TUAN, ini laporan cap jari yang terdapat pada sampel botol minyak wangi dan sapu tangan. Cap jari ini adalah milik seorang wanita yang bernama Zeti
Akhbar binti Rasyid. Berumur 38 tahun. Ujian DNA pula menunjukkan peluh pada dua sampel sapu tangan itu adalah sama. Inspektor Razali menyerahkan fail berwarna merah kepada ketuanya.
Terima kasih. Bagaimana dengan respondan kita Ada sebarang perkembangan
Ada, tuan. Satu berita yang mengejutkan baru kita perolehi semalam. Mengikut laporan yang diperolehi, sebuah klinik pembedahan plastik turut mempunyai senarai nama Karmila sebagai pesakit di situ pada dua tahun lepas.
Klinik mana tu
Di Bangsar. Saya agak Karmila pernah me-lakukan pembedahan plastik cuma kita tak tahu pembedahan untuk apa.
Awak tahu di mana klinik tu
Tahu, tuan. Sarjan Razali menerangkan secara terperinci selok-belok klinik itu.
Baiklah, saya akan ke sana bagi mendapatkan laporan tentang Karmila. Arahkan dua orang pegawai wanita untuk ikut saya. Awak boleh pergi sekarang.
Inspektor Hassan menyemak laporan yang terkandung di dalam fail merah itu. Cap jari yang terdapat pada botol minyak wangi itu telah membongkarkan rahsia yang selama ini tertutup kemas. Dia meneliti maklumat peribadi Zeti Akhbar. Tok... tok... tok.
Masuk! arah Inspektor Hassan. Sarjan Zalia dan Sarjan Mahfuzah masuk dan memberikan tabik hormat.
Kita akan pergi ke Bangsar. Agak sukar untuk dapatkan maklumat pesakit kerana kebiasaannya doktor terikat pada etika. Kita tak boleh keluarkan surat sesuka hati. Mana tahu jika nama pesakit itu bukan orang yang kita cari. Sewaktu saya berbual dengan doktor, Zalia perlu pastikan jururawat di kaunter tidak ke bilik belakang. Di dalam bilik itu terdapat fail-fail peribadi milik pesakit di klinik itu. Tugas ini saya serahkan pada Mahfuzah. Baik, tuan, jawab Sarjan Mahfuzah.
Ada kemusykilan
Tak ada, tuan. Kami faham.
Kita gerak sekarang, Inspektor Hassan mengambil topi yang tersangkut di dinding. Mujur hari ini dia berbaju kemeja kerana kebetulan ada tugasan di luar. Mereka bertolak menaiki kereta miliknya. Identiti sebagai pegawai polis tidak terlihat langsung.
Keadaan di klinik itu kelihatan biasa. Hanya ada dua orang pesakit yang sedang menunggu. Inspektor Hassan mengisyaratkan pada Sarjan Mahfuzah agar membiarkan pesakit itu keluar dahulu.
Inspektor Hassan menyamar sebagai pesakit. Dia ke kaunter untuk menyerahkan kad pe nge nalan.
Boleh kami bantu, encik soal jururawat yang bertahi lalat di tepi bibir itu.
Demam. Dah seminggu tak baik lagi. Badan pun rasa mencucuk-cucuk.
Okey, encik tunggu dahulu. Nanti saya panggil.
Sewaktu Inspektor Hassan dipanggil masuk, dia mengenyitkan mata kepada anak buahnya. Sarjan Zalia terus ke kaunter untuk bertanyakan perihal ubat-ubatan.
Saya nak tanya tentang ubat di sini. Sekolah saya akan mengadakan program perkhemahan di Gunung Ledang. Bolehkah saya dapatkan ubat untuk waktu-waktu kecemasan
Boleh. Cik senaraikan nama ubat yang cik mahu. Jururawat itu menyerahkan sehelai kertas dan pen kepada Sarjan Zalia. Sambil menulis,
Sarjan Zalia turut bertanyakan tentang kemudahan yang disediakan oleh klinik tersebut.
Di sini boleh buat pembedahan plastik
Boleh. Klinik ni ada doktor yang pakar dalam pembedahan plastik. Dah banyak pesakit yang mendapatkan rawatan di sini.
Kebiasaannya mereka lakukan pembedahan apa
Mukalah, cik. Ada yang nak tegangkan ku lit muka, mancungkan hidung, pembesaran payudara, hilangkan lemak di perut pun ada. Cik berminat
Oh, taklah. Sekadar nak tahu. Apa yang ada pada saya ni dah cukup sempurna. Nak ubah apa lagi Sarjan Zalia ketawa.
Betul tu cik, pembedahan plastik ni ada risiko. Hari tu ada pesakit yang datang semula ke klinik ni sebab silikon yang dimasukkan ke dalam payudara dia pecah. Takut saya, jururawat itu mengerutkan dahi.
Sarjan Zalia menyedari rakannya sudah keluar dari bilik tersebut. Dia hanya membiarkan Sarjan Mahfuzah membaca surat khabar di luar klinik itu. Lima minit kemudian, Inspektor Hassan pula keluar.
Mereka berada di dalam kereta setelah tugas masing-masing selesai.
Bagaimana, Mahfuzah
Tuan, saya rasa laporan yang ada dalam dokumen pesakit tu palsu.
Maksud awak Inspektor Hassan tersenyum. Dari awal lagi memang dia dapat merasakan Karmila penuh dengan tipu muslihat.
Nama dia memang Karmila. Alamatnya di Pulau Pinang. Yang peliknya, dia kerja sebagai guru dan beragama Kristian. Jauh beza dengan
Karmila yang kita cari.
Ish, kalaulah Karmila itu yang kita cari, sanggup dia gadaikan agama, marah Sarjan Zalia.
Orang macam Karmila tu baginya tak ada yang penting selain kepuasan. Laporan itu memang palsu tapi orangnya sama. Dia buat pembedahan apa
Pembedahan muka sebab Karmila ada terlibat dengan kemalangan dan cedera serius di bahagian muka.
KERETA yang dipandu oleh Linda memasuki Taman Bukit Antarabangsa. Kelihatan deretan rumah banglo milik orang-orang ternama. Di kiri dan kanan jalan dikelilingi oleh pagar tinggi.
Huh, hidup macam dalam penjara, desis Linda.
Keretanya berhenti di hadapan banglo yang tersergam indah. Di pintu pagar besar tertulis Villa Damai.
Hon kereta dibunyikan beberapa kali. Seorang lelaki tua berlari anak mendapatkan Linda yang berdiri di luar pagar.
Cik cari siapa
Saya nak jumpa Azura. Dia ada Saya adiknya.
Lelaki itu menggaru-garu kepala. Dia seakan teragak-agak untuk membuka pintu pagar.
Cik, cik pergi kat interkom tu. Maklumkan kedatangan cik pada majikan saya. Nanti, baru saya boleh bukakan pintu. Lelaki itu menghalakan tangannya ke tembok batu yang terdapat di sebelah pagar.
Linda menekan butang interkom.
Hello. Senyap.
Hello Azura, Linda ni.
Kau datang dengan siapa
Aku sorang.
Talian dimatikan. Perlahan-lahan pagar terbuka. Lelaki tua itu membawa Linda memasuki rumah.
Silakan duduk, pelawanya. Lelaki itu masih berdiri di tepi dinding. Dia mengawasi pergerakan tetamunya.
Kenapa tak beritahu nak datang Satu suara menerpa. Kelihatan Azura menuruni tangga sambil tangannya melepaskan rokok daripada bibir.
Tak sempat nak telefon. Bila kau pindah rumah Setiausaha kau yang beritahu aku.
Saja nak bertukar angin. Cantik kan, rumah ni. Rumah yang aku idam-idamkan. Baru sesuai dengan citarasa aku. Azura bersuara dengan angkuh.
Rumah kau yang dulu tu masih elok lagi. Banglo juga, kan Kau tak sayang duit ke belanja habis-habisan untuk beli rumah ni. Kalau kau dah bersuami, tentu kau ikut suami kau. Apa jadi pada rumah ni nanti.
Ops, sorry. Aku belum fikir tentang kahwin lagi. Menyusahkan. Ringkas jawapan Azura. Linda mengamati kakaknya yang dilihatnya semakin kurus.
Kau sakit ke Badan kau makin kurus. Mata kau merah. Kau ambil dadah teka Linda.
Itu bukan urusan kau. Hal peribadi aku tak ada siapa yang boleh masuk campur. Kau datang sini sebenarnya ada apa
Aku datang nak tanyakan tentang hak aku. Dengar cerita kau dan Fakrul dah jual rumah arwah mak dan kereta tu. Kenapa tak maklumkan pada aku Kan rumah dan kereta tu atas nama kita bertiga. Mana boleh jual jika tak mendapatkan keizinan dari aku dulu, marah Linda. Dia terkejut bila surat dari peguam sampai ke pejabatnya.
Tenang, Linda. Kami tak nak susahkan kau. Fakrul dah atur semuanya. Lagipun dia kenal banyak orang dalam. Manusia zaman sekarang ni mana ada yang jujur. Semuanya gelap mata kalau fasal duit. Rumah dan kereta tu perlu dijual. Aku, Fakrul dan kau memerlukan wang untuk naikkan kembali perniagaan masing-masing. Orang dah kenal kita sebagai usahawan yang berjaya.
Duit tak mampu membeli segalanya Azura! sanggah Linda.
Tidak, kau silap. Dunia sekarang tanpa sempadan. Kita takkan berjaya hanya dengan usaha saja. Kau kena ingat tu!
Linda sudah malas mahu bertelagah. Dia tahu, Azura dan Fakrul merancang sesuatu tanpa pengetahuannya.
Jadi, mana bahagian aku
Ada, kau jangan risau. Bahagian kau ada pada Fakrul. Kau jumpalah dia. Hah, lagi satu aku nak beritahu berita gembira pada kau. Tak lama lagi kita bakal jadi jutawan. Fakrul dah sediakan peguam untuk dapatkan warisan Khairul. Dia dah mati, jadi segala harta dia akan menjadi milik kita. Azura ketawa kuat. Lagaknya seakan orang yang lupa diri.
Tapi, kata-kata Linda terhenti. Dia tak boleh beritahu tentang Khairul.
Tapi apa
Hm... tak ada. Apa yang akan Fakrul buat Linda mahu mengorek rahsia agar segala rancangan yang dilakukan oleh Fakrul diketahuinya.
Fakrul dah upah seorang peguam. Aku dengar kertas kerjanya dah siap. Fakrul tu pandai, bijak. Dia dah dapatkan tandatangan dari pengarah syarikat di luar negara. Segala profil syarikat milik Khairul juga ada padanya. Kita tunggu saja duit datang pada kita. Bibir Azura mengorak senyum. Boleh, ke
Tentu boleh. Kalau dengan Fakrul, tak ada satu pun yang tak boleh. Kau kena percaya pada dia, Linda.
Hati Linda sebak. Perkara ini tidak boleh terjadi. Khairul masih hidup!