Aku, Dia Dan Somtam - 42
BAB 42

LAMA skrin komputer ditatap. Laman facebook dibuka dari tadi menanti salam dari Jay. Dia baru saja habis kelas online yang bermula jam sembilan malam. Pejam celik, sudah hampir enam bulan dia belajar. Anis mula termenung. Terasa bersalah di dalam hati kecilnya bila menyuruh Izara menyiasat siapa Jay. Ya Allah! Ampunkan aku! Aku terlalu bersangka buruk pada insan lain.

JS > Assalamualaikum

Mawar Putih > Waalaikumussalam

JS > Awak sihat..wahai Humaira

Mawar Putih > Sihat..alhamdulillah.

JS > Alhamdulillahawak tak mengantuk lagi

Anis jeling jam di meja belajar. Sudah sepuluh setengah malam. Balik dari makan tengah hari tadi, dia tidak bercakap sepatah pun dengan Imran. Imran pula tidak banyak bertanya. Tepat jam lima petang, dia terus pulang ke rumah. Lepas maghrib tadi, dia ajak Sarah membeli bahan somtam yang hampir habis.

JS > Are you there

Mawar Putih > Ya.

JS > Awak ada masalah ke

Mawar Putih > Saya ingat saya nak berhenti kerja. Serabut otak ni!

JS > Kenapa Bos awak dera awak ke

Mawar Putih > Bukan..dia baik.

JS > Habis tu Sayang kalau awak berhenti kerja. Saya dapat rasa yang awak seorang pekerja yang bagus dan berdedikasi.

Anis termenung seketika.

Mawar Putih > Awakawak suka kan saya

JS > Kenapa awak tanya macam tu

Mawar Putih > Saja..nak tahu hati awak.

JS > Hati saya milik saya lah!

Mawar Putih > Itu saya tahulah..tak apalah kalau awak tak nak jawab.

JS > Janganlah merajuk..kalau saya suka awak sekalipun..hati awak sudah ada orang lain. Jadi kalau saya berterus terang pun tak guna juga. Betul tak

Mawar Putih > Jadi awak memang suka saya

JS > Kenapa tiba-tiba tanya soal suka atau tak ni Adakah awak kecewa dengan pertunangan awak

Mawar Putih >Entah..saya dah buntupening.

JS > Allah kan ada. Bila kita ada masalah, kepada Allah kita mengadu. Awak juga yang mengajar saya tentang itu. Dengan mengingati Allah, hati akan tenang. Tak gitu wahai Humaira

Anis terdiam. Jay kini lebih rasional dalam berbicara sedangkan dirinya lebih kepada emosi saat ini.

Mawar Putih > Betul sudah tiga kali saya solat istikharah.

JS > Jadi, apa keputusan yang awak boleh buat

Mawar Putih > Entahlah..dah dua malam saya nampak muka dia.

JS > Alhamdulillah..selalulah minta pada Allah. InsyaAllah akan ada jalan penyelesaiannya.

Mawar Putih > Terima kasih. Sebenarnya saya masih dalam dilema. Entahlah..tak tahu nak cerita macam mana..

JS > Awak seperti mengeluh..

Mawar Putih > Awak percaya pada jodoh yang tidak disangka

JS > Maksud awak

Mawar Putih > Yalah..macam saya dan awak. Jika ditakdirkan awak jodoh saya, saya terima.

JS > Hmm..awak percaya kat saya yang hanya awak kenal dalam alam maya ni Kita pun hanya jumpa dua kali saja. Awak percaya

Mawar Putih >Entah..dari pengamatan saya..awak seorang yang baik. Saya bingung sekarang ni. Memang hati saya pada orang lain tapi rasa itu hanya saya saja yang rasa. Sekarang ni saya kena buat pilihan. Sudikah awak jadi penyelamat saya sekali lagi

JS > Penyelamat awak Saya tak faham.

Mawar Putih >Ya..dulu awak pernah selamatkan saya dari tiga lelaki gila tu dan sekarang kalau awak sudi, saya ingin awak jadi penyelamat saya sekali lagi. Kali ini penyelamat untuk selamanya.

JS > Err..saya masih tak faham.

Mawar Putih >Saya dalam dilema. Biarlah saya berterus terang saja. Dia tidak pernah hiraukan apa yang saya rasa. Apa yang saya hadapi. Saya akui rasa kasih saya padanya susah nak dilafazkan dengan kata-kata.. Kasih saya sia-sia di matanya. Jadi saya rasa biarlah saya berkorban perasaan saya untuk lelaki yang sukakan saya daripada lelaki yang tidak pernah ada rasa walau sekelumit pun pada saya.Jadi jalan terbaik, biarlah saya pilih awak kalau awak sukakan saya.

JS >Kan awak dah bertunang

Mawar Putih > Entah tapi dia nak kahwin dengan saya lebih kepada sebab lain yang tak perlu saya ceritakan pada awak. Yang pasti bukan kerana dia suka atau cintakan saya.

JS > Oh..macam tu.

Mawar Putih > Saya hanya bertepuk sebelah tangan.

JS > Jadi sekarang ni awak nak tahu saya suka awak atau tak Macam tu

Mawar Putih > Yakalau awak tak suka saya, saya faham. Benda macam ni tak boleh dipaksa. Saya akan cuba cari jalan saya sendiri. Saya dah buntu.

JS > Jadi..maksud awak, awak nak saya mengaku saya ni kekasih awak

Mawar Putih > Lebih kurang..jika awak sudi.

JS > Hmm..samalah situasinya jika awak pilih saya. Awak tak sukakan saya. Bermakna kalau awak kahwin dengan saya nanti, awak terpaksa korbankan perasaan awak untuk cuba menyintai saya nanti

Anis terdiam. Dia juga bingung sekarang ini. Imran tidak pernah mengerti isi hatinya. Tidak pernah sukakannya apatahlagi menyimpan kasih dan cinta padanya.

Mawar Putih > Benar tapi dalam kes saya ni lain. Saya lebih rela menyemai kasih untuk orang yang menghargai saya.

JS >Awak serius

Mawar Putih >Kalau awak setuju, saya lega.

JS >Hmm..takkan awak nak putus tunang pulak. Lagipun awak juga yang cakap, tak sampai seminggu lagi awak akan bernikah. Saya rasa lebih baik awak terima saja tunang awak tu. Mana tahu, lepas nikah nanti, dia balas cinta awak..

Mawar Putih > Kalau awak tak sudi tak apa..awak tentu sudah ada pilihan sendiri. Maafkan saya kerana terlalu berani.

JS > Eh! Bukan macam tu..permintaan awak tu dalam pertimbangan saya. Saya juga berhak tahu siapa awak. Bukan hanya kenal dengan nama Mawar Putih. Kalau awak sudi, seribu kali saya sudi!

Mawar Putih > Jadi awak ikhlas

JS > Kalau saya kata saya ikhlas, awak percaya

Anis senyum. Jay sudah menghafal ayat kegemarannya. Teringat pesanan ibunya dulu sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. Perasaan bersalah mula menyelinap dalam hati. Entah apa yang merasuk mindanya sehingga sanggup menduakan tunang sendiri. Namun syarat Imran yang membuatkannya rasa tercabar. Kalau benar Imran sudah ada gadis idaman sendiri, kenapa dia masih berkeras ingin bernikah dan membuat syarat gila yang menyakitkan hati! Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.

JS > Hmmawak macam terdesak saja.

Mawar Putih > Mungkin. Awak janganlah pula ingat saya gunakan awak sebagai mengelak dari masalah saya.

JS >Awak rela kahwin dengan saya tanpa ada rasa kasih dan sayang

Mawar Putih > Kalau itu yang ditakdirkan untuk saya. Saya terima seadanya. Lebih baik terima insan yang suka kat kita dari kita hidup merana bersama insan yang kita cintai tetapi tidak dihargai. Saya akan cuba menyayangi awak dan belajar mencintai awak. Cinta selepas kahwin tu kan lagi berkat.

JS > Hmm..awak pasti

Mawar Putih > Ya.

JS > Macam nilahsaya rasa elok awak teruskan saja pernikahan ni. Berdosa saya meruntuhkan masjid.

Mawar Putih > Masjid belum lagi dibuat. Macam mana nak runtuh

JS > Pertunangan juga dikira tapak masjid. Proses ke arah membina masjid. Bermakna bila tapak dah ada dan dah dibuat asasnya maka sudah sah masjid akan didirikan di situ.

Mawar Putih > Maaf..mungkin saya dah buntu. Fikiran pun dah bercelaru. Saya tersepit.

JS > Fikirlah dulu. Berilah peluang kepada tunang awak untuk membina masjid yang indah, bukan sekadar menegakkan tiang dan batu-bata saja. Biarlah masjid tu dicat dan dihias cantik.

Mawar Putih > Saya doakan awak bertemu gadis yang paling baik di muka bumi ni.

JS > Terima kasih. Saya juga doakan yang terbaik untuk awak. Saya sendiri sebenarnya sedih. Sedih kerana saat saya mula sukakan awak, awak sudah pun menjadi milik lelaki lain.

Mawar Putih > Maaf..saya rasa malu pula pada awak.

JS > Malu pasal apa

Mawar Putih > Pasal tadipasal saya yang inginkan awak jadi penyelamat saya

JS > Apa nak dimalukanSayyiditina Khadijah r.ha pun melamar Rasulullah s.a.w

Mawar Putih > Saya hanya insan biasa. Banyak kelemahan dan dosa.

JS >Awak juga yang tulis dalam nota awak..Wanita itu unik, diciptakan sebagai insan istimewa, dikuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya, dilembutkan hatinya untuk memberikan rasa aman, dikuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia, diteguhkan peribadinya untuk berjuang disaat orang lain menyerah, dberikan naluri untuk mencintai anak-anaknya, dikuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau disakitijadi pada saya awaklah wanita unik itu.

Anis senyum lagi. Rasa lega bila berbicara dengan Jay walaupun hanya berbahasa bisu.

Mawar Putih > Luaran nampak tabah tapi dalam hati siapa yang tahu.

JS > Sebab itulah Allah jadikan wanita ini mudah menangis kerana jika di satu saat dia menangis, Allah berikan air mata untuk membasuh luka di hatinya dan memberi kekuatan baru.

Mawar Putih > Hmm..awak sudah pandai berkata-kata. Padat sekali.

JS > Saya rasa awak teruskan saja pernikahan itu. Kalau awak rasa terseksa, then saya sedia jadi penyelamat awak..

Anis diam seketika. Di benaknya sarat dengan seribu satu rasa. Entah kenapa dia berani menawarkan diri untuk menjadi pasangan orang yang hanya dikenali melalui alam maya dan hanya dua kali bertemu muka. Sesingkat itu dia menaruh kepercayaan pada Jay. Semudah itu dia pertaruhkan masa depannya sendiri. Ya Allah, berilah petunjuk kepada ku.

Mawar Putih >Awak sanggup terima saya lepas tu

JS > Maksud awak

Mawar Putih > yalahsaya kan sudah bertukar status. Janda. Awak masih terima saya

JS > Status bukan persoalan. Yang penting iman. Saya inginkan seorang isteri yang boleh sama-sama menuju ke jalan Allah. Err..saya sebenarnya rasa sangat bersalah.

Mawar Putih > Kenapa

JS > Saya ego. Saya lelaki yang tidak tahu menilai.

Mawar Putih > Saya tak faham..

JS > Dulu saya pernah kata pada awak. Ada seorang gadis yang sukakan saya tapi saya yang ego. Jadi sekarang ni hanya awaklah yang saya ada.

Mawar Putih > Jadi awak dah tinggalkan gadis tu

JS > Taknantilah saya cerita. Saya pun tak sangka.

Anis mula keliru dengan kata-kata Jay.

Mawar Putih > Kalau awak sudah ada pilihan sendiri, janganlah awak rasa terpaksa menjadi penyelamat saya pula.

JS > Bukan itu maksud saya. Maaf..saya rasa bukan masanya saya cerita hal ni. Saya sendiri masih tidak percaya. Benarlah apa yang orang kata, nyamuk di seberang laut kita sibuk nak intai tapi gajah depan mata tak perasan.

Mawar Putih > Hmm..maknanya gadis tu ibarat gajah lah

JS > Kelakar jugak awak ni kan. Tak adalah macam tu. Sekarang ni gajah dan nyamuk sama-sama saya sayang.

Mawar Putih > Itu dah tamak namanya.:)

JS > Terpulang tapi saya rasa kasih saya pada gadis tu semakin tebal.

Mawar Putih > Awak pasti

JS > Ya, lebih dari pasti. Tapi saya tak tahu macam mana nak beritahu gadis a.k.a gajah tu tentang hati dan perasaan yang saya rasa ni. Rasa menyesal dan bersalah yang amat dalam.

Mawar Putih > Awak kena buat pilihan. Gadis a.k.a gajah tu lebih berhak memiliki cinta awak. Saya pula sudah bertunang dan tak lama lagi akan bernikah.

JS > Hmm..betul juga. Boleh awak bagi apa-apa tips untuk saya luahkan rasa hati saya pada gajah tu

Anis senyum. Kesian, gadis itu sudah dipanggil gajah. Dia senyum geli hati.

Mawar Putih >Orang lelaki kan lebih senang luahkan kata-kata cinta. Tak macam perempuan, ada sifat malu. Berterus terang. InsyaAllah, dia mungkin terima awak dengan lapang dada.

JS >Terima kasih kerana sudi berbual dengan saya. Dah larut malam..saya perlu tidur. Esok kena kerja. Assalamulaikum

Mawar Putih> Waalaikumussalam

Anis senyum sendiri. Entah kuasa apa yang merasuk mindanya ketika ini. Tak sangka dia pun begitu berani berterus terang dengan Jay.

Kenapa dengan aku ni Dah putus fius agaknya saraf aku ni! Anis luku kepalanya sendiri.