Abstrak Cinta Aku & Dia - 42
BAB 42

PUKUL 8.10 pagi.

Zack menapak perlahan ke mejanya. Seperti biasa, pejabat tingkat 14 pada waktu ini sunyi. Belum ramai lagi pekerja yang datang memenuhi pejabat pada waktu seawal ini.

Komputer dihidupkan. Diteruskan dengan bersarapan pagi bermenukan nasi lemak yang dibeli di gerai Makcik Ita. Matanya merenung skrin komputer.

Rutin hariannya masih sama. Kehidupan tetap berjalan seperti biasa. Tiada apa pun yang berubah walaupun semenjak dua ini, dia kerap ditegur rakan-rakan, mempersoalkan sikapnya yang menjadi agak pendiam berbanding dulu. Soalan itu selalunya dijawab dengan senyuman tanpa kata.

Pendiam Zack sendiri tidak perasan akan perubahan tersebut. Rasanya tidak, masih seperti biasa. Tapi, kalau sudah hari-hari ditegur perkara yang sama, mungkinlah ada kebenarannya di situ.

Dia akui, ketiadaan Kate sedikit sebanyak, memberi kesan. Sungguh dia terasa dengan kehilangan itu. Masakan tidak, dia dan Kate sudah menjadi teman rapat. Kehadiran Kate memberi makna dan warna dalam hidupnya walau hanya untuk sementara.

Persahabatan dan rasa sayang itu benar-benar dihargai. Dan sudah pasti, berbekas rasa rindu untuk Kate dalam hati.

Sayang Rindu

Kadang-kadang, Zack sukar menafsirkan maksud dua perkataan ini bila berkaitan dengan Kate.

Seperti mana ketika putus cinta dengan Liana dulu, dia tidak betah meluahkan rasa pada sesiapa. Lebih suka menelan semuanya sendiri. Iyalah, anak jantanbukan Takkanlah mahu meratap hiba pula. Tak boleh. Tak macho

Kini, sudah tiga minggu berlalu. Zack sudah mula terbiasa dengan ketiadaan itu. Lagipun, Kate tidak benar-benar hilang. Jauh di mata namun dekat di hati dan akan kekal berterusan begitu.

Hanya pada Tuhan, dia memohon harap agar sentiasa tenang dalam kehidupan seharian. PadaNya juga, doa dipohon dari kejauhan, agar Kate juga sentiasa menerima sejahtera.

Hidup pula, mesti diteruskan. Dalam suka, dalam dukasetiap langkah perlu ke hadapan. Tidak boleh statik di satu titik perhentian keranajika itu berlaku, bermakna jiwa sudah lemah. Hati sudah kalah. Asa sudah tiada. Tidak boleh begitu kerana Tuhan tak suka.

Morning Zack.

Zack mengangkat muka. Sapaan Jessy dibalas dengan senyuman dan lambaian tangan kanan.

Jessy senyum dan terus berlalu. Setelah itu, fokus Zack kembali terarah ke skrin komputer.

Telefon bimbitnya bergegar tiba-tiba. Satu mesej WhatsApp baru masuk. Dari nombor antarabangsa yang tidak dikenali. Kening Zack terangkat tapi dia dapat mengagak siapa tuan empunya nombor.

(+4407817867093)

Hey. Please log in to your Facebook, now

Zack langsung menaip kata laluan ke halaman muka buku. Nama Kate dicari di halaman sudut kanan. Senyum senget tergaris di bibir bila melihat butang hijau menjelma di sebelah nama Kate.

Kate Banham: Zack

Zack Iskandar: Kate

Kate Banham:

Zack Iskandar:

Kate Banham: Haha. Very cute. How are you Rindu pada I tak *wink wink*

Zack Iskandar: Doing well. Iya, rindu. *eyes rolling + muntah hijau dua baldi*

Kate Banham: Idiot!

Zack tergelak sendiri. Mungkin dia sudah gila sebab terasa rindu nak dipanggil Idiot oleh Kate.

Zack Iskandar: What is the time now in UK

Kate Banham: Midnight. 12:40 a.m.

Zack Iskandar: Kenapa tak tidur lagi

Kate Banham: Belum ngantuk. Where are you, office

Zack Iskandar: Yup. As usual

Kate Banham:

Mereka terus berbicara di laman mukabuku itu. Bertanya khabar dan aktiviti masing-masing dalam masa tiga minggu ini. Kate yang banyak bercerita tentang perkembangan dirinya. Bercerita tentang keterujaan berjumpa dengan keluarga abang sulungnya di London yang baru mendapat bayi perempuan tiga bulan yang lalu. Tentang keluarganya di Birmingham. Adiknya Jane yang baru saja tamat pengajian dalam bidang kejururawatan dan kini bertugas di Hospital Queen Elizabeth, Birmingham. Dan pelbagai kisah lagi.

Zack hanya menaip ayat menyampuk sekali-sekala. Lebih suka Kate yang bercerita lantaran dia sendiri tiada apa-apa kisah menarik untuk diceritakan.

Kate Banham:Im still figure out what to do here. Have not looking for job. For now, Im just helping my dad in his Caf. Or maybeI would just take over my dads business.

Zack Iskandar:Take your time, Kate. Youll figure out soon.

Kate Banham:I hope so. As you always saykeep on praying

Zack Iskandar:

Kate Banham: Two days ago, Ive met my half-cousin. I did not met him for aboutI think, eight years.

Zack Banham: Half-Cousin

Kate Banham:Yup. Half-cousin. His name is Charlie but we call him Chad. Chads mum married my Uncle Joey when he was 13 y.o. And guess what

Zack Iskandar: What

Kate Banham: Chad converted to Muslim four years ago. We discussed a lot about it, how that change his life and so on. Its so interesting to know how he cope with his life as a Muslim especially in a non-Muslim country.

Zack tarik nafas panjang dan senyum sendiri, entah kerana apa.

Aisenyum sorang-sorang nampak

Suara yang menegur menyebabkan Zack terkejut sedikit lalu mengangkat muka. Terkebil-kebil seketika melihat Zareen tersenyum kepadanya.

Err.aaahaah.Senyumkan.sedekah... Zack senyum sumbing pula pada Zareen. Mungkin

Zareen ingat dia dah gila sebab senyum seorang diri depan skrin komputer.

Zareen kekal tersenyum. Senyum sana, senyum sini. Mungkin hari ini adalah Hari Senyum Sedunia.

Zack, anytime when you are free today, boleh masuk pejabat sayaZareen membuat permintaan berbaur arahan.

Errboleh. Zack angguk.

Okey.Balas Zareen, senyum lagi dan terus berlalu.

Zack kembali mengadap skrin komputer.

Kate Banham: Still there

Zack Iskandar:Yup, sorry. Zareen was at my table

Kate Banham: Zareen Uuuuuuuuu..

Zack Iskandar: Uuuuuuu Apa Uuuuuuuuu

Kate Banham: Nothing. Hahahaha.

Zack Iskandar: Hahaha. Funny.

Kate Banham:

Zack Iskandar: Hey, dah pukul berapa ni Bila you nak tidur I ada meeting dengan Zareen sekejap lagi.

Kate Banham: Meeting Uuuuuuuuu

Zack Iskandar: Idiot

Kate Banham: L-O-S-E-R.

Zack sengih sendiri.

Kate Banham: Its already +1 a.m. YaI think I should go now. We chat again later ya

Zack Iskandar: Of course. Take care, sayang.

Kate Banham: You too Bye darl.

Bicara di halaman mukabuku mati di situ. Zack angkat punggung dan berlalu ke pejabat Zareen.

Cik Reen Panggil Zack dari muka pintu.

Zareen menoleh lalu senyum. Masuklah.

Zack akur. Melangkah perlahan lalu duduk berhadapan dengan Zareen. Mata Zareen direnung tiga saat sebelum dia melarikan pandangan. Hari ini, kurang berani mahu menjadi Romeo.

Sebenarnya, sejak Kate tak ada, Zack kurang yakin nak jadi Rome. Setiap kali dia mahu mengeluarkan ayat bunga-bunga, ianya hilang begitu saja dari kepala. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab semangat untuk mencari jodohnya sudah berkurangan.

ZackSuara Zareen tenang seperti selalu.

Zack mula menumpukan perhatian.

You need to start working on Ramadhan Buffet newsletter.

Zack angguk.

Tapisaya tak nak awak pakai gambar yang sama macam newsletter tiga, empat tahun lepas.

Okay, noted.Zack senyum sumbing. Belum apa-apa lagi, sudah kena tembakan amaran.

Chef Zam dah bagi proposal untuk Ramadhan Buffet menu.Sekeping kertas dihulurkan kepada

Zack lalu diambil. Menu di tangan diteliti seketika dan terangguk-angguk.

As usual, please set up date with Danny untuk photo-shoot. Sekali dengan Cake of the Month. Zareen memberi arahan sekali lagi.

Zack angguk saja.

Itu saja ke, Cik ReenSoal Zack bila Zareen mendiamkan diri.

Ada lagi

Zack menanti arahan seterusnya.

Mr. K dah approved bajet untuk beli kamera baru

KameraKali ini, Zack menumpukan lebih perhatian. Badannya ditegakkan. Matanya fokus ke arah Zareen.

Yakamera. Since team kita yang kena produce newsletter untuk MSC Club nanti, saya proposed pada Mr.K untuk beli kamera barua good one for Graphic use. Memang mula-mula Mr. K tak bagi but to cut the story short, he finally approved.

Oh...okeyZack angkat kening. Agak kagum dengan daya usaha Zareen memujuk Encik Khalid yang terkenal dengan sikap berkira itu.

Berapa bajet yang Mr.K approved, Cik Reen

Adalah.Zareen senyum.

Adalah tuberapaZack menyoal lagi, suaranya menekan sedikit. Nak main teka-teki pula. Pasal bajet beli kamera aje pun...

Zareen senyum lagi. Macam nilah, Zack. Saya rasa, awak lebih arif pasal kamera. So, boleh tak awak tolong cari quotation

QuotationZack angkat kening, wajah Zareen dipandang lama.

Yaquotation.Balas Zareen.

A.S.A.P pleasesebab aktiviti MSC Club lagi dua minggu. Kalau nak harap saya yang pergi beli, memang taklah. Saya tak berapa tahu sangat pasal kamera.Akui Zareen dan tersenyum lagi.

Tak payah cari quotationlah Cik Reen. Beli terus tak boleh ke Kata dah ada bajet

Tak boleh.Zareen menjawab.Kena ikut prosedur. Saya kena approve dulu sebelum awak beli.

Kalau macam tu, apa kataZack senyum sedikit. Nafas ditarik panjang, teragak-agak mahu mengatakan sesuatu.

Apa kataapaSoal Zareen dengan kening berkerut apabila Zack tidak menghabiskan ayat.

Apa kata, kitakeluar pergi beli kamera Terkeluar juga ayat yang terawang dalam kepala sejak tadi.

KitaKening Zareen terangkat kali ini.

Ya. Kita. Sayaawak. Kitakeluar pergi beli kameraSambung Zack, sedaya upaya mengawal riak wajahnya agar tidak terlalu menampakkan maksud tersirat.

Awak tak boleh cari quotation dulu ke Zareen bertanya setelah terdiam beberapa ketika.

Lecehlah nak cari quotation ni.Zack memberi alasan walaupun agak kurang bernas.

Awak cari quotation, bagi pada saya untuk approval, baru beli.Sedikit tegas suara Zareen.

AlaCik Reen. Beli teruskan senang Lagi senang kalau Cik Reen ada, boleh tengok sendiri kamera tu Zack cuba memujuk walaupun tahu, dia bukanlah pakar dalam hal memujuk.awek.

Mana saya ada masa nak ikut awak pergi beli kamera Jawab Zareen.

Lunch hour.tak boleh

Kening Zareen berkerut lagi. Nak pergi beli kat mana

AdalahZack pula yang sengaja bermain teka-teki.

Zack

Kedai jual kameralah, Cik Reen. Takkan nak pergi beli kamera kat kedai motor.

Zareen memutarkan biji mata. Zack senyum melihat reaksi Zareen.

Pergi beli kamera aje pun, Cik Reen.Zack menyambung kata. Bukan saya ajak pergi nikah Perkataan terakhir disebut seperlahan mungkin.

Zareen tersenyum sedikit namun masih belum memberikan jawapan.

Macam mana Boleh

Awak ajak Joe ajelah...

Kalau Joe boleh bagi approval beli kamera tu, memang saya ajak Joetak ajak Cik Reen.

Zareen diam lagi. Nampak teragak-agak.

BolehCik ReenUlang Zack, nafasnya tertahan sedikit menantikan jawapan. Idea untuk memujuk sudah habis. Betapa dia benar-benar berharap agar Zareen setuju.

Okey.Lama terdiam, akhirnya Zareen memberi jawapan.

Yes! Zack menyembunyikan senyum.

Kalau tak ada apa-apa lagi, boleh saya keluar Zack bertanya.

Zareen angguk.

Zack bangkit dari kerusi.

So, kita nak dating pukul berapa ni Dua belas Soal Zack, dengan senyum nipis di bibir.

Kita keluar, pergi beli kamerapukul dua belas.Balas Zareen, langsung memperbetulkan pernyataan Zack.

Okey.

Zack melangkah keluar dari pejabat Zareen dengan senyum nipis kekal dibibir.