shahab Engineering Sdn Bhd.

Felisha pandang pada kertas nota di tangannya. Memang ada nama Halim dan nama syarikat di situ.

Tapi..pejabat encik Halim kat mana Felisha dongak semula ke arah bangunan.

Kat sinilah. Oh maaf! Pejabat saya ni masih belum letak signboard lagi. Pejabat baru beroperasi seminggu. Masih kelam kabut. Ada bawa bunga tu Halim senyum lagi.

Ada.. Felisha masih keliru.

Kalau macam tu, marilah naik dulu. Maaf saya lambat sikit.. Halim membantu Felisha mengangkat bungkusan bunga.

Felisha teragak-agak mengikut Halim ke pejabat. Betul ke dia ni Muncul bagai ribut..alih-alih mengaku dia ada pejabat kat sini. Lelaki cina tadi cakap, tak ada pejabat kat sini. Mana satu betul ni

KenapaHalim menoleh bila melihat Felisha masih terpaku di tepi kereta.

Saya rasa saya kat sini jelah encik Halim. Err..harga bunga tu semua sekali sembilan puluh ringgit. Felisha menelan liur. Dia perlu berhati-hati.

Awak takut ke Baiklah..ni duit untuk bunga. Encik Halim menguak dompetnya dan mengeluarkan sekeping not seratus ringgit.

Sekejap ya.. Felisha kuak juga dompetnya. Not sepuluh ringgit dihulur kepada Halim.

Tak apa..keep the change. Jauh awak hantar. Kalau awak ikut saya ke pejabat, bolehlah awak hias sekali. Petang nanti, ada majlis pembukaan rasmi pejabat ni. Jemputlah datang! Halim berbahasa.

Err..ya..insyaAllah.. Felisha cuba senyum. Dia hanya memerhati Encik Halim menapak naik ke tingkat satu bangunan tiga tingkat itu.

Felisha mula buka pintu kereta. Terasa mulutnya ditekup kuat. Dia cuba meronta. Dia sempat gigit tangan orang yang menekup mulutnya.

Aduh!

Felisha menoleh. Seorang lelaki bertopeng dan berjaket hitam cuba menariknya masuk ke dalam kereta. Kaki lelaki itu ditendang kuat.

Tolong!! Tolong!!

Amoi! Amoi! Apa sudah jadi Lelaki cina tadi meluru keluar dari kedai runcit.

Lelaki tadi segera melarikan diri dan hilang di celah belakang bangunan.

Aada orang nak kidnap saya tadi.. Muka Felisha sudah pucat.

Apa Ada olang mahu kidnap meh Mana dia Sudah lali ka Lelaki cina tadi meninjau sekitar kawasan bangunan kedai. Dia kembali ke tempat Felisha.

Sudah cabut lali! Baik pergi report itu polis. Manyak susah ho! Sekalang manyak olang jahat maa! Lelaki cina tadi menasihati Felisha.

Terima kasih uncle. Saya pergi dulu.. Felisha jeling sekitar bangunan.

Hati-hati haa

Felisha angguk. Kereta dikunci dan terus memandu meninggalkan kawasan bangunan itu.

TIBA di kedai bunga semula, Felisha terduduk di kerusi di bilik pejabatnya. Degupan jantungnya masih berdenyut kuat. Pucat!

Siapa agaknya mamat gila tu Takkan orang yang sama.. Felisha melangkah ke bilik pantri. Segelas air kosong dituang dari jag besar dalam peti sejuk. Habis segelas ditogok.

Kak Sha..kenapa ni Pucat je muka Azila menghampiri Felisha yang masih pucat.

Tak..tak ada apa. Ada pesanan lagi tak Felisha pandang Azila yang terkebil-kebil berdiri di depannya.

Setakat ni belum ada lagi tapi ada ramai juga pelanggan datang tadi. Banyak bunga ros dan tulip dijual hari ni. Azila sengih.

Alhamdulillah. Felisha mula lega. Dia menapak semula ke bilik pejabatnya.

Kak Sha, dah tengah hari ni. Boleh saya keluar makan sekejap Pagi tadi tak sempat nak sarapan. Azila minta izin.

Boleh. Kalau lapar, Zila keluar je. Restoran kat hujung bangunan ni je. Felisha senyum. Memang dia tak pernah sekat aktiviti pekerjanya. Janji semua kerja selesai dan ramah dengan pelanggan. Dia hanya memandang Azila melangkah keluar menuju ke hujung bangunan.

Felisha menyambung kerjanya. Dia ke rak bunga dan memeriksa stok bunga yang ada.

Assalamualaikum!

Waalaikumussalam! Felisha berpaling.

Abang! Bila abang sampai Kak Arini mana Felisha sengih.

Amboi! Teruja semacam je. Rindu kat abang ke Fakrul mengusik.

Mestilah! Abang tu balik Kedah lama sangat. Felisha muncung.

Ni kenapa pucat je muka ni Fakrul usap pipi Felisha.

Err..mana ada. Tadi Sha lupa nak kenakan makeup. Sebab tulah nampak pucat. Felisha berdalih. Kalau aku cakap tadi ada orang nak kidnap aku, mampus aku!

Jangan nak bohong dengan abang Fakrul rangkul bahu Felisha.

Dah makan

Belum..pekerja Sha keluar makan kejap. Sha kena jaga kedai ni dulu. Felisha senyum lagi. Dia menyambung menyusun bunga dalam pasu dan diletakkan di atas rak.

Oh..kenapa ambil sorang je Kan dah susah nak keluar makan Fakrul membuntuti Felisha yang mula menapak ke bilik pejabat.

Bukan senang bang. Azila ni pun kawan Sha yang rekomenkan. Sha pun ingat nak cari sorang lagi. Papa tu asyik membebel je suruh Sha berhenti. Felisha melabuhkan punggung di kerusi.

Yalah..ayah mana yang tak sayang anak. Tambah lagi banyak perkara buruk berlaku pada Sha. Sebut pasal tu, dah ada berita terbaru Fakrul turut melabuhkan punggung di kerusi tetamu.

Ada..semalam Jazman beritahu, lelaki yang ceroboh rumah sewa Sha dulu tu tak nak mengaku siapa yang jadi dalang dalam kes ni. Jadi, kes ni masih dalam siasatan. Lelaki tu sanggup dihukum dua tahun penjara. Felisha teringat semalam Jazman ada menghubunginya memberitahu perkembangan terbaru kes itu.

Jadi..maknanya masih tak tahu lagi kenapa lelaki tu buat macam tu Fakrul tak puas hati.

Felisha geleng. Dia tak akan beritahu kejadian tadi pada Fakrul.

Sekarang ni..ada lagi tak lelaki atau kereta yang mengekori Sha

Err..setakat hari ni tak ada lagi. Abang jangan bimbang. Sha akan lebih berhati-hati. Oh ya, Sha tanya sikit boleh Felisha teringat gambar yang pernah dilihatnya dalam album Najwa dulu.

Tanya apa

Dulu..sebelum nikah dengan kak Arini, abang ada berkawan dengan sesiapa tak Felisha menatap tajam mata Fakrul.

Kenapa Sha tanya macam tu Fakrul sudah berkerut kening.

Saja nak tahu..abang kan handsome! Kalau abang ni bukan abang kandung Sha, haruslah Sha nikah dengan abang!Felisha sengih.

Fakrul turut senyum. Felisha pun cantik! Kalau tak, takkan sampai Ben tu beria nak jadikan Sha ni girlfriend dia. Tahu sangat citarasa mamat kasanova tu!

Memanglah ada tapi setelah abang tahu perangai dia, abang cuba jauhkan diri tapi dia tetap berkeras nak teruskan. Abang terpaksa cari alasan yang abang dah nak bernikah dengan pilihan keluarga. Abang terpaksa berbohong. Fakrul berterus terang.

Err..dia sama umur Sha keFelisha ingin kepastian.

Ya. Dia satu course dengan Sha. Mungkin dia kelas lain. Abang kenal dia masa dia mula-mula masuk universiti. Fakrul terbayang semula perkenalannya dengan Nadia dulu. Semuanya bermula dengan tidak sengaja. Nadia cuba dikacau pelajar lelaki lain dan dia secara kebetulan lalu di situ. Sempat menyelamatkan Nadia.

Maksud abangNadia Felisha terbeliak.

Sha kenal dia Fakrul pula bertanya.

Kenal sangat tu tak la tapi tak sangka dia jadi girlfriend abang rupanya. Tak pernah nampak pun abang keluar berdua dengan Nadia Felisha sengih.

Abang lebih suka keluar ramai-ramai. Masa tu abang ada study group. Fariz, Adi, Oleen dan Melissa. Kalau abang keluar dengan Nadia, mesti ditemani salah seorang dari kawan abang tu. Selalunya Fariz yang abang ajak. Malas Fakrul nak ungkit semula kisah lama.

Jadi..selama ni abang dan Fariz tu kawan baik Satu kelas Felisha menelan liur. Betapa kecil dunia ni.

Ya..dan sebenarnya abang nak kenalkan Fariz tu dengan Sha masa tu. Tapi Sha tahulah sikap Fariz tu, dia bukan suka sangat layan perempuan ni. Melissa yang tergila-gilakan dia pun, dia buat dek je. Fakrul sengih. Geli hati bila teringat kisah lucu Fariz yang selalu cari alasan bila Melissa ajak keluar berdua.

Tapi..Sha tak pernah nampak pun Fariz kat universiti tu Betul ke Fariz tu kawan abang Felisha bingung. Setahunya, kawan Fakrul semuanya berambut panjang paras bahu.

Betullah. Fariz tu pakai pelik sikit. Rambut panjang, pakai topi dan selekeh. Sengaja katanya. Dia rimas dengan student perempuan yang gedik nak dekat dengan dia. Actually, abang suka cara dia. Tak terfikir pulak abang nak buat macam Fariz tu buat. Tak pening kepala memikirkan hal perempuan ni. Fakrul sengih.

Felisha terdiam. Rambut panjang dan bertopi Apakah dia lelaki yang sama yang aku suka dalam diam dulu

Sha fikir apa

Err..tak..Sha macam keliru sikit. Farizerr..dulu dia pakai baseball cap tu ke Felisha pandang Fakrul tak berkelip. Kalau betul, bermakna jejaka itulah yang berjaya mencuri hatinya dulu.

Fakrul senyum meleret. Lain macam je adik aku ni..

Kenapa abang senyum-senyum ni Felisha tepuk bahu Fakrul.

Banyak tanya pasal Fariz niada apa-apa ke Usik Fakrul. Muka Felisha sudah kemerahan.

Mana ada..salah ke Sha nak tahu Felisha mengetap bibir. Cakap sikit, dah tuduh aku suka kat mamat tu.

Hmmtak ada la salah tapi kalau dah banyak tanya macam tu, ada hati la tu.. Fakrul gelak.

Felisha cubit lengan Fakrul.

Tapi kenapa abang panggil dia Tulipo Felisha teringat masa mula-mula Fakrul kenalkan dia di restoran Selera Kampung dulu.

Fakrul semakin galak ketawa.

Kenapa ketawa ni Felisha tepuk bahu Fakrul sekali lagi.

Nak abang cerita ke Fakrul masih ketawa.

Ceritalah kat Sha! Desak Felisha. Inilah peluang untuknya kenakan Fariz nanti.

Fakrul renung Felisha yang sudah tak sabar. Adik aku ni lain macam je..dah sangkut kat Encik Tulipo tu ke

Sebenarnya, bila musim cuti, kami akan sama-sama merantau ke negara lain. Asyik duk Sheffield je, kami bertiga pergi Holland. Seminggu juga kami tinggal di sana. Abang, Adi dan Fariz menghabiskan masa di Amsterdam. Kat sana banyak bunga tulip yang cantik dan segar. Macam-macam warna. Satu hari kami pergi ke ladang tulip. Fariz yang teruja sangat. Banyak gambar bunga tu diambil untuk kenangan. Dia beli sejambak bunga tulip yang berbagai-bagai warna. Katanya untuk dihantar kepada mama dan adik dia. Dia simpan dalam pasu bunga sementara nak pos bunga tu ke Malaysia. Dalam pasu tu dia bubuh air dan panadol. Kononnya nak kasi bunga tu sentiasa segar la. Entah kenapa hari tu, si Adi ni pening kepala. Puas dia cari panadol, tak jumpa. Abang beritahu la, kalau nak sangat panadol tu, kau minum je air dalam pasu bunga tu.

Sure hilang rasa pening tu. Tak sangka, Adi ni sanggup minum! Hahaha!! Fakrul ketawa terbahak-bahak.

Ya..ya..abang ada cakap dengan Sha, abang nak round satu Europe ni.Felisha turut ketawa mendengar kisah lucu Fakrul. Malas nak ikut walaupun Fakrul ada mengajaknya sekali. Nanti aku jadi rose among the thorns! Terkebil-kebil seorang diri, mereka semua tu lelaki!

Lepas tu Felisha dah tak sabar mendengar kisah seterusnya.

Lepas tu..memang hilang la pening dia tu. Adi tanya abang, air apa yang Fariz guna sampai hilang pening dia.

Masa tu jugak Fariz tu muncul, dia terpinga-pinga. Terus Adi tanya Fariz. Abang senyum je. Fariz cepat-cepat ambil bunga tulip dalam pasu tu. Mula tu dia nak marah Adi tapi tak jadi. Apa lagi pecah perut kami ketawa.

Oh..jadi macam mana pulak abang panggil Fariz tu Tulipo Felisha masih ketawa. Tak dapat nak menahan dari berhenti ketawa.

Sejak tu, air dalam pasu bunga tulip Fariz tulah yang jadi penawar bila sakit perut ke, pening ke sebab Fariz selalu letak bunga tulip segar di atas meja studi. Padanya bunga tu lambang kasih sayang. Abang tak reti bunga-bunga ni. Fakrul pandang sekitar kedai Felisha yang penuh dengan bunga-bungaan.

Oh..macam tu rupanya. Felisha sengih. Baru aku tahu kenapa mamat tu nak sangat aku cari bunga tulip dulu. Sampai nak kena gandakan ganti rugi bagai!

Hmmtanya banyak pasal encik Tulipo ni..ada apa-apa ke Fakrul kenyit mata.

Mana ada! Err..abang tak tahu ke Felisha renung mata Fakrul.

Tahu apa

Eleh! Abang ni. Takkan mama tak beritahu abangFelisha malas nak panjangkan hal merisik Puan Suraya.

Fakrul senyum. Sha setuju

Felisha diam. Dia tunduk. Setakat hari ini, hanya ada rasa sedikit sayang untuk jejaka itu. Selebihnya untuk jejak misteri yang diminati dalam diam. Entah manalah dia sekarang ni. Dia melepaskan keluhan pendek.

Kenapa ni Abang yakin, encik Tulipo tu sesuai untuk Sha. Dari dulu lagi abang nak dia jadi suami Sha. Abang selalu berdoa semoga Sha bertemu jodoh dengan dia. Cubalah tanamkan cinta pada Fariz tu. Dia seorang yang baik. Kat Sheffield dulu, kami sama-sama mengikuti usrah di bawah bimbingan seorang pelajar senior yang rajin ke masjid. Fariz yang ajak abang dulu. Walaupun dia macam tu, dia sebenarnya agak alim jugak orangnya. Tak pernah dia ambil kesempatan pada perempuan. Apa lagi pegang tangan. Itu yang buat abang selesa berkawan dengan dia.

Kalau ada yang buat salah, dia tak akan teragak-agak tegur. Kadang-kadang tu rasa cuak jugak la sebab dia sound direct! Itu sikap dia. Abang suka. Dia memang baik. Percayalah! Fakrul usap lembut jemari Felisha yang masih tunduk.

Tapi..dia tak pernah sukakan Sha. Felisha mendongak melihat Fakrul yang begitu mengharap dia menerima Fariz.

Mana Sha tahu dia tak suka Sha

Felisha diam. Malas nak jawab. Jawab karang, ada pula soalan susulan. Banyak songeh sangat!

Sha, dalam mencari jodoh atau calon suami, jangan dipandang sangat soal hati dan rupa. Kaji sikap dan tingkah orang tu. Kalau dia seorang yang suka beribadat, jaga pergaulan dan hidup sentiasa mendekati agama dan menghormati sesama insan, eloklah pilih orang macam tu.

Utuhnya ummah bila utuhnya sebuah keluarga yang dibina atas dasar Quran dan Sunnah. Rupa hanya sementara. Fakrul pandang Felisha yang tunduk membisu.

Felisha diam. Apa yang dikatakan Fakrul semuanya benar. Sesungguhnya rupa dan hati bukanlah perkara utama dalam sesebuah perhubungan. Jika baik amalan, maka baiklah kehidupan.

Sha bukan memilih abang. Sha hanya nak orang tu sayang Sha dan terima Sha seadanya. Mana yang kurang sama-sama diperbaiki. Sama-sama belajar. Tak salah kanFelisha akhirnya bersuara.

Memang tak salah. Hidup tanpa kasih sayang macamlah hidup seperti robot. Kaku. Percayalah..terimalah Fariz tu dengan hati yang ikhlas. Sematkan dalam hati Sha tu

kerana Allah semata-mata. Bila kita letakkan sesuatu tu kerana Nya, insya-Allah hati akan tenang dan redha. Macam abang terima kak Arini.

Memang dia tak secantik Nadia tapi hatinya baik dan jaga pergaulan dan aurat. Itu yang sebaiknya. Fakrul sekali lagi menasihati Felisha yang masih keliru.

Felisha hanya angguk. Namun dalam benaknya terbayang sikap Fariz yang selamba dek je pegang tangan dan bercakap kasar dengannya.

Memang tak sepadan langsung dengan apa yang Fakrul kata tadi. Alah..setakat baik kat masjid hari tu apalah sangat. Aduihpening bila fikirkan balik semua itu.

Sha ni pun, abang tengok dah banyak berubah.Dah kerap pakai baju longgar dan seluar longgar. Tudung tu, buat apa nak berfesyen sangat kalau tak labuh sampai menutupi dada. Tiada nilai di sisi Allah. Fakrul pandang pula tudung Felisha yang masih singkat.

Ya ke Rasanya dah labuh ni.. Felisha belek-belek tudung shawl yang dipakainya. Ditarik-tarik ke bawah.

Dah la tu tarik. Tudung tu memang kecik. Lain kali beli yang besar sikit. Biar labuh! Mama dan papa yang tanggung dosa sekali tau! Fakrul sindir Felisha.

Yalah! Sha akan pakai jubah dan purdah! Stokin sekali. Felisha mencebik.

Tak adalah sampai macam tu! Abang nak Sha patuhi syariat je. Islam tak melarang kita berfesyen dan berhias tapi biar kena dan ikut syariat.

Sebut pasal stokin ni, memang patut pun Sha pakai. Kaki pun aurat juga. Benda tu ramai yang terlepas pandang. Bahagian lain dah tutup elok, kaki dibiarkan terdedah. Dalam quran dah terang dan jelas suruh tutup aurat kecuali muka dan kedua tapak tangan. Tu! Mulalah tu buat muka! Fakrul cubit hidung mancung Felisha.

Felisha sengih.

Baiklah wahai abang sayang! Sha akan jaga aurat dengan sebaik mungkin.

Tu pun Azila dah masuk. Giliran kita pula keluar makan. Jom! Fakrul tarik tangan Felisha.

Felisha hanya mengikut rentak Fakrul.

Zila! Jaga kedai ya. Kalau ada pesanan untuk penghantaran, jangan lupa tulis di dalam buku pesanan tu. Akak nak keluar makan. Felisha sempat berpesan pada Azila.

Baik kak!

Azila pandang Felisha dan Fakrul menapak keluar dari kedai.

Hmmsiapa pulak mamat handsome tu Azila terjenguk-jenguk melihat kelibat Fakrul dan Felisha menapak ke restoran Selera Kampung.

Sekali lagi Azila menghubungi seseorang.